|
Kepulauan Natuna dan Anambas Adalah Sebahagian dari Terengganu
[Copy link]
|
|
Natuna Tolak Bergabung dengan Provinsi Kepulauan Riau
Jakarta -- Kabupaten Natuna meminta UU No. 25/2002 tentang Pembentukan Provinsi Kepulauan Riau direvisi. Sebab, kabupaten ini menolak bergabung dalam provinsi baru yang di dalamnya terdapat Tanjung Balai Karimun, Batam, dan Tanjung Pindang itu. Permintaan ini disampaikan pemerintah daerah dan DPRD Natuna kepada Presiden Megawati Soekarnoputri di Istana Negara kemarin.
Seperti dijelaskan Daeng Rusnadi, Ketua DPRD Natuna, penolakan itu berkaitan dengan akan berkurangnya pendapatan daerah dari komoditas minyak dan gas. UU No. 25/2001 tentang Perimbangan Keuangan Pusat dan Daerah, mensyaratkan pembagian persentase 85 banding 15 untuk daerah penghasil minyak dan gas. Jumlah 15 persen itu masih dibagi lagi atas 6 persen untuk daerah penghasil, 6 persen dibagi rata untuk seluruh kabupaten/kota di provinsi itu, dan 3 persen untuk provinsi.
Menurut Rusnadi, keberadaan mereka di Provinsi Kepulauan Riau akan membuat pendapatan dari minyak dan gas berkurang. Pasalnya di provinsi baru itu Natuna menjadi satu-satunya daerah penghasil migas. Adapun ketika bergabung dengan Riau, ada daerah lain yang menghasilkan minyak dan gas. Minyak dan gas mampu memberi pendapatan hingga Rp 112 miliar kepada Natuna
#Banyak minyak tmpt ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah islam Natuna;Kita masih ketinggallan
Semenjak dulu Natuna atau Pulau Tujuh identik dengan melayu,meskipun pernah dikuasai Majapahit yang notabenenya adalah suku jawa,Natuna sampai hari ini tetap merupakan tanah melayu. Budaya melayu kental sekali,setiap ada acara pasti adat melayu yang digunakan,mungkin dulunya pasca penyerahan kekuasaan oleh Majapahit ketangan kerajaan Johor,orang melayu banyak yang berdatangan kenatuna dan budaya melayupun mengakar dengan kuat diaerah kita ini..
Secara pasti tidak diketahui siapa orang pertama tinggal dinatuna,orang melayu kah,atau orang cina,atau lainnya. Demang Megat sendiri pun kami rasa belum tentu merupakan orang pertama yang tinggal dinatuna. Melihat ceritanya,Demang Megat yang berasal dari Siam Thailand itu hidup dizaman kerajaan Johor yang waktu itu telah menguasai Pulau Tujuh ini. Bukti hal itu karena dia beristrikan putri raja Johor yang berlayar sampai kePulau Tujuh saat itu. Sebelum Pulau Tujuh dikuasai Johor,daerah ini terlebih dahulu dikuasai oleh Majapahit,barangkali mungkin sebelum Demang Megat, sudah ada orang yang tinggal diNatuna mengingat populernya Majapahit kala itu,entah orang melayu atau suku lainnya.disamping itu,gugusan pulau tujuh sangat menawan, terutama kepulauan Anambas yang bisa dikatakan paling strategis,karena itu kami menduga bahwa natuna sudah berpenghuni sebelum adanya Demang Megat.wallahu'alam bisshowab
Oh ya maaf,jadi malah kayak analisa sejarah…..! intinya Natuna identik dengan melayu,,budaya ini begitu mengkar di natuna.
Sedangkan melayu itu sendiri identik dengan islam walaupun dulunya tidak,hampir semua orang melayu didunia beragama islam,apalagi diNatuna,semua orang melayu pasti islam. corak islam dalam budaya melayu sangat kental,bisa kita lihat acara "beghedoh" dalam bahasa arabnya burdah. Burdah ini sebenarnya sebuah pujian kepada nabi Muhammad SAW yang berbentuk Sya'ir dikarang oleh Imam Bushiry seorang ulama dari Mesir.
