CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_sara

NUR KASIH [PART V]

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2009 11:40 PM | Show all posts
2105# hijau88  


lorrr   knapa tak tanya NurAmina?....Nur jer memahami Adam kan...meowww
csuraya Post at 6-12-2009 23:38


hikhikhik... tanya katrina la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 11:41 PM | Show all posts
2104# azra_rahman  


uiks....sesuatu  kenyataan ko nie..
csuraya Post at 6-12-2009 23:36


apa yg sesuatu?
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:11 AM | Show all posts
2122# hijau88

  kenyataan nya...."menganggu anak ahli perniagaan"...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:21 AM | Show all posts
2122# hijau88  

  kenyataan nya...."menganggu anak ahli perniagaan"...hmmm
csuraya Post at 7-12-2009 00:11


kat board gosip pelbagai speku dah.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:22 AM | Show all posts
2105# hijau88  


lorrr   knapa tak tanya NurAmina?....Nur jer memahami Adam kan...meowww
csuraya Post at 6-12-2009 23:38


kawan aku kate dia tanya tiz tadi, yang herannya tiz pon baru tau psl kes remy tadi.. ye ke?? hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:57 AM | Show all posts
2125# mnaa

kawan ko sape??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 02:48 AM | Show all posts
kawan aku kate dia tanya tiz tadi, yang herannya tiz pon baru tau psl kes remy tadi.. ye ke?? hmmm...
mnaa Post at 7-12-2009 01:22


hikhikhik... ye la... berita pun bru bgtau ari ni kan (Ahad)... herm... so, remy ngan Tiz  ni mmg takde apa2 la.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 08:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-12-2009 08:12

IB ambil Pengajaran Kes Remy, Ketatkan Kawalan Keselamatan
Credit: mStar Online                Ahad Disember 6, 2009




Remy bersama pelakon-pelakon teater Natrah

INSIDEN pelakon utama teater Natrah, Remy Ishak yang dibelasah sekumpulan lelaki di kawasan Istana Budaya (IB) pada Jumaat lalu bukan saja mengejutkan peminat-peminat aktor yang digilai ramai itu, malah ia turut meninggalkan kesan kepada IB.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, dia tidak menolak bahawa kejadian tersebut secara tidak langsung turut memalitkan perspektif negatif pihak-pihak tertentu terhadap IB.

Namun, tegas Juhari, apa yang berlaku itu sememangnya diluar jangkaan pihaknya sendiri.

"Ini adalah kali pertama di dalam sejarah IB berlakunya insiden yang tidak diingini seperti ini. Saya secara peribadi memang sedih dengan kejadian ini dan saya sendiri telah memohon maaf terhadap Remy atas apa yang berlaku.

"Apa yang boleh saya katakan, perkara itu berlaku dalam sekelip mata. IB memang mempunyai petugas khas dan pengawal keselamatan, tetapi apa yang terjadi pada malam itu memang benar-benar tidak kami jangkakan," ujar Juhari ketika dihubungi.

Remy yang membawakan watak Mansor Adabi di dalam teater arahan Erma Fatima itu didakwa telah dipukul oleh kira-kira tujuh orang lelaki ketika sedang berehat di sebuah bilik sebelum menyambung sesi kedua pementasan pada malam tersebut.

Kumpulan tersebut berjaya melarikan diri setelah petugas khas IB menyedari kejadian itu. Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya.

Remy kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, ujar Juhari, apa yang dilaporkan di akhbar tentang insiden tersebut sebenarnya tidak begitu tepat.

"Kejadian itu berlaku selepas pementasan tamat pada malam tersebut yang mana peminat dapat beramah-mesra dengan semua pelakon Natrah selepas itu.

"Jadi dalam keadaan peminat yang bersesak-sesak untuk mendekati pelakon-pelakon tersebut, pasti sukar untuk mengesan orang yang dicurigai.

"Remy memang sudah 'diperhati' oleh orang tersebut dan individu terbabit sebenarnya mengekori Remy masuk menerusi panggung selepas selesainya acara tersebut.

"Kawasan itu pula bukanlah kawasan larangan, jadi petugas yang berada di sana tidak mengesyaki apa-apa. Apapun, IB mengambil iktibar apa yang berlaku dan lebih berhati-hati selepas kejadian itu.

"Kami sudah mula mengetatkan kawalan keselamatan dan kena lebih berwaspada terutamanya terhadap penonton-penonton yang ingin mendekati pelakon-pelakon," ujarnya yang turut berada di IB sewaktu malam kejadian itu.

Kata Juhari lagi, Remy bagaimanapun tetap ingin meneruskan pementasan tersebut pada hari berikutnya.

"Kita tidak paksa dia, tetapi dia sendiri yakin mampu untuk meneruskannya. Remy sangat profesional," kata Juhari yang menambah, sambutan terhadap teater Natrah amat memberangsangkan dan tempoh pementasan juga turut dilanjutkan selama empat hari sehingga 13 Disember ini.

Ditanya tentang punca berlakunya insiden itu, Juhari bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan merasakan perkara itu lebih sesuai diulaskan oleh tuan empunya diri.

"Remy sendiri kata itu adalah masalah peribadinya, jadi saya rasa tidak sesuai untuk saya campuri. Malah, Remy sebenarnya juga tidak mahu kes ini diperbesar-besarkan," tutur Juhari.

Dalam pada itu, Erma yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut tentang insiden itu.

"Saya rasa, lebih baik Remy yang bercakap sendiri bila dia bersedia nanti. Saya tidak mahu komen apa-apa.

