“Sadaqallahhuladzim” Kitab Suci Al-Quran itu di tutup. Fifi menarik nafas perlahan. Bacaannya masih tidak lancar namun, menurut kata Ustazah Hana, bacaannya semakin baik.
‘‘Practices makes perfect’’ Kata-kata Ustazah Hana membuatkan Fifi tersengih sendiri.
Setelah menyidai telekungnya, Fifi duduk di atas katil. Sempat dia menjeling jam dinding yang ketika ini menunjukkan pukul sembilan malam. Komputer ribanya di letakkan di hadapan lalu dibuka.
“Meow” Fifi memandang ke arah pintu. Kelihatan Nicki sedang menggesel-geselkan kepala di celahan pintu yang sedikit terbuka. Fifi membiarkan saja. Harris tiada di dalam bilik jadi Fifi tidak kisah membiarkan kucing kesayangannya itu masuk seketika. Kalau Harris ada, biliknya menjada kawasan larangan bagi Nicki.
“Meow” Nicki melompat ke atas katil lalu merebahkan diri di sisi Fifi. Fifi senyum. Kepala Nicki di belai perlahan-lahan. Tumpuan Fifi kembali ke komputer ribanya. Sejak dua menjak ini, dia rajin meneliti dan mencari beberapa istitusi pengajian tinggi swasta serta kursus-kursus yang di tawarkan. Fifi mahu menyambung kembali pelajarannya yang pernah terabai suatu ketika dulu. Cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah masih tinggi. Hampir empat puluh minit begitu, Fifi menggeliat, menghilangkan lenguh di badan. Merasa sedikit bosan, Fifi mula membuka pula instagram milik Nina.
Empat hari lalu, Nina telah berangkat ke Palestin bersama kumpulan sukarelawan Aman Palestin Malaysia untuk misi kemanusiaan. Nina juga banyak berubah kini. Untuk sementara waktu, Nina menghentikan pengajiannya. Kata Nina, dia mahu berkhidmat dengan badan-badan kebajikan dan pertubuhan amal. Selama ini dia alpa dengan kemewahan dan kesenangan yang diberikan oleh kedua orang tuanya. Nina tidak pernah mengambil tahu akan kekurangan di sekelilingnya. Peristiwa di culik dan hidup dalam keadaan serba kekurangan walaupun cuma untuk beberapa hari, amat menginsafkan Nina dan kini Nina mula membuka mata bahawa di dalam dunia ini, tidak semua bernasib baik.
Gambar-gambar Nina bersama beberapa orang kanak-kanak Palestine mengundang sayu di hati Fifi. Salah seorang dari kanak-kanak itu kehilangan kaki kanan.
SweetNina: Hujan peluru di negara orang. Hujan batu di negara sendiri. Missing Malaysia already….
Ayat yang di tulis oleh Nina di salah satu gambar membuatkan Fifi tersenyum.
Fifi_Yusuf: Pantun kau tak sesuailah. Haha. Miss you too girlfriend…Muacks!
Setelah habis menaip, Fifi menutup akaun Instagram milik Nina lalu membuka pula Instagram milik Adzim, abang keduanya yang telah bertahun-tahun menetap di Jepun. Gambar-gambar itu di tatap satu-persatu yang kebanyakannya diambil secara kandid oleh Adzim.
Mujurlah Adzim amat memahami. Bukanlah gambar Adazim yang di tatap, tetapi gambar seseorang yang amat di rinduinya. Melalui instagram milik Adzim, rindu di hati Fifi terubat walaupun hanya pada gambar.
“Awak…”. Jari Fifi menyentuh skrin komputernya. Gambar Fandi yang sedang tersenyum di tatap lama. Kerinduannya pada Fandi semakin membuak. Tanpa sedar, ada manik jernih bertakung di kolam mata.
“Saya rindu awak…”
“Meow…” Nicki di sebelahnya mengiau sama.
“Rindu juga?” Fifi bertanyakan soalan kepada Nicki walaupun dia tahu, tak mungkin Nicki akan menjawab dalam bahasa manusia. Sekali lagi, kepala Nicki di usap-usap.
Jari Fifi menekan-nekan butang di skrin. Banyak juga gambar-gambar Fandi yang di ambil oleh Adzim secara sedar atau tidak. Semuanya Adzim lakukan atas permintaan Fifi.
Eh…Mesra nampak….
Fifi menggetap sedikit bibirnya. Beberapa keping gambar Fandi bersama seorang gadis Jepun yang comel membuatkan hatinya tersentap. Kelihatan agak rapat Fandi dan gadis itu.
Menyampah!
Mulutnya muncung dek terpengaruh dengan sedikit perasaan cemburu.