CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Blogger Hazrey.com nak saman Mamat xsepah- latest pg29

[Copy link]
Post time 26-7-2012 06:57 PM | Show all posts
Jerambut posted on 26-7-2012 03:52 PM
Last edited by Jerambut on 26-7-2012 03:53 PM \n\n
Mat kool Mat kool, kawanku,
Mari kita ikut Ma ...

HAHAHHA..SIAP DENGAN GAMBAR PASPOT KOT!
ops..kejap.bia haku gelak pas buka  pose.xlarat weh.

btw,setau haku la hazrey tu 1 kapal dengan mazidul.jenis yang tegur stret tu d point.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 07:30 PM | Show all posts
hazrey ni pondan lorong mana? mulut lancang sama saja dengan mamat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 08:27 PM | Show all posts
Berita Kemalangan: Zed Zaidi Tak Salahkan Mamat Sepah



Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012
: Memahami situasi yang dialami pelawak, Mamat Sepah, pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui tidak menyalahkan tindakan ahli kumpulan Sepah itu yang telah memuat naik status serta fotonyayang mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di dalam akuan Twitter peribadinya.

Malah Zed Zaidi menganggap niat Mamat Sepah itu adalah baik kerana dia telah menunjukkan keperihatinannya terhadap artis lain.

"Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan sesiapa termasuk Mamat kerana saya faham, dia buat begitu kerana dia sebenarnya prihatin terhadap rakan artis seperti saya.

"Silapnya dia cepat percaya kepada desas-desus yang tersebar dan menyebarkannya sendiri tanpa bertanyakan hal sebenar kepada saya

"Lagipun dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Tetapi bagi saya tiada apa yang perlu dia minta maaf kerana ianya hanya kesilapan yang tidak disengajakan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Foto yang disebarkan itu adalah adengan Zed Zaidi dalam sebuah penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Ekoran daripada stautusnya itu, Mamat mendapat kecaman daripada ramai pihak kerana bersikap sambil lewa dengan penyebaran berita kemalangan tersebut.

Menurut Zed Zaidi, sebagai artis Mamat perlu menanggung risikonya dia atas tindakannya itu dan tidak cepat melatah dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

"Bagi saya ianya perkara biasa apabila dia dihentam begitu. Mamat perlu anggap ianya hanya sebahagian asam garam sebagai seorang artis kerana setiap orang pasti akan memberi padangan yang berbeza iaitu sama ada positif atau negative.

"Namun sebagai seoang artis, dia tidak sepatutnya melayan atau memberi respon terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapnya dan lebih baik berdiam diri sahaja.

"Jika tidak, dia perlu berkomunikasi dengan cara yang baik dan betul, bukan membalas balik dengan kata-kata kesat juga," jelasnya lagi.

Berikutan itu, selaku Presiden Seniman, Zed Zaidi menyarankan semua pihak terutama pihak artis dan media mendapat pengesahan berita yang melibatkan kemalangan atau kematian daripada persatuan Seniman dahulu, sebelum menyebarkannya.
"Saya nasihatkan kepada semua pihak agar merujuk kepada Seniman terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita-berita yang serius seperti kematian dan kemalangan.

"Lagipun ianya dapat mengelak daripada berlakunya kejadian seperti ini. Kami tidak mahu ianya berterusan lagi seperti pernah terjadi kepada berita kematian palsu artis-artis seperti Remy Ishak, Osman Kering, Bob Kuman dan Dato' Aziz Satar," luahnya lagi.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 08:37 PM | Show all posts
Mamat Sepah - Tak Puas Hati, Jumpa Saya

26 Jul 2012, 04:38pm | Nani



“Kalau boleh saya tak nak sensasikan lagi isu ini sebab dah ramai sangat yang kecoh hal ini,” ujar pelawak serta pelakon, Mamat Sepah ketika dihubungi GUA sebentar tadi. Namun, setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya jejaka kelahiran Johor ini akur untuk memberi kenyataan bagi membersihkan namanya.

