[color=var(--title-color)]
Penyanyi dan pelakon, Aweera mengakui mahu tampil dengan album masterpiece selepas 13 tahun penglibatannya dalam industri seni.
Menurut bekas peserta peserta program realiti televisyen One In A Million musim ketiga ini, beliau kini sedang sibuk dengan beberapa perancangan dan kemunculan album terbaharunya berjudul Menakluk Hatimu yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai nanti.
“Alhamdulillah, setakat ini terlalu banyak planning. Saya nak ketengahkan lagu saya. Sekarang tengah on progress album terbaharu yang akan keluar pada 7 nanti,” katanya.
Ketika ditanya mengenai genre dalam album terbaharu, Aweera menegaskan terdapat kelainan yang bakal ditampilkan.
“Saya nak lari sedikit dari genre Roman Cinta dan Andai. Maksudnya dia maca tiga rasa… dia macam ada Korean sikit dan Indonesian sikit. So, berbeza…” jelasnya.
Selain itu, pelantun lagu Roman Cinta ini juga memilih Tam Spider sebagai komposer untuk lagu terbaharunya itu kerana mahu mengetengahkan ‘masterpiece’ produknya.
“Saya sebenarnya jenis yang cerewet dari segi lagu dan lirik. Sebab saya lebih ketengahkan masterpiece produk tu. Lagipun benda ni dia bermain dengan soul.
“Sama macam lagu Isabella, Kalau kita dengar sekarang pun terasa lagu tu macam baru je release semalam.
“Bagi saya, kalau orang nak ketengahkan isu viral saya tak kisah… terpulang pada mereka… itu hak masing-masing. Tapi pada saya, saya memang lebih pentingkan masterpiece,” ujarnya.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, di temui pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Jennaira Holdings Sdn Bhd bersama Anak-Anak Yatim & Tahfiz di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan beberapa produk seperti tudung, minuman dan makanan dibawah jenamanya sendiri dan kini telah pun berada dipasaran tempatan mahupun luar negara seperti Indonesia.