CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kucingitam

[Tempatan] [UPDATE Pg 11-2/10/2019]Kematian CEO Cradle Fund adalah kes bunuh

[Copy link]
Post time 27-9-2018 05:13 PM | Show all posts
2 anak tiri CEO Cradle Fund dibebaskan
Oleh Siraj Mohd Zaini
[email protected]
Kongsi artikel
Share
Tweet
Share

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan permohonan semakan bagi membatalkan tempoh reman tujuh hari terhadap dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman mengarahkan kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun itu dibebaskan daripada tahanan reman petang ini selepas mereka ditahan Ahad lalu.

Perintah itu dikeluarkan Ab Karim selepas menerima permohonan semakan daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan LS Leonard yang mewakili kedua-dua remaja berkenaan.

Dalam prosiding berkenaan, Ab Karim berkata, pihak polis gagal mengemukakan alasan kukuh terhadap tempoh reman tujuh hari bagi mengaitkan penahanan kedua-dua remaja itu dalam kes pembunuhan bapa tiri mereka pada 14 Jun lalu.

“Antara alasan reman adalah tangkapan diperlukan untuk kesan barang kes, tetapi saya dimaklumkan bahawa ketika penahanan remaja berkenaan, turut dijumpai alatan memanah.

“Kenapa polis perlu sampai tujuh hari memandangkan barang kes seperti panah semua sudah dijumpai,” katanya ketika prosiding berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli yang membantah permohonan semakan itu menyatakan beberapa sebab termasuk kaitan kedua-dua remaja berkenaan dalam kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu namun hujah berkenaan ditolak Ab Karim.

Pada Ahad lalu, kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Majistret Nor Ariffin Hisham memerintahkan mereka ditahan reman sehingga 15 September ini.

Dua beradik berkenaan ditahan di rumah datuk mereka di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu.

Pada 4 September lalu, polis menahan ibu dan bapa mereka, sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes CEO terbabit.

Bagaimanapun, bapa mereka dibebaskan selepas tamat tempoh reman pada 7 September lalu manakala ibu mereka pula masih ditahan reman sehingga Khamis ini.

Pada 3 Ogos, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan keputusan bedah siasat.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 14 Jun lalu.

Mangsa berkhidmat di Cradle Fund, iaitu syarikat bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini, sejak 15 tahun lalu dengan jawatan terakhir sebagai CEO.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
vee replied at 27-9-2018 05:12 PM
PETALING JAYA: Dua lagi ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  ...

Adik samirah dan lakinya kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 10:57 AM | Show all posts
vee replied at 27-9-2018 05:13 PM
2 anak tiri CEO Cradle Fund dibebaskan
Oleh Siraj Mohd Zaini

tq, tlg update kat sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 12:34 PM | Show all posts
UPDATE: 26/02/2019

Laporan bedah siasat kedua mencadangkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan meninggal dunia akibat beberapa kecederaan kepala dan bukan disebabkan telefon bimbit yang meletup, lapor The Sun.

Mengutip sumber, akhbar itu mengatakan laporan bedah siasat tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan polis Selangor.

Nazrin, 45, ditemui mati pada 14 Jun tahun lepas selepas berlaku kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor.

Pada mulanya, Cradle Fund mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Nazrin meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit.

Laporan terbaru ini disokong oleh laporan bedah siasat pertama.

Bagaimanapun, polis mengesyaki Nazrin dibunuh selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mencadangkan kemungkinan terdapat perbuatan khianat.

Pusara Nazrin digali semula pada Oktober lalu.

Polis telah menyoal siasat beberapa ahli keluarga Nazrin dan bekas suami kepada isterinya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:37 PM | Show all posts
wahhh tak sabar ni nak tahu apa kesudahan kes ini...

fb isteri dia.. anak2 tiri dia takde update apa2 ker
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik kes ni...fmly sendiri bunuh..xsbr nk tau motif...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-3-2019 11:50 AM | Show all posts
UPDATE

PETALING JAYA: The daughter of prominent thinker Chandra Muzaffar will be charged with the murder of her husband Nazrin Hassan today, after almost nine months of investigation into his mysterious death last June.

Police said Samirah Muzaffar would be charged under Section 302 of the Penal Code, together with her two sons, aged 15 and 17, and another individual who is still free.

Nazrin, 48, who headed Cradle Fund Sdn Bhd, a company financed by the government to help tech start-ups, was found dead in the bedroom of his house on June 14 last year.

His case, originally classified as sudden death, was re-designated as murder after a forensic report from the fire department said traces of gasoline were found at the scene.

