|
Mukjizat adalah perkara ajaib yg dilakukan pada satu tempat dan pada satu masa, seperti menukarkan air kepada arak di sebuah perkahwinan.
Yang hidup sebelum Abraham tu, maksudnya Yesus dah wujud dah. Jadi dia bukan manusia biasa tetapi Tuhan.
hidup sebelum abraham tidak bermaksud Tuhan kerana ia mungkin mukjizat sahaja.
Kita org pun tahu Yesus dipanggil nabi dan utusan. Sebab memangpun itu perananNya - Tuhan yg turun sebagai manusia. Tetapi yg kita perdebatkan di sini adalah asal usulnya.
Yohanes 3:13 Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.
Yohanes 6:38 Sebab Aku telah turun dari sorga bukan untuk melakukan kehendak-Ku, tetapi untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutus Aku.
Yohanes 6:41-42; Maka bersungut-sungutlah orang Yahudi tentang Dia, karena Ia telah mengatakan: "Akulah roti yang telah turun dari sorga." 42 Kata mereka: "Bukankah Ia ini Yesus, anak Yusuf, yang ibu bapanya kita kenal? Bagaimana Ia dapat berkata: Aku telah turun dari sorga?"
Dari ketiga-tiga ayat di atas tidak pun membuktikan Yesus itu tuhan, malah Yohanes 3:13 secara jelas menyebut yang turun dari syorga itu adalah anak manusia. Perkataan anak manusia sudah cukup jelas membuktikan Yesus itu bukan tuhan tetapi manusia. Cuma mukjizat sebagai nabi membolehkan dia turun dari syorga atas kehendak Allah. Ini pun di jelaskan oleh Yohanes 6:38di mana Yesus sendiri mengatakan dia turun dari syorga bukan untuk kehendak Yesus tetapi kehendak Allah. Jadi semuanya atas kehendak Allah.
Kristen cuba mengubah Yesus kepada Tuhan? Takdepun. Ia ditulis dlm alkitab sendiri bukan fikiran org Kristian.
Filipi 2:5-8
5 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus,
6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan,
7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.
8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib.
ayat di atas "bukan" pengakuan Yesus tetapi pengakuan Paulus iaitu daftar pasal dan ayat Injil Surat Paulus Kepada Jemaat Di Filipi. Hayalan Paulus melalui suratnya.
Yoh 14:6
adalah ayat di mana Yesus mengatakan, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup".
Ia tidak katakan saya nabi dan utusan. Dia katakan Jalan, Kebenaran dan Hidup. Tiga dalam satu. Bukan satu persatu, tetapi tiga sekali... Dialah jalan. Dialah kebenaran dan Dialah hidup.
Bermaksud, kita cuma dapat pergi ke Bapa melalui Dia kerana Dialah jalan tersebut. Dan dlm Dialah wujud kebenaran, yg lain tidak. Dan melalui Dialah kita akan perolehi hidup yg kekal. Dan tiada org lain seperti Dia.
Sekian.
Yoh 14:6 juga tidak mengatakan Yesus itu tuhan. Tetapi hanya sebagai jalan kebenaran nyata untuk menuju ke syorga. Hanya jalan. Bukannya tuhan. Maksudnya sebagai pengantara. |
|
|
|
|
|
|
|
da tahu Dia jalan Yesus..apa nak tunggulagi..ikut la jalan yang lurus itu..hehehe..ini la yang di maksudkan..ada mata tapi buta..ada telinga tapi pekak..kesian..apa2 pun kebenaran suda saudara ketahui..apa lagi keselamatan di depan mata...itu lah sebenarnya yang Tuhan mahu tunjukan pada saudara.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kamu tidak membaca atau tidak faham apa yang saya tulis sebelumnya. Kami orang Islam mempercayai Nabi Isa a.s sebagai jalan kebenaran dan termaktub dalam Rukun Iman kami iaitu percaya kepada nabi dan rasul. Tetapi mempercayai dia sebagai nabi dan utusan sahaja dan bukannya tuhan, malah terbukti juga dalam Bible bahawa yesus cuma nabi dan utusan dan bukannya tuhan. Peace. |
|
|
|
|
|
|
|
belum terbukti lagi.....kerna semua itu belum cukup untuk membuktikannya...cari lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kamu tidak membaca atau tidak faham apa yang saya tulis sebelumnya. Kami orang Islam mempercayai Nabi Isa a.s sebagai jalan kebenaran dan termaktub dalam Rukun Iman kami iaitu percaya kepada nabi dan rasul. Tetapi mempercayai dia sebagai nabi dan utusan sahaja dan bukannya tuhan, malah terbukti juga dalam Bible bahawa yesus cuma nabi dan utusan dan bukannya tuhan. Peace.
saudara nak bagi faham apa lagi???
saudara nak Tunggu Yesus berkata;Akulah Tuhan yang mempunya kuasa seluru makluk di bumi dan akhirat..itu ke saudara nak tunggu..
nak tahu pasal apa Dia x berkata sedemikian..sebab dia merendahkan dirinya..walaupun Dia sangat tertinggi..
kalau sy berkata macam nie apa pandangan saudara...akulah orang yang sangat kaya...x yang dapat menandingi kekayaan aku..
sila beri pendapat..
jika benar sy kaya..apa yang saudara akan gambarkan tentang sikap saya??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pembuktian seseorang itu hendaklah berkata dengan jelas, misalnya, saya ambil contoh dalam percintaan, .... awak ni lelaki ke perempuan? katakan saja kamu lelaki,
Salwa adalah kekasih agape,
Salmi hantar surat Salwa pada agape, ...
kata Salmi" ini surat dari Salwa, aku diutus untuk beri pada kamu", ...
Jadi di sini cukup jelas bahawa kekasih agape adalah Salwa. Salmi cuma jadi postman.
Allah adalah tuhan kepada manusia,
Yesus diutus tuhan untuk mengajar manusia,
Kata Yesus,' tiada tuhan selain allah, yesus adalah utusan Allah,
Jadi di sini cukup jelas bahawa Allah adalah Tuhan, Yesus adalah utusan,
Pernahkah Jesus mengakui dirinya sebagai tuhan dalam bible? tiada seorang pun yang mampu mengemukakan bukti tersebut. Malah kalau kita membaca Bible, tidak terdapat satu ayat pun yang mengungkapkan Jesus mengaku sebagai tuhan. Malah diketemukan ayat yang hampir menyamai syahadah Islam iaitu:-
”Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.”(Yohanes 17 : 3)
Dalam ayat Bible ini sendiri telah membuktikan Jesus mengajak manusia menyembah Allah yang satu, dan mempercayai dirinya iaitu Jesus adalah utusan Allah.
sama seperti syahadah Islam iaitu:-
Tiada Tuhan Selain Allah, Muhamad itu Utusan Allah.
Sekian, harap maklum. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Pernahkah Jesus mengakui dirinya sebagai tuhan dalam bible? tiada seorang pun yang mampu mengemukakan bukti tersebut. Malah kalau kita membaca Bible, tidak terdapat satu ayat pun yang mengungkapkan Jesus mengaku sebagai tuhan. Malah diketemukan ayat yang hampir menyamai syahadah Islam iaitu:- r ...
Bapa Post at 21-5-2010 21:15 [/quote]
OK enough saying. Dah banyak kali dah diterangkan Dalam bible Yesus mengaku dia tu tuhan. kamu je yang tak paham.
