CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

[Copy link]
Post time 13-3-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 13-3-2019 09:22 PM
10 years back ms kerja kt jb, ada org pesan, kalau berada di pasir gudang n hujan. Tgu 5 minit dul ...

Rumah kakak i kat kota masai.. dekat betul rumah dia dgn sungai kim kim tu.. dulu masa mula dia pindah situ setiap kali i dtg tidur rumah dia mesti i akan batuk n demam.. pernah sekali tu badan elok je sihat tup pergi sana boleh kena demam.. loya muntah2.. udara kat situ mmg x sihat. Agaknya org2 yg duk situ paru2 mereka mmg dh kebal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah harga hartanah kat sana akan jatuh?
Pembangunan kat situ mcm dh x terkawal.. tanah sana sini kena tarah.. x sampai 6 bulan dh naik bangunan sana sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewan Komuniti Taman Pasir Putih jadi hospital
BERNAMA

KAKITANGAN sekolah yang mengalami simptom sesak nafas akibat terhidu bahan kimia berbahaya dibawa ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih bagi mendapatkan rawatan kecemasan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SEJAK beberapa hari lepas, Dewan Komuniti Taman Pasir Putih bertukar ‘wajah’ - daripada sebuah pusat kegiatan komuniti - kini berfungsi sebagai ‘hospital’, memberi rawatan awal kepada pelajar dan orang awam yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia.

Hospital dewan yang dibuka 24 jam sejak Ahad lepas itu mula berada dalam suasana kelam kabut sejak 10.30 pagi apabila sebilangan pelajar dari beberapa sekolah yang mengalami sesak nafas, loya dan muntah tiba di perkarangan dewan mendapatkan rawatan awal.

Para petugas antaranya anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, petugas kesihatan dan anggota Majlis Perbandaran Pasir Gudang ‘tidak menang tangan’ membantu memberikan rawatan kepada pelajar dari beberapa sekolah di sekitar Pasir Gudang dan orang awam yang tinggal di kawasan sekitar.

Pergerakan ambulans juga boleh dilihat bertali arus antaranya membabitkan ambulans Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat, St John Ambulance dan Hospital Pakar Regency keluar dan tiba mengambil pelajar di sekolah selain menghantar mereka yang serius ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Ada sebahagian pelajar dan orang awam tiba di dewan itu dengan dipapah dan menaiki kerusi roda ekoran lemah manakala suasana sekali-sekala bertukar panik apabila beberapa orang awam terutamanya wanita pengsan ketika berjalan menghampiri dewan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang akhbar berkata, seramai 506 orang mendapatkan rawatan hari ini dengan 166 daripadanya dirawat di hospital dan sembilan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kehadiran ibu bapa membanjiri perkarangan dewan sejak 11 pagi pula terus menjadikan keadaan bertambah kelam kabut, namun situasi itu dapat diredakan petugas kesihatan dan anggota lain termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang meminta mereka bertenang.

Tiada kata dapat diungkap melihat beberapa wanita kaum ibu mengalirkan air mata memikirkan nasib anak masing-masing selepas rata-ratanya terkejut apabila dimaklumkan pihak sekolah berhubung anak-anak yang mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Pada sebelah petang, keadaan di dewan mula reda, namun masih terdapat orang ramai termasuk wanita mengandung dan pelajar tiba secara berperingkat mendapatkan rawatan.

Keadaan di dewan itu mendapat perhatian beberapa pihak dengan seorang aktivis, Adzuan Ahmad, 47, mengedarkan 400 keping penutup mulut dan hidung dengan perbelanjaan sendiri manakala Ranhill SAJ turut menyampaikan sumbangan merangkumi air mineral, makanan dan kertas tisu untuk kegunaan mangsa dan petugas di dewan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 13-3-2019 09:22 PM
10 years back ms kerja kt jb, ada org pesan, kalau berada di pasir gudang n hujan. Tgu 5 minit dul ...

Ooh really? Ye la kan sbb kaw perindustrian.. pasir gudang & masai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Peniaga merintih jualan tak laku
Ibrahim Isa

Nelayan, Manab Mohamed, 50, bersama rakannya terpaksa ke kawasan lebih jauh sehingga ke Tanjung Belungkor, Kota Tinggi untuk menangkap ikan. FOTO Zain Ahmed
PENIAGA ikan di sekitar Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang rugi lebih 50 peratus pendapatan setiap hari apabila penduduk enggan membeli hidupan laut yang dijual disebabkan bimbang ia tercemar akibat pencemaran Sungai Kim Kim.

