CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 10-7-2003 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 10-7-2003 12:11 PM:
Mat Kampung pukul canang.... : "Inilah cerita rekaan dari sidia yang mengaku mempunyai ilmu yang amat tinggi mengenai Islam... kalah para Sahabat Rasulullah SAW kalau nak banding dengan dia... ...


Alhamdulillah, semua yang baik adalah dari Allah SWT dan yang tidak baik dari MK, hamba Allah yang serba kekurangan ini.

Untuk renungan bersama:
AL-GHAUGHA adalah satu gerakan massa yang melampau dan tidak diketahui siapa pemimpinnya. Mereka berkumpul kerana disatukan oleh rasa kemarahan yang sama. Biasanya sasaran kemarahan itu ialah 搆uasa yang diwujudkan'. Namun setelah ia berhasil melaksanakan apa yang diinginkan, ia kemudiannya perlahan-lahan menghilang dan kembali ke tempat masing-masing secara normal. Mereka menampilkan keperibadian seorang insan yang normal. Kemungkinan juga di dalam AL-GHAUGHA itu wujud pakatan jahat yang diterajui oleh kekuatan yang tidak diketahui dengan tujuan untuk menghancurkan Islam. Mereka mungkin didalangi oleh golongan munafik moden.

Mengenai AL-GHAUGHA ini, Saidina Ali r.a. menjelaskan perwatakannya secara puitis:
''Mereka adalah kelompok orang yang apabila berkumpul sangat membahayakan, dan apabila berpisah mereka sangat menguntungkan.''
Orang bertanya, ''Kami mengerti akan bahaya kumpulan mereka, tetapi apa manfaat perpisahan mereka.''
Saidina Ali menjelaskan, ''Orang yang bekerja kembali kepada pekerjaan asalnya sehingga memberikan manfaat kepada masyarakat, iaitu tukang bangunan ke tempat bangunan, tukang tenun ke pertenunan dan tukang roti ke dapur membuat roti.''
Jadi, AL-GHAUGHA adalah kumpulan manusia biasa iaitu perkumpulan orang-orang normal. Tetapi kekuatan ''luar biasa'' yang telah mengumpulkan mereka dan menjadikan mereka ganas.

Justeru, Saidina Ali menjelaskan segala sebab dan akibat terjadinya rusuhan sosial adalah dicetuskan oleh AL-GHAUGHA. Dan AL-GHAUGHA itu disebutnya sebagai fitnah dan dianjurkan kita agar berhati-hati dengannya.
Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Fitnah-fitnah yang dicetuskan oleh AL-GHAUGHA yang dalam sejarah ketuanya ialah Abdullah bin Saba' (Pengasas Syi抋h) ini lah yang mencetuskan perang antara Saiyidinatul Aishah r.a. dengan Saidina Ali r.a., Muawiyah dan Saiyidina Ali (Perang Siffin), maka lahirnya gerakan Khawarij dan tumbangnya Bani Umayah oleh kekuatan Bani Abbasiyah.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 191 yang bermaksud:
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Dalam apa jua tindakan, janganlah kita jadi seumpama AL-GHAUGHA kerana akibat dan kemudaratannya boleh menghancurkan sebuah peradaban. Segala sesuatu perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati haruslah diselidiki dengan tenang kerana ketenangan itu adalah dari Allah SWT dan gopoh-gapah itu adalah dari syaitan (maksud hadis).
Apa jua berita yang diterima atau dakwaan yang dibuat harus diperiksa kesahihan fakta-faktanya kerana mungkin ia hanya bersifat provokasi atau fitnah.


[ Last edited by Mat Kampong on 11-7-2003 at 11:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2003 06:56 PM | Show all posts
Salam,

Mk,sebelum anda mengatakan sesuatu yang lebih dahsyat lagi..berilah ruang kepada guru anda tue nak berhujah tentang tragedi khamis,apakah anda sudah membaca belum..lalu apakah pandangan anda?pendapat anda itu bercanggah dengan apa yang dakui oleh perawi hadis(tragedi khamis).
bukankah tindakah syiah meneruskan tindakan Rasulullah Saaw diakhir kalam?emm..sungguh..jikalah seperti dakwaan anda dan nahzalulz bahawa Imam Ali as berbaik2 dengan 'mereka itu'
apakah beliau as tidak tahu yang Rasulullah saaw telah murka kepada mereka?
Apakah anda tidak tahu bahawa Imam Ali as adalah pintu Ilmu baginda,dan juga Ahlul Bayt baginda!?
sungguh anda tidak memahami bahawa Ahlul Bayt itu telah disucikan sesuci-sucinya,dan siapkah yang menyuruh anda mengikut sahabat Rasulullah saaw?
Apakah ada ayat Al-Quran yang mensucikan mereka?
Apakah peristiwa ini tidak membuka mata anda seluas-luas nya Mk,Nahzalulz?
Anda tidak seharusnya meletakkan seorang yang Allah dan Rasul-Nya murka ditempat yang sama,apakah anda tidak memikirkan?bahawa orang yang Allah redhai dan orang yang Allah murkai tidak sama!kami tidak menuduh,bahkan ia adalah kenyataan yang tidak dapat disanggah lagi.Untuk pengetahun anda juga jangan anda lupa yang kesan dari peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai perpecahan dan fitnah dalam Islam.
Jadi dalam masaalah dan keadaan sebegini apakah anda fikir Ahlul Bayt yang disucikan Allah sesuci-sucinya itu tidak bernilai dalam membawa anda keluar dari fitnah ini?Apakah anda mementinggkan perpecahan dari keredhaan Allah?maka,ketahuilah manusia itu hanya sedikit sahaja yang bersyukur.
Wassalam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 11-7-2003 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by irfani at 10-707-2003 20:56:
MK,sebelum anda mengatakan sesuatu yang lebih dahsyat lagi..berilah ruang kepada guru anda tue nak berhujah tentang tragedi khamis,apakah anda sudah membaca belum..lalu apakah pandangan anda?...