Form now on, anyone who said that Jesus is not GOD will get BAN!
That is our Faith so please RESPECT! ty. |
|
|
|
|
|
|
|
OK enough saying. Dah banyak kali dah diterangkan Dalam bible Yesus mengaku dia tu tuhan. kamu je yang tak paham.
Yeke? Memang tidak ada bukti. Kalau ada buktikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Salwa adalah kekasih agape,
Salmi hantar surat Salwa pada agape, ...
kata Salmi" ini surat dari Salwa, aku diutus untuk beri pada kamu", ...
Jadi di sini cukup jelas bahawa kekasih agape adalah Salwa. Salmi cuma jadi postman.
dan salmi x akan katakan bahawa salwa di dalam salmi dan salmi di dalam salwa...
dan lagi 1 jika saya ingin melihat paras rupa salwa adakah salmi berkata...BUAT APA AGAPE NAK TENGOK MUKA SALWA ATAU NAK DENGAR SUARA SALWA SEDANGKAN SUDAH LAMA AGAPE MENGENAL SY SERTA MELIHAT SY...KETAHUILAH SALWA DI DALAM AKU DAN AKU DI DALAM SALWA...
jika demikian apa pendapat saudara
sekian dan terima kasih.. |

haha, lepas tu salmi berkata "MUKA SALWA PUN AGAPE TIDAK PERNAH TENGOK, SUARANYA PUN AGAPE TIDAK PERNAH DENGAR", bagaimana? Adakah Salmi itu Salwa? Padahal Salmi kata agape tak pernah tengok salwa? Tapi dia tengok salmi. ... haha
Dalam Alkitab mengatakan mereka tidak pernah tengok rupa dan dengar suara Allah... Jadi Yesus yang mereka lihat dan dengar ucapan tu tentu bukan Allah... kesimpulannya Yesus bukan tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kompia23 at 26-5-2010 15:02
Reply 201# Bapa
hidup sebelum abraham tidak bermaksud Tuhan kerana ia mungkin mukjizat sahaja.
Pelik, yg saya tahu mukjizat adalah perkara seperti yg dilakukan oleh Yesus menukarkan air kepada arak... atau dlm kepercayaan saudara... menukarkan lumpur kepada merpati hidup. Itu mukjizat. Yg berlaku di satu tempat pd satu masa.
Yang di sini ialah Yesus yg katakan dirinya hidup lebih lama daripada Abraham (600 tahun lalu) tetapi dilahirkan 30 tahun yg lepas. Itu bukan mukjizat. itu mengatakan Dia telah wujud sebelum Abraham dan Dia lebih tua daripada Abraham. Dlm erti lain, Dia adalah Tuhan.
Dari ketiga-tiga ayat di atas tidak pun membuktikan Yesus itu tuhan, malah Yohanes 3:13 secara jelas menyebut yang turun dari syorga itu adalah anak manusia. Perkataan anak manusia sudah cukup jelas membuktikan Yesus itu bukan tuhan tetapi manusia.
Macam mana dengan yg merujuk kepada Yesus sebagai anak Tuhan. Jadi Yesus itu Tuhanlah. Kalau ikut logik saudara tu. Atau saudara ini hipokrit. Terima satu yg berkenan, buang yg lain yg tak berkenan?
Cuma mukjizat sebagai nabi membolehkan dia turun dari syorga atas kehendak Allah.
Maksud saudara, Yesus dah ada kat syurga sebelum Dia dilahirkan di bumi??? Bagus, persoalan seterusnya, kenapa Yesus ada di syurga? Manusia ke dia masa dia dekat syurga?? Fikir-fikirkan...
Ini pun di jelaskan oleh Yohanes 6:38 di mana Yesus sendiri mengatakan dia turun dari syorga bukan untuk kehendak Yesus tetapi kehendak Allah. Jadi semuanya atas kehendak Allah.
Itu saya tak nafi pun. Di sini, Yesus cuma nyatakan dia tidak melakukan kehendak manusia (Yesus pada masa itu adalah seorg manusia) - (kehendak manusia - berkahwin, jadi kaya, ada harta, jadi terkenal, ada kuasa) tetapi kehendak Tuhan (membawa manusia kembali kepadaNya dgn menghapuskan belenggu dosa ke atas manusia).
ayat di atas "bukan" pengakuan Yesus tetapi pengakuan Paulus iaitu daftar pasal dan ayat Injil Surat Paulus Kepada Jemaat Di Filipi. Hayalan Paulus melalui suratnya.
Betul tu, sama seperti khayalan si "m" dlm gua tu ke? Hmmm....
Yoh 14:6 juga tidak mengatakan Yesus itu tuhan. Tetapi hanya sebagai jalan kebenaran nyata untuk menuju ke syorga. Hanya jalan. Bukannya tuhan. Maksudnya sebagai pengantara.
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Tiga perkara yg Yesus umpamakan diriNya. Jalan, Kebenaran dan Hidup... Dan Dia katakan tiada org dpt dtg kepada Tuhan Bapa kecuali melalui Dia. Itu kekal dulu, sekarang dan akan dtg.
Yesus katakan Dia adalah Jalan. Tiada jalan lain melainkan Dia.
Yesus katakan Dia adalah kebenaran. Tiada org yg benar kecuali Tuhan sendiri saja.
Yesus katakan Dia adalah hidup. Tiada org yg dpt memberikan hidup kecuali Tuhan.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik, yg saya tahu mukjizat adalah perkara seperti yg dilakukan oleh Yesus menukarkan air kepada arak... atau dlm kepercayaan saudara... menukarkan lumpur kepada merpati hidup. Itu mukjizat. Yg berlaku di satu tempat pd satu masa.
Yang di sini ialah Yesus yg katakan dirinya hidup lebih lama daripada Abraham (600 tahun lalu) tetapi dilahirkan 30 tahun yg lepas. Itu bukan mukjizat. itu mengatakan Dia telah wujud sebelum Abraham dan Dia lebih tua daripada Abraham. Dlm erti lain, Dia adalah Tuhan.
Mukjizat adalah perkara luarbiasa yang terjadi untuk membuktikan kenabian dan kerasulan. Dalam Islam Nabi Isa a.s yang lahir tanpa bapa adalah mukjizat pertama baginda. Malah baginda masih belum mati sampai sekarang dan akan dimatikan apabila zaman kiamat nanti juga adalah satu mukjizat baginda. Lagi panjang umurnya dari 600 tahun itu. Tiada yang peliknya atas kuasa Allah yang menghidupkan Nabi Isa tanpa bapa dan memanjangkan umurnya. Allah juga boleh menghidupkan Yesus sebelum Abraham kerana Allah Maha Kuasa.
Macam mana dengan yg merujuk kepada Yesus sebagai anak Tuhan. Jadi Yesus itu Tuhanlah. Kalau ikut logik saudara tu. Atau saudara ini hipokrit. Terima satu yg berkenan, buang yg lain yg tak berkenan?
Anak tuhan bukan bermaksud dia anak tuhan tetapi sekadar panggilan semata-mata malah dalam injil sendiri ;
Jika kamu melakukan hal itu, kamu sunguh-sungguh anak Bapamu yang di surga. Bapamu membuat matahari bersinar bagi orang yang baik dan juga orang yang jahat. Bapamu juga menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang bersalah. (matius , 5 ayat 45.)
Ini bermakna kesemua manusia mampu jadi anak tuhan juga. Bukan yesus sahaja.