Peniaga, Malek Mohd Sah, 52, berkata, perniagaannya terjejas teruk sejak Khamis lalu apabila berita mengenai pencemaran Sungai Kim Kim tersebar melalui media sosial dan akhbar.

Katanya, biasanya dia boleh menjual sehingga 50 kilogram (kg) ikan sehari dan meningkat berkali ganda pada hujung minggu.

“Bagaimanapun, sejak Khamis lalu permintaan ke atas ikan, ketam dan pelbagai haiwan laut yang dijual tidak mendapat sambutan.

“Penduduk bimbang ia tercemar atau mempunyai kesan sampingan disebabkan kejadian di Sungai Kim Kim sedangkan saya mendapatkan bekalan dari nelayan di Pontian.

“Ini kerana selama ini pun, tangkapan nelayan di kampung ini terlalu sedikit dan tidak boleh menampung permintaan ramai termasuk peniaga kedai makan di kawasan sekitar,” katanya hari ini.

Dia yang juga penduduk asal kampung itu berkata, selama 10 tahun berniaga ni adalah tempoh paling sukar dilaluinya.

Katanya, selain penduduk enggan membeli ikan dengan alasan bimbang ia tercemar akibat pembuangan sisa toksik, peniaga pula membatalkan tempahan atas alasan sama.

“Saya berharap masalah ini diselesaikan segera dan dalang di sebalik kejadian ini dihukum termasuk mereka yang membuangnya.

“Ini kerana mungkin orang yang membuang sisa itu adalah pekerjanya dan mengikut arahan sedangkan dalangnya berbuat demikian kerana mahu berjimat,” katanya.

Menurutnya, selain peniaga ikan terjejas dia dapati rakan nelayan kurang ke laut mencari ikan kerana hasil tangkapan tidak boleh dijual selain bimbang terdedah bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan kakitangan kesihatan pasti tak cukup rehat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kembangbunga replied at 13-3-2019 05:29 PM
dpt kat komen2 FB.. biar betul MB, siap ada sesi bergambar?

Tipikal mentaliti ummah dunia ke3

Siap ada aturcara majlis

Ingat ni majlis kahwin ka?

Bodoh nye patut dihumban semua kasi masuk tong kimia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hydrogen Cyanide adalah bahan yang sering digunakan dalam industri besi, dan merupakan bahan kawalan yang diguna untuk buat bom juga, sebab ia boleh membunuh (poisonous), ia cepat meresap: Pensyarah kimia

Nak tunggu kematian baru nak isytihar darurat ka


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing masing dibekalkan plastik khas untuk muntah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran Kimia: Tak Perlu Pindah Penduduk Kerana Rumah Boleh Ditutup Pintu – MB Johor

Pasir Gudang 13 Mac : Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak  tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

Beliau menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

“Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya.


Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari .. kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.” – Datuk Osman Sapian

Osman berkata demikian ketika sidang media di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) petang tadi.

Pada perkembangan yang sama, Osman turut mengumumkan pasukan petugas khas (task force) bagi menangani isu pencemaran kimia tersebut. Pasukan itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi menyiasat punca sebenar pencemaran berkenaan.


Beliau juga meluluskan peruntukan bantuan kecemasan dan memberi fokus kepada pengawalan pencemaran yang melanda kawasan itu.

Sementara itu, Dr Maszlee Malik, menteri pendidikan mengarahkan 34 buah sekolah di sekitar kawasan terjejas ditutup serta merta memandangkan keadaan semakin kritikal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu pindah pasal rumah boleh ditutup pintu. Apa pasal kau ni stupid sangat eh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 09:37 PM
Adakah harga hartanah kat sana akan jatuh?
Pembangunan kat situ mcm dh x terkawal.. tanah sana sini ...

Jatuh??hehe..meollss mampu gelak je la..habis projek mega ECO TROPICS yg rumah rega premium xkn nk trun hrga lak??sedangkan uma lowcost pajakan 99 thun cm taman mawar pun rega 150k lot tengah..mampu geleng kepala je la meollss masa wt doc time tu knonnya rega rumah2 kt sna mahal sbab daerah termaju kat johor..deyyollss xsedar ke kt sne udara xbersih lgi2 lepas kilang LOTTE nak ke tanjung puteri resort tu belah kiri kalu bwak keta bukak tgkap mesti bau kuat cm minyak peram..dari meollss umo 7 thun smpai 29thun ni still ade bau minyak peram tu..kuat giler kot kalu xbiasa ngn bau tu mau pning2 kpala n muntah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
M5 replied at 13-3-2019 10:11 PM
Tipikal mentaliti ummah dunia ke3