Wahai Irfani,
Apa yang dahsyatnya?
Memang itulah fakta yang terjadi dalam sejarah Islam, golongan Abdullah bin Saba' yang menjalankan fitnah dan siasah untuk memecahbelah umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Beliau telah menggunakan ketaksuban golongan anda yang memuja Ahlul Bait yang berlebihan dari sepatutnya sehingga sanggup bersubahat membunuh cucu-cucu Rasulullah SAW kerana terperangkap didalam mainan puak laknatullah Abdullah bin Saba'. Kumpulan ini amat licik dan bersekongkol dengan golongan munafiq yang memang diketahui olih Rasulullah SAW tetapi baginda tidak dapat mendedahkan ahli golongan ini kerana sebab tertentu. Golongan anda yang taksub telah terperangkap dan mengakui ketokohan laknatullah Abdullah bin Saba'. Ketahuilah bahawa golongan anda bukan memperjuangkan Ahlul Bayt tetapi meneruskan perjuangan durjana yang dimulakan olih laknatullah Abdullah bin Saba'.


Apakah pandangan anda tentang perkara berikut:
a) Adakah Khalifah (pengganti Rasulullah SAW) Diwasiatkan Secara Nas?
b) Adakah Imam (pengganti Nabi Muhammad SAW) anda maksum?
c) Taraf maksum Imam anda melepasi Nabi Muhammad SAW dan Anbiya'?
d) Allah swt bersifat al-Bada'? Apa dia tu.. tolong jelaskan.
e) Apa dia ar-Raj'ah tu? Siapa Imam Mahdi yang hilang tu?
f) Bagi MK golongan anda tidak bolih dipercayai kebenarannya kerana anda dan golongan anda PERCAYA kepada Berpura-pura (al-Taqiyyah). Betoi ke?
g) Ini yang best sekali - Kahwin Muta'ah. Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358 - Terjemahannya:
"Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita".
Kenapa Imam Jafar Shodiq tidak kahwin rmuta'ah? Terkeluarkah dia?


You don't worry about posting dari Nahzaluz, MK dah baca semua dan faham apakah maksudnya kerana kami memandang dari sudut ASWJ bukan saperti anda dah terikat dengan Maksum, al-Taqiyyah, ar-Raj'ah dan Imam Mahdi anda yang DIKATAKAN (kelakarnya - now you see, now you don't) hilang...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2003 05:28 PM | Show all posts
salam
mat kampong:Beginilah sifat pereka cerita rekaan atau dongeng... tak habis yang dulu cerita rekaan baru keluar pulak.

Tolong jelaskan disini mengenai apa yang telah anda ceritakan dulu;

a) Anda menulis bahawa Rasullulah SAW memanggil dan menyerah tanah Fadak kepada Saiyidatul Fatimah r.a. setelah turunnya ayat tertentu. Kalau Nabi SAW dah serah tanah Fadak saperti yang anda tulis, kenapa selepas wafatnya baginda ada perebutan harta SEBAB ianya telah diserah sebelum kewafatan Nabi SAW saperti yang anda tuliskan. Why U silent on this?

wahai mat kampong yg menutup hatinya kepada rasionaliti  dan berfikir; apa yg menyebabkan anda gagal berfikir bahawa sedangkan waktu hayat junjungan suci Rasulullah saaw pun Umar menolak membenarkan Rasulullah saaw menulis wasiatnya, apakah anda fikir dia akan menyerah kepda keputusan Rasulullah saaw selepas kewafatan baginda saaw?
Dan apakah anda menragui kebenaran Sayyidatina Fathimah a.s  ketika menuntut haknya?
Apakah anda fikir sayyidatina Fathimah a.s menuntut sesuatu yg diharamkan kepadanya?  Silalah jawab saudara mat kampong yg memang terkenal dengan perjuangannya menyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s

b) Anda tulis sebelumnya bahawa Khalifah Umar Al-Khattab dah serah balik Tanah Fadak kepada S. Ali r.a. TAPI Irfani kata Khalifah Umar Abdul Aziz yang serah balik. Mana satu yang betoi? Why U silent on this?

Anda sekali lagi tak dapat menggunakan akal anda. Umar hidup lama sebelum Umar ibni Abdul Aziz. Selepas Umar bukankah Uthman merampas semula fadak? Dan kemudian apakah menjadi masalah apabila Umar bin Abdul Aziz memulangkan semula Fadak?

