CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

[R-TV] ONE IN A MILLION 3 : PART 3

[Copy link]
Post time 20-4-2009 06:03 PM | Show all posts
naper la dorang tak buat MI lagi balik kan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 06:23 PM | Show all posts

Balas #201 Urban_Iz\ catat

coz MI 2....daniel jore.......jatuh standard MI......

lagipon apa hadiah mng MI...kontrak rakaman jek....

OIAM...dpt gak 1juta....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:29 PM | Show all posts

Reply #201 Urban_Iz's post

knape..
kaw nk jd A.LAMBERT malaysia ker..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:34 PM | Show all posts
jgn oi..susah nanti... nk download video kena guna itunes......
kat kautube die bg audio jerk...x bez langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:34 PM | Show all posts
tu lah sesetengah orang nie tak faham dia cakap jatuh standard.Padahal tak nak fikir pun apa sebab2 rasional jatuh standard tu...Karang aku cakap karang kena edited pulak...katakan teori ntah apa2..Padahal dengan teori tulah Malaysian Idol tak ada.Jien, pengacara Malaysian idol pun dah tahu benda nie...Tapi utk orang2 yang tak kenal siap 8TV tu sebenarnya akan terus mengatakan 8TV tu maksum 24 jam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by kelbros at 20-4-2009 18:34
jgn oi..susah nanti... nk download video kena guna itunes......
kat kautube die bg audio jerk...x bez langsung...


nie citer apa nie salah thread ke?sesat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2009 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by induk at 20-4-2009 18:00


ini pendapat i pulak
i rasa amylea terkeluar sebab peminat aweera
tengok la hari tu % budak weera tu paling rendah sehari sebelum show
tiba2 je bole naik
cian amylea
org vote ...


aku rasa Amylea orang undi VOTE OUT dia tinggi lah, bukan sebab apa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:38 PM | Show all posts
Wildcard?baguslah Paul Moss...Kalau tak aku dah naik menyampah dah dengan perancangan korang tahun demi tahun....Jangan hanya tinggal manifesto kosong jer Paul Moss oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 06:46 PM | Show all posts
'Saya bukan tidak terima kenyataan'Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Rap
BAGAIKAN tidak percaya diumumkan tersingkir, Amylea Azizan (Amylea), 22, usahkan tergamam, malah dia hampir rebah di pentas One In A Million (OIAM), Jumaat lalu.
Mujurlah, ketika detik cemas itu berlaku pengacara, Marion Counter sempat mendakap tubuh pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 3 (AF3) itu.

Namun, dalam perasaan yang bercampur-baur Amylea masih gagah meneruskan persembahan terakhirnya menerusi lagu I'm Yours, dendangan asal Jason Mraz dan mengucapkan maaf kepada peminat kerana menghampakan harapan mereka. Andai rakyat Malaysia memberikannya satu lagi peluang, pastinya penonton masih berkesempatan menyaksikan persembahan gadis berasal dari Perlis itu melagukan Yesterday Once More daripada Carpenters, Fallin (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).

"Memang tadi saya terasa hendak pengsan, tapi cuba kawal perasaan. Bukan saya tidak boleh terima kenyataan malah setiap minggu pun memang tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan dan selalu ada perasaan akan tersingkir.

"Cuma, ia tidak sehebat apa yang saya rasakan malam ini. Terus-terang, saya amat terkilan bukan kerana tewas apabila sedar sesiapa pun boleh tersingkir dalam program realiti seperti ini.

"Perasaan terkilan terbit kerana tidak berpeluang membuat persembahan pada malam ini yang bertemakan 'In Concert'. Sudah lama saya nantikan peluang seperti ini untuk menunjukkan kemampuan kepada peminat.

"Mujurlah, saya sempat merakamkan persembahan ketika menjalani latihan semalam (Khamis). Tambah menyedihkan, seluruh ahli keluarga, sepupu, kawan dan saudara-mara hadir pada malam ini untuk memberi sokongan.

"Malangnya, hari ini mereka datang untuk melihat penyingkiran saya. Banyak pengorbanan sudah dilakukan untuk berada di sini dan sepanjang lima bulan saya tidak mengambil sebarang 'show' selain terpaksa berjauhan dengan keluarga," katanya.

Penyingkiran ini menyedarkan Amylea, betapa besar tanggungjawab dan serius pembabitannya dalam bidang muzik. Sedih rasanya tidak dapat melakukan persembahan sedangkan dia sangat teruja untuk menyanyi malam itu.

Dengan penuh yakin, Amylea menambah jika diberikan satu lagi peluang untuk bertahan, persembahan malam itu akan dipastikannya sebagai yang terbaik.


Malah, hal ini turut diakui pengkritik tetap, Paul Moss yang sempat meninjau sesi latihan peserta dan menyifatkan persembahan Amylea amat bagus. Sehinggakan, Paul meluahkan rasa terkilan dan terpaksa mengatakan segelintir penonton masih kurang bijak menilai.

Sebagai persiapan melakukan persembahan yang bertemakan 'In Concert' itu, Amylea mengakui pelbagai usaha dilakukan.

