CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: brown_pupil

Collagen mentah / Ibu collagen.. ada sesiapa pernah cuba?

 Close [Copy link]
Post time 1-11-2012 12:52 PM | Show all posts
izanira posted on 1-11-2012 12:48 PM
Akak ada jual Gred AAA ( color ungu) cuma RM 25 100gm, boleh makan sebulan..tapi self pickup lah a ...

saya beli ngan adik. dia pun berniaga juga... dapat lagi murah w/pun pos dari perak... kalau ikutkan beli dgn supplier dari sabah lagiiii dapat murah tapi nak tolong adik...beli jelah dgn dia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 02:10 PM | Show all posts
aku bl gan staff suami aku dia blk sabah ari tu...benda nie mmg murah kat sana...tp tu lar cos pos laju tu aku rs mhl sgt kot...tu yg bl sampai ke semenanjung nie jd mhl...tp kira ok la kan mhl2 pos laju pun msh murah lg dibandingkan yg terdpt kat farmasi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 02:19 PM | Show all posts
izanira posted on 1-11-2012 12:48 PM
Akak ada jual Gred AAA ( color ungu)  ...

kak.. mintak tolong edit jgn letak harga sinih kalau jual.... nnt momod mangga thread ni.. kesian kita semua dah takleh kongsi2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 02:21 PM | Show all posts
stok buat jelly harituu dah abiss.. weekend ni nak buat lagi.. kali ni nak buat lebih sikit air rebusan kurma merah tu... haritu buat, jelly dpt byk tapi air minum cukup untuk 2 hari je.... huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:18 PM | Show all posts
hehehe promote brg beniaga lak yer...nanti sian lak kat kita semua nak bersembg tak dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:40 PM | Show all posts
seroja23 posted on 1-11-2012 08:09 AM
cari neh bahye kl tayang muka weh...
aku x ready lgk..aku tayang kt org aku kenal jeh..:swea ...

khennn.....

tp mmg nampak ketara la muka hang oja oiii....byk beza...berseri..nmpak gebu...tanda2 kat muka pun xdek dah...jelezzzzz......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2012 04:42 PM | Show all posts
nak share testimoni customer yg dah consume selama 3 bln
dia ada masalah eye bag yg teruk..
semlm dtg ke rumah, dah x ada eye bag.. yg ada cuma hand bag je...
anak dia pulak ada resdung, jenis hari2 bersin pagi.. now katanya..
lega sesgt.. x ada bersin2/gatal2 lagi..
utk yg ada resdung mula2 mkn dia kata akan rasa miang/gatal kat badan utk sementara waktu...


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:11 PM | Show all posts
aku ada kuat resdung rsnye ms ml2 ari tu...bkn setakat gatal2 jer...mata nie berair siap aku gonyoh2 coz tak tahan sgt2...rs mcm nak terkoyak sekeliling mata...ada la seminggu lbh mcm tu...tp skrg nie dah ok tinggal nak ilangkan lebam bwh mata jer...kalo amalkan mkn lama2 mau jd cantik mcm ratu cantik pulak...huk3x...jgn la nanti kuar pulak produk baru...abis mesti nak cbnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 05:48 PM | Show all posts
dah nak masuk 2bln makan seaweed nie... tak pernah putus makan pepagi dan juga malam sblm tido....
kulit muka mmg terasa cerah dari biasa.... utk bln pertama OK...
tp nak masuk bulan kedua... whitehead terasa sgt bila tangan sapu kat kulit muka... bila tgk kat cermin whitehead nmpk sgt2...
bdn yg mula2 dulu terasa segar dan tak letih tp sekrg rasa letih sgt2... asyik pening je....

knp ye jdk mcm nie????
paling tak best permukaan kulit jdk tak licin sbb biji2 whitehead nie.....
TOLONGGGGG......
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:08 AM | Show all posts
clatiniey79 posted on 1-11-2012 05:48 PM
dah nak masuk 2bln makan seaweed nie... tak pernah putus makan pepagi dan juga malam sblm tido....
...

erkk mcm tu pula ye?
kena tggu otai2 jawab persoalan ni..