Jawab dulu... jangan bercelaru... itu ler kalau buat cerita dongeng yang hendak memalsukan fakta sejarah.. maka inilah jadinya... orang tua berkata: Kalau guru kencing berdiri, anak murid kecing berlari... jika tok guru pembohong dan banyak cereka dongeng.. apa nak jadi dengan anak muridnya? Orang baca Al-Quran untuk memahami maksudnya bukannya membuat tafsiran salah kemudian ditambah dengan cerita dongeng yang sensasi... memanglah senang terpengaruh jika anda mempunyai daya fikir yang lemah.... SO BE IT..

Kini telah jelaslah siapa yg lemah akalnya!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2003 05:33 PM | Show all posts
salam
hairan.. orang seperti MK ni, walaupun telah gagal berkali2 dan kecundang dalam berhujjah masih menebalkan mukanya utk menampilkan diri ke sini dengan tanpa henti2 mengutarakan soalan2. Soalan utk beliau jawab masih tidak terjawabkan tetapi begitu bersungguh2 menyoal semula.

kot-kot saudara mat kampong terlupa:

mengapa Abu Bakar menolak kesaksian Sayyidatina Fathimah a.s? Apakah Hazrat Fathimah a.s akan tersalah dan menipu? Apakah belum cukup ayat2 Quran menerangkan kesucian Ahlul Bait a.s kepada orang2 yg beriman kepada Kitabullah?

mengapa pula kesaksian perseorangan Jabir r.a diterima?

mengapa anda menyokong perampasan Fadak, dan menyokong para perampasanya? sedangkan Rasulullah saaw mewasiatkan kepada anda agar mengikuti Ahlul Bait a.s selepas kewafatannya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2003 05:49 PM | Show all posts
salam
dan yg paling menyedihkan (atau melucukan?) ialah apabila rupa2nya saudara kita mat kampong ini masih percaya dengan kisah Abdullah bin saba ciptaan Umar bin saif at-Tamimi. Mengapa anda tidak bertanya kepada pemimpin anda, (Pemimpin para penyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s) iaitu sudara Nahzalus mengenai apa yg dikatakan oleh ulamak2 al-Jarh wa ta'dil ASWJ mengenai Umar bin Saif at-Tamimi ini? jangalah sekali lagi anda dimalukan dengan pembongkaran kisah dongeng Abdullah bin saba' ini (yg nampaknya lebih dikenali oleh orang2 ASWj berbanding Syiah). tanyakan dulu kepada pemimpin anda itu, sebelum anda dimalukan sekali lagi....

oh ye, kami pun masih menunggu2 kisah tragedi khamis ini. So harapnya janganlah dengan sikap fanatik dan cepat melatah mat kampong akan menyebabkan kita beralih perhatian dari hujjah2 pembelaan 'Tragedi Khamis' oleh penyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s iaitu saudara nahzalus kelak.

oh ye, anda nampaknya banyak menurunkan soalan2 mengenai Syiah... sebelum itu mengapa anda tak cuba fikirkan dulu ( jawab boleh nanti) mengapa:
Mengapa orang2 ASWj percaya yg Allah boleh dilihat dengan mata kasar nanti? lihat di mana? di situ? di sana? Allah bertempat? hanya yg berwarna boleh dilihat, so warna apa?

anda sibuk nak bertanyakan mengenai Syiah dan terlupa mengenai ajaran mazhab anda sendiri... orang2 Syiah mengumpulkan banyak perkara2 aneh dalam ASWJ; tetapi, kami bukannya fanatik dan cepat melatah utk postkan semuanya ke sini.

(itu belum soal dalam fekah lagi seperti Syafii membenarkan kahwin anak hasil zinanya sendiri, dalam mazhab maliki boleh makan (makruh) anjing, keluar angin tak batalkan solat dalam mazhab hanafi dll)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2003 12:00 PM | Show all posts
Bill menulis

oh ye, kami pun masih menunggu2 kisah tragedi khamis ini. So harapnya janganlah dengan sikap fanatik dan cepat melatah mat kampong akan menyebabkan kita beralih perhatian dari hujjah2 pembelaan 'Tragedi Khamis' oleh penyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s iaitu saudara nahzalus kelak.


sebelumnya

dan yg paling menyedihkan (atau melucukan?) ialah apabila rupa2nya saudara kita mat kampong ini masih percaya dengan kisah Abdullah bin saba ciptaan Umar bin saif at-Tamimi. Mengapa anda tidak bertanya kepada pemimpin anda, (Pemimpin para penyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s) iaitu sudara Nahzalus mengenai apa yg dikatakan oleh ulamak2 al-Jarh wa ta'dil ASWJ mengenai Umar bin Saif at-Tamimi ini? jangalah sekali lagi anda dimalukan dengan pembongkaran kisah dongeng Abdullah bin saba' ini (yg nampaknya lebih dikenali oleh orang2 ASWj berbanding Syiah). tanyakan dulu kepada pemimpin anda itu, sebelum anda dimalukan sekali lagi....


Anda masih lagi menggelarkan saya dgn gelaran tersebut. Tak mengapalah, asalkan hati anda puas. :bg:
Nampaknya hari ni dah naik pangkat sikit, dah jadi pemimpin :bg:

Berkenaan dgn tragedi Khamis tu, saya dah post hadis-hadis berkaitan dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kemudian petikan kata-kata lax terhadap saya dan MK.

