|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Saya tolong tambah apa yg Hussain dah letak
•Demam (paracetamo[30 tab) )/Neurofen Tablet pon bagus jugak sbb selain ubat demam, ubat nih sesuai utk sakit muscle dan sendi. B ...
ayahjoe Post at 22-10-2009 09:15
nak senang beli kat sini www.farmasi.info hehe promosi jap kedai range elhajj memang ada |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yg nak beli connecting flight abu dhabi ke jeddah dgn nasair
paling awal 6 bulan baru boleh beli bermakna kalau nak beli bulan
oktober ni paling last bulan mac kalau bulan april kena bulan november
jadi macam kami pegi bulan mei balik jun hanya bulan januari baru leh
beli return tiket. www.flynas.com |
|
|
|
|
|
|
|
Monorel Makkah beroperasi tahun depan
MAKKAH: Perkhidmatan monorel yang menghubungi bandar Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah akan bermula secara berperingkat pada musim haji tahun depan sebelum beroperasi sepenuhnya pada 2011.
Menurut laporan Jawatankuasa Haji Arab Saudi yang dipetik akhbar Arab News, 35 peratus projek bernilai 5.6 bilion riyal (RM5.6 bilion) itu akan siap untuk digunakan pada 2010 dan pada kemampuan sepenuhnya setahun kemudian.
Kemudahan rel sepanjang 18.1 kilometer itu berupaya mengangkut sehingga 72,000 penumpang sejam
Selepas siap sepenuhnya, perkhidmatan kira-kira 53,000 bas dan kenderaan lain yang digunakan sekarang untuk mengangkut jemaah akan dihentikan.
"Monorel ini tidak akan menjejaskan perkhemahan di Mina. Topografi tanah juga diambil kira dalam mereka bentuk projek ini," kata jawatankuasa itu.
Lebih 5,000 buruh, juruteknik dan jurutera dari China berusaha 24 jam menyiapkan projek monorel yang menghubungi empat bandar berkenaan.
Terminal utama monorel itu ialah di Jalan Makkah-Taif berhampiran Universiti Umm Al-Qura.
Ketinggian landasan adalah pada paras lapan hingga 10 meter untuk membolehkan trafik di bawahnya lancar. |
|
|
|
|
|
|
|
Monorel Makkah beroperasi tahun depan
MAKKAH: Perkhidmatan monorel yang menghubungi bandar Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah akan bermula secara berperingkat pada musim haji tahun depan sebelum b ...
HUSSAINTAHIR Post at 22-10-2009 09:38
Husain...
Insyallah kalau dipanjangkan umur merasalah kita menggunakan
monorel ni pada kuota Haji Tahun 2014...
Aminnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Sheikh Muszaphar tunai haji
PUTRAJAYA 21 Okt. - Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akan menunaikan ibadah haji atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Sultan Salman tahun ini.
Ini merupakan kali kedua beliau dijemput oleh putera raja berkenaan untuk melaksanakan Rukun Islam kelima itu.
Sheikh Muszaphar Shukor berkata, beliau akan berlepas ke tanah suci bulan depan.
''Ini merupakan kali kedua saya dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji.
''Saya bersyukur dan teruja kerana dapat mengekalkan hubungan dengan Putera Salman yang merupakan orang Islam pertama ke angkasa lepas pada 1985,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tahun lalu, Sheikh Muszaphar menunaikan haji bersama keluarganya juga atas jemputan kerajaan Arab Saudi.
Menurutnya, beliau berharap pertemuannya dengan Putera Salman nanti dapat mewujudkan hubungan dua hala dalam bidang sains dan teknologi di antara Institut Sains Angkasa (Angkasa), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Agensi Angkasa Lepas Arab Saudi.
Beliau memberitahu, Angkasa boleh menumpukan kepada bidang satelit mikro memandangkan Arab Saudi agak maju dalam teknologi tersebut.
''Arab Saudi telah melancarkan 13 buah satelit mikro ke angkasa lepas dan kita mungkin boleh mendalami teknologi mereka,'' ujarnya.
Sheikh Muszaphar menambah, semasa di sana, beliau juga akan mengadakan beberapa siri syarahan untuk para pelajar di Riyadh dan Jeddah.
Assalamualaikum Ustaz..
Beruntung kawan Ustaz ni dapat pi Haji lagi...
Jemputan khas pulak dari Arab Saudi...
Masyallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Malaysia paling berdisiplin
MADINAH 21 Okt. - Jemaah haji Malaysia disifatkan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah 'paling baik dan bersih' dari segi disiplin ketika berada di tanah suci Mekah.
Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohd. Al-Saggof berkata, pujian itu dinyatakan sendiri oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz.
