|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #2150 kitul's post
Orang yang sabar ni banyak untungnya...
Semua ni nak menguji kesabaran seseorang...
Bukan senang nak dapat Haji Mabrur...
Hati mesti bersih dan ikhlas... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2094 HUSSAINTAHIR's post
|
|
|
|
|
|
|
Mmg benar Kitul.. bkn sume jemaah hatinya suci dan bersih.. sifat dengki yg wujud dlm ati setiap jemaah cuma jemaah yg pandai control and patient aje berjaya menghapdapi dugaan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2154 haziq_97's post
Marilah kita sama - sama membersihkan hati kita.
Bersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela
MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wataala dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba- Nya yang salih dan dikasihi.
Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Kebersihan itu juga bukan sahaja berbentuk zahir bahkan meliputi kebersihan batin. Kebersihan batin itu ialah membersihkan jiwa dari kesan-kesan dosa dan perbuatan-perbuatan yang tercela iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela seperti hasad dengki, tipu daya, berperasaan dendam, takbur, riya', ujub, syirik dan seumpamanya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudanya:
"Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman."
Untuk membersihkan hati, kita perlu menjauhi segala penyakit-penyakit hati. Berdasarkan hadis itu tadi Al-Imam Al-Ghazali berkata : "Bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat-sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat-sifat yang terpuji."
Di antara penyakit-penyakit hati yang keji itu ialah perasaan hasad dengki, sifat riya', ujub, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.
Perlu kita ingat, musuh dalam diri manusia bukan hanya terdiri daripada kuman-kuman yang menyebabkan diri kita dijangkiti penyakit. Tetapi adalah musuh-musuh yang tidak nampak, tidak boleh dilihat oleh mata kita dan tidak dapat dilakukan dengan kajian saintifik untuk mengesannya. Allah Subhanahu Wataala telah menegaskan hal ini dalam Al-Quran Al-Karim untuk memperingatkan manusia tentang musuh dalam diri manusia yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yusuf ayat 53 yang tafsirannya:
"Kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan."
Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati-hati manusia dengan sifat-sifat jahat, sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
Untuk itu kita mestilah 'mujahadah' diri kita, kita kuatkan iman kita, kita lawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah Subhanahu Wataala.
Kecekapan nafsu, persediaannya, kesungguhannya, kejahatannya dan tipu dayanya itu berpuluh-puluh kali ganda lengkapnya dari peperangan senjata. Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.
Kelebihan orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wataala insya-Allah Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya iaitu akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah Subhanahu Wataala sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat. Bersifat takut kepada Allah Subhanahu Wataala ini juga menjadikan seseorang itu akan sentiasa mentaati Allah dan akan memperolehi rahmat daripada-Nya.
Apabila kita nilai, kita hitung segala nikmat yang dikurniakan Alllah kepada para hamba-Nya pasti kita sebagai hamba-Nya tidak akan ternilai dan tidak terhitung akan kebesaran dan keagungan-Nya. Betapa banyak nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada hamba-hamba- Nya. Untuk kita bersihkan batin kita dengan mensyukuri segala nikmat Allah Subhanahu Wataala berikan itu, kita hindari segala kemungkaran dan dosa. Inilah kebersihan hakiki yang bakal membawa para pelakunya keuntungan di dunia dan di akhirat. Perlu kita jaga kebersihan zahir dan batin ini, jika zahir sahaja yang bersih namun penyakit hati masih bersarang dalam diri, maka belum sempurna kebersihan itu, mudah-mudahan segala usaha untuk membersihkan zahir dan batin itu akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan menjauhi dan menghindari segala hasutan nafsu dan syaitan daripada hamba-hamba- Nya yang benar-benar beriman.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 yang tafsirannya:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2156 aily's post
Sepatutnya begitulah. Ustaz penceramah haji pun ada berpesan. Selagi tak selesai segala Ibadah, jangan contact sesiapa lagi agar dapat menumpukan sepenuhnya kepada Ibadah Haji.  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2156 aily's post
Amboii...