Baki lagi, pendapat ulama' ASWJ ttg peristiwa itu. Inikah yang anda tunggu? Insya Allah, tak lari gunung dikejar! :bg:

Wassalam.

[ Last edited by nahzaluz on 14-7-2003 at 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 12:39 PM | Show all posts
Kes Fadak

Saya nak mencelah sedikit ttg pengurusan Fadak. Maklumat ringkas ini saya petik dari tulisan Syeikh Muhibbuddin al-Khatib dalam nota kaki kitab al-Muntaqa oleh al-Hafiz al-Zahabi, pegarang kitab Tazkiratul Huffaz (m.s 197) :

Fadak adalah nama satu kampung di Hijaz. Jarak antaranya dan Madinah ialah perjalanan selama 2 hari setengah. Fadak telah diserahkan kepada Rasulullah secara perjanjian pada tahun 7 hijrah selepas pembukaan Khaibar. Di Fadak terdapat mata air dan pohon-pohon kurma.  Rasulullah s.a.w semasa baginda hidup telah membelanjakan hasil Fadak kepada ibn al-sabil, untuk kepentingan umum dan dgn cara bersedekah. Kemudian Abu Bakar melaksanakan apa yang Rasulullah s.a.w lakukan semasa baginda hidup. Manakala Umar pula beliau berpendapat, pengurusan Fadak diserahkan kepada Ali dan bapa saudaranya al-Abbas dgn syarat mereka berdua mesti menguruskannya mengikut apa yang telah Rasulullah s.a.w lakukan. Kemudian, pengurusannya berpindah kepada Marwan dan anak-anaknya sehingga sampai ke zaman Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah melaksanakan apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.anhum.

Pada tahun 210H, al-Ma'mun telah memerintahkan supaya Fadak diserahkan kepada keturunan Fatimah. Lalu ia diserahkan kepada Muhammad bin Yahya bin al-Hussain bin Zaid bin Ali bin al-Husain al-Sabtt, kemudian kepada Muhammad bin Abdullah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain al-Sabtt. Kemudian di zaman pemerintahan Jaafar al-Mutawakkil, berlaku perebutan di kalangan keturunan mereka lalu Khalifah memerintahkan supaya dikembalikan sebagaimana asalnya, iaitu sebagaimana di zaman pemerintahan Abu Bakar hingga zaman Umar bin Abdul Aziz. Ini bermaksud, Khalifahlah yang berkuasa membahagikan sedekah Khaibar. Tiada siapapun yang boleh menguruskannya tanpa izin Khalifah, samada mereka dari keturunan Fatimah atau bukan.


Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat. :bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2003 01:46 PM | Show all posts
Sedikit respon untuk difikirkan bersama..

Bill,

Anda menulis

mengapa Abu Bakar menolak kesaksian Sayyidatina Fathimah a.s? Apakah Hazrat Fathimah a.s akan tersalah dan menipu? Apakah belum cukup ayat2 Quran menerangkan kesucian Ahlul Bait a.s kepada orang2 yg beriman kepada Kitabullah?
mengapa pula kesaksian perseorangan Jabir r.a diterima?


Setakat ini saya belum lagi menjawab persoalan ini secara direct.
Walau bagaimanapun, kalau boleh marilah kita tengok kes yang masyhur ini dahulu:

Saidina Ali telah kehilangan baju besinya di dalam peperangan Siffin. Beliau pada masa tersebut adalah seorang Khalifah bagi sebuah negara Islam. Setelah diselidiki, Saidina Ali mendapati bahawa baju besinya telah dicuri oleh seorang Yahudi. Maka dituntutlah Saidina Ali akan baju besi itu daripada orang Yahudi tersebut. Tidak mahu diberi oleh Yahudi tersebut. Maka dibawalah kes tersebut kepada seorang hakim bernama Syuraih. Maka Ali pun mengemukakan saksinya iaitu anaknya Hasan dan Husin. Tetapi hakim Syuraih mengatakan "Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak boleh diterima sebagai bukti menurut hukum". Maka hakim Syuraih pun menjatuhkan hukum bahawa baju besi itu menjadi milik orang Yahudi yang mencuri tersebut. Terkejut Yahudi tersebut akan hukuman hakim Syuraih dan akan kepatuhan Saidina Ali terhadap hukuman yang dijatuhkan. Maka memeluk Islam lah orang Yahudi tersebut

Apa pandangan anda dan netters semua?

Wassalam :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:04 PM | Show all posts
Anda masih lagi menggelarkan saya dgn gelaran tersebut. Tak mengapalah, asalkan hati anda puas.  
Nampaknya hari ni dah naik pangkat sikit, dah jadi pemimpin

Berkenaan dgn tragedi Khamis tu, saya dah post hadis-hadis berkaitan dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kemudian petikan kata-kata lax terhadap saya dan MK.

Baki lagi, pendapat ulama' ASWJ ttg peristiwa itu. Inikah yang anda tunggu? Insya Allah, tak lari gunung dikejar!

