|
✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿
[Copy link]
|
|
yuhuuu.. selamt tghri...
MakCu_Bunga Post at 9-2-2012 12:10 
salam makcuuuuuuuuuuuuuuuu!!! masuk je terus kuar.....huhuhu  |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuu.. selamt tghri...
MakCu_Bunga Post at 9-2-2012 12:10 
selamat tengah hari makcuuuuu  |
|
|
|
|
|
|
|
kannnnnnnn?? dari buat citer Awan Nano tu utk Hafiz berlakon baik buat citer2 remaja yg lawak2 o ...
Along_XX Post at 9-2-2012 11:45 
buat Awan Nano II... masa AJL, terungkai bapak dia tak mati....
buat la telemovie, mak dia plak hidup....  |
|
|
|
|
|
|
|
nemo....tepek artikel kat GUA tu please....pasal Herman Tino (gambar Hafiz dicuim oleh parents dia tu) also pasal Hafiz nak berlakon filem.....thanks.... |
|
|
|
|
|
|
|
nih la.....aku cilok dari BOD Gossip....hehe
Hafiz Ditawar Berlakon Filem

Selepas menjulang trofi kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-26 baru-baru ini, penyanyi popular Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip khabarnya telah ditawarkan untuk berlakon filem oleh pihak Astro.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro dalam ucapannya ketika di majlis kesyukuran yang diadakan sempena kejayaan Awan Nano di AJL26. Apabila ditanya kepada tuan empunya badan mengenai hal ini, Hafiz yang tersenyum mengakui ditawar oleh pihak terbabit.
“Perkara ini masih lagi dalam perancangan. Bukannya tak nak mencuba, tapi saya sebenarnya tak pandai berlakon. Tapi jika ada tawaran filem, memang saya nak mencuba. Namun, setakat ini memang belum ada lagi tawaran,” ujar Hafiz ketika ditemui GUA di Hotel Hilton, KL Sentral, malam tadi.
Hafiz yang sebelum ini pernah muncul dalam telefilem ‘Langkah Bendul’ dan siri ‘Kau & Aku’ menyifatkan bidang lakonan memerlukan penghayatan yang mendalam bagi memberikan impak lakonan yang berkesan.
“Bagi saya, membintangi filem ini satu benda yang besar. Apa yang saya boleh cakapkan, berlakon memang sesuatu yang menarik dan seronok bila kita dapat cuba. Namun, jiwa saya masih ke arah nyanyian. Jadi bagi saya, berlakon ini nanti sajalah”.
Pernah membintangi Muzikal KITA di Istana Budaya, Hafiz juga turut berhasrat untuk membawakan watak budak nakal andai diberi tawaran berlakon satu hari nanti.
sumber : Gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
nih la.....aku cilok dari BOD Gossip....hehe
Along_XX Post at 9-2-2012 13:10 
He..he...pandai Hafiz jawab. Kalau nak filem, telefilem atau drama TV yang meletup, cu dapatkan Najwa Latif sebagai heroin atau adik Hafiz...ke..ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
sila tempekkk.. k kekawann.. ada satu lgik brita.. ko nk aku tempek ke long??? kene mintak permi ...
MakCu_Bunga Post at 9-2-2012 14:43 
makcu tepek yg citer herman tino kat GUA tu.....kalo rajin tepek sekali gegambar Hafiz kat ERA tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
tepek la berita apa2 makcu....xde sapa marah la....hehehe  |
|
|
|
|
|
|
|
oppssssss lupa.....OR no 3 carta 21 menumuzik.....x larat aku nak undi....memula no 1....pastu turun no 2....pastu lagu sleek tu kejo lagu OR and mafa....lantak la...x larat lagi nak undi pastu.....huhu  |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Tayang Kekasih Baru?
Oleh: Sudyr
Tarikh: 9 Februari 2012

Belum pun reda kisah cintanya yang putus di tengah jalan bersama Adira, semalam ketika menghadiri majlis kesyukuran bersempena kejayaan Hafiz di Anugerah Juara Lagu yang lalu, ada yang memberitahu pelantun lagu 'Awan Nano' itu membawa kekasih barunya.
Gadis yang didakwa sebagai kekasih Hafiz itu dilihat duduk berjauhan daripadanya.
[img][/img]
Ditanyakan adakah benar gadis tersebut adalah kekasih barunya, Hafiz hanya tergelak. Sambil melihat gambar yang dirakamkan MH, Hafiz memberitahu;
"Kami hanya kawan sahaja. Tidak salahkan kalau saya menjemputnya hadir pada malam ini." |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Tayang Kekasih Baru?
Oleh: Sudyr
Tarikh: 9 Februari 2012
Belum pun reda kisah cintany ...
MakCu_Bunga Post at 9-2-2012 15:02 
tahniah buat Zahira Radzi sebab dah berjaya mengglamerkan diri ........ nak sgt glamer kan.......
enjoy ur 15 minutes of fame my dear..... {:4_182:} |
|
|
|
|
|
|
|
hafiz @ Era....

