CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daitechgroup

[Dunia] V26 MH370 Usaha Mencari Kotak Hitam Diteruskan

 Close [Copy link]
Post time 10-4-2014 08:31 AM | Show all posts
nolya posted on 9-4-2014 06:53 PM
ala Anwar acah je tu.  Saje nak tengok kegelabahan pihak  sebelah.

boleh siasat ape kalau anuar buat kenyataan mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 08:42 AM | Show all posts
MH370: Banyak objek dikesan semalam - JACC

KUALA LUMPUR: Banyak objek dikesan semasa operasi mencari pesawat MH370 semalam tetapi tiada satu pun yang berjaya diambil adalah berkaitan pesawat MH370, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.

"Pesawat dan kapal melaporkan melihat objek dalam jumlah yang besar ketika pencarian semalam tetapi hanya sejumlah kecil sahaja yang bercaya diambil.

"Tiada satu pun objek yang diambil itu dipercayai berkaitan dengan MH370," menurut kenyataan JACC.


Menurut agensi itu, sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal akan terbabit dalam pencarian pesawat MH370 hari ini di kawasan seluas 57,923 kilometer persegi di Lautan Hindi, 2,280 kilometer ke barat laut Perth.

"Pencarian di bawah permukaan laut berterusan hari ini dengan kapal ADV Ocean Shield di bahagian utara manakala kapal Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan kawasan pencarian," menurut kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 08:49 AM | Show all posts
Bawa Anwar sertai SAR di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR 9 April - Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk mempelawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Lautan Hindi untuk membolehkan pemimpin itu terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan kepakaran Anwar memandangkan pemimpin tersebut tiba-tiba sahaja menjadi pakar penerbangan apabila lantang mengkritik usaha Malaysia dan negara-negara lain yang masih gagal mencari MH370.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini pernah membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak selepas lantang mengkritik keupayaan aset perang negara itu justeru tidak ada salahnya jika perkara sama dibuat terhadap Anwar.

“Saya tidak tahu pula masa belajar di universiti dulu Anwar ada ambil kursus penerbangan tetapi sekarang dia sudah berubah daripada politikus kepada saintis penerbangan dengan pelbagai tohmahan terhadap kelemahan SAR dan aset penerbangan kerajaan.

“Jadi apa salahnya kalau kerajaan bawa Anwar ke Lautan Hindi untuk turut sama merasai kesukaran mencari pesawat itu sebab mungkin dia boleh menyumbang kepada negara daripada sekadar menghantarnya ke Penjara Sungai Buloh akibat kesalahan liwat," katanya sinis kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar Daily Telegraph yang berpangkalan di United Kingdom menyiarkan kenyataan Anwar yang mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih, Marconi negara untuk mengesan per-u-bahan arah laluan pesawat MH370 dan menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat berkaitan.
Ibrahim berkata, sebagai seorang oportunis, tragedi yang menimpa negara seperti kehilangan MH370 merupakan peluang terbaik untuk Ahli Permatang Pauh itu memburukkan kerajaan.

Ini kerana, katanya, sifat pendendam telah sebati dalam jiwa individu seperti Anwar sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.




Last edited by tapibukanaku on 10-4-2014 08:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 08:51 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 8-4-2014 03:09 PM
ni ucapan tahun baru ke bang?

pandangan umum
untuk diteliti bersama
secara matang dan rasional

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:25 AM | Show all posts
Vellfire posted on 10-4-2014 08:31 AM
boleh siasat ape kalau anuar buat kenyataan mcm tu

Menganggap AI wajar disiasat,  jalankanlah tugas dn siasatlah.  .Tapi apakah memang benar, pasti dan sahih AI ada mengucapkan kenyataan spt itu?  Today is Khamis.  As per claimed,  sama2 kita tunggu.  
Yg patut biar patut, yang wajar biar wajar, kalau benar tak perlu takut, biar cerah menyingkir fajar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:29 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 10-4-2014 08:18 AM
KD LEKIU & HMAS SUCCESS linked&united in d middle of the Indian Ocean @Australian_Navy : we must ...

