|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
Originally posted by Elise2004_111R at 13-6-2005 10:47 AM:
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawap ...
kalau myra menjawab camni time jawab tepon kat opis...mau kena buang keje nanti...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Elise2004_111R at 13-6-2005 11:03 AM:
Subject: Fw: Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat
Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda p ...
bagus eh artikel ni...
Aku pernah dengar dulu kan, ntah betul ntah tidak...
Kalo kita masuk mesjid selepas azan kedua ( imam dah start kutbah ), malaikat takde kat pagar nak tulis attendance kita kat buku dia, pasal malaikat semua dah lepak dalam mesjid dengar khutbah jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Family Problems???
Two men met at a bus stop and struck up a conversation. One of them kept complaining of family problems. Finally, the other man said:"You think you have family problems? Listen to my situation."
"A few years ago, I met a young widow with a grown-up daughter. We got married and I got myself a stepdaughter. Later, my father married my stepdaughter. That made my stepdaughter, my step-mother. And my father became my stepson. Also, my wife became mother-in-law of her father-in-law."
"Much later the daughter of my wife, my stepmother, had a son. This boy was my half-brother because he was my father's son. But he was also the son of my wife's daughter which made him my wife's grand-son. That made me the grand-father of my half-brother."
"This was nothing until my wife and I had a son. Now the half-sister of my son, my stepmother, is also the Grandmother. This makes my father, the brother-in-law of my child, whos! e stepsister is my father's wife, I am my stepmother's brother-in-law, my wife is her own child's aunt, my son is my father's nephew & I am my OWN GRANDFATHER!"
"And you think you have FAMILY PROBLEMS!" |
|
|
|
|
|
|
|
Tomatoes
Tomatoes
A jobless man applied for the position of "office boy" at Microsoft. The HR
manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.
"You are employed" he said. "Give me your e-mail address and I'll send you
the application to fill in, as well as date when you may start.
The man replied "But I don't have a computer, neither an email".
"I'm sorry", said the HR manager. If you don't have an email, that means
you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job."
The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10
in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg
tomato crate. He then sold the tomatoes in a door to door round. In less
than two hours, he succeeded to double his capital. He repeated the
operation three times, and returned home with $60.
The man realized that he can survive by this way, and started to go
everyday earlier, and ret urn late. Thus, his money doubled or tripled
every day. Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own
fleet of delivery vehicles.
5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US. He
started to plan his family's future, and decided to have a life insurance.
He called an insurance broker, and chose a protection plan. When the
conversation was concluded the broker asked him his email.
The man replied, "I don't have an email."
The broker answered curiously, "You don't have an email, and yet have
succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if
you had an e mail?!!"
The man thought for a while and replied, "Yes, I'd be an office boy at
Microsoft!"
Moral of the story
M1 - Internet is not the solution to your life.
M2 - If you don't have internet, and work hard, you can be a millionaire. |
|
|
|
|
|
|
|
Mewujudkan kepuasan dalam hubungan suami isteri
PERHUBUNGAN suami isteri mempunyai kualiti. Perhubungan itu mungkin baik dan intim, ataupun mungkin buruk dan penuh konflik, ataupun ia berada di antara kedua-dua. Kualiti perhubungan suami isteri tergambar pada ciri-ciri komunikasi yang berlaku antara mereka.
Kajian-kajian psikologi mendapati, seks bukanlah unsur wajib dalam keintiman. Ertinya, sepasang suami isteri yang banyak melakukan seks belum tentu menikmati hubungan yang sangat intim. Namun aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada.
Cara-cara suami isteri berkomunikasi boleh menggambarkan keintiman dan kepuasan mereka terhadap satu sama lain dan terhadap perhubungan antara mereka berdua. Antara isi kandungan komunikasi orang yang puas terhadap diri pasangannya ialah;
1. Dia banyak memberitahu bahawa dia puas dengan apa yang diterimanya.
''Saya puas dengan apa yang abang beri.''
2. Dia banyak mengucapkan penghargaan dan sanjungan terhadap pasangannya.
''Abang ni lawa, salah-salah macam pakar bedah.''
