|
[Tempatan]
Penang: Kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Diarah Tutup!
[Copy link]
|
|
Yang paper ni pun satu mangkok.Dok boh gambaq hiasan dari India ni motif apa??? Tengok kain tu pun dah tau bukan Gajah Duduk.Pelikat mamak tempatan lain corak..
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 11-10-2013 07:37 AM
kaki putih melepak nak banding ngan kaki itam legam.... klau dah penang pengotor tu terima je la.. ...
kaki berkerak ..hapak...berkeladak tu yg bagi empuk roti tu... wuekk
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_herrhughie posted on 11-10-2013 12:21 AM
mcm best jer yg ni.riak wajah pun ceria. |
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 12-10-2013 08:26 PM
kaki berkerak ..hapak...berkeladak tu yg bagi empuk roti tu... wuekk
Klu yg kena ulat air atau chagu lagi bagus |
|
|
|
|
|
|
|
erk... muntah ijo |
|
|
|
|
|
|
|
GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru di sini menguli tepung menggunakan kaki.
Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini.
Kilang tersebut ialah Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.
Beliau berkata, terdapat 150 vendor berdaftar dengan persatuan ini di Pulau Pinang dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu selama lebih 35 tahun lepas.
"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu.
"Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik. Kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam.
Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.
Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz2hZ4XehBO
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 13-10-2013 07:21 AM
GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gar ...
roti benggali di transfer road mmg top Last edited by cmf_herrhughie on 15-10-2013 01:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik dedahkan nama so that yang lain guna mesin tu tak terjejas business mereka. Asyik2 nak sorok nama. Kalau mcm tu baik tak yah tulis dalam newspaper |
|
|
|
|
|
|
|
adam75 posted on 12-10-2013 05:32 PM
kedai mamak roti canai pun ada yg uli pakai kaki...
lagi lembut..lagi sedap..nyum2..[ ...
betul...fully agreed
|
|
|
|
|
|
|
|
TIADA KILANG ROTI BENGGALI ULI TEPUNG MENGGUNAKAN KAKI
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengesahkan bahawa sebuah kilang roti di Balik Pulau , telah diarahkan ditutup dalam operasi “Ops Food Court” yang dijalankan pada 8 Oktober 2013 lalu. Kilang roti tersebut gagal mematuhi elemen penting aspek kebersihan.
Bagaimanapun, kilang roti tersebut, bukannya kilang roti benggali di Bayan Baru yang dilaporkan menggunakan kaki untuk menguli tepung sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Oktober 2013.
Laporan media pada 13 Oktober 2013, memetik Presiden Persatuan Penjual-penjual roti Pulau Pinang, L Manogaran mengesahkan tidak terdapat kilang roti benggali di Bayan Baru. Beliau turut menegaskan kilang roti benggali menggunakan mesin uli sejak berpuluh tahun, dan bukannya kaki seperti dilaporkan. Bahkan, Datuk Maridas Gopal, rakan kongsi Maliia Bakery turut mengesahkan tidak ada kilang roti benggali yang menerima notis penutupan pada operasi “Ops Food Court”.
Pertemuan saya dengan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri hari ini mengesahkan dalam operasi yang dijalankan itu, pihaknya tidak menemui kilang roti benggali menguli tepung dengan kaki sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid. Operasi “Ops Food Court” yang dijalankan di Daerah Barat Daya membabitkan 115 premis dengan 12 premis diarah tutup , tidak disertai oleh wartawan.
Selain pegawai Kementerian Kesihatan, operasi itu turut disertai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Operasi itu menumpu premis makanan di kompleks penjaja.
Selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna saya begitu kesal dengan laporan tidak tepat akhbar berkenaan yang menimbulkan keresahan dan salah sangka pengguna. Ia juga tidak adil kepada pengilang dan penjual roti benggali Pulau Pinang yang terjejas perniagaan mereka kerana laporan tidak tepat itu. Saya ingin tegaskan kerajaan negeri memandang serius aspek kebersihan, khususnya di premis makanan dan pembuatan makanan Pulau Pinang.
KENYATAAN MEDIA
DATO’ ABDUL MALIK KASSIM,
EXCO PERDAGANGAN DALAM NEGERI, HAL EHWAL PENGGUNA,
HAL EHWAL AGAMA
17 OKTOBER 2013 — with Abdul Malik Abul Kassim at Komtar,Penang.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_herrhughie posted on 17-10-2013 07:33 PM
TIADA KILANG ROTI BENGGALI ULI TEPUNG MENGGUNAKAN KAKI
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Ba ...
awat yb dato malik plak yg keluaq statement nih? kami mau dengaq kenyataan daripada Ku Nafishah Ku Ariffin, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri sbb beliau yg buat pemeriksaan dan keluarkan arahan kepada kilang tu supaya ditutup sertamerta selama 14 hari..
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengesahkan bahawa sebuah kilang roti di Balik Pulau , telah diarahkan ditutup dalam operasi “Ops Food Court” yang dijalankan pada 8 Oktober 2013 lalu. Kilang roti tersebut gagal mematuhi elemen penting aspek kebersihan.
maksudnya betui la kilang roti uli pakai kaki tu benar2 wujud lah? cuma kosmo mungkin tersalah quote dalam laporan lokasi kilang tu di bayan lepas instead of di balik pulau?
Laporan media pada 13 Oktober 2013, memetik Presiden Persatuan Penjual-penjual roti Pulau Pinang, L Manogaran mengesahkan tidak terdapat kilang roti benggali di Bayan Baru.
kata kilang2 roti under persatuan nih terdiri drpd:
1) Maliia Bakery di Jalan Transfer
2) Uni Bakery di Air Itam
3) Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat..
kalut nak menyaman di mahkamah padahal depa bukan ada locus standi pun kalu nak proceed ke legal prosiding.. lain la kalu kosmo tulis dalam laporan nama2 kilang dan lokasi nya sekali..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|