CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Jenayah] K-POP: Pembohongan Kerajaan Barisan Nasional terbongkar dari Laporan Audit Ne...

[Copy link]
Post time 3-10-2013 09:52 AM | Show all posts
as long komisen ada g skit kat company bumi, who cares..

kata penyokong tegar parti keramat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:57 AM | Show all posts
opss.. sorry.. terpost 2x.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:05 AM | Show all posts
Dah kantoi tu kantoi jek lar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:15 AM | Show all posts
audit tu audit juga...tp lps penemuan, apa tindakan yg patut dilakukan terhadap yg diaudit??
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:15 AM | Show all posts
mizz_aurora posted on 3-10-2013 08:45 AM
Tapi apa bezanya cina kroni n melayu kroni? Jika melayu berada diatas pon takde juga nak tolong ba ...



.... jika you  tak nampak beza .. itu pandangan you ... i have my own view  ....




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:24 AM | Show all posts
Acong posted on 2-10-2013 06:11 AM
https://www.audit.gov.my/images/pdf/LKAN2012/Persekutuan/Siri2/AKTIVITI%20KERAJAAN%20PERSEKUTUAN%20& ...

Dah tally ler tu. Quote awal RM2.4 jota.
RM900,000 tu tajaan... lagi belen RM1.6 jota Datok Mohid yang bayo (<<ex-bos aku ni)... ikut tukaran matawang masa tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 10:28 AM | Show all posts
Anakdesa posted on 3-10-2013 02:43 AM
Apa ke jadahnya membawa artis2 Korea ke Mesia nih.... Macamla artis2 kat mesia ni dah pupus.... :d ...

Peliknya masa aku kat Korea dulu.. budak2 remaja dia lebih suka dengar lagu Omputih.
Pesen rambut pun.. selama aku kat sana.. langsung tak jumpa orang yang rambut, pakai macam K-Pop.
Kat Mesia baru aku jumpa kegilaan K-pop
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:37 AM | Show all posts
tajaan la sgt ... pftgththrhhxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 10:53 AM | Show all posts
ada je jawapan nanti..percayalah
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:55 AM | Show all posts


sponsor withdraw last minute ?

kenapa tak saman aja syarikat tu
kenapa mesti di bayar
dari dana awam


mmg cilaker
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:05 AM | Show all posts
orang_letrik posted on 2-10-2013 07:32 AM
itu menggambarkan pemimpin tidak amanah.

bercakap bohong dan tidak amanah.

tapi orang2 yg tak amanah macam inilah yg diangkat dan diberi amanah dn dibayar gaji ribu-riban.  Kemudian bila ada yg tak kena, ditukar kementerian lain supaya yg bertanggungjawab terlepas drp tekanan untuk menjawab.  Satu soalan, apakah tidak ada kontrak kesanggupan penajaan drp syarikat yg menyanggupinya sebelum k-pop dibawa masuk.?  Cuainya menteri2 kita ya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:15 AM | Show all posts
yuyi posted on 2-10-2013 09:37 AM
Apa rakyat boleh buat selain dari maki hamun saja...sungguh menyedihkan.

So now Najib n menteri kewangan tau dah betapa banyak duit rakyat dibazirkan.  Sebelum sesuatu projek nak dijalankan, tak de menteri yg betul2 'cerewet' tanyakan jumlah besar yg akan dikeluarkan.  Tak pernah ke ditelusurti kenapa angka boleh jadi sebanyak itu dan tak ada jalankan kalau angka sebesar itu boleh dikecikkan. Tak de akauntabeliti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:38 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 2-10-2013 07:23 AM
dulu duit kerajjan pun diguna dlm kenduri family pm

issshhh......3x
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:42 PM | Show all posts
nolya posted on 3-10-2013 11:15 AM
So now Najib n menteri kewangan tau dah betapa banyak duit rakyat dibazirkan.  Sebelum sesuatu pro ...

ya, apa maknanya laungan integriti, akauntabiliti.....
kekadang susah juga orang bawahan yang telus, bila ada campurtangan, org atasan yang tiada ketelusan
bagaimanakah sesuatu perkara itu dapat diatasi dengan adil dan saksama.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:51 PM | Show all posts
Laporan Audit: Bukti janji ubah hanya omong kosong


SETIAP tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah warisan daripada nenek moyang mereka.

Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini juga beberapa cerita pelik mengenai perbelanjaan wang negara yang dilakukan oleh kementerian dan agensi kerajaan terdedah lagi. Walaupun ia disiarkan secara meluas dan diperkatakan oleh rakyat, pimpinan kerajaan nampaknya tidak terasa apa-apa dan langsung tidak berasa malu dengannya.

Mana-mana menteri yang mahu menjawab apa yang didedahkan itu, mereka akan menjawabnya tetapi jawapan yang diberi langsung tidak menampakkan rasa bersalah dan seolah-olah melakukan pembaziran, menaikkan harga barang yang dibeli secara melampau, menyeleweng dan tidak beretika dalam berbelanja adalah perkara biasa sahaja.

Namun ramai juga menteri yang tidak mahu menjawab apa yang didedahkan, sebaliknya hanya buat bodoh saja dan seperti tidak melakukan apa-apa salah dan dosa kepada rakyat atau atas amanah yang diberikan kepada mereka dan mengharapkan beberapa hari selepas itu, rakyat akan lupa dan tidak lagi bercakap mengenainya.

