Raikan Cinta dan Persahabatan di Konsert Wall's Cornetto
Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan dalam Konsert ‘Cornetto Love Spark’s dua tahun lalu, Wall’s kini kembali lagi dengan Konsert ‘Wall’s Cornetto, Take A Chance Show Your Love’. Jika sebelum ini Konsert ‘Cornetto Love Sparks’ diadakan di Padang Merbuk, namun konsert kali ini akan diadakan di tingkat atas bumbung Bukit Bintang Plaza, pada 19 Jun ini.
Konsert selama dua jam ini menampilkan enam artis iaitu Akim, Mila, Dafi, Bunkface, Aizat dan Shila. Pemilihan artis ini cukup istimewa memandangkan ke semua mereka adalah merupakan peminat setia ais krim ‘Wall’s Cornetto’. Ke semua artis ini akan bergabung tenaga bagi menghangatkan perasaan cinta melalui muzik.
“Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, kami benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama besar di persada muzik kita untuk persembahan yang berlandaskan cinta dan persahabatan,”jelas Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan.
Bagi penyanyi Dafi, ini merupakan kali kedua dia membuat persembahan konsert bersama dengan ‘Wall’s Cornetto’.
“Saya teruja dapat bekerjasama sekali lagi dengan Cornetto. Ini satu peluang yang sangat bagus kerana dapat membuat persembahan dengan artis lain,”kata Dafi ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Wall’s Cornetto, ‘Take A Chance Show Your Love’ di Rootz, Lot 10 Rooftop.
Selain Dafi, penyanyi kecil molek, Mila juga pernah membuat persembahan pada konsert sebelum ini bergandingan bersama Mawi, Stacy, Gita Gutawa, The Lima dan Estranged.
“Mila ingin mengucapkan terima kasih kepada Wall’s kerana beri peluang sekali lagi kepada Mila untuk buat persembahan dalam konsert ini,”ujarnya yang akan berduet bersama Akim pada konsert nanti.
Kesemua artis akan menyampaikan lagu hits mereka dalam perlbagai rentak muzik, daripada muzik ‘indie’, ‘pop’, ‘RnB’ hinggalah ‘slow rock’. Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk ke Konsert ‘Wall’s Cornetto, Take A Chance Show Your Love’ pada hari Sabtu, 19 Jun bermula 7.30 malam di tingkat atas bumbung Bukit Bintang Plaza.
Tiket ke Konsert ‘Wall’s Cornetto, Take A Chance Show Your Love’ boleh didapati di semua kedai 7-Eleven serta stesen Petronas dan Shell. Bagi setiap pembelian dua Wall’s Cornetto, peminat ais krim akan mendapat satu tiket percuma untuk menonton konsert.
Tak sabar nak tengok Mila perform kat malam kemuncak AIM17 malam esok..camner lah agaknya persembahan Mila malam esok..adakah Mila berduet dgn artis lain atau berseorangan..Harap Mila berikan persembahan terbaik..
Mila comellll
tapi x puaslah sbb nyanyi sekejap jer
Yg penting nampak dia semangat ...
aFViRGo Post at 2-5-2010 23:43
Ade sorang forumner kat board gossip tu kate die suke tgk mila sbb energetic....aku pon suke tgk die tadi...in fact camera byk focus die...perhaps sbb perform dgn dafi kot...u get what i mean..his father was there ..anyway...mila was good though it was short....berdebar sgt sbb the moment die bukak mulut die off tune....tapi ok gak...sbb dah menari takut mase dia nak nyanyi pon dah semput kebiasaannya die kan mcm tu hehehe...tapi tadi ok plak...hopefully dia akan perform live penuh and sbg calon pulak....so takdelah jadi artis geli2.....and to afdlin and adibah your punye cara mengacara is corny.....takde modal lain ke selain joke pasal badan besar....so out dated...get someone else in there....please lah...