Menurut beliau, dalam pertemuannya dengan Menteri Haji negara ini, Dr. Fouad Abdulsalam Al-Farsy, baru-baru ini, pemimpin itu turut memuji disiplin para jemaah haji dan rakyat Malaysia
''Dalam pertemuan itu, saya pada mulanya menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan khusus untuk membaiki pengurusan jemaah Malaysia, Dr. Fouad sebaliknya berkata, kenapa perlu berbincang kerana cara kita kendalikan jemaah adalah terbaik,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pasukan media Tabung Haji sebelum menyambut ketibaan rombongan pertama haji dari Malaysia yang tiba di hotel penginapan mereka di Madinah semalam.
Turut menyambut kedatangan 450 jemaah haji itu ialah Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamaruddin Mohd. Ali dan Konsul Haji, Mohd. Khalid Mohd. Nordin.
Mengulas lanjut, Syed Omar berkata, imej baik jemaah Malaysia turut menjadi buah mulut masyarakat negara itu.
''Di Arab Saudi, orang Malaysia dianggap orang baik-baik dan tidak menimbulkan banyak masalah,'' katanya.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat Malaysia khususnya para jemaah agar mengekalkan imej baik itu dan berusaha mengelak daripada melanggar peraturan dan undang-undang negara berkenaan. - Utusan
Alhamdulillah..
Tahniah untuk kita... |
|
|
|
|
|
|
|
206# aziefa
Prince Sultan merupakan muslim yang pertama ke angkasa. Sheikh Muszaphar kalau ke Saudi memang dapat layanan istimewa keluarga di raja. Tinggal kat istana pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi esok, Sabtu dan Ahad... pukul 7 pagi, jangan lupa tengok TV9. Ada rancangan Tanyalah Ustaz. Topiknya adalah Haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 22-10-2009 12:08
206# aziefa
Prince Sultan merupakan muslim yang pertama ke angkasa. Sheikh Muszaphar kalau ke Saudi memang dapat layanan istimewa keluarga di raja. Tinggal kat istana pulak tu.
ustaz Post at 22-10-2009 11:34
Alhamdulillah...
Mana tau rezeki Ustaz akan datang..
Sheikk Muszaphar dijemput khas bersama sama sahabat..
Then Sheikh Muszaphar pulak mempelawa Ustaz untuk menemaninya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pagi esok, Sabtu dan Ahad... pukul 7 pagi, jangan lupa tengok TV9. Ada rancangan Tanyalah Ustaz. Topiknya adalah Haji.
ustaz Post at 22-10-2009 11:37
Kalau tak sempat...
Boleh tengok kat online..
http://www.tv9.com.my/
Juga boleh tengok siri siri yang lepas..
Insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semalam br lik dr Madinah..syokkk sgt2 sebab Raudhah dibuka setiap masa maka lehla masuk dengan tenang..dan gembira berjumpa malaysian penerbangan pertama yang telah tiba di Madinah...melihat pakcik2 dan makcik2 betapa terujanya mereka..Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Semua
Dah tiba musim Haji. Rindunya suasana tersebut masih terkenang2 tawaf dalam kepadatan manusia
?t=1256215339 |
|
|
|
|
|
|
|
Beg2 yang dihimpun diluar bilik hotel untuk di angkut ke Makkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf lah ulang tayang disebabkan rindu suasana haji. Walaupun makanan untuk jemaah muasassah di bungkus tapi tetap enak
|
|
|
|
|
|
|
|
217# aily
takpe kak..
sy x kisah pun akak ulang tayang gambar simpanan akak ni (ermm actually sy baru 1st time tengok tau)..
sambil tengok ni, terdetik dan berdoa.. moga Allah murahkan rezeki sy sekeluarga dan jemput kami utk jadi tetamuNya. aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 22-10-2009 22:21
217# aily
takpe kak..
sy x kisah pun akak ulang tayang gambar simpanan akak ni (ermm actually sy baru 1st time tengok tau)..
sambil tengok ni, terdetik dan berdoa.. moga Allah murahkan rezeki sy ...
Hanni Post at 22-10-2009 21:45
Salam Hanni
takut orang muak asyik gambar yg sama je hehe. Nak dapatkan gambar haji yang baru kena tunggu turn 2017 he he |
|
|
|
|
|
|
|
217# aily
Minta maaf lah ulang tayang disebabkan rindu suasana haji. Walaupun makanan untuk jemaah muasassah di bungkus tapi tetap enak
Assalamualaikum Kak Aily..
Tak pe...
Sekurang kurangnya mengingat semula kenangan lalu..
Rinduuuu...
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|