|
Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni
[Copy link]
|
|
ya la cik Lady...
itu yang membuatkan ipo rasa...emm...emm...
bukanlah nak kata karya kita hebat..tapi yalah..kalau dah jadi gini..siapa yang tak sedih
lagi sedih bila karya sendiri tapi kita pula dituduh cilok karya orang, plagiat..![](static/image/smiley/default/cry.gif)
nampaknya..from now on, tak ada ending la or citer jumping2 gitu..
ok tak???![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mak ok je....
kalau kat blog, penulis selalunya bg free half saja. Selebihnya kena baca yg bercetak
penulis2 kat forum CARI ni pemurah.... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
atau boleh gak delete je balik cerita tu selepas dicetak. Delete sebahagian ler...
Pembaca tegar di bod sini yg ikuti dari awal hingga akhir kira halal ler... sbb derang ni supporters dan pemangkin semangat
mcm aiols.... dpt kaedah baru... aiols tulis dlm bentuk lakon layar. Nak feel kalu, baca novel ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokong 120% jangan habis kat cerita kat blog fb or forum
bahaya org blh copy dan paste ... kata tu karya dia
sedangkan penulis asal jenuh nak cari idea utk menghasilkan yg terbaik
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesta buku bsk mula KS beri discount gila2 so blhlah siapa yg nak buat koleksi novel2 lady blh rebut peluang ni![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan citer yang menarik...kena ikut ni..kalau jadi novel confirm beli..sb amalkan 1 bulan 1 buku cerita..nak claim income tax pun senang hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lady br je beli 2 novel KS. Dpt diskaun 35% atas tiket penulis. Kalau tau, beli kat pesta buku je. Boleh dpt sampai 60% diskaun. huhu...
Ingat nak gi intai2 di sebalik tiang, tapi ai malu laaa....
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
sorry tt kerana mencapub di rumah ini ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
hubby tgh catu duit bini.. takleh nak gi mana mana pesta buku huhuhu. die suruh khatam kan novel english beli tapi tak habis habis baca.. novel melayu, beli je habis baca..lepas tu beli lagi.. lepas tu beli lagi hahahahhaa.
latest novel membakar syurga mengguyur neraka.. warkah pengikat hati tak jumpa lagi.. sob sob sob
|
|
|
|
|
|
|
|
err... lady br je beli online utk kawan. Ada je...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada online.. saya je ni malas nak buat traksaksi online. sebab selalunye die akan jadi berbuku buku buku beli hahahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sudah lagi ke istikarahnye cikgu melah......
ot: hahahhaha brusaha nak ketok pintu umah cin....
|
|
|
|
|
|
|
|
chegu melah...ooo...chegu melah...
|
|
|
|
|
|
|
|
mana cikgu ni..tak masuk2 lagi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ampun ampun... sampai rumah saja mata asyik nak tido
Ni dia... entry seterusnya ![](static/image/smiley/onion/hooray.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 28-4-2015 12:57 PM
Bab 7:
KAMILAH MEMERHATI orang ramai yang lalu-lalang di Aras 5 KLIA itu. Atiqah masih belum menampakkan wajahnya. Entah sempat ke tidak si Atiqah ini muncul di KLIA sebelum penerbangan mereka ke Jeddah. Bukan murah tiket mereka ini. Dah tahu ada penerbangan, setuju juga dia ikut kursus di Semenyih, geram Kamilah dengan Atiqah itu. Sempat dia membetulkan jubah hitamnya. Yalah, hendak ke Jeddah, kenalah pakai pakaian yang sesuai. Takkan nak pakai kemeja dan jeans pula.
Atiqah awal-awal lagi sudah pesan, mesti pakai jubah atau abaya, hitam lebih sesuai. Jangan sesekali pakai kemeja, blaus dan jeans kalau tak mahu diseret oleh polis syariah di sana. Berkali-kali Atiqah mengingatkannya. Nanti ada yang tak balik Malaysia, kata Atiqah.
Sampai sana, pakai niqab sekali pun boleh, tiba-tiba saja Kamilah teringat dengan gurauan Atiqah itu. Macam seronok juga pakai niqab kan. Ala-ala macam gadis Arab pula, tapi dalam bagasinya, memang dia sudah bawa satu niqab berwarna hitam. Hari itu dia baca dalam blog entah siapa, cuaca di sana kering dan agak berpasir. Jadi, elok pakai niqab buat tutup wajah, nanti tidaklah habuk dan pasir melekat. Sudahnya dia beli juga niqab hitam di butik dalam Plaza Alam Sentral.
Teringat pula dengan perbualannya dengan Atiqah dua hari lepas di telefon.
“Mana kau tahu boleh buat umrah guna mahram perempuan?” Tanya Kamilah dalam telefon petang itu pada Atiqah.
“Kenalan ayah aku yang cerita. Tapi itu guna visa perniagaan, jadi senang nak masuk. Abang aku student sana, bukan berniagalah, jadi tak dapat guna mahram perempuan,” jawab Atiqah.
