Teater Muzikal KITA yang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya selama 11 malam yang berakhir baru2 ini berjaya menerima sijil Malaysia Book Of Records kerana pertama kali pementasannya berkonsepkan 1 Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyaksikan pementasan teater tersebut baru2 ini menerima
sijil penghargaan daripada wakil Malaysia Book Of Records Leona Paul.
Turut menyaksikan pementasan itu ialah Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Doktor Rais Yatim
dan Menteri Di Jabatan perdana Menteri Tan Sri Doktor Koh Tsu Koon.
Teater Muzikal KITA berjaya memenuhi inspirasi 1 Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi hubungan perpaduan kaum
di negara ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Ia juga mendapat tajaan 1 juta
daripada beberapa syarikat terkenal bagi membolehkan lebih 100 orang karyawan menjayakan teater itu. Dengan dikelolakan
oleh Xiyuen Art & Culture dengan kerjasama Istana Budaya, teater tersebut telah menampilkan semangat versi sebenar konsep
1 Malaysia.
Antara pelakon2 utama yang menjayakan teater itu ialah Hafiz Mohd Suip (Rahman), Eric Lin Jian Hui (Cheong),
Michael Rao (Ganesh) dan Datuk Jalaludin Hassan sebagai Pak Hassan.
Penggunaan Bahasa Melayu,Mandarin dan Tamil mudah difahami penonton kerana inilah kali pertama Panggung Sari dilengkapi
3 buah skrin yang menayangkan terjemahan bahasa2 tersebut.