Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang jurugambar haram di sekitar KLCC bertindak agresif terhadap seorang pengunjung yang hanya ingin merakam kenangan di lokasi tersebut.
Kejadian ini bukanlah yang pertama, malah semakin kerap dilaporkan, menjadikan pengalaman melawat KLCC kurang menyenangkan bagi ramai orang.
Dalam video tersebut, seorang makcik sedang merakam video sambil berkata, “1..2..3.. kita sekarang di KLCC. Boleh nampak KLCC dari sini.”
Tiba-tiba, seorang jurugambar haram yang berada berdekatan memberikan jelingan tajam dan marah-marah kerana menyangka dia dirakam.
“Kenapa awak rakam saya?” tanya jurugambar haram itu dengan nada tinggi.
Namun, makcik tersebut dengan tenang menjawab, “Eh, saya rakam KLCC, bukan awak.”
Netizen yang menonton video ini turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kumpulan jurugambar haram yang sering berkeliaran di sekitar KLCC.
Seorang pengguna berkongsi pengalaman buruknya, “Saya sudah habis duit dengan mereka. Mereka tawarkan ambil gambar, saya bayar RM10, tapi hasilnya teruk. Bila pihak berkuasa datang, mereka lari lintang pukang.”
Ada juga yang kata, “Mereka ini sebenarnya pendatang asing yang berpura-pura sebagai orang Sabah. Mereka sepatutnya tidak dibenarkan beroperasi di sini.”
Masalah Jurugambar Haram: Bukan Sekadar Gangguan
Aktiviti jurugambar haram ini bukan sekadar mengganggu pengunjung, malah ia juga mencemarkan imej KLCC sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Mereka sering menawarkan khidmat fotografi berbayar secara agresif, mengganggu pengunjung yang ingin mengambil gambar sendiri, dan dalam beberapa kes, menipu pelancong dengan hasil gambar yang tidak memuaskan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-2-2025 08:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 25-2-2025 11:13 AM
DBKL dan Polis buka ke selalu berkawad kat situ.
Mustahil wargaasing, sudah semestinya Warga Sabah ...
Indon la uols..haritu ada mat saleh share video..indon tu menyamar jadi sabahan..tapi bila tanya lebih x tau jawab...pastu cuba lari2...mmg lahanat dia org ni..tak cukup kat negara sendiri pau duit orang..sampai kt negara org pun bangsa jahanam ni buat kerja jahat gitu..malang betul nasib msia berjiran dgn negara indon
Post time 26-2-2025 09:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ada indon, ada bangla, ada juga malay. ada sekali tu aku lalu, mamat melayu bajet photog ni duk uish uish xpuas hati aku lalu depan dia. aku buat bodo ja sapa suruh block jalan
Post time 26-2-2025 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pernah lalu situ orang ingat photographer minta tolong ambil gambar dia, Aku pun ambillah gambar dia, snap je. Pastu Aku hulurkan kembali hp dia, tanya ok tak gambar. Dia tourist china, macam malu malu plak ke tak reti communicate