Natuna sebagai salah satu daerah yang dilatar belakangi oleh budaya melayu tentu banyak memiliki adat yang kental dengan nuansa islam disamping beghedoh tadi. Sebagai daerah yang memiliki budaya yang kental dengan nuansa islam mulai dari zaman pra kemerdekaan seharusnya Natuna menjadi daerah yang maju dibidang keilmuan islam tidak ketinggalan jauh dari daerah lain seperti saat ini.
Kalau kita bandingkan dengan daerah lain yang merupakan daerah yang mayoritas islam seperti juga Natuna ,kita kalah jauh dengan mereka dari segi keilmuan islam. Hampir tidak ada tokoh dari natuna yang diperhitungkan di tingkat nasional atau international dalam ilmu keislaman.
Kita lihat pulau madura melahirkan sosok kiyai Muhammad Kholil Bangkalan yang diakui dunia islam di Asia tenggara padahal Madura juga sama dengan Natuna merupakan sebuah pulau kecil,kabupaten Jombang ada sosok Kiyai Muhammad Hasyim Asy'arie pendiri NU,Padang Sumatra Barat ada sosok Syekh Muhammad Yasin al- Fadani seorang ulama hadits era 80an yang sangat dihormati dunia islam international, Banten melahirkan Imam Nawawy al-Bantany yang ssangat terkenal ditimur tengah yang berjuluk sayyidu ulama'il hijaz(tuan para ulama dihijaz:mekah&madinah), Dari minagkabau lahir sosok syekh Muhammad Khotib al-Minangkabau yang menjadi Imam mazhab syafi'I di masjidil harom makkah dan masih banyak daerah lainnya yang melahirkan ulama kenamaan
Sebenarnya tidak perlu jauh-jauh,dipenyengat ada raja Ali Haji seorang ulama nusantara juga seorang sastrawan dimasanya,ada juga raja Muhammad Tahir soerang ulama ahli falak di Riau Lingga. Memang diNatuna khusunya disiantan ada juga ulama yang diperhitungkan keilmuannya seperti Syekh Abdul Wahab Sya'roni yang pernah menjabat mufti kerajaan riau lingga. Adapun nama lainnya seperti Syekh Muhammad Siantan,Syekh Abdullah bin Muhammad Siantan dan Syekh Abdullah bin Abdul Wahhab Siantan tidaklah semashur tuan mufti tersebut.....
http://petanikcik.blogspot.com/2 ... tunakita-masih.html |
|
|
|
|
|
|
|
Manuskrip Melayu Nusantara
Diambil daripada Utusan Malaysia
Pengenalan
JUDUL Manuskrip Melayu Patani pernah ditentukan oleh pihak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada penulis untuk dibentangkan dalam satu seminar anjurannya. Untuk lebih luas perbicaraan ini, maka penulis lengkapkan dengan perkataan Hubungan Patani, Natuna, Kelantan, Terengganu dan Kemboja.
Perbicaraan ini disusun bertitik mula daripada pelbagai Manuskrip Melayu Patani, surat-surat, salasilah, pelbagai catatan dan lain-lain.
Pada bahagian akhir perbicaraan ini, penulis sentuh agak ringkas mengenai sekian dokumen surat-surat yang penting dikaji dan dibahas untuk pembuktian hubungan kuat semua negeri Kawasan Timur Laut seperti tersebut di atas.
Antara yang dijadikan contoh ialah surat-surat terima balas antara Sheikh Ahmad al-Fathani dengan para ulama, raja-raja dan tokoh-tokoh: Kemboja, Patani, Kelantan dan Terengganu.
yg lain2nye baca disini..
http://daerahdungun.blogspot.com ... layu-nusantara.html |
|
|
|
|
|
|
|
Empat Nelayan Ditahan Di Pontianak Selamat Pulang
Ahad Disember 27, 2009
KUALA TERENGGANU : Empat orang nelayan Terengganu yang ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia bulan lalu setelah dipercayai termasuk kawasan perairan negara itu, selamat pulang ke tanah air malam tadi.
