|
Kerana Terpaksa Aku Relakan[Izreen & Amar Bahrin] Banglo 9
[Copy link]
|
|
mycute posted on 10-7-2014 04:50 AM
Bila la pak halim nk nmpak kebodohannya percaya org luar?
tu laaaa....bila laa pak halim tuh nak buka mata dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
mycute posted on 10-7-2014 05:18 AM
Rindu kt mak andam..
X sangka indah boleh ambik mak kiah dr taiping tu dtg kl
indah saying mak andam tuh.....still guna dia....caya laahh indah |
|
|
|
|
|
|
|
Rase excited sangat utk episode hari ni
Pade yg pegi majlis Iftar tu enjoy k
And op Cos jgn lupe buah tangan utk kite kite kat sini
Sesape buat la MV ngan lagu Jodoh Pasti Bertemu, scene happy happy, sceen sedih terpaksa
ending mesti la abg zen nikah ngan indah.... |
|
|
|
|
|
|
|
mycute posted on 10-7-2014 05:48 AM
Bila dpt tau byk scene kena potong, iols dh redho je apa saja ending dia nanti...
Dh hak stesen t ...
part yazid wati tuh patut potong je....ngada2 byk |
|
|
|
|
|
|
|
eddlisa_uyuk posted on 10-7-2014 07:42 AM
mcm mana zen tau yazid nak serang tuh???
zen pasang spy ke
Agak nya bec sebelum abg zen larindia bercakap ngan sorang tu
Lepas sergah yazid, safwan suruh org tu kejar si yazid
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by hrezkh on 10-7-2014 07:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat membaca pd yg rajin membaca
Dah lama kenal
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Kemesraan dipaparkan dua bintang utama drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin dan Izreen Azminda, di laman Instagram masing-masing menyebabkan timbul andaian mengatakan mereka kini bercinta.
Ada dalam kalangan peminat yang menghulurkan restu mereka andai Tajul Razin dan Indah Harlina benar-benar membawa 'percintaan' mereka ke luar set penggambaran. Pada masa yang sama tidak kurang yang mencemuh kemesraan dua pelakon ini apabila mereka menyifatkan, Izreen tidak menghormati tempoh edah selama tiga bulan yang kini sedang dilaluinya.
Bertemu kedua-dua pelakon berbakat terbabit baru-baru ini, memberi peluang kepada HIP mendengar sendiri jawapan mereka terhadap dakwaan kononnya masing-masing kini dilanda asmara. Selain itu, Amar dan Izreen juga menjawab mengenai aksi mesra mereka di laman sosial masing-masing.
Hadir bersama-sama ke lokasi fotografi di Hotel One World, Petaling jaya, dua bintang ini kelihatan cukup akrab dan mesra. Membahasakan 'I dan You' antara satu sama lain, ada ketikanya sesi fotografi ini turut bersulam usikan manja. Mungkin ujar Izreen dan Amar, populariti drama itu menyebabkan keakraban mereka menjadi perhatian.
Senang berkawan dengan Amar
Andai drama arahan Azma Aizal Yusof itu tidak 'menjadi' seperti sekarang, pasti peminat mahupun media tidak menghiraukan keintiman yang sering ditonjolkan oleh mereka di laman sosial.
Rentetan itu timbul pelbagai gosip membabitkan mereka, termasuklah khabar mengatakan keakraban kedua-duanya menjadi punca keretakan rumah tangga Izreen dan bekas suami, Muhammad Riza Baharuddin.
Tuduhan itu membuatkan Izreen terpanggil untuk bersuara di laman Instagramnya. Menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Amar, pelakon wanita ini menyelar tulisan di ruangan gosip sebuah akhbar, yang seolah-olah mengenal rapat dirinya sehingga tahu kisah rumah tangganya secara luar dan dalam.
"Luahan saya dalam Instagram tempoh hari hanyalah sekadar kiasan untuk mereka yang sesuka hati menaburkan cerita tidak betul mengenai keruntuhan rumah tangga saya dan Riza. Saya tidak marah, sebaliknya sekadar memohon jasa baik semua supaya tidak menyelak kembali insiden perceraian saya.