''Isteri abang ni cantiklah, kalau ada pengarah filem nampak Mah, mesti dia tawarkan Mah jadi heroin.''.
Komunikasi orang yang tidak puas akan menggambarkan perasaan itu. Dia akan berkomunikasi dengan gaya negatif. Antara isi kandungannya ialah:
1). Dia banyak merungut-rungut berkenaan sifat-sifat peribadi dan perbuatan pasangannya.
''Abang ni, balik saja, terus baca surat khabar. Sikit tak mahu tolong saya buat kerja. Kalau abang letih, saya pun letih juga. Bukan abang saja kerja. Saya pun kerja juga.''
''Apa kena awak ni? Muka macam mak nenek saja bila di rumah?''
2. Dia banyak mengkritik, menegur dan menasihati pasangannya.
''Sikap abang tu tak ikut ajaran nabi, tahu? tugas saya sebagai isteri cuma bersolek untuk menyukakan hati suami. Kerja-kerja rumah tak wajib isteri buat. Sebagai suami, abang wajib sediakan orang gaji untuk saya. Tak kiralah walau saya duduk rumah, sebab itu tugas suami.''
''Kenapa awak ikut perangai buruk mak awak yang suka buli bapa awak? Ingat! Saya ni bukan bapa awak. jangan cuba buli saya.''
3. Dia banyak menuduh dan mempersalahkan pasangannya.
''Cuba fikir sendiri, salah siapa?''
''Awak tak pernah peduli perasaan saya.''
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada kita menikmati hubungan suami isteri yang intim? Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu daripada cara itu ialah dengan melihat kehadiran aspek-aspek berikut di dalam perkahwinan itu:
1. Menikmati apa yang diharapkan
Di dalam semua perkahwinan, pihak suami dan pihak isteri mempunyai
pengharapan ke atas satu sama lain dan ke atas perkahwinan mereka.
Kepuasan perkahwinan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana suami dan
isteri menikmati apa yang mereka harapkan. Semakin banyak mereka
mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang mereka
nikmati. Semakin kurang mereka mendapat apa yang diharapkan,
semakin mendalam rasa tidak puas hati yang mereka alami.
2. Memahami hati sanubari
Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya
tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi
fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan
latar belakang. Jadi cuba fikirkan sama ada kita memahami pemikiran
pasangan kita. Apabila kita bercakap dengan suami isteri yang intim,
kita seperti bercakap dengan dua orang yang satu kepala. Mereka banyak
bersetuju dan saling sokong-menyokong pendapat masing-masing. Salah
satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari
orang lain ialah perbezaan pengetahuan. Sebagai contoh, adalah sukar
bagi seseorang yang berpendidikan sekolah menengah untuk memahami
pemikiran seorang yang berkelulusan Ph.D. Keadaan bertambah sukar
bagi si lulusan sekolah menengah untuk memahami apakah keyakinan-keyakinan,
angan-angan dan fantasi si pemegang Ph.D. Di sinilah letaknya
kepentingan seseorang itu supaya rajin membaca bahan-bahan ilmu
sebagai cara mengurangkan jurang pengetahuan yang barangkali wujud
antara dirinya dan pasangannya.
3. Mengambil berat
Pasangan yang intim saling mengambil berat berkenaan diri dan
perasaan satu sama lain. Ramai suami isteri menyangka pasangan
mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka
tidak perlu memberitahunya lagi. Sangkaan itu salah. Orang lain
tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita. Ini menyebabkan
orang lain mengagak-agak sahaja apa yang mereka patut buat, atau
tidak patut buat untuk memuaskannya. Akibatnya, apabila agakan itu
salah, mereka berasa orang itu tidak mengambil berat tentang dirinya.
4. Saling mempercayai
Mereka saling percaya-mempercayai akan cinta dan kesetiaan
masing-masing. Mereka juga saling harap mengharapkan. Dan mereka
mempunyai tekad dan komitmen untuk terus saling cinta-mencintai
hingga akhir hayat. Berdasarkan ciri-ciri itu, jelaslah bukan semua
perkahwinan menikmati keintiman. Malah tidak semua perkahwinan yang
kekal merupakan perkahwinan yang intim.