Musa Mahammad, 33, Mohd Arif Rosli, 20, Ahmad Faizul Sulong, 33, dan Akhmadi Daud, 28, kesemuanya dari Kampung Baru, Sebarang Takir tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini kira-kira 9 malam.
Bagaimanapun, tekong bot nelayan berkenaan Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tahanan di Pontianak.
Mengiringi kepulangan nelayan berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman.
Kepulangan mereka disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh kaum keluarga masing-masing.
Razif berkata pihaknya mengucapkan setinggi terima kepada mereka yang terbabit dalam pembebasan nelayan-nelayan itu, terutamanya Konsul Besar Malaysia dan Gabenor Pontianak.
"Pada pertengahan bulan Januari tahun depan nanti, saya akan sekali lagi ke Pontianak untuk membincang bagi membawa pulang Che Wan Budiman," katanya.
Sementara itu, Musa berkata kejadian itu telah menyebabkan beliau serik dan akan beringat setiap kali turun ke laut untuk mengelakkan daripada ditahan lagi.
"Saya sudah serik dan tidak mahu lagi pergi ke sana (masuk tahanan di Pontianak," katanya.
Bagaimanapun, katanya sepanjang sebulan setengah ditahan di pusat tahanan di Pontianak, mereka telah diberi layanan baik oleh pihak berkuasa perikanan Indonesia.
Selain mereka, katanya terdapat juga nelayan dari negara lain seperti Thailand, Vietnam dan China, dan mereka semuanya turut diberikan layan yang baik.
Menceritakan detik-detik cemas sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia, Ahmad Faizul pula berkata sebaik terdengar bunyi tembakanbertalu-talu, dia telah menyembunyikan diri dalam kotak enjin.
"Ketika itu saya merasakan peluang untuk saya hidup amat tipis, hanya mampu berserah dan bertawakal kepada tuhan. Saya hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh mereka (pihak berkuasa Indonesia)," katanya.
Bot nelayan mereka ditahan oleh pihak berkuasa perikanan Indonesia pukul 9 pagi, 12 Nov, kira-kira 150 batu nautika dari Kuala Terengganu berhampiran kawasan Pelantar Minyak Berlumut iaitu kira-kira tiga kilometer sahaja dari sempadan Malaysia-Indonesia.
- Bernama / Mstar -
|
|
|
|
|
|
|
|
4 nelayan ditahan selamat pulang
Oleh Hamid Salleh
[email protected]
![](http://img407.imageshack.us/img407/8997/nelayanterengganuberita.jpg)
DARI kanan, Ahmad Faizul, Mohd Arif, Akhmadi dan Musa dipeluk ibu masing-masing selepas selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Tekong masih dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia
KUALA TERENGGANU : Empat daripada lima nelayan negeri ini yang ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia sejak bulan lalu, selepas dipercayai melepasi kawasan perairan negara berkenaan untuk menangkap ikan, tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, kira-kira jam 8.50 malam kelmarin.
Mangsa yang pulang Musa Mahammad, 33, Mohd Arif Rosli, 20, Ahmad Faizul Sulong, 33, dan Akhmadi Daud, 28, semuanya dari Kampung Baru, Sebarang Takir, manakala tekong bot berkenaan, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tahanan negara itu di Pontianak, Kalimantan.
Kepulangan empat nelayan berkenaan disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman serta lebih 600 keluarga serta rakan mangsa yang memenuhi pekarangan Dewan Ketibaan LTSM.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri gembira dan bersyukur serta mengucapkan terima kasih khususnya kepada Konsul Besar Malaysia dan Gabenor Pontianak di atas pembebasan nelayan tempatan itu dan pihaknya akan menyusul ke Pontianak sekali lagi pada Januari depan untuk membincangkan proses membawa pulang Che Wan Budiman.