Wassalam.


salam
nampaknya anda pun tak kisah dinaikkan pangkat jadi pemimpin. sebenarnya anda sendiri yg bersungguh2 menyokong perbuatan Abu Bakar merampas hak Ahlul Bait seperti fadak, dan malah berusaha juga membuktikan bahawa Ahlul Bait tidak maksum.

nahzalus, Allah telah menyucikan Ahlul bait -SESUCI SUCINYA- dan anda mengatakan mereka tidak maksum. Rasulullah saaw berkata Ahlul Bait dan al-Quran tidak akan pernah berpisah, dan anda masih mengatakan Ahlul Bait tidak maksum.  dan anda serta mat kampong bermati2an membela halalnya tindakan Abu bakar merampas fadak, Demi Allah Nahzalus - apakah anda fikir sayidatina Fathimah a.s akan menuntut sesuatu yg bukan haknya? apakah anda fikir sayyidatina Fathimah a.s akan bertindak menyalahi al-Quran? Bukankah kepatuhan kepada Rasulullah saaw adalah perintah al-Quran, lalu apakah sayyidatina Fathimah a.s jahil sehingga menolak hadis "para nabi tidak meninggalkan warisan..." sekiranya ia benar diriwayatkan oleh bapanya - Pesuruh Allah?

bukankah kamu memang benar2 menyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s?

mengenai tragedi khamis - bill pun tak tahu apa yg hendak anda perkatakan, tetapi kami menunggunya.  


cuma satu soalan mudah bill - apakah Sayyidatina Fathimah a.s telah tersalah dalam memohon haknya dari tanah Fadak? Sedangkan Rasulullah saaw telah bersabda Ahlul Bait a.s dan al-Quran al-Karim, keduanya tidak pernah akan berpisah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:15 PM | Show all posts

fikirkan juga

Saidina Ali telah kehilangan baju besinya di dalam peperangan Siffin. Beliau pada masa tersebut adalah seorang Khalifah bagi sebuah negara Islam. Setelah diselidiki, Saidina Ali mendapati bahawa baju besinya telah dicuri oleh seorang Yahudi. Maka dituntutlah Saidina Ali akan baju besi itu daripada orang Yahudi tersebut. Tidak mahu diberi oleh Yahudi tersebut. Maka dibawalah kes tersebut kepada seorang hakim bernama Syuraih. Maka Ali pun mengemukakan saksinya iaitu anaknya Hasan dan Husin. Tetapi hakim Syuraih mengatakan "Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak boleh diterima sebagai bukti menurut hukum". Maka hakim Syuraih pun menjatuhkan hukum bahawa baju besi itu menjadi milik orang Yahudi yang mencuri tersebut. Terkejut Yahudi tersebut akan hukuman hakim Syuraih dan akan kepatuhan Saidina Ali terhadap hukuman yang dijatuhkan. Maka memeluk Islam lah orang Yahudi tersebut


bagus sekali anda membawakan kisah ini, jadi jawapan secara ringkas ialah:
seorang pencuri (seorang yahudi) memulangkan hak Imam Ali a.s selepas terkejut dengan kepatuhan Imam Ali a.s. kepada hakim, tetapi Abu bakar (seorang Muslim)tidak memulangkan hak fadak walaupun Imam Ali a.s (seorang yg disucikan Allah sesuci2nya) memberi kesaksian kepada kebenaran tuntutan Sayyidatina Fathimah a.s pemimpin wanita di syurga!

lalu dengan membawakan cerita itu, apakah anda Abu bakar bersalah kerana memenuhi tuntutan persorangan Jabir terhadap harta dari Bahrain?

netters, pertimbangkan!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:51 PM | Show all posts
:
nahzalus:

Kes Fadak

Saya nak mencelah sedikit ttg pengurusan Fadak. Maklumat ringkas ini saya petik dari tulisan Syeikh Muhibbuddin al-Khatib dalam nota kaki kitab al-Muntaqa oleh al-Hafiz al-Zahabi, pegarang kitab Tazkiratul Huffaz (m.s 197) :

Fadak adalah nama satu kampung di Hijaz. Jarak antaranya dan Madinah ialah perjalanan selama 2 hari setengah. Fadak telah diserahkan kepada Rasulullah secara perjanjian pada tahun 7 hijrah selepas pembukaan Khaibar. Di Fadak terdapat mata air dan pohon-pohon kurma. Rasulullah s.a.w semasa baginda hidup telah membelanjakan hasil Fadak kepada ibn al-sabil, untuk kepentingan umum dan dgn cara bersedekah. Kemudian Abu Bakar melaksanakan apa yang Rasulullah s.a.w lakukan semasa baginda hidup. Manakala Umar pula beliau berpendapat, pengurusan Fadak diserahkan kepada Ali dan bapa saudaranya al-Abbas dgn syarat mereka berdua mesti menguruskannya mengikut apa yang telah Rasulullah s.a.w lakukan. Kemudian, pengurusannya berpindah kepada Marwan dan anak-anaknya sehingga sampai ke zaman Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah melaksanakan apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.anhum.

Pada tahun 210H, al-Ma'mun telah memerintahkan supaya Fadak diserahkan kepada keturunan Fatimah. Lalu ia diserahkan kepada Muhammad bin Yahya bin al-Hussain bin Zaid bin Ali bin al-Husain al-Sabtt, kemudian kepada Muhammad bin Abdullah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain al-Sabtt. Kemudian di zaman pemerintahan Jaafar al-Mutawakkil, berlaku perebutan di kalangan keturunan mereka lalu Khalifah memerintahkan supaya dikembalikan sebagaimana asalnya, iaitu sebagaimana di zaman pemerintahan Abu Bakar hingga zaman Umar bin Abdul Aziz. Ini bermaksud, Khalifahlah yang berkuasa membahagikan sedekah Khaibar. Tiada siapapun yang boleh menguruskannya tanpa izin Khalifah, samada mereka dari keturunan Fatimah atau bukan.

Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat


salam

Nahzalus: "Ini bermaksud, Khalifahlah yang berkuasa membahagikan sedekah Khaibar. Tiada siapapun yang boleh menguruskannya tanpa izin Khalifah, samada mereka dari keturunan Fatimah atau bukan."

bill: pertama muhibbudin khatib memang terkenal sebagai musuh besar mazhab Ahlul Bait a.s

kedua- sekiranya khalifah berkuasa membahagikan khaibar, lalu mengapa anda fikir Sayyidatina Fathimah a.s tidak layak menguruskannya apabila Rasulullah saaw sendiri telah menyerahkannya kepada Puterinya itu?(yg pastinya tidak akan menyalahi perintah Allah!) Lalu apa hak Abu Bakar sekalipun sebagai seorang khalifah (yg semua mengetahui bahawa telah dilantik secara tergesa2, dan mendapat tentangan dari Ahlul Bait a.s serta sahabat2 ) utk mencabut hak pengurusan fadak yg telah diberikan Rasulullah saaw? Apa hak Abu bakar mencabut hak yg telah diberikan oleh Rasulullah saaw itu?

cuma satu soalan mudah bill - apakah Sayyidatina Fathimah a.s telah tersalah dalam memohon haknya dari tanah Fadak? Sedangkan Rasulullah saaw telah bersabda Ahlul Bait a.s dan al-Quran al-Karim, keduanya tidak pernah akan berpisah?

sesungguhnya Rasulullah saaw meninggalkan kita dengan al-Quran dan Ahlul Bait a.s, tetapi ada antara kita yg meragui kebenaran Ahlul Bait a.s sebaik sahaja Rasulullah saaw meninggalkan umat! lahaulawala Quwwata illa billahil 'aliyyil Azhim!

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 07:39 PM | Show all posts
nampaknya anda pun tak kisah dinaikkan pangkat jadi pemimpin. sebenarnya anda sendiri yg bersungguh2 menyokong perbuatan Abu Bakar merampas hak Ahlul Bait seperti fadak, dan malah berusaha juga membuktikan bahawa Ahlul Bait tidak maksum.


Bukan soal kisah tak kisah, tetapi kalau anda menggelarkan saya dgn pelbagai gelaran dan kemudian saya membalasnya dgn bermacam-macam gelaran, sampai bilapun kita tak akan berenti gelar menggelar!

Sudah berapa kali saya nyatakan kepada anda, S. Abu Bakar tidak merampas hak Ahlul Bait kerana beliau mendengar Nabi berkata yang baginda tidak diwarisi. Jadi S. Abu Bakar mahu menguruskannya sebagaimana ia diuruskan oleh Rasulullah s.a.w. S. Abu Bakar ialah seorang sahabat yang sangat-sangat mengikut Rasulullah s.a.w!

Saya juga sudah menyatakan bahawa maksum hanya ada pada para Nabi sahaja. Para AB dan sahabat kesemuanya tidak maksum. Ini dasar dalam akidah kita ASWJ. Inilah ia pegangan AB dan para sahabat. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang mendakwa mereka maksum.  

nahzalus, Allah telah menyucikan Ahlul bait -SESUCI SUCINYA- dan anda mengatakan mereka tidak maksum. Rasulullah saaw berkata Ahlul Bait dan al-Quran tidak akan pernah berpisah, dan anda masih mengatakan Ahlul Bait tidak maksum.


Baiklah, kalaulah AB maksum, adakah keturunan AB sampai saat ini kesemuanya maksum? Adakah kesemua keturunan AB tidak berpisah dgn al-Qur'an?

dan anda serta mat kampong bermati2an membela halalnya tindakan Abu bakar merampas fadak, Demi Allah Nahzalus - apakah anda fikir sayidatina Fathimah a.s akan menuntut sesuatu yg bukan haknya? apakah anda fikir sayyidatina Fathimah a.s akan bertindak menyalahi al-Quran? Bukankah kepatuhan kepada Rasulullah saaw adalah perintah al-Quran, lalu apakah sayyidatina Fathimah a.s jahil sehingga menolak hadis "para nabi tidak meninggalkan warisan..." sekiranya ia benar diriwayatkan oleh bapanya - Pesuruh Allah?


Sudah berapa kali saya katakan kepada anda, ia adalah khilaf ijtihad. Masing-masing ada dalil. S. Fatimah semasa beliau menuntut haknya sebagai anak kepada Rasulullah s.a.w yang telah wafat berdasarkan ayat al-mawarith. Tetapi setelah S. Abu Bakar mengatakan beliau ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa para Nabi tidak diwarisi, beliau akur. Sbb itulah S. Abu Bakar tidak membahagikan harta peninggalan Nabi hatta kepada al-Abbas dan para isteri baginda. Maknanya, beliau juga ada dalil yang mengkhususkan atau mengeluarkan Nabi dari hukum umum tersebut. Atas sebab itulah, selepas itu S. Fatimah tidak lagi menuntut harta tersebut. Kemudian, 6 bulan selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah, dalam keadaan redha kepada S. Abu Bakar.