Maksud saudara, Yesus dah ada kat syurga sebelum Dia dilahirkan di bumi??? Bagus, persoalan seterusnya, kenapa Yesus ada di syurga? Manusia ke dia masa dia dekat syurga?? Fikir-fikirkan...
Kalau difikirkan...ermmm malaikat pun juga ada di Syurga, adakah Yesus manusia atau malaikat? Yesus itu bukan Tuhan ataupun malaikat, jadi kesimpulannya dia cuma manusia, bukan dalam fizik tapi ruh Yesus.
Itu saya tak nafi pun. Di sini, Yesus cuma nyatakan dia tidak melakukan kehendak manusia (Yesus pada masa itu adalah seorg manusia) - (kehendak manusia - berkahwin, jadi kaya, ada harta, jadi terkenal, ada kuasa) tetapi kehendak Tuhan (membawa manusia kembali kepadaNya dgn menghapuskan belenggu dosa ke atas manusia).
haaaa...kamu juga sudah bersetuju bahawa Yesus manusia yang diutuskan oleh tuhan untuk menyeru manusia kembali kepada ajaran tuhan.
Betul tu, sama seperti khayalan si "m" dlm gua tu ke? Hmmm....
Tidak sama, kerana sangat jelas ia cuma inti surat paulus ke jemaat di filipi. Kamu boleh semak di internet, taip je 'surat paulus ke jemaat di filipi.'
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Tiga perkara yg Yesus umpamakan diriNya. Jalan, Kebenaran dan Hidup... Dan Dia katakan tiada org dpt dtg kepada Tuhan Bapa kecuali melalui Dia. Itu kekal dulu, sekarang dan akan dtg.
Yesus katakan Dia adalah Jalan. Tiada jalan lain melainkan Dia.
Yesus katakan Dia adalah kebenaran. Tiada org yg benar kecuali Tuhan sendiri saja.
Yesus katakan Dia adalah hidup. Tiada org yg dpt memberikan hidup kecuali Tuhan.
Sekian.
'kalau tidak melalui aku'- sangat jelas membuktikan Yesus cuma pengantara. -nabi/utusan bukannya tuhan.
peace |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 212# Bapa
Mukjizat adalah perkara luarbiasa yang terjadi untuk membuktikan kenabian dan kerasulan.
Mukjizat bukan utk membuktikan kenabian atau kerasulan, tetapi menunjukkan kekuasaan Tuhan. Itu je. Org biasa pun boleh melakukan perkara mukjizat seperti menghalau roh kerasukan walaupun dia bukan nabi atau rasul. Ini berlaku dlm alkitab. Jikalau ikut cara saudara tu, maka hari ini masih lagi ada rasul dan nabi seperti yg telah saya katakan.
Dalam Islam Nabi Isa a.s yang lahir tanpa bapa adalah mukjizat pertama baginda. Malah baginda masih belum mati sampai sekarang dan akan dimatikan apabila zaman kiamat nanti juga adalah satu mukjizat baginda. Lagi panjang umurnya dari 600 tahun itu. Tiada yang peliknya atas kuasa Allah yang menghidupkan Nabi Isa tanpa bapa dan memanjangkan umurnya.
Saudara percaya Tuhan boleh melakukan mukjizat sedemikian tetapi tidak percaya yg Tuhan boleh menjadi manusia dan turun ke bumi utk menebus dosa manusia. Tidak hipokritkah saudara ni?
Allah juga boleh menghidupkan Yesus sebelum Abraham kerana Allah Maha Kuasa.
Bagus jawapan tu. Jadi biar saya berikan sesuatu utk renungan saudara. Sekiranya saudara percaya Yesus boleh dihidupkan oleh TUhan sebelum Abraham. Bolehkah Tuhan mewujudkan Yesus sebelum kewujudan dunia ini dan manusia?
Anak tuhan bukan bermaksud dia anak tuhan tetapi sekadar panggilan semata-mata malah dalam injil sendiri ;
(matius , 5 ayat 45.) Ini bermakna kesemua manusia mampu jadi anak tuhan juga. Bukan yesus sahaja.
Betul, tetapi saudara lupa sesuatu...
Matius 16:16 Maka jawab Simon Petrus: "Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!"
Mark 16:35-37; Pada suatu kali ketika Yesus mengajar di Bait Allah, Ia berkata: "Bagaimana ahli-ahli Taurat dapat mengatakan, bahwa Mesias adalah anak Daud? 36 Daud sendiri oleh pimpinan Roh Kudus berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. 37 Daud sendiri menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?" Orang banyak yang besar jumlahnya mendengarkan Dia dengan penuh minat.
Di sini, Yesus tidak mengakui Dia adalah anak keturunan Daud. Tetapi "Anak" Tuhan seperti disarankan di atas.
Bolehkah seorg manusia biasa mengatakan dia bukan anak Daud walaupun dilahirkan oleh keturunan Daud, dan mengatakan Dia lebih tinggi kedudukanNya dari seorg raja. Siapa yg lebih tinggi dari raja Israel masa zaman Daud pada masa tu? Biar saya bagi hint.. Dia yang paling berkuasa di bumi dan di syurga.
Kalau difikirkan...ermmm malaikat pun juga ada di Syurga, adakah Yesus manusia atau malaikat? Yesus itu bukan Tuhan ataupun malaikat, jadi kesimpulannya dia cuma manusia, bukan dalam fizik tapi ruh Yesus.
Maksud saudara, Yesus adalah manusia di syurga tetapi dlm bentuk roh je? Yang saya tahu malaikat tu roh. Manusia pulak ada roh, jiwa dan badan. Kalau saudara kata Yesus cuma roh je.. itu tidak layak dipanggil sebagai manusia. Jadi, seperti yg saudara katakan. Jika Yesus bukan malaikat, jadi pasti Yesus itu Tuhan.
haaaa...kamu juga sudah bersetuju bahawa Yesus manusia yang diutuskan oleh tuhan untuk menyeru manusia kembali kepada ajaran tuhan.
Rasanya saudara ini mempunyai ingatan yg pendek. Dari dulu saya dah beritahu. Yesus adalah Tuhan yg dtg ke dunia ini dlm bentuk manusia. Lupa dah ke? Bukan manusia yg diutus, tetapi Tuhan yg dijelmakan ke dlm manusia turun ke bumi, hidup sebagai manusia biasa tetapi tanpa berdosa.
Tidak sama, kerana sangat jelas ia cuma inti surat paulus ke jemaat di filipi. Kamu boleh semak di internet, taip je 'surat paulus ke jemaat di filipi.'
Tetapi saudara lupa, Paulus yg diurapi dgn Roh Kudus.
'kalau tidak melalui aku'- sangat jelas membuktikan Yesus cuma pengantara. -nabi/utusan bukannya tuhan.
Memangpun Yesus jadi pengantara, jalan yg disediakan oleh Tuhan utk menebus dosa org orgNya. Jadi, saudara jalan yg disediakan oleh Yesus tercatit dlm buku Injil. Tanpa mematuhi injil ini, saudara tidak akan dpt pergi kepada Tuhan Bapa. Jadi, camna ni?
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
[/quote][quote]Mukjizat bukan utk membuktikan kenabian atau kerasulan, tetapi menunjukkan kekuasaan Tuhan. Itu je. Org biasa pun boleh melakukan perkara mukjizat seperti menghalau roh kerasukan walaupun dia bukan nabi atau rasul. Ini berlaku dlm alkitab. Jikalau ikut cara saudara tu, maka hari ini masih lagi ada rasul dan nabi seperti yg telah saya katakan. [/quote]
Mukjizat hanya untuk Rasul dan Nabi. Kalau orang biasa ada pelbagai seperti sihir, Karamat, ihanah, maunah dan sebagainya serta ada juga hasil kajian sains mcm silap mata.