Lagi hebat Ibu ni...siap off Hp...
Kesian anak anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2158 aziefa's post
Bukan apa, buatnya nanti anak - anak call bagitahu hal - hal yang boleh menganggu tumpuan semasa disana, kita jugak yang rugi.
Sebab itulah, kita disarankan agar berserah kepada-Nya perihal harta - benda dan juga keluarga ditanahair.  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aily at 22-10-2008 11:06 AM 
Nak cerita pasal teman sebilik. Masa di Madinah kami 5 orang sebilik tapi sampai ke Makkah (berpecah tak dapat bersama). Di Makkah duduk 7 orang sebilik. Akak & ibu, 1 jemaah dari bilik lain ser ...
Assalamualaikum aily dan semua,
Bercerita tentang rakan sebilik semasa di Makkah atau Madinah ni memang ada pelbagai cerita. Terutama bagi yang pergi dengan keluarga atau rakan karib, selalunya seboleh-boleh mereka mesti nak duduk sebillik bersama.
Kakak selalunya lone ranger, dan memang sudah bersedia walau ditempatkan di bilik mana atau dengan sesiapa sahaja,
pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan mereka, tambahan kita ni sorang saja.
Ketika mengerjakan umrah 2 atau 3 tahun yang lalu, dek kerana ada jemaah yang ditempatkan sebilik dengan kakak terpisah dengan rakannya, kakak beralah berpindah ke bilik lain bagi memberikan tempat kepada rakan mereka. Bila dah mula nak mengemas-gemas pakaian, kecoh pulak kerana di bilik sebelah ditempatkan pulak seorang jemaah lelaki suami kepada seorang jemaah tersebut. Takkan pulak mereka nak duduk sebilik kerana dua lagi jemaah wanita rakan isterinya bukan muhrim mereka. Kecoh jug apakcik tu. Perkara ini timbul kerana dua lagi jemaah tersebut menggunakan suami wanita itu sebagai mahramnya. Sekali lagi saya beralah dan berpindah ke bilik tersebut dan pakcik berkenaan ditempatkan di bilik lelaki.
Selalunya golong jemaah wanita yang agak berumur yang tak mahu berpisah dengan rakan mereka. Kita juga memahami
kerana sejak di kampung halaman mereka belajar tentang badah haji atau umrah ini bersama-sama dan sudah tentu mereka tak mahu berpisah ketika berada di tanah suci.
Kakak juga gembira kerana dengan cara ini kita mendapat ramai kenalan dari negeri-negeri lain, ada yang hingga kini terus berhubungan dan ada juga yang hilang begitu sahaja, walaupun sebelum kembali kami berjanji akan terus menjalinkan silaturahim.
[ Last edited by Rosputih at 23-10-2008 12:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 22-10-2008 11:39 AM 
Assalamualaikum aily dan semua,
Bercerita tentang rakan sebilik semasa di Makkah atau Madinah ni memang ada pelbagai cerita. Terutama bagi yang pergi dengan keluarga atau rakan karib, sel ...
Mualaikumsalam Kak Ros.
Itulah yang payahnya kadang kadang mereka ni tak faham serta tak dapat sesuaikan diri. Kalau dengan keluarga terdekat macam anak/ibu selalunya dapat duduk sama sama tapi kalau kawan kawan apa salahnya duduk asing asing. Buatlah kawan baru panjangkan lagi silatulrahim. Kak Ros, seronokkan dapat kenal dengan lain lain jemaah yang berlainan negeri.
Off topic, Kak Ros dah berkali dapat buat Haji? Azie rasanya 2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2163 haziq_97's post
Itu yang jadi pakar bahasa isyarat tu. Ye tak Haziq?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2166 haziq_97's post
Agak - agak nak bawak kertas dengan pensil tak lepas tu?  |
|
|
|
|
|
|
|
haziq...hariz..
Macam itik bercakap dgn ayam ye...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|