anna ada kawan bg..suh try seblm beli byk..
blm buat2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 07:24 AM | Show all posts
Bedah~Senget posted on 1-11-2012 12:27 PM
yuhuuuuuuuuuuu gen dah mkn rumput neh dah 19 ari... taktaw la ape perubahan.. kalo muka tu nak kata  ...

roh gen dlm badan bedah kahhh???

penerimaan badan masing2 x sama..
mkn je teros, asal x memudaratkan terus kn jeh pengambilan..
smping usaha silalah bertawakal dan berserah pada DIA..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 07:28 AM | Show all posts
suatumasa posted on 1-11-2012 03:40 PM
khennn.....

tp mmg nampak ketara la muka hang oja oiii....byk beza...berseri..nmpak gebu...tand ...

ada lg parut2 neh..cuma nipis...jd x nmpk sgt...
parut kesan jerawat tu pn tumbuh dlm sehari sblm kite amek neh..
ada 2 biji..
yg penting x kusam dh..
tp skng tgh galak bersin..xtau la jangkit ngn budak umah sbb dia demam ke atau ape..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 07:32 AM | Show all posts
niki_iyda posted on 1-11-2012 04:42 PM
nak share testimoni customer yg dah consume selama 3 bln
dia ada masalah eye bag yg teruk..
semlm  ...

sama la..
pentegar resdung spt saya harus bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 08:35 AM | Show all posts
AnnaHusna posted on 2-11-2012 01:08 AM
erkk mcm tu pula ye?
kena tggu otai2 jawab persoalan ni..

tu lah... nak tunggu otai2 jawab....
dari segi KECERAHAN amat diakui keberkesanannya.....
dari kulit muka sampai tangan mmg nmpk perbezaan...
cuma skrg yg timbul kemusykilan keletihan amat terasa...
nak kata keje angkat batu bata, tak punnn....
lepas tu pening skrg nie amat kerap dirasai....
tp mkn jglahkan... cuma skrg amik pagi je... malam takdah...

bab muka tu sbb pakai masker dr seaweed tu...
dr segi kelembapan mmg dpt dirasai.... kecerahan pun jglah...
cuma terasa bintik2 muka amat ketara dirasai....
di bahagian hidung dan spnjg dagu hingga ke bwh terasa sgt...

nak kata guna produk lain mcm biasalah pencuci, toner dan krim...

kalu dulu rasa HAPPY sgt2.....
tp skrg ade sedikit keresahan dan kerisauan sbb muka tak rasa licin....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:01 AM | Show all posts
aku rs sebab nie kot...
    Whitehead: muncul pada kulit dan berukuran kecil, benjol keputih-putihan.
    Blackhead: muncul pada permukaan kulit, Sumbatan berwarna kehitaman karena meningkatnya melanin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:04 AM | Show all posts
nie aku copy dr mymetro bertarikh 02.11.2012...


Jerawat jejas emosi, kualiti hidup

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALIYA sering menggaru dan mengopek bintik-bintik kecil yang tumbuh di sekitar mukanya. Bukan hanya gatal malah bintik itu mengeluarkan nanah, darah dan ada kala, cecair jernih.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
[email protected]

Pasti ramai pembaca mengalami nasib seperti Aliya. Simptom sebegitu biasa dialami remaja. Ia dikenali sebagai jerawat.

Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga berisiko mengalami masalah ini.


Jerawat secara amnya adalah fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia.


Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi, hampir 50 jenis jerawat menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.

Ia juga masalah kulit yang berlaku pada pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan normal.

Perunding kulit dan estetik Klinik Pakar Kulit Ko, Dr Thean Pooi Yee, berkata kecenderungan timbulnya jerawat di kalangan individu disebabkan beberapa faktor terutama tekanan, hormon tidak seimbang dan pemakanan.

“Walaupun tidak mengancam nyawa, jerawat boleh mengecewakan dan mencacatkan. Ia boleh bertahan bertahun-tahun dan menyebabkan kedua-dua fizikal dan psikologi terganggu.

“Dalam kajian mengenai kualiti isu kehidupan, jerawat mempunyai kesan besar terhadap fungsi sosial dan kesejahteraan emosi,” kata Dr Thean, baru-baru ini.

Jerawat boleh dirawat dengan krim atau gel, antibiotik lisan, pil isotretinoin, laser dan rawatan sinaran. Selain itu, pelbagai jenis parut jerawat boleh dikurangkan dengan pelbagai pilihan rawatan termasuk rawatan laser.