[quote]Saudara percaya Tuhan boleh melakukan mukjizat sedemikian tetapi tidak percaya yg Tuhan boleh menjadi manusia dan turun ke bumi utk menebus dosa manusia. Tidak hipokritkah saudara ni?[/quote]
Saudara mahu saya percaya tuhan jadi manusia yang kemudiannya mati dibunuh selepas diseksa?
[quote]Bagus jawapan tu. Jadi biar saya berikan sesuatu utk renungan saudara. Sekiranya saudara percaya Yesus boleh dihidupkan oleh TUhan sebelum Abraham. Bolehkah Tuhan mewujudkan Yesus sebelum kewujudan dunia ini dan manusia? [/quote]
Boleh sahaja, jika tuhan mahu, malah tuhan boleh hidupkan saya atau saudara sebelum kewujudan dunia ini, tetapi tetap juga tidak membawa makna bahawa yesus atau saya atau saudara itu tuhan. Cuma sekadar membuktikan betapa besarnya kuasa tuhan yang mampu menghidupkan seseorang sebelum dunia ada.
[quote]Di sini, Yesus tidak mengakui Dia adalah anak keturunan Daud. Tetapi "Anak" Tuhan seperti disarankan di atas.
Bolehkah seorg manusia biasa mengatakan dia bukan anak Daud walaupun dilahirkan oleh keturunan Daud, dan mengatakan Dia lebih tinggi kedudukanNya dari seorg raja. Siapa yg lebih tinggi dari raja Israel masa zaman Daud pada masa tu? Biar saya bagi hint.. Dia yang paling berkuasa di bumi dan di syurga. [/quote]
Saya cuba semak dalam Bible, tapi mark 16: 35-37 tidak ada.
haha kalau diteliti atau dikaji keturunan Yesus dalam bible, memang bukan dari keturunan Daud, kerana Yesus itu lahir tanpa Bapa secara biologis, keturunan Daud terhenti pada Yusuf suami Maria. Yesus bukan lahir kerana Yusuf jadi dia bukan keturunan Yusuf/ Daud. Sebab iti dia tidak mengaku.
[quote]Maksud saudara, Yesus adalah manusia di syurga tetapi dlm bentuk roh je? Yang saya tahu malaikat tu roh. Manusia pulak ada roh, jiwa dan badan. Kalau saudara kata Yesus cuma roh je.. itu tidak layak dipanggil sebagai manusia. Jadi, seperti yg saudara katakan. Jika Yesus bukan malaikat, jadi pasti Yesus itu Tuhan[/quote].
saya mengatakan yesus itu ruh kerana sudah menjadi kepercayaan Islam, sebelum manusia itu lahir ke dunia, Allah menciptakan ruh terlebih dahulu. Di dunia ini baru lah akan terbentuk daging dan tulang atau tubuh fizikal manusia itu. Jadi Yesus itu cuma ruh manusia bukannya tuhan. Kerana semua manusia termasuk saudara pernah jadi ruh dahulu sebelum lahir ke bumi.
[quote]Rasanya saudara ini mempunyai ingatan yg pendek. Dari dulu saya dah beritahu. Yesus adalah Tuhan yg dtg ke dunia ini dlm bentuk manusia. Lupa dah ke? Bukan manusia yg diutus, tetapi Tuhan yg dijelmakan ke dlm manusia turun ke bumi, hidup sebagai manusia biasa tetapi tanpa berdosa.[/quote]
Kamu sudah lupa. Tiada bukti tuhan jadi manusia.
[quote]Tetapi saudara lupa, Paulus yg diurapi dgn Roh Kudus.[/quote]
Kamu juga lupa bahawa ia tetap surat karangan Paulus.
[quote]Memangpun Yesus jadi pengantara, jalan yg disediakan oleh Tuhan utk menebus dosa org orgNya. Jadi, saudara jalan yg disediakan oleh Yesus tercatit dlm buku Injil. Tanpa mematuhi injil ini, saudara tidak akan dpt pergi kepada Tuhan Bapa. Jadi, camna ni?
Sekian.[/quote]
bagus saudara sudah mengaku bahawa yesus cuma pengantara sahaja.
mungkin kamu tidak membaca atau tidak faham apa yang saya tulis sebelumnya. Kami orang Islam mempercayai Nabi Isa a.s sebagai jalan kebenaran dan termaktub dalam Rukun Iman kami iaitu percaya kepada nabi dan rasul. Tetapi mempercayai dia sebagai nabi dan utusan sahaja dan bukannya tuhan, malah terbukti juga dalam Bible bahawa yesus cuma nabi dan utusan dan bukannya tuhan. Peace. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tidak melalui aku'- sangat jelas membuktikan Yesus cuma pengantara. -nabi/utusan bukannya tuhan. ;)
so??YANG NAK melalui c "m" tue buat apa..dah kompom tak sampai kepada Bapa..jd apa tunggu lagi ikut la Yesus kompom sampai punya la...x keraguan..anda sendiri pun setuju dengan ayat tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
so??YANG NAK melalui c "m" tue buat apa..dah kompom tak sampai kepada Bapa..jd apa tunggu lagi ikut la Yesus kompom sampai punya la...x keraguan..anda sendiri pun setuju dengan ayat tersebut..
melalui 'M' pun sampai, melalui Isa pun sampai, tapi yang kata Yesus itu tuhan confirm tak sampai kerana *
Nahum 1:2
1:2 TUHAN itu Allah yang cemburu dan pembalas, TUHAN itu pembalas dan penuh kehangatan amarah. TUHAN itu pembalas kepada para lawan-Nya dan pendendam kepada para musuh-Nya.
Mazmur 78:58 menegaskan, "Mereka menyakiti hati-Nya dengan bukit-bukit pengorbanan mereka, membuat Dia cemburu dengan patung-patung mereka."
--kerana yang mengatakan bahawa Yesus itu tuhan menyebabkan Allah cemburu padahal Yesus tidak pernah mengaku tuhan dan Allah juga tidak pernah mengatakan dirinya Yesus. |
|
|
|
|
|
|
|
Mukjizat hanya untuk Rasul dan Nabi. Kalau orang biasa ada pelbagai seperti sihir, Karamat, ihanah, maunah dan sebagainya serta ada juga hasil kajian sains mcm silap mata.
Maksud saudara mukjizat dah pupus dlm zaman ini? Memandangkan bagi saudara takde lagi rasul dan nabi. Seperti yg saya katakan nabi dan rasul adalah org biasa yg menjadi luar biasa kerana mereka ada Tuhan yg luar biasa. Bukan kerana mereka ada apa kuasa pun. Cuma Tuhan yg berkuasa dan manusia tiada kuasa.
Kami masih lagi melihat pelbagai mukjizat Tuhan berlaku di seluruh dunia dan kerana itu bagi kami, para rasul dan nabi masih ada sehingga hari ini. Dalam erti kata lagi, apa yg saudara percaya itu adalah salah.
Sihir, keramat dan sebagainya yg saudara katakan itu adalah ilmu hitam atau iblis. Tapi sekiranya saudara selidiki kepercayaan kami, kami tiada pun belajar semua ini tetapi cuma bergantung kepada nama Yesus Kristus. Tiada yg lain.