"Menerusi konsert mingguan sebelum ini, kami cuma diberikan masa dua minit untuk membuat persembahan bagaimanapun kali ini setiap peserta mempunyai masa tambahan dua minit sekali gus menjadikan persembahan keseluruhan empat minit.

"Justeru malam ini saya ingin menggunakan peluang sebaik mungkin membuktikan kemampuan kepada rakyat Malaysia. Setiap kelemahan yang pernah dilakukan diperbaiki dalam persembahan kali ini.

"Jika tersingkir di akhir-akhir rancangan mungkin perasaan saya tidak sekecewa sekarang. Rasa seperti ditipu promoter apabila konsert dibatalkan saat akhir," katanya.

Habuan RM1 juta yang ditawarkan cukup besar ertinya buat Amylea kerana dia merancang melanjutkan pelajaran di Berkeley College of Music, Amerika.

Ditanya, di antara empat peserta yang masih bertahan iaitu Tomok, Nine, Esther dan Aweera, siapakah pada pandangannya layak digelar juara OIAM 3? Tanpa ragu, Amylea memilih Tomok kerana dia bekerja keras untuk mendapatkannya.

"Tomok antara peserta yang rapat dengan saya dan banyak menceritakan pengalaman yang dilalui sejak kali pertama bergelar artis. Pelbagai tohmahan dihamburkan kepadanya dan hari ini Tomok membuktikan dia adalah penyanyi dan pemuzik yang patut dihormati. Atas pengorbanan, kesungguhan dan usahanya, dia layak memenangi hadiah lumayan itu," katanya.

Semakin hampir melangkah ke peringkat akhir yang cuma tinggal kurang dari dua minggu (1 Mei) Tomok mengakui bimbang dan gementar meskipun setakat ini dia belum pernah berada di Bottom 3. Pada malam itu, Tomok memilih menyampaikan himpunan lagu hits Alleycats iaitu, Jika Kau Bercinta Lagi, Sekuntum Mawar Merah dan Kerana Kau.

"Saya tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan saya bahkan berasakan setiap minggu saya yang akan tersingkir. Tambahan pula sejak dua minggu lalu, imuniti dimansuhkan.

"Paling penting bagi saya adalah untuk membuat persembahan terbaik. Ketiadaan imuniti membuatkan semua peserta harus tampil dengan persembahan lebih baik, menambahkan lebih banyak rencah agar penonton dan juri terhibur.

"RM1 juta jumlah yang besar dan untuk mendapatkannya peserta perlu bekerja keras. Sebagaimana disarankan pengkritik (Syafinaz) yang mahu melihat lebih banyak kejutan daripada saya insya-Allah akan dilaksanakan menerusi konsert seterusnya," katanya.

Syafinaz selaku pengkritik berpendapat, persembahan secara keseluruhan amat baik namun, masih terdapat beberapa kekurangan.

"Saya memilih persembahan Tomok sebagai yang terbaik malam ini. Kalau ikutkan semua peserta pun sudah melakukan yang terbaik. Cuma masih ada beberapa kekurangan. Misalnya Aweera yang berani menyahut cabaran dengan pemilihan lagu yang lain dari kebiasaan, tetapi masih berlaku masalah 'pitching'.

"Manakala Nine pula, pengawalan vokalnya bagus dan nampak banyak peningkatan cuma lagu yang dipilihnya kurang menarik jika digunakan untuk pembuka atau penutup persembahan," katanya.

Menyingkap persembahan malam itu, Nine membawakan lagu Keroncong Untuk Ana dendangan asal M Nasir, manakala Aweera melakukan percubaan berani dengan memilih Tak Ada Logika (Agnes Monica) dan Emansipasi (Republic Of Brickfields) dan Eshter (Semua Jadi Satu, One Night Only dan Keep Getting Better).
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 06:47 PM | Show all posts
Aku ingat lagi Amylea nyanyi lagu If I ain't got you masa AF dulu..Best..Kalau dia nyanyi lagu Falling tidak mustahil malam hari tu jadi malam dia....Aku cerpenter jarang dengar tapi Farh Asyikin bawakkan lagu nie masa auditions...Lagu love song..mesti sesuai dengan vocal Amylea
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 07:01 PM | Show all posts
TOP 4
Bottom 2...Amylea Nine; Amylea out?!!Oh my god..What the h**l of this?Amylea pesaing dekat Esther...Kalau Amylea dah keluar Esther tiada pesaing dah.Nak harapkan Tomok.Hm...Tomok vocal dia just ok okay...Hm...Malaysia..Apa nie.....Amylea tak bersalah apa2.Yang bersalah wartawan2 Malaysia nie tak habis nak buruk2 kan peserta OAIm seorang demi sorang dan jadi mangsa yang seterusnya adalah Amylea....AMylea....masuklah balik dalam One In A Million kalau tak aku rasa macam One In A Million season nie dah betul2 jadi tak kena at all...8TV tukarlah format balik.KOrang buat rancangan nie pun ikut format yang korang sendiri buat..Tukarlah balik format rancangan nie...Amylea harus di beri peluang....