Harapan suami dan isteri tidak pernah betul-betul serupa,
tetapi ada jenis-jenis harapan yang biasanya serupa antara suami
isteri. Mengikut kajian, harapan-harapan itu ialah;
1. Harapan akan dapat menikmati keintiman. Harapan ini sangat
penting, di mana masing-masing berharap akan dapat menikmati
hubungan yang amat intim sebagai suami isteri. Maka disyorkan
supaya suami isteri belajar teknik-teknik mencipta keintiman.
2. Harapan sama-sama dapat menikmati rasa kepuasan di dalam
perkahwinannya. Harapan ini juga sangat penting peranannya.
Kepuasan perkahwinan ada pada kejayaan memberi kepada pasangan
apa yang diharapkan olehnya dan menerima daripadanya apa yang
diharapkan. Kepuasan dan keintiman tidak datang daripada harta,
pangkat, rupa paras dan lain-lain seperti itu. Walaupun nampaknya
ini mudah, ramai suami dan ramai isteri berasa mereka tidak menerima
apa yang mereka harapkan. Perasaan seperti itu menghalang munculnya
rasa puas dan intim dalam perkahwinan. Rasa puas datang daripada
beberapa punca. Sumber yang paling utama ialah apabila kita mendapat
apa yang diharapkan daripada pasangan kita. Tetapi ini bermakna
pasangan kita mesti lebih dahulu thau apa yang kita harapkan daripadanya.
Jikalau kita tidak memberitahu kepadanya apa yang kita harapkan,
bagaimanakah dia akan tahu apa yang dia perlu berikan kepada kita
supaya kita puas. Sebagai contoh, seorang suami yang berpendidikan
tinggi mengharapkan isterinya yang lulus sekolah menengah akan suka
membaca. Dia membawa sama isterinya apabila pergi ke kedai buku, mendengar
ceramah, dan mengadakan satu bilik bacaan khas di dalam rumahnya.
Dia menyangka isterinya akan faham-faham sendiri bahawa dia mahu
isterinya suka membaca. Apa terjadi ialah sebaliknya. Si isteri tidak
faham bahawa suaminya mahu dia membaca, jadi si isteri tidak juga mahu
membaca. Si isteri juga berasa bosan kerana terpaksa duduk mendengar
ceramah yang dia tidak faham dan tidak diminatinya. Dia juga merungut
mengatakan buku-buku di dalam bilik bacaan sumainya itu hanya membuang
duit dan menyemakkan rumah sahaja. Satu lagi punca kepuasan ialah
apabila kita berasa bahawa kita mendapat banyak faedah dan ganjaran
daripada perkahwinan kita itu dan daripada pasangan kita. Ertinya
kita berasa kita menerima lebih banyak daripada apa yang kita
sendiri berikan dan sumbangkan. Ertinya, kita berasa seolah-olah
perkahwinan kita itu banyak menguntungkan kita. Dalam keadaan
begitu kita mempunyai dorongan dan motivasi untuk meneruskan
perkahwinan itu kerana ia menguntungkan kita. Semakin kita
berasa kita mendapat keuntungan yang tinggi, semakin tinggi
rasa kepuasan yang kita alami. Semakin kita berasa perkahwinan
itu merugikan kita, semakin kita tidak puas. Bagaimanakah rasa
untung itu boleh timbul di hati kita? Ia timbul daripada
perbandingan yang kita buat. Pertama, kita membandingkan apa
yang kita sendiri sumbangkan dan berikan dengan apa yang disumbangkan
dan diberikan oleh pasangan kita. Adakah kita berasa kita yang lebih
banyak memberi? Kedua, kita bandingkan juga apa yang kita terima
dengan apa yang diterima oleh pasangan kita. Adakah kita rasa dia
yang lebih banyak menerima? Kalau kita berasa sumbangan kita adalah
kurang daripada apa yang disumbangkan oleh pasangan kita, tetapi
apa yang kita terima adalah lebih banyak daripada apa yang
diterima oleh pasangan kita, maka kita berasa kita untung.