“Ramai orang yang menuding jari ke arah saya. Kalau boleh saya tak nak ambil tahu hal ini kerana bukan saya yang cipta isu ini. Saya hanya memuat naik gambar Zed Zaidi kemalangan setelah seorang artis veteran meletakkan status di Blackberry Messenger-nya (BBM) mengenai hal tersebut.

“Sebelum meletakkannya di Twitter, saya sendiri beberapa kali bertanyakan mengenai kesahihan berita tersebut dan pelakon veteran itu sendiri mengesahkannya. Namun, rupa-rupanya berita itu adalah palsu dan ia hanyalah babak untuk penggambaran sebuah telemovie.

“Saya terus menghubungi Zed setelah mengetahui perkara sebenar. Malah, saya sendiri sudahpun meminta maaf kepada beliau dan hubungan kami sekarang tidak ada sebarang masalah,” ujar Mamat menceritakan hal sebenar.

Ditanya mengenai tindakannya memaki serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di akaun Twitter miliknya, Mamat memberitahu, “Saya tak boleh terima sebab tiba-tiba saja saya kena hentam. Tanpa bagi salam, seorang blogger, Hazrey terus menghentam dan memaki saya. Kalau awak berada di tempat saya, bila orang cakap saya tak pergi sekolah dan sentuh pasal mak bapa saya, sudah tentu awak akan bertindak begitu. Bagi saya, perbuatannya itu dah melampaui batas.

“Saya akui saya tulis benda itu kerana saya rasa dia layak menerimanya. Memang patutlah dia kena macam itu dan bagi saya, itu baru sikit saja. Saya bukan nak tunjuk gangster, tapi nak ajar dia hormat pada orang. Saya hanya lawan bagi orang yang tak hormat kepada artis saja,” ujar Mamat dalam nada tegas.

“Saya lelaki beragama Islam serta berbangsa Melayu dan jika dia lelaki Islam juga, jangan memburukkan saya lagi. Orang agama lain pun boleh respek saya tapi dia? Bagi saya senang saja, jika tak puas hati, jumpa saya terus. Kita selesaikan face-to-face. Saya sendiri tak suka publisiti macam ini. Saya hanya nak menegakkan benda yang benar.”

Ditebak sama ada beliau akan memaafkan blogger tersebut, Mamat menjawab, “Saya tak akan minta maaf pada dia sebab dia yang mulakan dulu. Jika betul dia wartawan, saya nak tahu dia ikut etika kewartawanan mana? Kenapa dia tidak seperti wartawan lain yang menghubungi saya terlebih dulu bagi mengetahui perkara sebenar sebelum menuduh saya sembarangan. Bagi saya dia seorang yang pengecut. Bagi saya, mungkin dia nakkan publisiti murahan,” ujarnya sambil memberitahu sudahpun menutup akaun Twitter dan Facebook miliknya.

“Bagi meredakan keadaan, saya rasa lebih baik saya tutup seketika kedua-dua akaun laman sosial saya. Saya tak mahu memanaskan lagi isu ini dan bagi saya jika terus aktif di laman sosial, lagi banyak benda bukan-bukan akan berlaku.”


Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 08:37 PM | Show all posts
aku penah jumpa mamat ni kat satu taklimat open sebutharga kat selatan tanahair. memang aku nampak dia ni tak matang dan ada sedikit sombong
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:07 PM | Show all posts
mamat2  apa nk jadi gan ko ni mamat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2012 09:18 PM | Show all posts
juliez posted on 26-7-2012 05:56 PM
yang ni meks, kat groupon ada

sorry TT & momod.. OT jap.. bulan2 puasa jgn marah

aiyoo cek kat ebay sat

testimoni tart kentang, sedap lemak berkrim
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:22 PM | Show all posts
juliez posted on 26-7-2012 05:56 PM
yang ni meks, kat groupon ada

sorry TT & momod.. OT jap.. bulan2 puasa jgn marah

harus ku order dgn kadar segera, kan ada 1/2 month bonus

iols ni jarang ke kl, sume benda beli kat ebay, pencuci muka pun beli kat ebay, murah lg dr kedai reganyer


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 09:30 PM | Show all posts
siapakah pelakon veteran itu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:31 PM | Show all posts
dahliateck posted on 26-7-2012 09:22 PM
harus ku order dgn kadar segera, kan ada 1/2 month bonus

iols ni jarang ke kl, sume benda be ...