Samirah and her sons were previously remanded as part of the investigation but subsequently released.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Napelah sampai nk berbunuhan.. cerai jelah kalu dh tak sebulu.. ni tak pepasal masuk jail.. jatuh hukum bunuh pulak tu.. kalu sebab duit bukan ke samurah ni anak org kaya ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan ya memang kasihan. Tetapi kasihan kita lebih berat ke arah anak arwah dengan bekas isteri. Arwah dibunuh pada malam sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Manusia jenis apakah yang sangat mementingkan diri dan terlampau tamak sampai buat kelaku begini? Kerana penjenayah ini, anak arwah kehilangan peluang untuk mencipta satu kenangan manis bersama-sama arwah bapanya. Layakkah manusia sebegini mendapat simpati masyarakat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sambung sini yach!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kes ni diadili seadilnya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:33 PM | Show all posts
mereka bertiga akan didakwa di mahkamah pada petang ni jam 2.
seorang lagi yang masih dicari tu ialah maid diorang kan.

dah laaaaaama sangat tunggu update kes ni.
akhirnya.
tak sia2 family arwah (abang & kakak) buat permohonan utk gali semula for 2nd post mortem.
walaupun samirah cuba halang gali semula tu berapa kali.
lepas hakim dah arahkan gali semula, boleh pulak buat rayuan.
ingat lagi berita pagi hari penggalian semula kubur tu, JAIS dah sampai di kubur jam 8 tapi terpaksa tunda dan tunggu keputusan mahkamah rayuan smpai jam 10 pg.
kalau masih orang tak rasa sesuatu disitu aku tak tahu la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Darah keling ni kejanya nak bakar je ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya!
Moga kematiannya dpt pembelaan & pelaku dihukum seadilnya
Igt dia ank somebody boleh lepas ke!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 02:14 PM | Show all posts
mcmanalah boleh tergamak dia nak bunuh/bakar sendiri...aiyoo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 lagi anak tiri tu dah terlibat dengan kes bunuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2019 04:26 PM | Show all posts
UPDATE: 2/10/2019

Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Aalam, bahawa balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.

Saksi ke-9 kes itu, Mohamad Afzan Majid, 50 berkata, ketika tiba di rumah tersebut beliau melihat Samirah Muzaffar, di pintu utama rumah tersebut yang menunggu ketibaan pasukan bomba tanpa sebarang reaksi sama ada menangis, meratap atau meraung ketika suaminya berada dalam sebuah bilik yang terbakar di rumah tersebut.

Beliau yang merupakan pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata demikian, ketika memberi keterangan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di Shah Alam.

"Ketika saya dan pasukan bomba tiba di rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di bilik utama rumah itu, saya melihat tertuduh (Samirah) di hadapan pintu utama rumah dengan wajah bersahaja.
Iklan

" OKT (Samirah) juga tidak lari keluar dari rumah itu ketika berlaku kebakaran di tingkat atas bilik utama rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di soal Timbalan Pendakwa Raya, Asyhraf Ashy’ari Kamaruzaman, berhubung reaksi Samirah ketika pasukan bomba tiba di rumah berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

Mohamad Afzan berkata ia juga merupakan kali pertama beliau melihat seorang individu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih apabila berlakunya kebakaran yang membabitkan kematian.

"Saya telah menjadi anggota bomba selama 22 tahun dan saya telah bertugas memadamkan kebakaran lebih 500 kali termasuk kebakaran yang membabitkan kematian.

"... dan sepanjang penugasan saya juga, saya tidak pernah melihat orang tidak menangis, tidak meraung dan tidak meratap apabila berlaku kematian dalam kes kebakaran, " katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Samirah juga merayu kepadanya untuk melihat mayat suaminya yang berada di atas katil di dalam bilik yang terbakar, selepas api dipadamkan.

Mohamad Afzan berkata beliau kemudian mengiringi tertuduh melihat mayat Nazrin selepas mendapat kebenaran dari penyelia operasi.

"Saya melihat tertuduh melutut dekatkan diri dengan mayat seorang lelaki dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana saya berada di belakang (tertuduh) cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan,” katanya.

Katanya, selain Samirah, beliau turut melihat ada individu lain di dalam rumah tersebut iaitu dua wanita berusia lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila turun ke tingkat bawah rumah.

Beliau berkata dua wanita yang tidak dikenalinya itu berada di meja makan di ruangan dapur.

"Selepas saya dan pasukan selesai memadamkan kebakaran dan turun ke bawah, saya juga melihat tertuduh ke dapur dan membuat susu yang saya percaya untuk kanak-kanak berkenaan," katanya.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin, 47, diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Berikutan itu, Samirah, 44, yang merupakan bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pihak pendakwaan kes itu diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Datuk Salim.

Samirah pula diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 407992 Replies : 8499
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 63208 Replies : 546
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 25778 Replies : 14
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 5191 Replies : 8
Video tular menunjukkan tangan Netanyahu terketar-ketar dan tertekan semasa berucap di televisyen mengenai ancaman terhadap Iran
YgBenarVideo tular menunjukkan tangan Netanyahu
Views : 6441 Replies : 5
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
maklukpenggodaLima produk kosmetik dikesan mengandungi
Views : 9276 Replies : 39
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 25089 Replies : 55
Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan Lelaki Malaysia Gaji RM3,000.Cinta dan keikhlasan lebih penting daripada jumlah gaji yang diterima
YgBenarGadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan
Views : 26955 Replies : 12
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103461 Replies : 5627
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105086 Replies : 1645

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077784 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list