|
/ Presidential Suite 6 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
thank..nasib baik bkn Shahir risau gak..
Shayana Post at 6-6-2010 00:33 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku tgk tak pokus pun..jenuh nunggu shahir tadi..kkkkkikikiki..tapi tadi ada tunjuk gambar makwe daus..ecah..ihihiih comel jer..pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
nak tido gak la..katil ala2 bali kat sini memanggil2..ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mari tido semua!! ![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk tak pokus pun..jenuh nunggu shahir tadi..kkkkkikikiki..tapi tadi ada tunjuk gambar ...
molley444 Post at 6-6-2010 00:34 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
br nk cr kat youtube..mintak2 ada lh...nk gak tgk awek daus...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua ........baru lapor diri....
baru balik tgk wayang lagenda budak set ...
kula22 Post at 6-6-2010 00:38 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
hai kula!!!
best x citer? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ketingalan ketapi,baru balik supper
mdbeaute Post at 6-6-2010 00:33 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
alamak akak...sy nak tido dah..kite cite2 esok k! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x pun.. bc kat FB dia je...
Shayana Post at 6-6-2010 00:50 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
beratus2 post kat situ...
i nak baca pun pening......
shahir apatah lagi....
ramai peminat dia kan.....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hati Shahir Terguris Gara-Gara Gosip
Shahir akur ada kalanya hatinya terguris dengan terpaan gosip liar dan fitnah.
- Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN
JUARA Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi tidak menyangka gosip dan fitnah yang melanda dia sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak boleh menganggu ketenangan hidupnya.
Walaupun dia sedia menghadapi segala kemungkinan dan gosip yang mendatang, Shahir akur ada kalanya hatinya terguris.
Meskipun wajah nampak tenang, tapi kocak di hatinya, tuhan saja yang tahu. Menurut Shahir, bukan semua gosip mampu ditepisnya.
Ada juga gosip yang cukup menghiris hati kecilnya sehingga membuat dia tidak mampu memberi sebarang komen. Gosip kononnya ibu dan ayahnya duduk berjauhan di konsert akhir AF8 membuat Shahir tersentuh.
Shahir berkata dia tidak mampu menepis semua gosip.
Sambil menggeleng kepala dan mengucap panjang, Shahir berkata dia tak sangka ada yang boleh membuat andaian sebegitu rupa hanya kerana ibu bapanya tidak duduk bersama.
"Ada juga gosip yang melibatkan maruah saya. Kadang tu saya terfikir saya perlu bertindak, tapi tengoklah macam mana.....," jelas pemuda yang berasal dari Kampar, Perak ini ketika ditemui di Parti Durian anjuran Astro di KGLCC kelmarin.
Ketika diminta reaksinya tentang gosip yang kononnya dia sudah bertunang, Shahir dengan tenang menjelaskan, semua itu tidak benar.
"Itu tak betul. Saya tidak pernah bertunang. Saya pun hairan macam mana gosip itu boleh timbul. Tapi ini adalah asam garam dunia seni, saya kena hadapi," kata Shahir, 22 dan anak sulung daripada lima beradik ini.
Difahamkan gosip itu timbul kerana sebentuk cincin yang tersarung di jari kirinya. "Oh cincin ni dah lama saya pakai. Ni bukan cincin tunang," jawab Shahir spontan sambil tersenyum.Bekas qari Remaja negeri Perak ini juga masih mampu tersenyum apabila diajukan pertanyaan tentang cakap-cakap sumbang kononnya dia mempunyai masalah disiplin ketika menuntut di Pusat Asasi Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Shahir akan muncul dengan program sendiri, Diariku...Shahir setiap Ahad, pukul 10 malam.
Shahir berkata, "itu juga tidak benar. Tanyalah sesiapa yang menuntut di sana sama saya, saya tidak pernah gagal satu matapelajaran mahu pun ada masalah disiplin. Tapi memang saya tidak tamat pengajian."
Katanya lagi, "Sebenarnya saya berhenti kerana masalah kewangan. Saya tahu keluarga saya tak mampu sebab tu saya terpaksa berhenti setelah satu setengah semester."
Menurut Shahir, dia nekad berhenti kerana ingin membantu meringankan beban keluarganya. "Saya tahu saya tak mungkin dapat menumpukan perhatian pada pelajaran bila saya tahu keadaan keluarga saya susah ketika itu. Lagipun sebagai anak sulung, itu sudah jadi tanggungjawab saya membantu keluarga," jelas Shahir yang menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan bagi meringankan beban keluarga.
Pemuda tampan yang tidak lekang dengan senyuman di wajahnya ini mengaku jauh di hati kecilnya masih tersimpan keinginan untuk menyambung pelajarannya satu hari nanti.
"Saya memang ada cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang falsafah Islam. Tapi saya mahu pastikan keluarga saya stabil dulu sebelum itu. Insya Allah, kalau ada rezeki saya, pasti akan mengambil peluang," jelas bekas anggota kumpulan nasyid Saujana ini dengan penuh berhemah.Shahir yang kini sedang popular dengan singlenya berjudul 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' juga tidak menduga kemenangannya membuat diari hidupnya berubah dengan mendadak sekali sehingga tidak ada masa untuk berehat.
Shahir kini sedang popular dengan singlenya berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
"Mula-mula rasa seronok juga tetapi lama-lama bila tengok tak ada privasi, saya jadi terkejut dan risau pula. Tapi saya tahu semua ini adalah asam garam dunia seni. Lagipun ini adalah jalan yang saya pilih, jadi saya terpaksa harunginya.
“Asalkan saya pandai jaga diri dan tahu apa yang saya lakukan. Biarlah apa yang orang nak kata," jelas Shahir.
Petang semalam, Shahir telah mengadakan kenduri kesyukuran doa selamat di rumah keluarganya di Kampar, Perak pada pukul 4 petang. Kenduri tersebut diuruskan oleh ibunya, Mahanum Osman dan kelab peminatnya, Shahir FC.
Yang pasti, walau penat terukir di wajahnya kerana kurang tidur dan jadual yang padat, Shahir tetap mahu meraikan kejayaannya bersama keluarga tercinta dan peminat-peminatnya dari Shahir FC, walau sebentar cuma.
Dalam perkembangan lain, Shahir juga akan muncul dengan program sendiri, Diariku...Shahir setiap Ahad, pukul 10 malam.
kredit to mstar online |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Kula...
Hi Shayana....
Hi Molley....
Hi Dax......
Malam ni semua tido lena sbb dah dpt tgk gambar latest dak Shahir plus dpt tgk dia chat kat fb........ |
|
|
|
|
|
|
|
bile lh Shahir nk msk cnie..hope kakpah bg tau awal2 kalu Shahir nk msk cnie...tkt time 2 kita x ...
Shayana Post at 6-6-2010 00:56 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
ye la kan...
mintak2 kakpah leh buatkan 'date' kita dengan shahir.....
mesti seronok kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Kula...
Hi Shayana....
Hi Molley....
Hi Dax......
Malam ni semua tido lena sbb dah dpt tgk ...
S3Myx Post at 6-6-2010 01:01 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hai S3Myx |
|
|
|
|
|
|
| |
|