Tahun ini, antara perkara pelik yang terus berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang didedahkan melalui laporan audit ialah makanan luput tarikh tersadai di stor Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi.

Jika mahu ditulis satu persatu benda-benda pelik yang berlaku ini, mungkin ada yang sakit jantung dibuatnya kerana tentunya tidak terfikir sama sekali negara seperti Malaysia yang sedang menuju negara maju pada tahun 2020 tetapi Muhyiddin pula berkata status negara mahu boleh dicapai lebih awal dari itu iaitu pada 2018 dan majoritinya pula beragama Islam serta kenal dosa dan pahala, tetapi malangnya perlakuan dalam mengurus kerajaannya langsung tidak beretika dan mungkin lebih buruk daripada sesetengah negara di Afrika.

Saban tahun, rakyat hanya menerima cerita-cerita laporan audit ini tidak lebih sebagai cerita penglipur lara semata-mata dan kemudian dilupakan begitu saja. Tiada yang rasa bersalah atau mahu mengambil tanggungjawab daripadanya. Tahun depan cerita yang sama akan muncul kembali lagi. Begitulah putarannya.

Dalam kes pistol yang hilang, jawapan Ketua Polis Negara bahawa ia tidak jatuh ke tangan penjenayah dan mungkin hilang atau jatuh di laut, amat sukar diterima. Ini kerana bukannya sepucuk dua yang hilang, tapi sehingga 44 pucuk dan gari pula 156. Ternampak jawapan yang diberi lebih kepada andaian dan kebarangkalian saja tanpa ada rasa pertanggungjawaban.

Begitu juga dalam kes bayaran kepada artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dasar pertanggungjawaban bersama menjelaskan bahawa bayaran itu dibuat kerana syarikat penaja yang berjanji sebelum ini tidak menunaikan janjinya, lalu kerajaan melunaskannya. Amboi, senangnya sebuah kementerian dan sebuah kerajaan kena kencing?

Manakala Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Shabery Cheek masih membisu, jawapan KJ (Khairy Jamaluddin) pula begitu mudah dan santai, bagaikan pembaziran sebanyak itu dengan tiada faedah di segi moral daripada kedatangan artis Korea itu bukanlah perkara besar bagi kerajaan.

Moral daripada semua ini ialah selagi laporan audit ini tidak disusuli dengan tindakan undang-undang atau pengukuatkuasaan, selagi itulah ia akan terus berlarutan. Hanya sekiranya sebarang penyelewengan dan salah laku dalam laporan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya, barulah kita boleh mengharapkan perkara-perkara pelik ini tidak berlaku lagi.

Sebab itu, desakan pihak pembangkang ke arah itu sewajarnya disambut baik oleh Najib jika beliau masih ingat dan berpegang pada janji mahu berubah yang pernah dilafazkannya sebelum ini. Laporan audit ini secara langsung juga menelanjangkan kelemahan pengurusan dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Sementara rakyat terus dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, disaran mengubah gaya hidup, diminta menerima pengurangan subsidi dengan hati terbuka tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga didedahkan bukan saja dengan kemewahan dan keborosan pemimpin tetapi juga sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dalam berbelanja menggunakan wang rakyat, menggambarkan suatu kontradiksi sedang berlaku dalam kerajaan Najib ini.

Janji untuk berubah terbukti tidak lebih hanya sandiwara sebelum pilihanraya atau umpama kata-kata manis sang penggoda sebelum apa yang dihajati jatuh ke riba. Dalam hal ini, semakin benarlah tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa perubahan yang sebenar, terutama dalam tata kelola dan pengurusan kerajaan yang telus hanya dapat dirasai jika BN kalah pilihanraya dan berlakunya kerajaan yang boleh bertukar ganti.

Selagi tidak, setebal mana pun laporan audit tetapi ketirisan, pembaziran dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan akan terus berlaku saban tahun.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.


bagus tulisan wartawan sinar ni....harap menteri baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:55 PM | Show all posts
TRANSFORMASI BN habis duit rakyat.duit pembayor cukai digomol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 12:59 PM | Show all posts
Demi Allah aku tak akan halalkan duit cukai aku bayar yg mengalir walaupun setengah sen utk dibayar kpd artis separuh bogel KPOK.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gaara_X posted on 2-10-2013 09:12 AM
Baru sekarang oreng gomen wat kija......selama nie...dok simpan..tak nak bagi rakyat tengok...walhal ...

Bukan semua org gomen setuju dgn tindak tanduk gomen...ada peraturan menghalang dari didedahkan...so nak buat mcmana. Hanya blh bg hint dan klue
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:34 PM | Show all posts
nolya posted on 3-10-2013 11:15 AM
So now Najib n menteri kewangan tau dah betapa banyak duit rakyat dibazirkan.  Sebelum sesuatu pro ...

ishhh ko nih
lagi besar duit keluar lagi besar kamsennya
go to hell ler akauntebiliti2 seme tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:41 PM | Show all posts
masalahnye yg datang konsert kpop tu x sampai tahap kena bayar cukai lg..lom cukup umur..lom cukup gaji
yg bayar cukai dok rumah jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.195041 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list