Yesus hidup lebih lama daripada hayat manusia yg sepatutnya bukan mukjizat tetapi kenyataan. Kenyataan yg Yesus adalah Tuhan.
Saudara mahu saya percaya tuhan jadi manusia yang kemudiannya mati dibunuh selepas diseksa?
Kenapa tidak? Percayakah saudara yg seorg ibu sanggup meredahi api utk menyelamatkan anaknya. Tidakkah Tuhan saudara berbuat yg sama sedangkan kasihNya lebih besar dari kasih manusia?
Boleh sahaja, jika tuhan mahu, malah tuhan boleh hidupkan saya atau saudara sebelum kewujudan dunia ini, tetapi tetap juga tidak membawa makna bahawa yesus atau saya atau saudara itu tuhan. Cuma sekadar membuktikan betapa besarnya kuasa tuhan yang mampu menghidupkan seseorang sebelum dunia ada.
Hmm.. saudara akui Yesus boleh wujud sebelum dunia dibentuk. Jadi itu bermakna sekiranya itu kehendak Tuhan maka ia akan berlaku. Jadi di sini, kenapa saudara tidak dpt menerima Yesus sebagai Tuhan seperti yg dikatakan dlm alkitab. Manusia cuma wujud sesudah dunia ada. Manusia tidak ada sebelum itu. Yesus ada sebelum kewujudan dunia. Jadi saudara fikirkan sendiri.
Saya cuba semak dalam Bible, tapi mark 16: 35-37 tidak ada.
Maaf, bukan bab 16 tetapi bab 12.
haha kalau diteliti atau dikaji keturunan Yesus dalam bible, memang bukan dari keturunan Daud, kerana Yesus itu lahir tanpa Bapa secara biologis, keturunan Daud terhenti pada Yusuf suami Maria. Yesus bukan lahir kerana Yusuf jadi dia bukan keturunan Yusuf/ Daud. Sebab iti dia tidak mengaku.
Masalahnya ialah Daud hidup beratus tahun sebelum Yesus. Jadi adakah saudara nak katakan itu juga mukjizat di mana Yesus bersama dgn Tuhan dari zaman Abraham hingga zaman Daud sebelum turun ke bumi?
saya mengatakan yesus itu ruh kerana sudah menjadi kepercayaan Islam, sebelum manusia itu lahir ke dunia, Allah menciptakan ruh terlebih dahulu. Di dunia ini baru lah akan terbentuk daging dan tulang atau tubuh fizikal manusia itu. Jadi Yesus itu cuma ruh manusia bukannya tuhan. Kerana semua manusia termasuk saudara pernah jadi ruh dahulu sebelum lahir ke bumi.
Pelik, kat mana ajaran saudara yg mengatakan roh dicipta dahulu?
Adakah saudara mengatakan kita semua dicipta dlm bentuk roh di syurga dahulu dgn daya ingatan dan kebolehan utk berfikir di syurga sebelum diturunkan ke bumi??? Masalahnya di sini ialah, dlm alkitab, satu satunya manusia yg pernah turun dari syurga adalah Yesus dan tiada org lain.
Kamu sudah lupa. Tiada bukti tuhan jadi manusia.
Rasanya saudara patut pergi baca balik alkitab. Lepas tu baru buat kesimpulan. Berbilion org bercanggah pendapat dgn saudara tu. Tuhan buat nubuat yg Dia akan dtg sendiri dan Ia berlaku melalui Yesus. Itu buktinya. Sejarah pun bersetuju yg Yesus wujud dan tinggal di dunia. AjaranNya ada dan tidak berubah dari dulu sampai sekrg.
Kamu juga lupa bahawa ia tetap surat karangan Paulus.
Tak lupa, karangan Paulus yg diinspirasikan oleh Roh Kudus.
bagus saudara sudah mengaku bahawa yesus cuma pengantara sahaja.
Memangpun Yesus pengantara antara Tuhan dan manusia. Satu satunya pengantara. Yg lain semuanya adalah yg palsu.
mungkin kamu tidak membaca atau tidak faham apa yang saya tulis sebelumnya. Kami orang Islam mempercayai Nabi Isa a.s sebagai jalan kebenaran dan termaktub dalam Rukun Iman kami iaitu percaya kepada nabi dan rasul. Tetapi mempercayai dia sebagai nabi dan utusan sahaja dan bukannya tuhan, malah terbukti juga dalam Bible bahawa yesus cuma nabi dan utusan dan bukannya tuhan.
Itulah kesilapan yg saudara buat. Kerana jalan kebenaran cuma ada pada Tuhan. Dan Yesus jelas mengatakan Dialah jalan, kebenaran dan hidup. Tuhan adalah kebenaran. Maka, Yesus adalah kebenaran.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud saudara mukjizat dah pupus dlm zaman ini? Memandangkan bagi saudara takde lagi rasul dan nabi. Seperti yg saya katakan nabi dan rasul adalah org biasa yg menjadi luar biasa kerana mereka ada Tuhan yg luar biasa. Bukan kerana mereka ada apa kuasa pun. Cuma Tuhan yg berkuasa dan manusia tiada kuasa.
Kami masih lagi melihat pelbagai mukjizat Tuhan berlaku di seluruh dunia dan kerana itu bagi kami, para rasul dan nabi masih ada sehingga hari ini. Dalam erti kata lagi, apa yg saudara percaya itu adalah salah.
Sihir, keramat dan sebagainya yg saudara katakan itu adalah ilmu hitam atau iblis. Tapi sekiranya saudara selidiki kepercayaan kami, kami tiada pun belajar semua ini tetapi cuma bergantung kepada nama Yesus Kristus. Tiada yg lain.
Yesus hidup lebih lama daripada hayat manusia yg sepatutnya bukan mukjizat tetapi kenyataan. Kenyataan yg Yesus adalah Tuhan.
Saya tidak pernah mengatakan bahawa mukjizat itu telah pupus. Kerana AlQuran Mukjizat Nabi Muhamad masih ada sampai sekarang.
Saya Cuma mengatakan bahawa Mukjizat adalah pembuktian kenabian dan kerasulan. alQuran adalah pembuktian kenabian Muhamad.
Kami masih lagi melihat pelbagai mukjizat Tuhan berlaku di seluruh dunia dan kerana itu bagi kami, para rasul dan nabi masih ada sehingga hari ini. Dalam erti kata lagi, apa yg saudara percaya itu adalah salah.
Tetapi saudara yang Putar Belit. Sebelum ini kamu mengatakan bahawa mukjizat berlaku dalam 1 tempat 1 masa. Sekarang kamu tukar plak? Saya paste kembali apa yang kamu tulis kat post 211:-
Pelik, yg saya tahu mukjizat adalah perkara seperti yg dilakukan oleh Yesus menukarkan air kepada arak... atau dlm kepercayaan saudara... menukarkan lumpur kepada merpati hidup. Itu mukjizat. Yg berlaku di satu tempat pd satu masa
Yesus itu Cuma manusia biasa. Dia sendiri tidak pernah mengatakan dirinya tuhan dalam Bible. Umur yang panjang tidak membuktikan dia tuhan. Kami orang Islam percaya Nabi Isa masih hidup sampai sekarang dan akan dimatikan pada hari kiamat. Yang berkuasa menghidup dan mematikan adalah Allah sahaja.