RAsa lepaih ni Malaysia dan Ostolia jadi kamceng....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2014 09:30 AM | Show all posts
protonpersona posted on 10-4-2014 08:06 AM
sendu dah thread ni macam TTnya gak...so...sapa pelakan terbaik
plakon pembantu
pengarah terbaik

dalam wayang ada wayang, cerita beraksi di pentas dunia, kita semua anak wayang, tau kan siapa sutradaranya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:33 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 10-4-2014 09:29 AM
RAsa lepaih ni Malaysia dan Ostolia jadi kamceng....

tu lah pasal. who knows kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 09:34 AM | Show all posts
siasat je AI tu..
yg baik dgn US pun dia..
DAP pulak mesti support PRC...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:36 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 10-4-2014 09:29 AM
RAsa lepaih ni Malaysia dan Ostolia jadi kamceng....

tak yah visa kalau g oz pas sni

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:02 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 10-4-2014 08:14 AM
betul tu.

kalau air liur kering tak bertakung tepi bibir ensem larrrr uolssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:04 AM | Show all posts
idril posted on 10-4-2014 10:02 AM
kalau air liur kering tak bertakung tepi bibir ensem larrrr uolssss

goli tokak den...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:23 AM | Show all posts
ok, dh confirm isyarat dr kotak hitam
so, maybe ade sesuatu perkembangan yg lbh baik diterima hr ni
look forward for this
insya allah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:47 AM | Show all posts
setiap kali aku terbaca berita dapat kesan isyarat black box tu aku akan jadi sebak..dalam hati nak black box tu dijumpai cepat2 tp dalam masa yg sama sebak bila memikirkan pengakhiran kapal terbang tersebut dalam perut laut.. kalau aku pun dah sebak bagaimana agaknya perasaan ahli keluarga mereka
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:51 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 10-4-2014 09:29 AM
RAsa lepaih ni Malaysia dan Ostolia jadi kamceng....

jgn malaysia jadi kuda tunggangan australia dot dot usa.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 11:01 AM | Show all posts
nolya posted on 10-4-2014 09:30 AM
dalam wayang ada wayang, cerita beraksi di pentas dunia, kita semua anak wayang, tau kan siapa sut ...

hahahah ni sah pembacar tegar fb brado kapak... hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 11:21 AM | Show all posts
Juruteknik bertugas sepanjang malam

PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA AUSTRALIA PEARCE, Perth - Kumpulan juruteknik dan anggota kru di pangkalan udara ini, dekat Perth bekerja sepanjang malam untuk menyelenggara dan menyiapkan pesawat-pesawat bagi meneruskan operasi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di selatan Lautan Hindi.
Sebelum ini, tumpuan diberikan kepada juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) termasuk Leftenan Udara Russell Adams yang mengecapi populariti kerana wajahnya tampan setanding dengan pelakon Tom Cruise yang berlakon dalam filem berjudul Top Gun.
Namun, harus diingat bahawa kakitangan lapangan di sini juga memainkan peranan yang sama pentingnya.
"Kami mungkin bukan tumpuan utama," kata ketua juruteknik di pangkalan ini, Andrew Smith yang menyelenggara empat pesawat P-3 Orion milik Australia.
Keempat-empat pesawat berkenaan digunakan dalam operasi mencari penerbangan MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.

"Namun, mereka yang berkenaan sedar dan menghargai apa yang kami lakukan," jelasnya.
Selepas setiap penerbangan, semua pesawat terbabit perlu mengisi minyak dan menjalani pemeriksaan penuh dan rapi.
"Minyak dan bendalir perlu ditambah manakala peralatan bahaya dalam pesawat seperti peranti pengesan asap ditanggalkan secara berhati-hati dan disimpan di tempat yang selamat," kata Smith.
Menurutnya, pembaikan yang dilakukan pula adalah pelbagai antaranya kerosakan kecil seperti kebocoran ringan sehinggalah kepada kerja menggantikan kipas pesawat.
"Kami dilatih dan dinasihat supaya tidak berasa tertekan dengan tugas kami dan melakukan apa sahaja pembaikan yang diperlukan pada masa kami sendiri," jelasnya.
Secara keseluruhan, menurut Smith, terdapat 50 kru lapangan yang menyelenggara empat buah pesawat Orions milik Australia tersebut.
Kru-kru dari negara lain pula terlibat menyelenggara pesawat mereka sendiri.
Usaha tersebut dibuat supaya operasi mencari Boeing 777-200 yang hilang pada 8 Mac lalu dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru terhempas di selatan Lautan Hindi selepas berpatah balik dari laluan penerbangan asal ke Beijing, China. - AP




Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 11:22 AM | Show all posts
zamzam posted on 10-4-2014 10:51 AM
jgn malaysia jadi kuda tunggangan australia dot dot usa.

Tu yang takut tu...bak kata bloggers konspirasi ni.... malaysia ni bumi bertuah hatta katanya atlantis pun kat selat sunda
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 11:50 AM | Show all posts
No black box yet, but book on MH370 to hit shelves soon


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.075758 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list