En Mohd Hafiz bin Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz AF, berusia 21 tahun merupakan seorang penyanyi yang disanjung oleh peminat muzik tanahair. Kerjaya sebagai penyanyi beliau bermula setalah menjadi juara di dalam rancangan realiti terkenal iaitu Akademi Fantasia untuk Musim Ke-7 iaitu pada tahun 2009. Setelah itu, beliau telah banyak diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi kerajaan termasuk Majlis Persidangan Raja-Raja yang diadakan di Kuching pada tahun 2009 dan juga Perhimpunan Belia 2010 Peringkat Negeri Sarawak. Kejayaan terbesar beliau di dalam bidang nyanyian ialah apabila dianugerahkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 25 pada tahun 2010.