maxim posted on 18-7-2014 10:22 AM 
sedihnya
'Ibu bapa mangsa belum tahu insiden MH17'
Terima berita daripada menantu di Itali
[size=0.9em]Bukit Mertajam: "Sepatutnya anak kami tidak berada dalam pesawat itu namun dia menukar syif dengan kawannya. [size=0.9em]"Dia dijangka pulang melawat saya dan isteri hari ini dan ibunya sudah memasak makanan kegemaranya," kata Jijar Singh, 71, bapa kepada pramugara pesawat MH17 Sanjid Singh Sandhu yang terhempas di Timur Ukraine ketika ditemui di rumahnya di Taman Selamat, Alma sebentar tadi.
[size=0.9em]Jijar berkata, dia dan isterinya dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anaknya itu selepas menerima panggilan dari menantunya kini berada di Itali.
Walaupun sedih dengan tragedi itu pasangan berkenaan menerima berita itu dengan hati yang tenang. [size=0.9em]
"Apa yang berlaku sudah berlaku, seluruh badan saya menggeletar ketika menerima berita ini 4 pagi tadi. [size=0.9em]
"Harap faham dengan keadaan kami, saya kurang sihat kerana baru sahaja menjalani dua pembedahan (bypass)," katanya.
Katanya, kali terakhir mangsa pulang melawatnya bulan lalu.
Kebiasaannya Sanjid akan menghubungi ibu dan bapanya itu setiap kali sebelum penerbangan.
|