CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

[2016] BOBOIBOY THE MOVIE - 3 MAC 2016

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2016 01:04 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Filem animasi pertama terbitan Animonsta Studios, BoBoiBoy: The Movie dijangka mampu mencapai kutipan RM20 juta apabila turut ditayangkan di Indonesia bermula 13 April depan, selain bakal menembusi pasaran Singapura pada hujung bulan ini.

Menemui penonton tempatan dan Brunei Darussalam sejak 3 Mac lalu, BoBoiBoy: The Movie terus memberikan persaingan di pawagam apabila kutipannya hingga kini sudah mencecah RM5 juta.

Pengarahnya, Nizam Razak, berkata pihaknya menerima permintaan dari Singapura pada minggu lalu untuk memulakan tayangan di sana, sekali gus membantu melonjakkan lagi kutipan filem itu. "Kita masih dalam proses untuk memulakan tayangan di Singapura.


Insya-Allah, filem ini akan memasuki pawagam di sana dua minggu lebih awal berbanding Indonesia. Sasaran kami, filem ini mampu mencapai kutipan sekitar RM20-RM25 juta berdasarkan tayangan di empat negara.


"Kami dimaklumkan, tayangan di Indonesia nanti akan membabitkan 100 skrin di 50 panggung dan menjangkakan kutipan di sana mampu menjana sekitar RM8-RM10 juta," katanya ketika dihubungi BH.










Melihat perkembangan positif dan sambutan luar biasa terhadap filem itu, Nizam berhasrat menerbitkan sekuel BoBoiBoy: The Movie sama seperti produksi terbitan Marvel Studios.


Ketika ini, Nizam dalam proses menerbitkan animasi keduanya berjudul Meka Mato apabila siri animasi itu juga diterima ramai, termasuk penonton di luar negara.

"Alhamdulillah, walaupun teknik yang digunakan tidak secanggih filem animasi Hollywood yang memerlukan modal besar, tetapi ia diterima baik penonton. Pada permulaan, saya agak gusar dan takut kerana filem ini akan bersaing dengan Kung Fu Panda 3 yang sudah mempunyai reputasi tersendiri.

"Saya agak terkejut apabila filem ini mendapat sambutan yang sungguh luar biasa," katanya. Nizam memberitahu, dia terharu apabila ada pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi (IPT) menjadikan filemnya sebagai tugasan kepada penuntut untuk menghayati dan mempelajari teknik yang dihasilkan.

"Kami turut menjalin hubungan dengan IPT tempatan sebagai pendedahan dan berkongsi pengalaman mengenai hasil kerja kami untuk dipelajari. Ia antara impian besar kami untuk melahirkan generasi pelapis pereka filem animasi tempatan pada masa depan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih chuols...boboiboy di Alamanda.. Mines...ioi mall putrajaya semua sold out n selling fast. Nk tengok ramai2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
meols antara yg sapot tgk movie ni. Gigih bli kapel seat utk 4org dkt gsc maxx ioi. Mmg kerlass movie ni. Lps dah abes, the whole ppl in the hall tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 8-3-2016 10:54 PM
Adudu jatuh cinta dengan robot betina jahat tu pun so Dragon Ball Z di mana Krillin @ Kurin (nam ...

Ye sis chazey...watak villain yg culik ochobot tu agak similar dgn balachi frieza dalam dragon ball..

Tapi iols ok je..setakat diinspirasi gittew..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tumbukan berr tubitubiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 09:08 PM | Show all posts
smlm pg tgk..hajat dihati nk tgk pkl 11.10..tp sbb lmbt bbrp minit tiket dh sold out..pastu kompiden la nk tgk 1.10 punya show sekali amek kaw tiker sold out jugakss..dpt la show pkl 3.40 yg mane masa nk beli pon selling fast uols
  komen iols: mmg best la x sempat nk tgk jam pon harap dpt la kutipan yg membanggakan nanti n pecah rekod filem lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2016 09:26 PM | Show all posts
jiran aku pgi ank branak pon ckp best.kira xdgr lagi yg kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya iols bjaya tengok di D'Pulze Cyberjaya. Yeah...sbb ramai xtau kt ctu. Beratur x smpi 10 minit pon.

Tp dewan tetap penuh. Meols dgn bebudak dpt seat tgh2. N budak2 behave gak r. Nangis sket2 ada r
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 02:52 AM | Show all posts
slps 30  minit pertama,anak aku zzzzzzzzzzzzzz.....

audio mmg teruk,plot kelam kabut ....

tp hiburkan anak2 nonton ...



