|
Awie vs Rozana, #251 Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung
[Copy link]
|
|
awie ni pantang lepe memg kaw2 dia 'buli' ex2 dia. bertahanlah wife to be dengan mulut hancing macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
gaya-gaya pailang
mulut hansuang tuh
mmg dah ada kat budak2 tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
percayalah
jantan mcm sawie ni
kahwin xkan kekal
kawin cerai
kawin cerai
mulut mcm longkang
no wonder arni mintak cerai bukan bodoh stay je bila
ko dah menikah lain
jantan mcm ni
dia gunakan anak2 sebagai senjata
konon org tengok dia bagus jaga anak2
guna anak untuk simpati
haramjadah |
|
|
|
|
|
|
|
sapa betina tunang dia eh
ladyana?
ko tunggu la nasib ko lepas ni
kebanyakan jantan skang
bak klata saiful nang
kawin sebab lubang je |
|
|
|
|
|
|
|
dah kalo itu contoh terdekat ade depan mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 15-7-2016 10:00 AM
makcik-makcik kepam sangat kan rupa dia?
Kasut xde ke..berselipar je g mahkamah..apake dh sengkek bebenor |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-7-2016 07:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Awie failkan pengesahan poligami
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
AWIE tiba bagi mendengar permohonan pengesahan poligami dengan Rozana di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Penyanyi dan pelakon, Awie memfailkan permohonan bagi mengesahkan pernikahan poligaminya dengan Rozana Misbun, 38, yang berlangsung di sebuah kediaman di Songkhla, Thailand pada tahun 2005.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat permohonan itu mengikut Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 Februari lalu.
Beliau hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bagi mendengar sebutan kes berkenaan di hadapan Penolong Pendaftar iaitu Atrasina Mohd. Zahrullail.
Vokalis kumpulan Wings itu diwakili peguam syarie, Sumaiyah Jamil manakala Nor Azmi Mohd, Arif mewakili Rozana.
Awie dalam permohonannya memohon supaya mahkamah mengesahkan pernikahan poligami antara beliau dengan Rozana pada 20 Jun 2005 yang telah diadakan di Songkhla dan mengikut syarak. |
|
|
|
|
|
|
|
dah bercerai baru pengesahan. adoi perempuan yang jadi tunangan dia tu tak takut kena senasib dengan x yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Awie Fail Permohonan Pengesahan Poligami
Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 1:42 PM
Mohd Al Qayum Azizi Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie memfailkan permohonan pengesahan poligami berhubung perkahwinannya dengan Rozana Misbun yang diadakan di sebuah kediaman di Songkhla, Thailand pada Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand pada 20 Jun 2005.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat permohonan itu dibawah Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor pada 3 Februari lalu.
Penyanyi itu dalam afidavit yang difailkan selaku pemohon memberitahu semasa bernikah dengan responden iaitu Rozana, dia telah mempunyai seorang isteri iaitu, Arni Nazira Anuar dan ketika itu sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Bagaimanapun kata Awie, dia dan Arni telah bercerai pada 16 Oktober 2006 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang manakala hak penjagaan ke atas kedua-dua anak diserahkan kepadanya atas persetujuan bersama.
Dalam afidavit sama, Awie menjelaskan dia bernikah secara berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Rozana selain punca perkahwinan itu berlangsung di Songkhla adalah kerana tidak mendapat kebenaran isteri pertamanya.
Awie hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis bagi mendengar sebutan kes berkenaan dihadapan Penolong Pendaftar iaitu Atrasina Mohd Zahrullail.
Penyanyi itu diwakili peguam syarie, Sumaiyah Jamil manakala Nor Azmi Mohd Arif mewakili Rozana.
Sementara itu, Rozana menerusi afidavit balasannya menimbulkan isu tentang kandungan dan dokumen pengesahan pernikahan yang dimasukkan pihak pemohon termasuk nama jurunikah yang berbeza.