Siap ada aturcara majlis

Meollsss setuju..ape fungsi MB trun pdg ni dah gaya cm nk g majlis perasmian lak siap ade sesi bergambar..cam sial..org ble da bese menyalak tp ble bgi tggjawab terdiam benak cm xtau nk wtpe..skit lak hati aku..abg sdara meollss ckp kje2 bersihkn sungai lm stat lgi pun tggu arahan rsmi org atasan..defuck
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Obviously tak ikut SOP pelupusan toxic waste.. By rules, semua kilang kena comply dgn rules & regulation under toxic waste. Mkn thn benda ni, chemical waste yg dh mendap dlm tanah, blh tersebar ikut aliran air  bwh tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 13-3-2019 10:27 PM
Pencemaran Kimia: Tak Perlu Pindah Penduduk Kerana Rumah Boleh Ditutup Pintu – MB Johor

Pasir Gu ...

Cakap srupa xde otak..camne la leh jadi MB ni..bangang xsudah hbis rumah ko xde pintu??ke pakai kain je senang selak n ttup??bodo serupa lembu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA : MSOSH GESA TINDAKAN SEGERA
================================

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan segera kes pembuangan bahan toksik ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada pelajar sekolah serta orang awam.

MSOSH memandang serius perkara ini kerana ianya telah mengancam keselamatan dan kesihatan masyarakat sekitar. Tindakan segera perlu diambil dan MSOSH memandang berat isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja (para guru,  pentadbir dan pekerja am sekolah dan petugas kesihatan), pelajar dan orang awam yang terlibat.

Pihak berkuasa perlu melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden ini dan MSOSH sekali lagi menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya. Majikan yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan dengan segera dan pesalah perlu didedahkan agar ianya menjadi pengajaran kepada seluruh majikan di Malaysia untuk tidak sewenangnya mencemarkan alam sekitar yang mengganggu aspek keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan.

Pihak MSOSH juga menasihati sukarelawan yang membantu insiden ini dilengkapkan dengan ilmu asas pertolongan cemas dan dibekalkan peralatan perlindungan penafasan yang lengkap bagi mengekalkan tahap kesihatan.

Masyarakat sekitar juga perlu diberikan maklumat amaran berkenaan tindakan pencegahan jika berhadapan dengan insiden seperti ini. Maklumat pengawalan isu udara beracun ini perlu sampai ke masyarat setempat agar masyarakat tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan pendedahan.

Keadaan sungai yang tercemar juga perlu dipulihkan dengan segera dan kawasan sekitar agar selamat untuk diduduki.

Mangsa yang terlibat dengan insiden ini juga perlu diberikan rawatan dan pemulihan segera agar sembuh seperti sedia kala.

MSOSH menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendoakan agar insiden ini dapat diselesaikan dengan segera dan semua mangsa sembuh seperti sedia kala. Semoga ianya menjadi pengajaran di masa depan kepada semua majikan bahawa keselamatan dan kesihatan adalah dua perkara penting dalam kelangsungan kehidupan dan perniagaan.

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH)
www.msosh.org.my
#PrayForPasirGudang
#MSOSH #DOSH #DOE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
keracunan gas metana di pasir gudang sgt mencurigakan krn

1. knp hanya berlaku disekolah? adakah angin itu tidak lalu rumah org / kedai makan/kilang?

2.Pembuangan sisa industri ke dlm sg kimkim telah berlaku sejak 10 thn g lalu, tiada major krisis berlaku, knp tiba2 boleh berlaku skrg?

3. Adakah betul keracunan gas metana yg berlaku, knp media beria2 melaporkan ,adakah ujian kimia telah disahkan?

4. keracunan ini berlaku dlm 3 gelombang, eh peliknya, seolah2 sengaja dilepaskan

5. kalau kita lihat peta jb, kita akan nampak kawasan pasir putih ini dikelilingi oleh industri dan bersebelahan dgn singapura menjadikan kawasan ini sgt berharga dan strategik.

6. Rasa-rasanya kalau ada org yg berminat dgn tanah iniapa dia akan buat utk menjustifikasikan pengusiran penduduk di situ esp utk org yg menggunakan rule of law   
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mb ni spm fake ke Ori?..alahai bodoh nye statement..sedangkan bakar sampah pon bleh bau asap sampah dalam umah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mb bangang pegi la duduk situ sorang2 tengok boleh survive tak!
Nak tunggu mati ke isytihar darurat?
Bangang betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
All the sudden ummah2 sorga jd pakar chemistry..mcm bah kuninh dulu..ofc muncul ummah dramatik akan mengarang cerita dongeng secara gigih ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.123513 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list