Inilah pegangan saya wahai sahabatku bill

bukankah kamu memang benar2 menyokong perampasan hak2 Ahlul Bait a.s?


Adakah S. Abu Bakar mengambil fadak untuk kegunaannya sendiri?
Adakah S. Abu Bakar tidak memberi satu senpun dari harta lain sebagai ganti kepada Fadak?
Antara sifat perampas ialah membenci orang yang dirampas hartanya itu dan suka melihatnya hidup menderita. Kenapakah S. Abu Bakar mengatakan kepada S. Fatimah: Demi Tuhan yang diriku di dalam tanganNya, kaum kerabat Rasulullah s.a.w lebih suka aku sambung berbanding kaum kerabatku sendiri!

Sbb tu saya kata, tidak timbul isu perampasan hak AB!

mengenai tragedi khamis - bill pun tak tahu apa yg hendak anda perkatakan, tetapi kami menunggunya.  


Anda tidak tahu apa yang akan saya perkatakan tetapi anda sebenarnya sudah ada maklumat ttg jawapan ulama' ASWJ sebab sebagai pencari kebenaran, ada pasti telah membacanya dari kitab karangan ASWJ!

cuma satu soalan mudah bill - apakah Sayyidatina Fathimah a.s telah tersalah dalam memohon haknya dari tanah Fadak? Sedangkan Rasulullah saaw telah bersabda Ahlul Bait a.s dan al-Quran al-Karim, keduanya tidak pernah akan berpisah?


Saya seboleh-bolehnya mahu beradab dalam menjawab soalan anda ini wahai sahabatku Bill. Jawapan saya ialah semasa beliau memohon beliau tidak salah kerana beliau ada dalil. Dilihat kepada ijtihad siapakah yang lebih benar, ASWJ berpendapat ijtihad S. Abu Bakar lebih benar. Beliau dapat 2 pahala, S. Fatimah 1 pahala. Wallahu a'lam.

Wassalam :bg:

[ Last edited by nahzaluz on 14-7-2003 at 07:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 01:30 AM | Show all posts
bagus sekali anda membawakan kisah ini, jadi jawapan secara ringkas ialah:
seorang pencuri (seorang yahudi) memulangkan hak Imam Ali a.s selepas terkejut dengan kepatuhan Imam Ali a.s. kepada hakim, tetapi Abu bakar (seorang Muslim)tidak memulangkan hak fadak walaupun Imam Ali a.s (seorang yg disucikan Allah sesuci2nya) memberi kesaksian kepada kebenaran tuntutan Sayyidatina Fathimah a.s pemimpin wanita di syurga!


Bill,

Cerita masyhur yang saya nukilkan itu berkait dgn penyaksian kerana kita sekarang sedang berbincang ttg penyaksian. Saya menuntut anda memberi respon ttg penyaksian. Inilah yang saja ajak anda dan netters fikirkan bersama.

lalu dengan membawakan cerita itu, apakah anda Abu bakar bersalah kerana memenuhi tuntutan persorangan Jabir terhadap harta dari Bahrain?


Tidak bersalah!

netters, pertimbangkan!


Silakan :bg: Harapnya ada yang memberi respon.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 01:57 AM | Show all posts
Nahzalus: "Ini bermaksud, Khalifahlah yang berkuasa membahagikan sedekah Khaibar. Tiada siapapun yang boleh menguruskannya tanpa izin Khalifah, samada mereka dari keturunan Fatimah atau bukan."

bill: pertama muhibbudin khatib memang terkenal sebagai musuh besar mazhab Ahlul Bait a.s


Saya tak tahu macam mana nak berhujah dgn anda kalau dari awal lagi anda sudah menolak ulama' ini. Perkara yang sama juga anda telah lakukan kepada al-Dahlawi. Bill, Syeikh Muhibbuddin al-Khatib adalah pencinta AB kerana beliau adalah ulama' ASWJ, dan seseorang itu tidak dinamakan ASWJ kalau dia memusuhi AB Rasulullah s.a.w. Beliau  sebenarnya musuh kepada al-Rafidah yang mendakwa mencintai AB tetapi meriwayatkan cerita-cerita palsu ttg AB!

kedua- sekiranya khalifah berkuasa membahagikan khaibar, lalu mengapa anda fikir Sayyidatina Fathimah a.s tidak layak menguruskannya apabila Rasulullah saaw sendiri telah menyerahkannya kepada Puterinya itu?(yg pastinya tidak akan menyalahi perintah Allah!) Lalu apa hak Abu Bakar sekalipun sebagai seorang khalifah (yg semua mengetahui bahawa telah dilantik secara tergesa2, dan mendapat tentangan dari Ahlul Bait a.s serta sahabat2 ) utk mencabut hak pengurusan fadak yg telah diberikan Rasulullah saaw? Apa hak Abu bakar mencabut hak yg telah diberikan oleh Rasulullah saaw itu?