Nine...persembahan yang mengantuk tetapi still okay.Picthing arragement lagu nampak perfect cuma lagu tu mengantuk sangat..Cermin mata, okay..tapi tak tahulah nampak macam sedih jer lagu tu

Esther..ibarat persembahan second rate of Anita Sarawak yang di jemput di saat2 akhir majlis makan malam setiausaha.Hm...lagu pertama tu, Jac pernah nyanyi so when compare dengan jac, memang jauh bezanya.Dahlah lagu tu di rancakkan arragement dia..nampak macam pening sikit dengan apa yang Esther cuba nyanyikan.
Lagu kedua..menarik Esther pandai mengalihkan pandangan juri dan juga penonton dengan mengambil hati juri dengan bawak poster paul moss tu, macam minggu2 sebelumnya bagi bunga, bagi topi kat syafinaz, minggu depan tak tahu bagi apa...Katil dan terbaring atas katil...nampak kurang manis apabila di siarkan di tv.Hm..secara keseluruhan pakain nampak agak sopan sikit malam nie berbanding malam2 sebelumnya.Harap kalau Esther jadi juara masa malam nak jadi juara tu nanti jangan pakai pakaian yang singkat2 dan yang tersembul2.Kurang sesuailah kita kan duduk kat Malaysia..Dah tahu dah Esther akan menang.So kena banyak nyanyi lagu melayu ye dan jaga adab sopan..
http://www.youtube.com/watch?v=-CNGgfkdMus Versi Jac

Aweera....best..cuma sekali lagi jadi pening kepala dengan keadaan kamera yang tak tentu arah nak bergerak ikut peserta bergerak.Terlalu ramai turun pentas jumpa audience rasa macam pening sikit apatah lagi dah naik turun balik.Macam boleh tertanya2 dah habis ker?Susunan lagu best!!!Tak ada logika versi lelaki rock yang best, tetapi masih lagi tak boleh sama tak ada logika versi shila last year..hehehe...Rasa macam aneh pulak, macam peserta2 macam tak famous macam Aweera nie tiba2 nak kena baca pulak komen dlm lap top tu.Macam orang bodoh jer buang masa baca komen dorang, nak baca baca lepas konsert.Mengarut betul format OIAM nie.Buang masa jer baca komen dorang tu.Ntah betul ntah tidak komen tu.Ntah ntah orang dlm 8TV sendiri yang tulis, suruh si Paul Moss nie baca masa tu..Sajer jer nak buat nyanyian Aweera macam tak sedap sangat
http://www.youtube.com/watch?v=YjKhtd10cB8 Tak ada logika versi Shila - best giler babing

Tomok....Hm...setiap kali Tomok nyanyi mesti rentak2 dia macam nie.Hm..okaylah kot.Cuma kalau ada lagi next time cuba pastikan susunan lagu tu jadi lain pulak...

Secara keseluruhan...hm..ntahlah Amylea dah terkeluar aku harapkan Tomok dengan Aweera jer lah.Tapi harapan aku taklah setinggi Amylea ada....Macam malam faizal tahir buat persembahan bersungguh2 akhirnya tak menang pun.Ibarat Jac victor menyanyikan lagu gemilang masa malam Malaysian Idol tapi tak menang..Macam tu lah aku rasa utuk dorang nie..vote lah sebanyak yang mungkin.

[ Last edited by  doden at 20-4-2009 19:51 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by ijoy_brady at 20-4-2009 06:29 PM
knape..
kaw nk jd A.LAMBERT malaysia ker..

wakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:19 PM | Show all posts

Balas #211 doden\ catat

noks, jac bkan juara malaysia idol pertama kew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:19 PM | Show all posts
aku rase mungkin sejarah oiam1 bakal berulang

tomok akan berada di kedudukan ke-3 masa awal rancangan grand finale, kendian ade kejutan tadek penyingkiran patuh akhir skali tomok dpt naib juara
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 20-4-2009 19:19
noks, jac bkan juara malaysia idol pertama kew


iyelah maksud aku bayangkan jac menyanyi bersungguh2 malam tu tapi tak menang.Can we imagine?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 07:28 PM | Show all posts
siapa ada baca surat khabar harian meto last week ke minggu nie ada siar pasal skandal peserta program realiti tu sampai tidur sekali dalam satu bilik.Nie dah melampau nie.Betul ker.Ke nak buat undian peserta lelaki tu turun.Perempuan tu korang dah berjaya keluarkan.Sekarang lelaki tu pulak.Wartawan2.ish2x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by ijoy_brady at 20-4-2009 06:29 PM
knape..
kaw nk jd A.LAMBERT malaysia ker..
boleh jugak...tapi aku tau aku takkan pernah boleh buat performance sebagus dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 08:22 PM | Show all posts

Balas #217 Urban_Iz\ catat

iz, smlm aku tertengok bintang hartihem.. ade dak sabah tu muke sejibon cam ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:34 PM | Show all posts
kan si reputz gf si nine, of coz la buat citer2 tak elok pasal pesaing dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 20-4-2009 08:22 PM
iz, smlm aku tertengok bintang hartihem.. ade dak sabah tu muke sejibon cam ko
ye ker??? ade gambar???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.838519 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list