CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: icelemontea

Thread Borak Board Mawi V.16: Menghitung detik.....

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2008 03:26 PM | Show all posts

Balas #196 kazz\ catat

masak lomak cili api bleh ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #197 kazz's post

tu dah jwb dah tu

aku yg kuat bermasam agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:28 PM | Show all posts
wehh... korang guna server no berapa?

lembab segala nya nih
mforum lembab
7 tak leh masuk
2 lembab

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:30 PM | Show all posts
berat sgt masakan hari ni

mendapppppppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 21-7-2008 03:25 PM
kaduk naik junjung

tapi pokok kaduk tumbuh atas tanah
tak macam pokok sireh

junjung sapa dia naik tu????


tu makna nya lupa diri la
tak pernah2 duk kat atas
sekali duk kat atas
eksyen sangat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 21-7-2008 02:52 PM
topic kikin bohsia ka?


kakak mawi dah bengang dgn bohsia barai ni:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:30 PM | Show all posts
tolakkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 03:31 PM | Show all posts

Balas #199 niy\ catat

dah jumpa resepi
masak lemak cili api ikan semilang + pucuk gelugor

1. IKAN - SEMBILANG SALAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan :
5 ekor sembilang yang telah disalai
kunyit hidup + cili api + garam kasar ..tumbuk sampai hancur
1 ikat pucuk gelugor, diracik halus seperti bunga rampai, kemudian dicelur dalam air panas sehingga bertukar colour
1 biji kelapa - santan dari.sekali perah sahaja

Cara-cara:
1. masukkan kesemua bahan di atas, kecuali pucuk gelugor dan masak di atas api. kacau sentiasa sehingga kuah menggelegak
2. kemudian masukkan daun gelugor yang sudah diperah airnya agak-agak sudah mesra, baru matikan api

kebanyakan resepi original masak lomak lado api sebenarnya tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih, cuma kunyit hidup dan cili padi sahaja. Anda boleh cuba kalau nak tau pebezaannya.

OPTION:
Shahriza Robi [email protected]
ni nak tanya... kalau tidak ada pucuk gelugor, boleh ke ganti dgn asam gelugor aje???

JAWAP:
From: "Jami'yatun Ismail" [email protected]
Boleh, letak sekeping pun dah cukup

oleh : From: "Jami'yatun Ismail" [email protected]

wahhhhh
macam sedap jer ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 21-7-2008 03:25 PM
a'ah masak lemak cili api
makan mentah tak pernah

masam ke kazz... ??
adalah kots.. tapi taklah masam sangat


masam la..... tapi best
function dia dlm gulai pon sebagai asam
tak boleh bubuh banyak sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:32 PM | Show all posts
musa hassan saman DSAI sbb apa ek ?
nak buak nst tak dapek pulak

[ Last edited by  niy at 21-7-2008 03:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:33 PM | Show all posts

Balas #202 Syd\ catat

tQ syd
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:34 PM | Show all posts

Balas #204 niy\ catat

mporem niy
tapi cam siot jer

kena dua kali klik "balas"
baru bleh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:35 PM | Show all posts

Balas #206 kazz\ catat

memang pungggggg

lupa diri... lupa segala
bak kaduk naik junjung

sokmo kat bawah
sekali kat atas tak hengat donia

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:37 PM | Show all posts

Reply #209 chekshu's post

wow dah siap ada resepi
tapi susah kot nak cari pucuk gelugur ni

tak perasan pulak kat pasar seksyen 6 tu ada ke tak?
mungkin pasar malam ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:38 PM | Show all posts

Reply #211 niy's post

saman fitnah kan?


<apsal aku pening ngan seber ni>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #216 kazz's post

fitnah yg mana pulak kazz?

aku dah konfius
byk sgt SD, byk sgt fitnah
lama2 aku yg pening
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #215 niy's post

ha ah selalu kat pasar malam je ada kot

jiran belakang umah aku ada tanam pokok gelugur ni
selalu mintak kat dia jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 21-7-2008 03:32 PM
musa hassan saman DSAI sbb apa ek ?
nak buak nst tak dapek pulak




ni.. aku ambik kat mstar online


Manipulasi fakta: Anwar sambung keterangan di BPR, Musa fail saman
21-07-2008 12:50:07 PM
Oleh G. MANIMARAN  

(Mutakhir) PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini pagi ini untuk kali kedua dalam seminggu untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula hari ini saman bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memberi keterangan Rabu lalu berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba di BPR kira-kira pukul 9.50 pagi dengan ditemani peguam R. Sivarasa.