Bill, saya ingin bertanya kepada anda. Riwayat mana satukah sebenarnya yang anda pegang. Kalau tidak salah saya, anda pernah berhujah dgn saya menggunakan hadis Bukhari yang mengatakan S. Fatimah menuntut Fadak dari S. Abu Bakar atas nama harta pusaka. Kemudian anda menyoal saya ttg kesaksian S. Ali dan S. Ummu Aiman ttg Fadak dalam riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w telah memberikan Fadak kepada S. Fatimah sebelum kewafatan baginda. Mana satukah pegangan anda sebenarnya?

Btw, satu point yang saya nampak dalam kenyataan anda di atas (yang saya gariskan). Kalaulah AB dan sahabat yang pada mulanya menentang itu kemudian mengiktiraf pelantikan S. Abu Bakar selepas itu, dan S. Abu Bakar kembali ke rahmatullah dalam keadaan mereka semua redha beliau sebagai pengganti Rasulullah s.a.w, kenapa anda tidak boleh terima? Anda mahu mengambil kes pertama dan meninggalkan kes terakhir?

cuma satu soalan mudah bill - apakah Sayyidatina Fathimah a.s telah tersalah dalam memohon haknya dari tanah Fadak? Sedangkan Rasulullah saaw telah bersabda Ahlul Bait a.s dan al-Quran al-Karim, keduanya tidak pernah akan berpisah?


Saya sudah jelaskan di atas.

sesungguhnya Rasulullah saaw meninggalkan kita dengan al-Quran dan Ahlul Bait a.s, tetapi ada antara kita yg meragui kebenaran Ahlul Bait a.s sebaik sahaja Rasulullah saaw meninggalkan umat!


ASWJ tidak sekali-kali meragui kebenaran AB! S. Abu Bakar tidak meragui kebenaran AB. Bahkan beliau mahu melaksanakan pesanan Rasululah s.a.w, penghulu sekalian AB! lahaulawala Quwwata illa billahil 'aliyyil Azhim!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 11:39 AM | Show all posts
Aapa yang hang cakap ni Nahzaluz... pusing punya pusing, dok situ jugak... Adakah kamu menolak Peristiwa Fadak? Jawab dulu... jangan belit-belit. Kalau lah ASWJ cintakan AB tak jadi lah penyerangan di rumah Saiyidina Ali dan Fatimah. Sifat pendusta adalah sifat munafik... awas lah. So, antra Sunnati dan Ithrati, yang mana satu ASWJ pakai? Susah sangat ke nak jawab??? :bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2003 12:12 PM | Show all posts
Aapa yang hang cakap ni Nahzaluz... pusing punya pusing, dok situ jugak...


kata-kata sayakah yang memusingkan anda atau pemahaman anda yang tidak jelas?

Adakah kamu menolak Peristiwa Fadak? Jawab dulu... jangan belit-belit.


Tolak ape nyer! Kan ada dalam Sahih Bukhari. Tak kan tak tahu!

Kalau lah ASWJ cintakan AB tak jadi lah penyerangan di rumah Saiyidina Ali dan Fatimah.


Inilah cerita bohong yang anda dok ulang-ulang ni !

Sifat pendusta adalah sifat munafik... awas lah.


kalau percaya kepada cerita dusta, macam mana?

So, antra Sunnati dan Ithrati, yang mana satu ASWJ pakai? Susah sangat ke nak jawab???


Jawapannya mudah je. Tapi nak bagi faham kepada sesetengah manusia tu je yang susah nyer! :bg:

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2003 08:26 AM | Show all posts
Betullah apa yang aku kata... belit punya belit tak jawab jugak... jawapan mudah konon, tapi tak reti nak jawab. Ikhlaskan lah diri tu...
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 17-7-2003 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-17 08:26 AM:
Betullah apa yang aku kata... belit punya belit tak jawab jugak... jawapan mudah konon, tapi tak reti nak jawab. Ikhlaskan lah diri tu...


Lax,

Izin saya mencelah. Pandangan saya Nahzalus tak berbelit. Cuma jawapan dia tak menepati citarasa anda, dan hujjah dan dalil beliau anda anggap sebagai pembohongan dan palsu. Jadi perbincangan ini tak akan ada kesudahan.:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2003 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 2003-7-17 12:03 PM:
Lax,

Izin saya mencelah. Pandangan saya Nahzalus tak berbelit. Cuma jawapan dia tak menepati citarasa anda, dan hujjah dan dalil beliau anda anggap sebagai pembohongan dan palsu. Jadi perbincang ...


Gapodio... awak tahu kah apa yang saya tanyakan tu? Kalau tak tahu, tanya dulu lah... Soalan nya soalan objektif yang ada dua jawapan sahaja dan Nahzaluz tak jawab lagi... konon nya senang. Kalau senang jawab saja... A atau B. Ini tak jawab...berbelit-belit memberi alasan untuk tak jawab. Saya bawakan soalan tu ke sini yang awal nya pernah ditanyakan oleh Bill.


Apakah wasiat Rasulullah s.a.w. dari hadis sahih yang digunakan?

A. Aku tinggalkan Al Quran dan Sunnah ku
B. Aku tinggalkan Al Quran dan Ithrah Ahlul Bait ku.


Gapodio pun boleh jawab.... apa jawapannya?

[ Last edited by Laxamana. on 17-7-2003 at 12:55 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.677916 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list