Kenapa tidak? Percayakah saudara yg seorg ibu sanggup meredahi api utk menyelamatkan anaknya. Tidakkah Tuhan saudara berbuat yg sama sedangkan kasihNya lebih besar dari kasih manusia?
Percayakah saudara Ibu juga sanggup membuang dan membunuh anak. Kerana Ibu juga tetap seorang manusia.
Tuhan yang kami sembah adalah Maha Kasih Sayang. Cukup kasih sayang itu dengan membuka pintu taubat kepada manusia yang memohon ampun kepadaNYA. Kerana Allah itu Maha Pengampun dan Pemaaf. Tidak perlu Tuhan ke bumi untuk mati padahal Tuhan kami tidak akan pernah mati.
Misalnya seorang ibu yang baik akan cepat memaafkan anaknya sekiranya anak itu memohon ampun pada ibunya. Tidak perlu perlu ibu itu pergi membakar dirinya. Ini lah yang sepatutnya berlaku, bukannya anak buat salah pada ibu, Ibu pula kena korban diri pula.
Hmm.. saudara akui Yesus boleh wujud sebelum dunia dibentuk. Jadi itu bermakna sekiranya itu kehendak Tuhan maka ia akan berlaku. Jadi di sini, kenapa saudara tidak dpt menerima Yesus sebagai Tuhan seperti yg dikatakan dlm alkitab. Manusia cuma wujud sesudah dunia ada. Manusia tidak ada sebelum itu. Yesus ada sebelum kewujudan dunia. Jadi saudara fikirkan sendiri.
Bila masa saya akui Yesus boleh wujud sebelum dunia dibentuk? Buktikan. Awak bercakap tanpa bukti. Suka betul awak menipu eh?
Cuma saya mengatakan tuhan berkuasa menghidupkan seseorang manusia itu sebelum dunia. jika Allah mahu. Itu jer. Bila masa plak saya akui Yesus boleh wujud dengan sendirinya? Semua itu adalah atas Kuasa Allah.
Maaf, bukan bab 16 tetapi bab 12.
Ha, kan kamu menipu eh?
Masalahnya ialah Daud hidup beratus tahun sebelum Yesus. Jadi adakah saudara nak katakan itu juga mukjizat di mana Yesus bersama dgn Tuhan dari zaman Abraham hingga zaman Daud sebelum turun ke bumi ?
Ya saya tahu Daud itu hidup beratus tahun sebelum yesus. Kamu berkata berbelit sekarang. Kamu cuba putar belit eh macam ular? Kan kamu tanya kenapa Yesus tidak mengaku anak Daud. Jadi bagaimana Yesus nak mengaku padahal memang benar dia bukan keturunan Daud.
Pelik, kat mana ajaran saudara yg mengatakan roh dicipta dahulu?
Adakah saudara mengatakan kita semua dicipta dlm bentuk roh di syurga dahulu dgn daya ingatan dan kebolehan utk berfikir di syurga sebelum diturunkan ke bumi??? Masalahnya di sini ialah, dlm alkitab, satu satunya manusia yg pernah turun dari syurga adalah Yesus dan tiada org lain.
Jadi maksud kamu Yesus itu terus turun dari Syurga dengan terus rupa manusia dewasa? Padahal semua orang tahu Yesus dilahirkan oleh Maria.
Rasanya saudara patut pergi baca balik alkitab. Lepas tu baru buat kesimpulan. Berbilion org bercanggah pendapat dgn saudara tu. Tuhan buat nubuat yg Dia akan dtg sendiri dan Ia berlaku melalui Yesus. Itu buktinya. Sejarah pun bersetuju yg Yesus wujud dan tinggal di dunia. AjaranNya ada dan tidak berubah dari dulu sampai sekrg.
Bukan saya, tetapi kamu yang perlu baca Alkitab, kerana tidak ada bukti Tuhan jadi manusia dalam Alkitab.
Tak lupa, karangan Paulus yg diinspirasikan oleh Roh Kudus.
Ia tetap surat Paulus seorang manusia biasa bukan wahyu.
Memangpun Yesus pengantara antara Tuhan dan manusia. Satu satunya pengantara. Yg lain semuanya adalah yg palsu .
Yesus Cuma pengantara. Jadi Yesus bukan tuhan.
Itulah kesilapan yg saudara buat. Kerana jalan kebenaran cuma ada pada Tuhan. Dan Yesus jelas mengatakan Dialah jalan, kebenaran dan hidup. Tuhan adalah kebenaran. Maka, Yesus adalah kebenaran.
Saya tidak silap, Yesus tidak pernah mengaku tuhan. Dia Cuma pengantara yang membawa jalan kebenaran. Kamu yang silap mengatakan bahawa yesus itu tuhan padahal Yesus sendiri tidak pernah mengaku tuhan.
Bukti jelas dalam Bible, Yesus hanya mengaku sebagai nabi dan bukannya tuhan.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kompia23 at 13-6-2010 14:43
Saya tidak pernah mengatakan bahawa mukjizat itu telah pupus. Kerana AlQuran Mukjizat Nabi Muhamad masih ada sampai sekarang.
Masalahnya ialah mukjizat bukan datang dari muhammad tetapi dari Tuhan.
Saya Cuma mengatakan bahawa Mukjizat adalah pembuktian kenabian dan kerasulan. alQuran adalah pembuktian kenabian Muhamad.
Dan saya ingatkan nabi dan rasul cuma adalah org yg biasa seperti saudara dan saya yg digunakan oleh Tuhan. Tiada apa apa yg luarbiasa tentang mereka. Manusia biasa sahaja.
Tetapi saudara yang Putar Belit. Sebelum ini kamu mengatakan bahawa mukjizat berlaku dalam 1 tempat 1 masa. Sekarang kamu tukar plak? Saya paste kembali apa yang kamu tulis kat post 211:-
Rasanya saudara ni tak pandai baca bahasa melayu. Apabila saya katakan mukjizat berlaku di satu masa satu tempat. Maksudnya ialah ia berlaku pada satu satu masa yg tetap bukan dua masa yg berbeza. Di satu tempat bukan dua tempat yg berbeza. Cth: Yesus tukarkan air jadi arak. Ia berlaku pada masa Yesus menyertai perkahwinan kawanNya, 3000 tahun yg lalu. Satu tempat, satu masa.
Yesus itu Cuma manusia biasa. Dia sendiri tidak pernah mengatakan dirinya tuhan dalam Bible. Umur yang panjang tidak membuktikan dia tuhan. Kami orang Islam percaya Nabi Isa masih hidup sampai sekarang dan akan dimatikan pada hari kiamat. Yang berkuasa menghidup dan mematikan adalah Allah sahaja.
Rasanya saudara ni masih berdegil dgn persepsi saudara tu. Apa pun bukti yg diberikan, saudara akan ketepikan dgn pelbagai alasan. Dlm alkitab dah katakan Yesus adalah Firman Tuhan yg dtg menjelma menjadi manusia (Buku Yohanes), Saudara tolak.
Saya katakan Yesus wujud sebelum Yohanes Pembaptis dan Abraham. Saudara tolak katakan itu mukjizat.
Saya katakan Yesus sendiri mengatakan Dialah satu satunya Manusia yg turun dari Syurga. Saudara tolak katakan itu roh Yesus.
Saya katakan Yesus berkata Dia Anak Tunggal Tuhan yg dlm bentuk Rohani. Saudara tolak katakan ada byk rujukan lain dlm alkitab yg mengatakan wujudnya anak tuhan lain.