"Saya akan ke Pontianak sekali lagi bulan depan untuk membawa pulang seorang lagi nelayan kita yang juga tekong bot berkenaan yang masih ditahan di sana. Che Wan Budiman ditahan sejak 12 November lalu dan menunggu untuk dibicarakan, tetapi saya berusaha supaya mangsa pulang ke tanah air segera.
"Keempat-empat nelayan ini dibebaskan Khamis lalu (24 Disember) dan mengambil masa tujuh jam untuk tiba di Sarawak, sebelum menaiki pesawat jam 3 petang kelmarin ke Kuala Lumpur dan Terengganu," katanya.
Pada 12 November lalu lima nelayan dari Kampung Seberang Takir di sini, termasuk tekong dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kawasan pelantar minyak Berlumut, kira-kira tiga batu nautika dari sempadan perairan Indonesia.
Malah, sebelum ditahan pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan serta mengejar bot nelayan tempatan terbabit, yang didakwa memasuki dan menceroboh perairan negara itu untuk menangkap ikan.
Nelayan terbabit bersyukur kerana dapat pulang ke kampung atas pertolongan kerajaan negeri dan bertemu semula dengan ahli keluarga selepas puas berdoa selepas solat supaya dibebaskan.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Nelayan Terengganu selamat pulang
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
[email protected]
![](http://img27.imageshack.us/img27/4645/nelayanterengganuselama.jpg)
Dari kiri Ahmad Faizul Sulong, Mohd. Arif Rosli, Musa Mahammad dan Akhmadi Daud membaca doa kesyukuran sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kelmarin.
KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Empat nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu pada 10 November lalu menyifatkan kepulangan mereka sebagai satu rahmat dan hadiah tahun baru buat keluarga.
Salah seorang nelayan yang ditemui, Ahmad Faizul Sulong, 33, melahirkan rasa syukur dapat kembali ke negara ini dengan selamat sebelum tiba tahun baru.
Namun baginya, pengalaman ditahan pihak berkuasa negara jiran itu merupakan pengalaman yang paling mengerikan semenjak menjadi nelayan lebih 20 tahun lalu.
Katanya, pengalaman tersebut membuatkannya serik ke kawasan tersebut untuk menangkap ikan.
"Saya tidak pernah terfikir kena tahan seperti ini apatah lagi ketika berhadapan dengan situasi kapal ditembak ketika kejadian tersebut, apa yang saya tahu hanya ingin menangkap ikan.
"Walaupun dilayan baik ketika tinggal di pusat tahanan, saya tidak mahu mengingatinya lagi kerana terlalu takut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini semalam.
Tiga lagi rakannya yang turut pulang ialah Akhmadi Daud, 28, dan Mohd. Arif Rosli, 20 dan Musa Mahammad, 33.
Bagaimanapun seorang lagi rakan mereka yang merupakan tekong bot, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, terpaksa tinggal di pusat tahanan berkenaan sementara menunggu perbicaraan yang akan diadakan pada 8 Januari depan.
Setelah hampir sebulan lebih ditahan di Pusat Tahanan Perikanan di Pontianak, Indonesia, keempat-empat mereka selamat tiba di LTSM pada pukul 9 malam semalam.
Turut menyambut ketibaan mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman.
Musa pula memberitahu, mereka turut dikasari oleh pihak terbabit ketika ditahan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
"Ketika mula-mula ditahan, memang mereka ada menolak kami dengan menggunakan senapang namun kami faham ia sekadar menjalankan tugas.
"Sepanjang di pusat tahanan kami diberi layanan baik, dibenarkan solat serta diberi makan bagaimanapun perlu memasaknya sendiri," jelasnya yang turut terharu dengan usaha kerajaan negeri membawa mereka pulang.
Dalam pada itu, abang kepada Che Wan Budiman, Che Wan Zainudin, 36, berharap kerajaan negeri dapat membantu membawa adiknya pulang.