Jelasnya, ini disebabkan dalam dokumen catatan keterangan nikah menyatakan mereka dinikahkan di Songkhla oleh jurnikah bernama Hashim Seman.
Manakala pengesahan pernikahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla bertarikh 3 November 2013 adalah Zakaria Salleh.
Kesilapan tersebut adalah satu kesilapan besar dan responden tidak pasti siapa jurunikah dan wali pada masa tersebut.
Mahkamah dengan itu memerintahkan pihak pemohon melengkapkan dokumen tentang saksi, wali, jurunikah dan pegawai tabir agama yang menjadi pertikaian responden.
Kes itu bersambung pada 6 September depan dengan hanya kehadiran pihak peguam. |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah 2005 skrg baru nak sahkan ? Dah tu Nama2 lain Dari Yg sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Awie diperintah bayar RM4,000
Nor Azura Abdul Jalil
[email protected]
Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah hari ini memerintahkan penyanyi rock, Awie membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan kepada dua anaknya yang kini berada dibawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.
Hakim Syarie Che Saupi Che Husin memutuskan demikian selepas menimbangkan keterangan Rozana selaku plaintif, Awie (defendan) dan saksi-saksi yang dikemukakan kedua-dua pihak.
Mahkamah membuat perintah itu berdasarkan pertimbangan keperluan dan kebajikan kedua-dua anak berkenaan selain mengambil kira kemampuan Awie sebagai ayah.
Perintah nafkah itu meliputi bayaran nafkah RM3,000 untuk perbelanjaan makan minum, kesihatan, perubatan dan pendidikan Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, serta RM1,000 untuk kos tempat tinggal kedua-dua anaknya itu.
Defendan diperintahkan membayar nafkah berkenaan pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan berkuatkuasa serta merta tanpa gagal.
Mahkamah juga membenarkan tuntutan Rozana untuk perbelanjaan persiapan persekolahan dan sambutan hari raya namun tidak menetapkan sebarang jumlah tertentu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 12:36 PM |
|
|
|
|
|
|
|
rozana dah jadik macam acik kepam sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
awat buruk bebeno....
sebab dah tader income ke nak cucuk tang sana... cucuk tang sini...
lepas ni dah leh cucuk balik lah ...
RM4k sebulan...
anak2 makan berapa sen sangat kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
"RM4,000 Itu Mengarut!" - Awie Enggan Bayar Nafkah Anak
Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 2:19 PM
Awie (kiri) bersama peguamnya, Mohd Shafiq Norizan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awie enggan membayar nafkah terhadap dua anaknya sebanyak RM4,000 sebulan dan menganggap jumlah itu sebagai karut dan tidak masuk akal.
Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.
"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di luar mahkamah di sini pada Isnin.
SILA KLIK: Mahkamah Perintah Awie Bayar Nafkah Anak RM4,000 Serta-Merta
Terdahulu, mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin mengarahkan Awie selaku defenden membayar nafkah kepada dua anaknya yang berada bawah penjagaan bekas isteri iaitu Rozana Misbun, 48, sebanyak RM4,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Che Saupi Che Husin.
Jumlah itu merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.
Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.
Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.
Dalam pada itu Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.
Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.
”Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?” soalnya.
Awie berkata, mahakmah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.
"Kos RM4,000 tu kos karut,” tegasnya.
Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 15-8-2016 01:08 PM
rozana dah jadik macam acik kepam sekarang
Sekali pandang macam Siti, macam umie aida pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin mengarahkan Awie selaku defenden membayar nafkah kepada dua anaknya yang berada bawah penjagaan bekas isteri iaitu Rozana Misbun, 48, sebanyak RM4,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.
takkan umo rozana 48 tahun? sengal betul wartawan nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Jarang jumpa kes yg HAKIM bmurah hati sgt utk bg nafkah ank byk2. Normally mesti dpt 1/2 dr yg diminta.
|
|
|
|
|
|
|
|
mahal jugak awie kena bayar nafkah.. tapi itu pun anak anak dia jugak kan..nak buat macam mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|