"Saya kecewa dengan orang yang menabur cerita kononnya Amar menjadi punca perpisahan saya dengan bekas suami. Orang yang berkata itu seolah-olah hidup dengan saya 24 jam sehari. Saya mohon agar diri saya dan Riza diberikan sedikit ruang.
"Saya juga faham, Amar diheret sama dalam hal ini ekoran drama yang kami lakonkan. Ingin saya jelaskan di sini, saya dan Amar sudah bekerjasama beberapa kali di layar kecil, antaranya menerusi drama Tanggang Ayu, Pelesit dan Mimi Mencari Cinta. Kami bagaimanapun tidak dikaitkan waktu itu kerana drama berkenaan tidak membekas seperti sekarang.
Kami memuat naik gambar secara berdua pula bukan untuk sukasuka, sebaliknya kami hanya ingin mempromosikan drama lakonan kami," kata Izreen yang mengakui senang berkawan dengan jejaka dari Kuala Lumpur itu, tetapi tidak berani terlalu menidakkan hubungan mereka kerana bimbang menjilat ludah sendiri.
Luah perasaan menerusi babak menangis
Ekoran dirinya yang kelihatan kuat menghadapi perpisahannya, timbul juga dakwaan kononnya Izreen memang menginginkan ikatan rumah tangga yang baharu hendak memasuki usia dua tahun itu terlerai.
Menjawab tuduhan itu, kata Izreen, orang ramai hanya nampak dari sudut luaran. Hakikatnya, kata pelakon dari Kedah ini, kesakitan itu hanya beliau saja yang tahu. Beliau begitupun tidak suka menunjukkan kesedihannya kerana wanita ini tidak mahu peminat melihatnya sebagai insan yang lemah.
"Orang ramai memang bebas membuat andaian sesuka hati mereka, tetapi sakitnya saya yang tanggung. Saya pula memang tidak suka terlalu menunjukkan kesedihan kerana tidak suka mengenang kembali perkara itu.
"Saya mempunyai anak yang harus diberikan perhatian. Jika saya jatuh sakit, siapa pula yang akan menjaga anak saya, Adrian Umar? Kualiti kerja juga akan terjejas, sebab itu walaupun berdepan krisis rumah tangga ketika di set penggambaran, saya tidak tunjukkan kesedihan itu dan enggan membawa emosi berkenaan bersama-sama.
"Sudahlah emosi terganggu, nanti dituduh pula sebagai artis yang tidak berdisiplin kerana lari dari set. Walau macam mana sedih pun, saya hadapi dengan cara sendiri.
Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan yang sangat baik, seperti Amar, Azma dan Dian P Ramlee. Boleh dikatakan semuanya mengambil berat mengenai keadaan saya pada ketika itu," katanya yang mengaku beliau melepaskan perasaan dengan menangis semahu-mahunya sewaktu melakonkan babak sedih.
Keserasian disalah sangka
Selepas menyertai program Anak Wayang lima tahun lalu, nama Amar Baharin dalam dunia lakonan kurang menyerlah, walaupun anak muda ini sudah membintangi deretan drama.
Siapa sangka, drama Kerana Terpaksa Aku Relakan akhirnya berjaya membuatkan peminat menyedari kewujudan Amar dalam dunia seni.
Sepanjang bergelar pelakon, boleh dikatakan nama pemuda ini lebih dikenali ekoran beberapa siri gosip. Beliau sebelum ini pernah dikatakan intim dengan seorang pelakon berstatus isteri orang dan kini, sekali lagi namanya dikaitkan dengan kes lebih kurang sama.
Ternyata tidak mudah menjadi Amar, anak muda dari Brickfields, Kuala Lumpur ini, tidak mudah melatah. Sebaliknya beliau menganggap semua itu terjadi disebabkan populariti drama yang dibintangi olehnya.
"Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang bercerita mengenai diri saya, lagipun semakin dinafikan semakin galak orang bercerita. Bagi saya, semuanya terpulang kepada seseorang itu. Jika mereka hendak memandang sesuatu perkara dari sudut negatif, maka negatiflah jadinya.