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:23 AM | Show all posts
Sudah 5 juta uols...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:40 AM | Show all posts
br 5 juta ek..selalu dgr ticket sold out, 2 minggu dh kan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:53 AM | Show all posts
pergi tengok kamis lepas...

anak2 sy asik2 lah...cinta ki kita...'cinta kikita' dengan nada suara mcm dalam cerita tu

hahah...lawak la yg nenek minta ganti sayur tu...

tapi biasa lah...bila cerita kids...mmg xsah kalau xdengar suara kids melalak...hehehe...termasuk lah anak saya yang kecik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:21 AM | Show all posts
yayangmama replied at 14-3-2016 10:53 AM
pergi tengok kamis lepas...

anak2 sy asik2 lah...cinta ki kita...'cinta kikita' dengan nada suara ...

Nenek tu suara FaFau kan?

Yg baca berita pn FaFau...

AG yg jadi Gaganaz... haha.

Patutler Media Prima promo giler2 nk lwn Astro Shaw
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:39 AM | Show all posts
katibism replied at 14-3-2016 11:21 AM
Nenek tu suara FaFau kan?

Yg baca berita pn FaFau...

itulah nampak las2 tu ada nama AG n fafau...tapi x tahu suara siapa
Watak
  • BoBoiBoy (Nur Fathiah Diaz)
  • Yaya (Nur Sarah Alisya)
  • Ying (Yap Ee Jean)
  • Gopal (Dzubir Mohamed Zakaria)
  • Fang (Wong Wai Kay)
  • Ochobot (Mohd Fathi Diaz)
  • Klamkabot (Usamah Widiatmoko)
  • Bora Ra (Azman Zulkiply)
  • Gaga Naz (Mohammad Azmir Selamat)
  • Yoyo Oo (Anas Abdul Aziz)
  • Kiki Ta (Chan Su Ling)
  • Cici Ko (Anas Abdul Aziz)
  • Pakcik Burger (Anas Abdul Aziz)
  • Papa Zola (Nizam Razak)
  • Tok Aba (Anas Abdul Aziz)
  • Adu Du (Anas Abdul Aziz)
  • Probe (Anas Abdul Aziz)
~ hasil encik wiki tapi x ada pulak tulis nama utk watak fafau tu


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
yayangmama replied at 14-3-2016 11:39 AM
itulah nampak las2 tu ada nama AG n fafau...tapi x tahu suara siapa
Watak
  • BoBoiBoy (Nur Fathi ...

  • Watak tempelan je FaFau tu..iols perasan masa kredit ending filem.

    Oh...rupa2nya Boboiboy & Ochobot adek badek kt luar. Papa Zola ...yg sengal tu Nizam rupanya... Kebenaran sungguh!
    Reply

    Use magic Report

    Post time 14-3-2016 12:08 PM | Show all posts
    katibism replied at 14-3-2016 11:42 AM
    Watak tempelan je FaFau tu..iols perasan masa kredit ending filem.

    Oh...rupa2nya Boboiboy & Oc ...

    hahaha...papa kebenaran...bes jgk watak tu...banyak ayat lawak yg keluar.... btw nizam razak ni siapa uols

    selalu guna suara dia untuk cerita alih suara ke

    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 14-3-2016 12:13 PM | Show all posts
    untuk minggu pertama ni memang full je. elok la i nak bawa anak i tengok bila dah hujung-hujung nanti. sekarang bagi dia layan trailer je pon dah excited.

    kuasa limaaaa!!
    Reply

    Use magic Report

    Post time 14-3-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
    Since ni film is from media prima, so pelem ni nanti masuk x astro first?
    Me skang malas la nk kuar umah pi cinema bagai
    Cuaca panas
    Reply

    Use magic Report

    Post time 14-3-2016 12:41 PM | Show all posts
    akujerangkung replied at 14-3-2016 02:52 AM
    slps 30  minit pertama,anak aku zzzzzzzzzzzzzz.....

    audio mmg teruk,plot kelam kabut ....

    Anak2 sedara aku pegi smlm tgk citer nih 4 org dgn mak uteh dorg, umor sorg darjah 3, 2 darjah 2, dan sorg 6 tahun...... 3 tertido sorg jer yg tgk tu pun dia kata x best.....ke citer nih tackle market org dewasa jer?? sbb aku baca yg dok puji org dewasa jer.....lol

    Reply

    Use magic Report

    Post time 14-3-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
    yayangmama replied at 14-3-2016 12:08 PM
    hahaha...papa kebenaran...bes jgk watak tu...banyak ayat lawak yg keluar.... btw nizam razak ni si ...

    Dia ni lah pengasas /founder Upin Ipin & Boboiboy. Respek r mamat neh
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    12-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.095252 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list