Rasanya byk betul alasan saudara ni. Fikirkanlah, sekiranya satu alasan saudara itu silap. Apakah posisi saudara tu?
Yesus hidup selamanya. Dia tidak akan dimatikan lagi kerana dia telah mengatasi maut. Maut di bawah kakiNya sekarang. Dia Tuhan dan akan hidup selamanya.
Percayakah saudara Ibu juga sanggup membuang dan membunuh anak. Kerana Ibu juga tetap seorang manusia.
Sanggup kerana apa? Kerana masyarakat yg ada sekarang, yg tidak mengajar etika yg betul, terpengaruh dgn budaya tidak senonoh, seks rambang dan sbg. Adakah seorg ibu yg normal akan berbuat demikian. Adakah Tuhan kita yg sempurna akan berbuat demikian? Apakah yg akan dibuat oleh Tuhan yg Maha Pengasih kepada umatNya. Sanggup matikah Dia tu??
Tuhan yang kami sembah adalah Maha Kasih Sayang. Cukup kasih sayang itu dengan membuka pintu taubat kepada manusia yang memohon ampun kepadaNYA. Kerana Allah itu Maha Pengampun dan Pemaaf. Tidak perlu Tuhan ke bumi untuk mati padahal Tuhan kami tidak akan pernah mati.
Maha kasih sayang tetapi tidak sanggup jadi manusia, tidak sanggup berkorban utk manusia, tdk sggp byk lagi. Itukah Tuhan kasih sayang yang sebenar? Tuhan kami adalah Tuhan bukan saja mengasihi tetapi yg adil. Setiap kesilapan harus dihakimi dan dihukum. Dan bagi kami, Yesus telah berkorban sebagai penganti dosa kami.
Itu bukan menipu, itu kesilapan dlm quoting bab alkitab saja. Isinya masih sama. Rasanya saudara ini tidak dpt bezakan antara menipu dgn kesilapan. Maka, apa lagi dlm aspek ketuhanan. Fikirkanlah.
Kan kamu tanya kenapa Yesus tidak mengaku anak Daud. Jadi bagaimana Yesus nak mengaku padahal memang benar dia bukan keturunan Daud.
Bila pula saya berputar belit. Jaga cakap sikit tu. Jangan cuba lari dari perbincangan dgn membuat tuduhan liar. Biar saya pos kat sini Markus 12:35-37
35 Pada suatu kali ketika Yesus mengajar di Bait Allah, Ia berkata: "Bagaimana ahli-ahli Taurat dapat mengatakan, bahwa Mesias adalah anak Daud? 36 Daud sendiri oleh pimpinan Roh Kudus berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. 37 Daud sendiri menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?" Orang banyak yang besar jumlahnya mendengarkan Dia dengan penuh minat.
Lihat sendiri dlm zaman Daud, Dia katakan Yesus (tuanku) duduk di sebelah kanan Tuhan.
Jadi maksud kamu Yesus itu terus turun dari Syurga dengan terus rupa manusia dewasa? Padahal semua orang tahu Yesus dilahirkan oleh Maria.
Rasanya saudara ni tak faham ke atau cuba buat lawak. Dah byk kali saya katakan Yesus turun ke dunia menjelma sebagai manusia dengan dilahirkan oleh Maria. Dan saya dah berikan sebab kenapa ia berlaku demikian. Utk saudara, biar saya bagi sekali lagi kerana saudara ni ada ingatan jangka pendek. Tujuannya adalah utk memenuhi nubuat nabi beratus tahun lampau sebelum Yesus. Dan juga supaya manusia tidak akan mengatakan Tuhan tidak tahu keperitan sebagai seorg manusia. Ini juga ditulis dlm alkitab.
Bukan saya, tetapi kamu yang perlu baca Alkitab, kerana tidak ada bukti Tuhan jadi manusia dalam Alkitab.
Pelik, itu yg telah saya lakukan. Dan kerana itulah saya terangkannya kepada saudara yg tidak membacanya dan menyuruh saudara membacanya supaya saudara akan lebih faham apa yg saya katakan. Baca buku Yohanes, bab 1.
Ia tetap surat Paulus seorang manusia biasa bukan wahyu.
Surat yg ditulis oleh seorg yg biasa yg bernama Paulus yg dibawah jagaan Roh Kudus.
Yesus Cuma pengantara. Jadi Yesus bukan tuhan.
Yesus adalah pengantara kerana Dia adalah manusia dan Tuhan pada masa yg sama. Antara Tuhan dan manusia. Dapat tangkap maksud ni ke?
Saya tidak silap, Yesus tidak pernah mengaku tuhan. Dia Cuma pengantara yang membawa jalan kebenaran. Kamu yang silap mengatakan bahawa yesus itu tuhan padahal Yesus sendiri tidak pernah mengaku tuhan.
Rasanya saudara kena balik belajar lagi maksud ayat ni.
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Yesus mengakui di sini Dia adalah Jalan. Jalan menuju ke Tuhan Bapa. Dialah kebenaran yg membawa ke Tuhan Bapa. Dialah hidup yg membawa kehidupan kekal. Tiada org yg dpt mengatakan Dialah Jalan, kebenaran dan Hidup kecuali Tuhan sendiri.
Dan Dia tidak katakan dia bawa. Tetapi Dia katakan Dia adalah Nya.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya ialah mukjizat bukan datang dari muhammad tetapi dari Tuhan.
Betul, Mukjizat pun bukan datang dari Yesus tetapi dari Tuhan.
Dan saya ingatkan nabi dan rasul cuma adalah org yg biasa seperti saudara dan saya yg digunakan oleh Tuhan. Tiada apa apa yg luarbiasa tentang mereka. Manusia biasa sahaja.
Betul. Tetapi Nabi dan Rasul adalah pengantara ajaran Tuhan. Yesus sendiri telah mengaku sebagi nabi dan utusan sahaja serta tidak pernah mengaku tuhan. Oleh itu Yesus adalah manusia seperti kita juga.
Rasanya saudara ni tak pandai baca bahasa melayu. Apabila saya katakan mukjizat berlaku di satu masa satu tempat. Maksudnya ialah ia berlaku pada satu satu masa yg tetap bukan dua masa yg berbeza. Di satu tempat bukan dua tempat yg berbeza. Cth: Yesus tukarkan air jadi arak. Ia berlaku pada masa Yesus menyertai perkahwinan kawanNya, 3000 tahun yg lalu. Satu tempat, satu masa.
Haha sekejap saudara kata mukjizat berlaku pada 1 masa 1 tempat, lepas tu saudara kata bahawa kamu semua percaya mukjizat masih juga berlaku pada hari ini. Saya pastekan pendapat saudara kat post 217:-
Kami masih lagi melihat pelbagai mukjizat Tuhan berlaku di seluruh dunia dan kerana itu bagi kami, para rasul dan nabi masih ada sehingga hari ini. Dalam erti kata lagi, apa yg saudara percaya itu adalah salah.
Jadi yang mana satu betul? 1 tempat 1 masa atau mukjizat masih berlaku sekarang?
Kerana Islam cukup mudah, mukjizat adalah kuasa Tuhan yang diperturunkan kepada Nabi dan rasul untuk membuktikan kenabian dan kerasulan mereka. Tidak kira masa atau tempat atau apa sahaja bentuk luar biasa yang Tuhan tunjukan sebagai bukti kenabian dan kerasulan. Contoh, Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati dengan izin Allah, masih hidup sampai sekarang dan lahir tanpa bapa adalah mukjizat sebagai Nabi dan Rasul.