Katanya, Che Wan Budiman terpaksa ditahan bagi menunggu perbicaraan yang bakal diadakan di mahkamah negara berkenaan.
"Kami sekeluarga amat berharap dia dapat pulang seperti rakan-rakannya yang lain dan hanya kerajaan negeri sahaja dapat membantu membawa dia pulang.
"Walaupun kedatangan saya hari ini bukan untuk menyambutnya, melihat rakan-rakan yang lain telah kembali, hati saya berasa lega dan berharap abang saya juga akan pulang kelak," jelasnya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
Natuna dan anambas ni nak di claim malaysia kah?
![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) ![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kali balik Bintulu, Sarawak... Kapal Terbang sure akan lalu di ruang angkasa kepulauan natuna & anambas... ianya merupakan sekumpulan gugusan kepulauan yang agak terpencil dan dikelilingi oleh lautan yang amat luas... bayangkan, terletak di tengah2 laut cina selatan antara tanah semenanjung dan pulau borneo. Kekadang, teringin lak nak suruh pilot landing sekejap kat kepulauan ini sebab bila melihat dari langit, kepulauan ini tampak begitu indah dan very the troipcal nyer suasana... tapi tu ar, since kepulauan ini milik Indon, pendam jer ler rasa tueeee... secara geografi, kepulauan ini sepatutnya milik Malaysia sebab kedudukannya yang begitu hampir dengan negara Malaysia dan actually teramat jauh daripada mana2 region milik Indon... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia lambat merdeka.Sebelum Negara kita merdeka Indonesia sudahpun membuat penempatan ala-ala Felda kat pulau tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah ke sini..thn 2008..time tu aku ada job kat perairan sana..pasang pelantar minyak yg baru..aku bermalam kat sana area pulau terempa..terkejut aku dgn cara dan loghat diorang gunakan..aku terasa macam di malaysia..jauh skali percakapan ngan bahasa melayu indonesia...kbtlan aku ke sana bulan posa..4 ari sblum raya..waktu sahur penduduk kampung akan palu gendang beramai2 mengeliligi kampung menanda waktu bersahur...pulaunyer menarik..dan kbtlan time aku duk di kapal..ada org asalnya org melayu natuna..adala serba sdikat info yg diberikan...makanan yg aku jumpe kat sana...BELACAN...ehehhehe...diaorg pun sebut belacan..stengah kepulauan indon disebut TERASI...nanti aku postkan gambar2 yg aku sempat amik kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi claim laaa balik pulau tu |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]BW-DNDbOvBo[/youtube]
Bapak Presiden di mana sih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 212# pokwang
Nok tengok gambo2 tu pokwang. Derah tepekk . Dok pernoh lagik tengok gambo pula Natuna nih. Teringin nok tengok pemandangan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia taknak buat tuntutan semula ke ke atas pulau ni.Dulu kalau tak silap ada tuntutan.Tak kisahlah menang ke kalah.Janji tuntut. |
|
|
|
|
|
|
|
Biase la Indon..selagi mane ade tanah semua nak dikautnye...last2 tak terjage ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
iye.. aku rasa kita patut tuntut, masalahnyer kerajaan kita nie mcm org kata nak tarik rambut dalam tepung, tak nak selerak dengan rambut putus.. apparaa, pelik aku.. tgk mcm isu skang nie. dah la bangsa2 nie jenis mcm duk kat utan, walaupon duk kat bandar besar, kuang hajo lak tue.. iskhh geram betollah aku baca paper pg tadik... :@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 167# BeachBoys
Semalam ketika berada di rak Sejarah.Saya ternampak buku berkenaan Sejarah Pattani.Ada satu bab kat situ yg menyatakan Pattani ,Kedah ,Kelantan dengan dibantu oleh Angkatan Sultan Mansor Syah Terengganu pernah bersatu menentang Angkatan Siam.Pada peringkat awal beroleh kemenangan tapi tewas apabila Siam menambah kekuatan Tentera dengan dibantu tipu helah Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
| |
|