"Sesekali apabila duduk bersendirian di dalam bilik, terlintas juga dalam fikiran, hebat sangat ke saya sehingga dituduh menjadi dalang kepada keruntuhan rumah tangga orang? Saya bagaimanapun enggan melatah dan mujurlah keluarga turut memahami, lagipun saya dan Izreen memang tiada apa-apa. Kami hanya berlakon bersama, tetapi apabila orang nampak keserasian antara dirinya dan saya, maka kami disangkakan bercinta.
Jangan tuduh bukan-bukan
"Kami memuat naik gambar berdua pula bukan untuk suka-suka atau sebab kami bercinta. Kami berbuat begitu kerana memenuhi permintaan peminat yang mahu kami memaparkan sebanyak mungkin gambar Zin dan Indah. Alhamdulillah, setakat ini boleh saya katakan 98 peratus peminat menyukai kami dan drama itu, manakala hanya segelintir yang memberikan ulasan negatif.
"Cuma saya berharap supaya orang ramai tidak memandang negatif terhadap Izreen atau menuduhnya tak menghormati tempoh edah. Izreen buat semua itu sekadar untuk menghidupkan watak dan untuk mempromosikan drama. Jadi, janganlah melemparkan tuduhan yang negatif kepadanya lagi," rayu Amar.
Tiga bulan menjalani penggambaran drama terbabit yang mengambil beberapa lokasi luar dari Kuala Lumpur membuatkan Amar penat. Justeru, beliau kini bercuti bagi merehatkan fizikal dan minda.
Akui lelaki ini, rezekinya juga semakin dipermudahkan selepas drama siaran TV3 berkenaan, tetapi buat masa ini dirinya hanya mampu menerima tawaran berlakon telefilem yang memakan masa lebih pendek. Tawaran membintangi drama rantaian pula akan hanya dipertimbangkan selepas hari raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
naimhana posted on 10-7-2014 12:11 AM
aih..kuciwa ja bunyik nya tu..
kekeke...uols ni saja tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
bts pic.... finale katanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hrezkh posted on 10-7-2014 07:59 AM
selamat membaca pd yg rajin membaca
Dah lama kenal
yg menarik perhatian aku kat sini... amar tgh bercuti..... hehehuhihuhie.... ada kemungkinan jd sr kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
chedzara posted on 10-7-2014 05:42 AM
Kannn..semua relate ke drama melayu..tn drektor nak kita tahu indah ni heroin versi melayu baru. ...
kan..ada mesej yg hendak disampaikan tu..
tu azma tak mau watak indah mcm heroin lain..yg menangis tak henti2..
|
|
|
|
|
|
|
|
hrezkh posted on 10-7-2014 07:53 AM
Suker tengok baju dorang
Izreen look so sweet. Baju just nice utk dia
Tenkiuk u tepek sini
|
|
|
|
|
|
|
|
aviators posted on 10-7-2014 07:51 AM
Rase excited sangat utk episode hari ni
Pade yg pegi majlis Iftar tu enjoy k
And op Cos jgn lupe b ...
kan ..sapa2 yg iftar hari ni, belanja byk gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
eddlisa_uyuk posted on 10-7-2014 07:47 AM
tu laaaa....bila laa pak halim tuh nak buka mata dah....
tak mau la pak halim tergantung kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
eyka posted on 10-7-2014 08:11 AM
yg menarik perhatian aku kat sini... amar tgh bercuti..... hehehuhihuhie.... ada kemungkinan jd sr ...
SR...ada kot...kekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
good morning kaka2 indah |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni episod last ker atau isnin mggu dpn epsd last..adoii yaii bila la org jahat nk dpt balasan ni..
kt novel pak halim ktnyer ceraikan bini dia tu..si wati kena simbah asid dgn bini datuk..yazid pulak xcident betul ke..tp xde pun..tggu2 naik bermaharajalela plk citer2 yazid dgn wati busuk tu..menci betul laa..iklan belambak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aviators posted on 10-7-2014 08:14 AM
Suker tengok baju dorang
Izreen look so sweet. Baju just nice utk dia
kan...sweet
wc..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|