Rasanya saudara ni masih berdegil dgn persepsi saudara tu. Apa pun bukti yg diberikan, saudara akan ketepikan dgn pelbagai alasan. Dlm alkitab dah katakan Yesus adalah Firman Tuhan yg dtg menjelma menjadi manusia (Buku Yohanes), Saudara tolak.
Saya katakan Yesus wujud sebelum Yohanes Pembaptis dan Abraham. Saudara tolak katakan itu mukjizat.
Saya katakan Yesus sendiri mengatakan Dialah satu satunya Manusia yg turun dari Syurga. Saudara tolak katakan itu roh Yesus.
Saya katakan Yesus berkata Dia Anak Tunggal Tuhan yg dlm bentuk Rohani. Saudara tolak katakan ada byk rujukan lain dlm alkitab yg mengatakan wujudnya anak tuhan lain.
Rasanya byk betul alasan saudara ni. Fikirkanlah, sekiranya satu alasan saudara itu silap. Apakah posisi saudara tu?
Yesus hidup selamanya. Dia tidak akan dimatikan lagi kerana dia telah mengatasi maut. Maut di bawah kakiNya sekarang. Dia Tuhan dan akan hidup selamanya.
semua perkara di atas telah pun kita debat dan diskusi sebelum ini, dan saya menyanggah pula disertakan dengan bukti kukuh alkitab sendiri iaitu tidak ada 1 ayat pun Yesus mengaku sebagai tuhan malah Yesus cuma mengaku sebagai utusan sahaja. Ini adalah bukti paling kukuh dalam alkitab.
Sanggup kerana apa? Kerana masyarakat yg ada sekarang, yg tidak mengajar etika yg betul, terpengaruh dgn budaya tidak senonoh, seks rambang dan sbg. Adakah seorg ibu yg normal akan berbuat demikian. Adakah Tuhan kita yg sempurna akan berbuat demikian? Apakah yg akan dibuat oleh Tuhan yg Maha Pengasih kepada umatNya. Sanggup matikah Dia tu??
Ibu itu tetap manusia, itu sebab dia ada kelemahan. Tetapi tidak bagi Tuhan. Tuhan tidak akan mati. Kerana mati menunjukan kelemahan.
Maha kasih sayang tetapi tidak sanggup jadi manusia, tidak sanggup berkorban utk manusia, tdk sggp byk lagi. Itukah Tuhan kasih sayang yang sebenar? Tuhan kami adalah Tuhan bukan saja mengasihi tetapi yg adil. Setiap kesilapan harus dihakimi dan dihukum. Dan bagi kami, Yesus telah berkorban sebagai penganti dosa kami
untuk apa jadi manusia, manusia itu lemah, Tuhan kami tidak lemah. Manusia itu mati, tetapi Tuhan kami tidak akan pernah mati. Tuhan kami sangat berkuasa, tidak mati dan tidak lemah. Tuhan kami sangat kasih sayang, Maha Pengampun segala dosa kami. Cukup mudah mengampunkan dosa2 kami. Itulah tanda kasih sayang Allah.
Itu bukan menipu, itu kesilapan dlm quoting bab alkitab saja. Isinya masih sama. Rasanya saudara ini tidak dpt bezakan antara menipu dgn kesilapan. Maka, apa lagi dlm aspek ketuhanan. Fikirkanlah.
Marah ke? hehe jadi saudara juga harus mengakui kesilapan saudara dalam aspek ketuhanan. Fikirkanlah.
Bila pula saya berputar belit. Jaga cakap sikit tu. Jangan cuba lari dari perbincangan dgn membuat tuduhan liar. Biar saya pos kat sini Markus 12:35-37
35 Pada suatu kali ketika Yesus mengajar di Bait Allah, Ia berkata: "Bagaimana ahli-ahli Taurat dapat mengatakan, bahwa Mesias adalah anak Daud? 36 Daud sendiri oleh pimpinan Roh Kudus berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. 37 Daud sendiri menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?" Orang banyak yang besar jumlahnya mendengarkan Dia dengan penuh minat.
Lihat sendiri dlm zaman Daud, Dia katakan Yesus (tuanku) duduk di sebelah kanan Tuhan.
Lihat, yesus duduk di sebelah kanan, ini bermaksud Yesus bukan Tuhan.
Rasanya saudara ni tak faham ke atau cuba buat lawak. Dah byk kali saya katakan Yesus turun ke dunia menjelma sebagai manusia dengan dilahirkan oleh Maria. Dan saya dah berikan sebab kenapa ia berlaku demikian. Utk saudara, biar saya bagi sekali lagi kerana saudara ni ada ingatan jangka pendek. Tujuannya adalah utk memenuhi nubuat nabi beratus tahun lampau sebelum Yesus. Dan juga supaya manusia tidak akan mengatakan Tuhan tidak tahu keperitan sebagai seorg manusia. Ini juga ditulis dlm alkitab.
haha saudara ni suka sangat lari dari tajuk, kan sebelum ini kita bincang pasal sebelum Yesus turun dari langit, adakah yesus itu ruh atau apa. Jadi saya tanya saudara, adakah yesus dalam bentuk manusia dewasa ke apa sebelum turun ke bumi? Saudara ni nak jadi ular ke nak putar belit?
Pelik, itu yg telah saya lakukan. Dan kerana itulah saya terangkannya kepada saudara yg tidak membacanya dan menyuruh saudara membacanya supaya saudara akan lebih faham apa yg saya katakan. Baca buku Yohanes, bab 1.
owh, makna bukti? saudara berkata tanpa bukti. Kerana apabila saya baca Yohanes bab 1, tidak ada 1 ayat pun mengatakan manusia menjadi Tuhan, Tuhan menjadi manusia.
Surat yg ditulis oleh seorg yg biasa yg bernama Paulus yg dibawah jagaan Roh Kudus.
surat seorang manusia, bukannya kata-kata tuhan sendiri, hanya kata2 paulus, bukan kata2 tuhan.
Yesus adalah pengantara kerana Dia adalah manusia dan Tuhan pada masa yg sama. Antara Tuhan dan manusia. Dapat tangkap maksud ni ke?
Yesus cuma manusia, sudah tentu dia bukan tuhan.
Rasanya saudara kena balik belajar lagi maksud ayat ni.
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Yesus mengakui di sini Dia adalah Jalan. Jalan menuju ke Tuhan Bapa. Dialah kebenaran yg membawa ke Tuhan Bapa. Dialah hidup yg membawa kehidupan kekal. Tiada org yg dpt mengatakan Dialah Jalan, kebenaran dan Hidup kecuali Tuhan sendiri.
Dan Dia tidak katakan dia bawa. Tetapi Dia katakan Dia adalah Nya.
Sekian.
Cuba saudara kaji ayat ini " yang datang kepada bapa"..... dan " melalui aku" ... sangat jelas membawa maksud destinasi dituju...
misalnya tidak ada seorang pun yang datang dari Johor ke Singapura, kalau tidak melalui Selat tebrau....
Malah terbukti Yesus cuma jalan atau pengantara bukannnya Tuhan.
Tidak ada 1 ayat pun Yesus mengaku sebagai Tuhan dalam Bible. Tetapi banyak diketemukan Yesus hanya mengaku sebagai utusan. Ini dalah bukti kukuh.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|