Dalam pada itu,  Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.

Musa menuntut ganti rugi dalam jumlah yang tidak dinyatakan dan juga injunksi untuk melarang Anwar daripada mengulangi dakwaan itu.



Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Musa dan Gani terlibat dalam memalsukan fakta beliau dipukul Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

Abdul Gani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes itu.

Rabu lalu Anwar memberikan keterangan lebih dua jam dan kemudian ditahan polis berhubung dakwaan meliwat.

Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan itu minggu lalu, Anwar berkata, beliau telah memberikan semua keterangan yang diperlukan dan bukti berhubung laporan itu kepada BPR.

"Saya berasa puas hati kerana pegawai-pegawai BPR telah mencatat semua dan mengesahkan, tetapi belum selesai kerana banyak keterangan lain yang dikehendaki.

"Tapi saya memohon maaf kerana saya telah menerima waran tangkap untuk segera hadir di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur dan saya tidak mahu lambat," katanya.

Beliau berkata keterangan yang diberikan oleh beliau meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik.

"Saya akan kembali seberapa segera (untuk menyambung memberi keterangan)," katanya.





BERITA SUSULAN:

Dakwaan terbaru paksa Anwar tangguh misi 16 September?

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mengalih pandangan dengan meramalkan pilihan raya baru ketika hanya tinggal kurang lapan minggu untuk beliau mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September?

Anwar yang dipetik Malaysian Insider berkata: "Meskipun kita tidak memegang kuasa (kerajaan persekutuan kelak), kita akan hadapi pilihan raya tidak lama lagi."

Tidak pasti sama ada beliau merujuk kepada pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.

Anwar menyatakan demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Kuantan malam tadi.

Ia merupakan hentian kedua selepas dibebaskan atas jaminan polis Khamis lalu.

Beliau ditahan polis Rabu lalu dan dibebaskan pagi keesokan dengan jaminan polis.

Hari ini Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menemui penyokongnya di Johor Baharu.

Kenyataan tidak 'yakin' itu merupakan yang pertama sejak beliau mengumumkan misi Kerajaan Baru 16 September, yang dinyatakan sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Di bawah misi itu, Anwar mengharapkan seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Kini pembangkang mempunyai 82 kerusi di Dewan Rakyat manakala BN pula 140.

Beberapa pemerhati politik dan kumpulan kajian pilihan raya serta pemikir yang dihubungi mStar Online menolak kemungkinan pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat ini.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan terbaru meliwat - yang kedua sejak 1998.

Sejak dibebaskan pada 2004 beliau mengetuai pembangkang menghadapi pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Ketika debat kenaikan harga minyak malam Selasa lalu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, Anwar berkata, jika tiada halangan beliau akan bertanding dalam pilihan raya (kecil) dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR - salah satu komponen Pakatan Rakyat, ketika ditanya sama ada pihaknya mampu mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September berkata:

"Kita tunggu dan lihat... tapi ramai yang nak, tak sabar. Kalau kita jumpa orang biasa, mereka tanya bila lagi, bila lagi.

"Ramai yang tak sabar-sabar kerana tekanan hidup sekarang, minyak naik barang naik."

Tambah beliau, sekiranya boleh Pakatan Rakyat mahu mengikut rancangan yang telah ditetapkan itu.

"Kalau tidak, kita kena bersabar," kata beliau yang turut mengakui tumpuan perlu diberikan terhadap kes Anwar.

Dr. Wan Azizah juga ditanya sama ada beliau masih bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada Anwar sebagaimana dinyatakan ketika kempen pilihan raya umum.

"Ya, boleh jadi, kemungkinan itu ada, kemungkinan tempat lain pun ada, kita akan melihat keseluruhannya (semua opsyen).

"Sebab, saya tidak apa-apa kesusahan...  saya tidak ada masalah kalau saya nak tinggalkan Permatang Pauh. Dan, pengundi-pengundi Permatang Pauh tahu Anwar sebab beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum saya, dan mereka kenal kami berdua," jelas beliau.

Pun begitu, kata beliau, terdapat beberapa tempat lain yang dipertimbangkan untuk Anwar untuk bertanding.

Sama ada usaha mengosongkan kerusi akan dipercepatkan, jawab Dr. Wan Azizah:

"Kita tengok... macam saya katakan, dan kita ada peguam yang kadang-kadang kita kena ambil kira, saya tak boleh katakan."
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 21-7-2008 03:30 PM


kakak mawi dah bengang dgn bohsia barai ni:@ :@

hrp kakak mawi guna kuasa vetonye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058467 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list