Jenis-jenis jerawat

Jerawat Ringan: biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (bintik merah atau nanah putih yang tercela) kurang daripada 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

Jerawat Sederhana: Pesakit akan mengalami banyak bintik jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah atau muka, dada dan belakang badan.

Jerawat Kronik: Pesakit akan mengalami banyak nodul besar berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.

Apabila ini berlaku, maka whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang ketara.


Tips elak pertumbuhan jerawat:

Lakukan cucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam.
Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit.
Elakkan berjemur di bawah terik matahari.
Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
Kurangkan pengambilan makanan berminyak.
Minum banyak air masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 09:35 AM | Show all posts
Bintik Hitam (Blackhead) bukan sahaja jelas bole dilihat (berwarna hitam, kadang2 kite sentuh bole rasa kekasarannye), blackhead terbentuk apabila sebum (minyak) pada wajah terdedah kepada udara (pada liang pori yg terbuka) sbb tu ia bertukar menjadi hitam (bintik hitam).

Kalau kite picit kuar blackhead tu, kite boleh tengok akar nye warna putih < sbb bahagian akar tu tak terdedah dengan udara mcm bahagian atas tu. Blackhead boleh ada di kulit untuk satu jangka masa yang lama, semakin lama blackhead ada di muka kita, semakin kukuh n semakin susah kite nak tanggalkannya.

Berbeza dengan bintik putih @ whitehead, terbentuk di bawah kulit yg tak terdedah pada udara, berpunca dari kotoran (debu, sisa makeup) yg tersumbat

Kenapa blackhead dan whitehead ni terjadi?

-Tubuh kekurangan air; tak dapat la nak detox kulit

-Pengeluaran sebum berlebihan. Ni bergantung pd individu, org yg kuat berpeluh berpotensi lebih tinggi ada blackhead n whitehead.

-Penggunaan alat mekap atau skin care yang terlalu berminyak. Ramai yang tak sedar, alat mekap atau skin care harian mereka sebenarnya terlalu oily, menyebabkan kulit semakin berminyak n kadang2 minyak dari produk2 yg diguna terperangkap/tertinggal didalam kulit..terbentuklaa blackhead n whitehead

-Scrub muka dengan terlalu kasar.
Sebenarnya menyental kuat kulit muka dgn scrub bukan sahaja sebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak… malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yg berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan blackhead dan whitehead.

-Hormon badan; tak terjadi pada semua org, seperti yg kita tau, setiap org punyai tahap metabolism dan hormone yg berbeza. Ada org yg mmg hormonnya giat mengeluarkan sebum (minyak), punca blackhead terbentuk bersama acne.

-Makanan dan persekitaran. Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan blackhead dan whitehead. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga bole sebabkan blackhead dan whitehead.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:11 PM | Show all posts
clatiniey79 posted on 2-11-2012 08:35 AM
tu lah... nak tunggu otai2 jawab....
dari segi KECERAHAN amat diakui keberkesanannya.....
dari k ...

ko mkn banyak mana?

setiap food or supplement.. mana2 pun akan bg side effect kalo overdose.. vit c ke colagen, natural food sumer2 tu.. supplement yg diproses lagilah kan...

mcm seaweed ni.. kandungan iodin dia tinggi, good for health but jika berlebihan.. juga tak bagus! sila gugel jika iodin berlebihan dlm badan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:40 PM | Show all posts
biksu posted on 2-11-2012 12:11 PM
ko mkn banyak mana?

setiap food or supplement.. mana2 pun akan bg side effect kalo overdose.. v ...

arituh dimaklumkan srh amik 3 sudu kan sekali makan...
so saya ikut yg tu lah....

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:00 PM | Show all posts
clatiniey79 posted on 2-11-2012 12:40 PM
arituh dimaklumkan srh amik 3 sudu kan sekali makan... {:1_567 ...

x pasti la 3 sudu tu byk or tak.. pasni ko cuba maintain 3sudu sekali sehari instead of 2kali shari
tp check jg dr sumber lain.. supplement len yg ko mkn or produk yg ko pkai base dr tempoh masa yg berlakunyer 'crisis' tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.403057 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list