Tahniah DT for the half month bonus, dah Jusa ke dear? Bolehlah belanja I pan yg Julz recommend tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:34 PM | Show all posts
bkn hazrey nih kwan klubkidd ke? gigih je aku tgok diorg berreply2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:36 PM | Show all posts
diana007 posted on 26-7-2012 09:31 PM
Tahniah DT for the half month bonus, dah Jusa ke dear? Bolehlah belanja I pan yg Julz recommend tu ...

iols dah berenti dr gomen, tinggal hubby iols jahhh

kalo x musti dua2 dpt half2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:40 PM | Show all posts
dahliateck posted on 26-7-2012 09:36 PM
iols dah berenti dr gomen, tinggal hubby iols jahhh

kalo x musti dua2 dpt half2

Oic,  no worries..your other half still dapat his bonus, half portion yg dia dapat..boleh lah divide into two Enjoy your e-bay shopping. (Habislah TT Maxim mengamuk kat I, Out topic ni) Mohon maaf Maxim.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:41 PM | Show all posts
CauPandin posted on 26-7-2012 09:34 PM
bkn hazrey nih kwan klubkidd ke? gigih je aku tgok diorg berreply2

Bloggers United gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:53 PM | Show all posts
diana007 posted on 26-7-2012 09:40 PM
Oic,  no worries..your other half still dapat his bonus, half portion yg dia dapat..boleh lah divi ...

aiyoo iols banjer uols nih je lah wat cuci mata






Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:54 PM | Show all posts
achik2009 posted on 26-7-2012 08:37 PM
Mamat Sepah - Tak Puas Hati, Jumpa Saya

26 Jul 2012, 04:38pm | Nani

Apapun dek kerana I ikut sorotan cerita ini Dari pepagi buta semalam, I anggap ianya dah selesai, Mamat minta maaf dengan ZZ over the phone, both parties tak ada masalah, Mamat pun sent out message apology to those yg retweet his message with regards to kesilapan dia kerana tak selidik dgn tepat mengenai gimmick accident ZZ ini & niat nya yg concern itu diterima oleh ZZ dengan baik.

I tidak menyokong Pihak blogger yg bernama Hazrey kerana dia memang menunggu peluang utk menghentam Mamat sejak Dari semalam pepagi buta itu.

Everybody should move on.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 09:59 PM | Show all posts
dahliateck posted on 26-7-2012 09:53 PM
aiyoo iols banjer uols nih je lah wat cuci mata

Dalam arena dunia comedy - buah hati I hanya Johan & Zizan sahaja, aka Jozan Tiada Siapa yg dapat memisahkan Diana dan Johan Serta Diana dan Jozan ...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 10:03 PM | Show all posts
walopun aku x ske mamat, tp dalam kes ni aku nampak wartawan blogger fonen murahan si hazrey ni yg melebih2
nak tego pun cakap la elok2, ni ayat pun memang mintak lempang je

stupid hazrey
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 10:10 PM | Show all posts
diana007 posted on 26-7-2012 09:54 PM
Apapun dek kerana I ikut sorotan cerita ini Dari pepagi buta semalam, I anggap ianya dah selesai,  ...

sepatutnya bila mamat tutup akaun kira habislah, memang busuk ati la kalo x sudah2 menyalak kat twitter, blog lagi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 10:14 PM | Show all posts
dahliateck posted on 26-7-2012 10:10 PM
sepatutnya bila mamat tutup akaun kira habislah, memang busuk ati la kalo x sudah2 menyalak kat tw ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058940 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list