“Sebab tu guna Plan B,” sambung Atiqah lagi.
“Susah-susah tak payahlah buat umrah. Kan rancangan asal kita cuma jalan-jalan sekitar Jeddah saja. Aku rasa, sehari suntuk pun kita tak habis pusing segala pusat membeli-belah di sana. Mall of Arabia, Hera mall, Andalus Mall…” Kamilah sudah berangan-angan. Tak dapat beli barang pun tak apa, dia cuma mahu ambil gambar saja, lepas itu letak banyak-banyak dalam blognya.
“Rugilah Ila, alang-alang dah ke sana. Mana tahu rezeki kita dapat jodoh yang disukai dan diredai di tanah Makkah sana,” balas Atiqah sambil sengih-sengih di hujung talian.
Amboi, Atiqah pula yang sudah berangan-angan. Rancangan hendak ke Jeddah ini pun timbul sebab abangnya ada di sana, dalam tahun akhir pengajian. Tahun depan Insya Allah abangnya itu akan balik ke Malaysia untuk bekerja, jadi tak adalah lagi alasannya untuk ke Jeddah nanti.
“Jalan-jalan sekitar Jeddah itu saja aku rasa sudah cukup. Aku nak masuk KAUST, orang kata universiti itu cantik. Nak bergambar depan pintu masuk KAUST,” ujar Kamilah.
KAUST, King Abdullah University of Science and Technology. Itu universiti tempat abang Atiqah sambung ijazah lanjutannya. Dengar khabar universiti itu sangat moden.
Padang Badar, dia juga mahu tengok dan rasa dengan matanya sendiri keadan bukit yang berpasir halus yang jadi lokasi peperangan Badar satu ketika dulu. Peperangan terbesar pertama yang dihadapi umat Islam satu ketika dahulu, 17 Ramadan, tahun kedua Hijrah.
|
|
|
|
|
|
|
|
"ikut kurus di Semenyih"?? apakah?? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 28-4-2015 01:00 PM
KE SANA-SINI MATA Azhari memandang wajah-wajah yang berada di ruang berlepas di Aras 5 KLIA itu. Rata-rata yang mahu ke Jeddah ini ialah jemaah umrah. Majoritinya pula ikut agensi yang berdaftar. Memang buat hal betullah dia kali ini, ada hati mahu buat umrah ala-ala backpackers.
Ini semua Kamarul punya pasal. Pandai-pandai saja buat rancangan begini. Mudahan-mudahan kawan Kamarul ada menunggu mereka di Jeddah sana nanti. Kalau tidak naya saja, mana mahu cari tempat menginap. Ini bandar Jeddah, bukannya Bangkok atau Bali atau Adelaide.
Kalau Nagoya pun dia masih berani untuk mengembara ke sana-sini seorang diri atau berdua, tapi mendengar perkataan Jeddah ini hatinya sudah rasa sesuatu yang lain. Ini Jeddah, letaknya di Arab Saudi, Negara yang melaksanakan hukum hudud. Habislah kalau tiba-tiba saja buat salah di sana, hatinya tiba-tiba saja rasa takut.
Dalam hatinya berharap agar permintaan kawan Kamarul itu tidak jadi, detik Azhari dalam hati. Telefonnya yang tiba-tiba berlagu nyaring di dalam kocek seluarnya dia ambil.
“Azhari, belikan aku T-shirt. T-shirt cantik-cantik ya, beli yang murah-murah cukup,” pesan Tajuddin dalam telefon.
“Nak gambar apa?” Tanya Azhari. Macam-macam Tajuddin ini. Sudah di kampung agaknya dia ini. “Kau kat mana? Kuliah dah habis?”
“Dah… seminggu lepas dah habis. Aku kat Parit, kejap lagi nak ronda-ronda kampung. Mak aku masak gulai tempoyak, fuhhh sedapnya…” sempat juga Tajuddin bercerita hal masakan ibunya. Tidak sah kalau balik kampung di Perak ini kalau tidak minta emak masak gulai tempoyak untuknya.
“Dahlah… aku dah nak boarding. Sehelai cukuplah ya…” kata Azhari. Belum tahu lagi berapa harga barang-barang di sana. Dia cuma tukar seribu ringgit Malaysia saja tadi untuk belanja di sana. Nasib baik tempat tinggal kawan Kamarul yang sambung belajar di sana sudah uruskan. Bayar sedikit saja sebagai sagu hati. Jimat sudah bahagian sewa hotel. Makan minum dan belanja pengangkutan saja yang kena fikirkan.
Apa tempat bersejarah yang ada di Jeddah ya? Padang Badar sajalah yang terkenal sikit, tapi itu jauh sangat, kira-kira 90 kilometer dari kota Yanbu. Dekat lagi Makkah dengan Jeddah. Baik ke Makkah saja, fikir Azhari.
|
|
|
|
|
|
|
|
usu pun ala2 pakjib gak..lepas tinggal beberapa hari tak baca..udah lupeee kisahnya...
![](static/image/smiley/onion/sleepy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|