 |
|
|
|
|
|
|
|
dari gua.com

GUA turut berpeluang menemui bintang utama video klip Awan Nano, Herman Tino di majlis kesyukuran Astro untuk Hafiz malam tadi. Herman Tino yang tidak lekang dengan senyuman sudi ditemu ramah GUA berkenaan perkembangan terkini beliau.
“Saya kini terlibat dengan beberapa undangan nyanyian di sekitar ibu kota. Saya masih bergiat aktif dalam bidang seni cuma tak ramai yang mengetahui”, ujar si pelantun lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir ini.
Ketika GUA bertanyakan pandangan beliau berkenaan kemenangan Hafiz di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, beliau mengulas.
“Sudah tiba masanya Hafiz menang. Hafiz ada suara yang bagus dan dia dengar cakap. Maksud saya Hafiz seorang yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat industri muzik tanah air. Hafiz juga saya lihat menyanyi dari hati dengan ikhlas dan jujur. Bila kita nyanyi dengan ikhlas, maksud lagu tersebut sampai ke benak sanubari pendengar”
Sebagai orang lama dalam industri, sememangnya pengalaman dan ilmu yang Herman miliki amat berharga. Para peminat Herman Tino semestinya gembira mendengarkan khabar penyanyi ini.
“Berkenaan lagu Awan Nano pula, lagu ini telah berjaya membawa penemuan melodi nusantara yang kuat sekaligus meletekannya sebagai lagu yang meningggalkan memori dan nostalgia yang berkesan”, jelas Herman ketika ditanyakan mengenai kekuatan lagu Awan Nano.
Herman juga mengharapkan peminat menerima kedatangan dan bakat bintang muda seperti Hafiz. Ketika ditanyakan mengenai sebarang rancangan lain, komposer yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Zapin Yang Tinggal nyanyian Ramlah Ram berkata, dia ada memasang hasrat memberikan sebuah lagu zapin untuk Hafiz nyanyikan kelak jika ada kesempata |
|
|
|
|
|
|
|
"Nyanyi Mesti Ikhlas Dari Hati" - Herman Tino
GUA turut berpeluang menemui bintang utama video klip Awan Nano, Herman Tino di majlis kesyukuran Astro untuk Hafiz malam tadi. Herman Tino yang tidak lekang dengan senyuman sudi ditemu ramah GUA berkenaan perkembangan terkini beliau.
“Saya kini terlibat dengan beberapa undangan nyanyian di sekitar ibu kota. Saya masih bergiat aktif dalam bidang seni cuma tak ramai yang mengetahui”, ujar si pelantun lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir ini.
Ketika GUA bertanyakan pandangan beliau berkenaan kemenangan Hafiz di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, beliau mengulas.
“Sudah tiba masanya Hafiz menang. Hafiz ada suara yang bagus dan dia dengar cakap. Maksud saya Hafiz seorang yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat industri muzik tanah air. Hafiz juga saya lihat menyanyi dari hati dengan ikhlas dan jujur. Bila kita nyanyi dengan ikhlas, maksud lagu tersebut sampai ke benak sanubari pendengar”
Sebagai orang lama dalam industri, sememangnya pengalaman dan ilmu yang Herman miliki amat berharga. Para peminat Herman Tino semestinya gembira mendengarkan khabar penyanyi ini.
“Berkenaan lagu Awan Nano pula, lagu ini telah berjaya membawa penemuan melodi nusantara yang kuat sekaligus meletekannya sebagai lagu yang meningggalkan memori dan nostalgia yang berkesan”, jelas Herman ketika ditanyakan mengenai kekuatan lagu Awan Nano.
Herman juga mengharapkan peminat menerima kedatangan dan bakat bintang muda seperti Hafiz. Ketika ditanyakan mengenai sebarang rancangan lain, komposer yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Zapin Yang Tinggal nyanyian Ramlah Ram berkata, dia ada memasang hasrat memberikan sebuah lagu zapin untuk Hafiz nyanyikan kelak jika ada kesempatan sambil mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|