Keadaan itu akan menimbulkan rasa puas di hati kita. Kalau
kita berasa kita lebih banyak memberi sumbangan berbanding dengan
sumbangan pasangan kita, tetapi dia menerima lebih banyak, maka
kita berasa kita rugi. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas
di hati kita. Implikasi situasi ini ialah, untuk memberikan
kepuasan kepada pasangan, buat supaya dia berasa seolah-olah
dengan mengahwini kita, dia sangat untung. Caranya ialah dengan
memberikan kepadanya ''apa''yang dia mahu.
Sebagai contoh, jikalau seseorang lelaki mahukan isteri yang
mahir mengurut egonya, maka urutlah egonya. Itu saja. Gunakan
teknik-teknik yang diterangkan didalam siri ini. Kajian juga
mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara rasa puas dengan
persetujuan di atas harapan masing-masing pihak. Dalam lain
perkataan, adakah suami isteri mengharapkan perkara-perkar yang sama?
Semakin suami dan isteri sama-sama setuju berkenaan perkara-perkara
yang mereka harapkan, semakin tinggi rasa kepuasan yang mereka
nikmati di dalam perkahwinan mereka. Semakin mereka berbeza pendapat
semakin mereka tidak berasa puas. Implikasi perkara ini ialah,
untuk menikmati keintiman dan kepuasan hidup bersuami isteri,
jangan suka berbeza pendapat dan citarasa dengan pasangan kita.
Kita perlu belajar menyukai apa yang dia sukai dan membenci apa
yang dia benci. Mudah saja. Jangan sekali-kali memusuhi dan
membenci kesukaan dan kesayangannya. Sebagai contoh, kalau
dia suka memancing, jangan dibenci joran dan kailnya. Jangan
pula bermusuhan dengan emak bapak dan adik beradiknya. Mereka
itu kesayangannya.
Orang yang berasa puas akan mempunyai dorongan dan motivasi
untuk meneruskan perhubungan yang ada dan untuk memupuk lagi
perhubungan itu supaya tambah memuaskan kedua-dua belah pihak.
Jadi, rasa puas adalah pendorong paling kuat mengapa orang
mahu mengekalkan hubungan mereka, ataupun mahu mengakhirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Memori Pasar Malam
Memandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa rela ku aku telah diberhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas.
Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja ke atasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri. Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar-pasar malam sekitar Pulau Pinang.
Lantaran kehilangan kerja dan masalah mendapatkan kerja baru,dengan bermodalkan
wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje.
Dari satu pasar malam ke satu pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan satu tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.
Senang aje hal-hal nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada satu hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah-payah drive cuma guna kereta sorong aje.
Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula. Entah agaknya hari tu cukup bulan, aku tengok ramainya orang berduyun duyun datang shopping, dari tokwan, nekwan, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. wah seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku rasakan perut aku memulas mulas ketika proses jual beli sedang rancak berjalan.
Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet, mak ayahku pun sibuk gak. Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan ? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak terberak ni. so, bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'.
Tanpa segan dan silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari ke rumah dan terus melulu ke toilet dan pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler.
Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam kabut aku ambik saja spender lain dalam almari dan pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai tak menang tangan mak ayahku.
Lepas habis pakaikan seluar aku pun cargaslah berjalan semula ke tapak gerai aku tu. Tapi masa on the way tu aku tengok banyak mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu.
Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang satu macam kat aku. "Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu ?" "topi ? mana ada mak" "tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari keatas kepala aku. Aku pun pegang ler.
Korang tau apa dia?
Ya! benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler........aku sangkut kat kepala masa kelam-kabut tadi. lagipun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... adoi, aku tengok berdekah dekah orang kat keliling tu gelak kat aku.... patutlah dari tadi orang dok ushar satu maca kat aku......malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu.
Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan.......