"Tapi, dia masih teruskan dengan pementasan ini," katanya, ringkas.

Natrah yang mula dipentaskan 30 November lalu turut dibintangi oleh Maya Karin, Sofea Jane, Umie Aida, Samantha Schubert dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 08:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-12-2009 08:15

'Saya Tidak Lakukan Jenayah' - Remy Ishak
Credit: mStar Online          Isnin Disember 7, 2009



Remy Ishak dan Maya Karin sewaktu pementasan teater Natrah


KUALA LUMPUR: "Tuduhan yang mengatakan saya ada mengasari seseorang itu tidak benar sama sekali. Saya tidak ada lakukan jenayah pun," luah pelakon utama teater Natrah, Remy Ishak berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya pernah memukul seseorang baru-baru ini.

Jumaat lalu, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.

Remy diserang oleh tujuh orang lelaki yang berjaya melarikan diri setelah kejadian tersebut disedari oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya. Remy bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, sebuah akhbar tabloid semalam juga melaporkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh satu pihak lain beberapa hari sebelum kejadian itu dengan mendakwa bahawa Remy sering mengganggu dan memukul seorang anak kepada ahli perniagaan.

Remy bagaimanapun belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang perkara tersebut kerana semuanya masih di dalam siasatan polis.

"Saya tidak mahu cerita panjang, saya serahkan saja pada siasatan polis. Saya tidak mahu perkara ini bertambah rumit, jadi saya tidak mahu bercakap banyak. Apa yang saya ingin tegaskan disini ialah dakwaan tersebut tidak benar.

"Insya-Allah, bila sudah dapat keputusan daripada siasatan itu kelak, saya akan jelaskan kemudian," ujar Remy yang ditemui di IB sebelum pementasan teater arahan Erma Fatima itu bermula malam tadi.

Dalam pada itu, ditanya tentang kejadian yang berlaku Jumaat lalu, dalam nada tenang Remy berkata, dia sendiri amat terkejut ketika itu.

"Saya tidak tahu nak cakap macam mana sebab benda ni saya tidak jangka langsung. Buat masa sekarang, saya 'ok', tidak ada kecederaan teruk dan masih boleh meneruskan pementasan Natrah," ujar Remy yang cukup popular menerusi drama Nur Kasih.

Natrah yang mula dipentaskan 30 November lalu turut dibintangi oleh Maya Karin, Sofea Jane, Umie Aida, Samantha Schubert dan ramai lagi. Pementasan tersebut akan berakhir pada 13 Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 08:16 AM | Show all posts
lupa lak...........Assalamualaikum & moning sume
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 08:49 AM | Show all posts
2130# srisaujana


w/salam..morning juga..

  Adam......... dah letak minyak gamat luka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnaa at 7-12-2009 09:28

2126# csuraya

kawan aku yang sempat gi semalam jom heboh...
haih, aku tingin sgt nak jumpe tiz.. :re: gi sabtu, dia tkde lak.

aku gi third time natrah semalam.. remy ok but certain part mcm ilang kosentrasi jer, but he catch-up very fastla. script pun dah bertukar, but thats theater la kan, leh adlib secukup rasa, but part akad nikah tu kena ulang dua kali. kawan aku kate tok kadi salah, aku rase remy yang tetibe macam terlupe.. then ulang dua kali, remy dah senyum simpul dah. but dia lari terhinjut hinjut.. cian die.. but during performances memang biase jer.. even angkat umi aida pun stil ok lagi. Thumbs up la, kalau org laen dah ambek mc dah.. ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 09:32 AM | Show all posts
huhu..demam..demam... demam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 09:38 AM | Show all posts
hikhikhik... ye la... berita pun bru bgtau ari ni kan (Ahad)... herm... so, remy ngan Tiz  ni mmg takde apa2 la.
huhu.
hijau88 Post at 7-12-2009 02:48


hijau.. ko nak camne??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:05 AM | Show all posts
kawan aku kate dia tanya tiz tadi, yang herannya tiz pon baru tau psl kes remy tadi.. ye ke?? hmmm...
mnaa Post at 7-12-2009 01:22


aha..aku kenal tak kawan ko ni? pasal yg terang2 tanya adalah mamat gua.com tu. masa memula time tiz tgh mencari2.. mmg tiz tak tau cite..tekejut gak le bila mamat tu ckp remy kena pukul..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:08 AM | Show all posts
korang jangan lupa vote for remy, tiz, fizz n sesapa lagi stars NK tuk ABPBH 2009.

nombor calon TIZ ZAQYAH 128 utk kategori Pelakon TV Wanita Popular. untuk remy aku tak ingat ler pulak..adeh. tp kategori wanita ni ade 141 calon...ramai giler. 1 borang (hari ni) utk 1 kategori ni jek..pehhh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 10:24 AM | Show all posts
2135# nazihamrun

takde la, kawan aku pompuan. bukan kawan aku lak kot yg direct tanye.. yg pasti tiz tak tahu la plak, nampak sgt diaorg tak berhubung langsung.. huhuhu
tiz sorang je ke semalam? tak sempat ku tanye soalan tu, org laen tak penting kaedahnye.. muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:47 AM | Show all posts
2137# mnaa

a'ah dia sorang jek..UN takdak. patut dgn UN skali
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:58 AM | Show all posts
2138# nazihamrun

takpe, tak penting... hahaha, jaat haku...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 11:18 AM | Show all posts
2133# caca_eric

makan obat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list