Moral of the story : Buatler penyangkut seluar dalam jamban anda... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
you fcuk up in your marriage,
yang bear the consequences are the innocent kids.... |
|
|
|
|
|
|
|
Iman Semut & Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar
Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang
98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN". |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by Elise2004_111R at 16-6-2005 11:47 AM:
Iman Semut & Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaim ...
thanks for the article........... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Elise2004_111R at 16-6-2005 11:47 AM:
Iman Semut & Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaim ...
seram eh.. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
A little humor for the day.....
A woman was having a daytime affair while her husband
was at work. On one wet and lusty day she was in bed
with her boyfriend when, to her horror, she heard her
husband's car pull into the driveway.
"Oh My God - Hurry! Grab your clothes," she yelled to
her lover. "And jump out the window. My husband's home
early!"
"I can't jump out the window!" came the strangled reply
from beneath the sheets "It's raining out there!"
"If my husband catches us in here, he'll kill us both!"
she replied. "He's got a very quick temper and a very
large gun! The rain is the least of your problems".
So the boyfriend scoots out of bed , grabs his clothes
and jumps out the window!
As he began running down the street in the pouring rain,
he quickly discovered he had run right into the middle of
the town's annual marathon.
So he started running along beside the others about 300
of them. Being naked, with his clothes tucked under his
arm, he tried to "blend in" as best he could.
It wasn't that effective! After a little while, a small
group of runners, who had been studying him with some curiosity,
jogged closer.
"Do you always run in the nude?" one asked.
"Oh yes" he replied, gasping in air. "It feels so
wonderfully free having the air blow over all your skin
while you're running."
Another runner moved alongside. "Do you always run
carrying your clothes with you under your arm?"
"Oh, yes" our friend answered breathlessly. "That way I
can get dressed right at the end of the run and get in
my car to go home!"
Then a third runner cast his eyes a little lower and queried.
"Do you always wear a condom when you run?"
"Only if it's raining." |
|
|
|
|
|
|
|
Buat renungan bersama.... petikan yg diterima dari email......
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan
begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai
dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan
Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun
berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang
ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU
MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH... semoga hari ini lebih baik dari semalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haru.... trajis...
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan
pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang sterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana
dah tak
sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang
comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
ni abang ada
peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang
empat jam. Liz dan
Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak
sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin
laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera
sampai ke
kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok
kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul
Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung
nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang,
Julia takut."
Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa
was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas
ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia
aaa...." Ahmad
terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus
membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
lori balak
yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad
mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya
mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia
tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus
menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa
emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,
kerja pun
takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak
habis!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih
keseorangan.Rasa
macam nak masuk dalam tin biskut! "
Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh
ibu anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 20-6-2005 14:51:
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan
pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang sterinya.
...
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
DOA UNTUK KEKASIH
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 20-6-2005 02:51 PM:
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan
pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang sterinya.
...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Elise2004_111R at 20-6-2005 12:51 PM:
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, keti ...
malam2 baca seram sey.....
aku pung baru lepas makan ni....lupa nak baca :malu: |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Subject: What will the baby be called?
A high school girl finally had the opportunity to go
to a party all alone.
Since she was very good looking, she was a bit
nervous about what to do
if boys hit on her. Her Mom said, "It is very easy!
Whenever a boy
starts hitting on you, you ask him
'what will be the name of our baby?',
that will scare them off." So off she went.
After a little while at the party a boy started
dancing with her and,
little by little, kissing her and touching her.
She asked him, "What will our baby be called?"
The boy found some excuse and disappeared.
Some time later the same thing happened
again, a boy started to kiss her neck, her shoulders . . . she stopped him and asked him about the baby's name, he ran off.
Later on another boy invited her for a walk,
after a few minutes he started kissing her and she asked him, "What will our baby be called?" He continued, now slowly taking her clothes off. "What will our baby be called?" she asked once more. He began to have sex with her. "What will our baby be called?!" she asked again. After he was done, he took off his "full" condom,tied it in a knot and said,
"If he gets out of this one . . . David Copperfield!" |
|
|
|
|
|
|
|
SETIAP WANITA ITU CANTIK
Allah berfirman ...
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana,
Setiap Wanita itu Cantik... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|