CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 13-6-2010 10:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2010 10:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 10:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 10:13 PM | Show all posts
kalo xsilap............kilang al-quran nih...lelaki je yg bleh masuk.......
pastuh masa nak balik...dpt quran as the gift...

subhanallah........
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 11:58 PM | Show all posts
kalo xsilap............kilang al-quran nih...lelaki je yg bleh masuk.......
pastuh masa nak balik.. ...
marwang Post at 13-6-2010 10:13 PM



yup.. laki je boleh masuk.. n then dapt Quran percume..
Tasyha g ari tu, x dapt nk masuk..

Alhamdullillah.. masa kami kat Mekah.. tgh dok tunggu nk smbyng isyak, ada orang bagi sedekah Al-Quran..
Mak n tasyha dapt la 5 buah Al-Quran..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:19 AM | Show all posts
yup

byk kelebihan org laki kat sane.solat kt raudhah anytime.org pmpuan nak masuk pun alahai x mo la cakap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 10:06 AM | Show all posts
tgk gambar kilang al quran tu betul2 kenangan mengimbau kembali..baru malam tadi termimpi datang ke raudah bersama anak lelaki razzs....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 02:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by jellybee at 14-6-2010 14:50

Reply 2048# jellybee

Assalamualaikum w.b.r.t. lama menyepi diri maklum sibuk dgn melayan kerenah ank2 dan diri sendiri pd musim cuti sekolah nie...
Buat tatapan semua saya sambung balik Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umah......

PANDUAN RINGKAS JEMAAH HAJI DAN UMRAH SERTA MENGUNJUNG MASJID NABI S.A.W.

Kewajipan-kewajipan bagi jemaah Haji

1. Segera bertaubat kepada Allah s.w.t daripada segala dosa dengan sebenar-benarnya taubat serta memilih harta yang halal untuk menunaikan ibadah haji dan umrah ini

2. Menjaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata dusta, mengumpat, mengadu domba dan menghina orang lain

3. Melaksanakan haji dan umrah dengan niat hendak mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. semata-mata dan mengharapkan ganjaran di Akhirat, jauh daripada perasaan riya', ingin terkenal dan berbangga-bangga

4. Mempelajari amalan-amalan yang disyariatkan di dalam ibadah haji dan umrah sama ada amalan tersebut berbentuk perkataan atau perbuatan serta bertanya tentang hal-hal yang kurang di fahami

5. Apabila tiba di miqat, jemaat haji boleh memilih untuk melakukan sama ada haji Ifrad, Tamattu', atau Qiran. Haji Tamattu' lebih utama bagi mereka yang tidak membawa haiwan korban sementara haji Qiran pula lebih utama bagi mereka yang membawa haiwan korban

6. Sekiranya seseorang yang sedang berihram merasa bimbang tidak dapat menyempurnakan ibadah hajinya disebabkan sakit atau takut (terhadap musuh), hendaklah ia membuat syarat ketika berniat ihram dengan mengucapkan......maksudnya

   "Sesungguhnya tempat tahallulku adalah di tempat akur tertahan"

7. Haji yang dilakukan oleh anak-anak kecil hukumnya adalah sah tetapi haji itu tidak dikira sebagai haji yang fardhu

8. Orang yang sedang berihram boleh mandi, membasuh kepala dan mengosoknya sekiranya perlu

9. Wanita yang sedang berihram boleh menutup wajahnya dengan kain kerudung jika ia bimbang dilihat oleh kaum lelaki

10. Meletakkan sesuatu di bawah kain tudung untuk mengelakkanya daripada terkena wajah seperti yang dilakukan oleh sesetengah wanita tidak ada asasnya dalam syariat

11. Orang yang sedang berihram boleh mencuci kain ihramya dan memakainya kembali atau mengantikannya dengan kain ihram yang lain

12. Orang yang sedang berihram tidak dikenakan fidyah sekiranya ia memakai pakaian yang berjahit, menutup kepala atau memakai wangi-wangian disebabkan terlupa atau jahil tentang hukumnya

13. Mereka yang melakukan haji Tamattu' atau umrah hendaklah menghentikan bacaan talbiyah apabila tiba di Kaabah sebelum memulakan Tawaf

14. Raml (berlari-lari anak) dan Ittiba' hanya dilakukan pada tiga pusingan pertama di dalam tawaf Qudum dan ia hanya dikhususkan untuk kaum lelaki bukan untuk wanita

15. Apabila seseorang yang sedang melakukan tawaf merasa ragu-ragu sama ada ia telah menyelesaikan tiga pusingan atau empat, ia hendaklah mengiranya sebagai tiga pusingan. Demikian juga sewaktu mengerjakan sa'ie

16. Tawaf boleh dilakukan di belakang telaga zamzam(sudah tiada) dan maqam Ibrahim apabila keadaan terlampau sesak kerana semua kawasan Masjidil Haram adalah tempat melakukan tawaf sama ada tingkat bawah atau tingkat atas

17. Wanita yang melakukan tawaf dengan memakai perhiasan dan wangi-wangian serta tidak menutup aurat adalah dianggap melakukan perbuatan mungkar

18. Setelah berihram, wanita yang datang haid atau melahirkan anak tidak sah melakukan tawaf kecuali apabila ia telah selesai bersuci.

19. Wanita boleh berihram dengan memakai pakaian yang disukainya dengan syarat pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki tidak menampakkan perhiasannya dan tidak merangsang

20. Membaca lafaz niat di dalam ibadah selain daripada ibadah haji dan umrah adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan apatah lagi jika diucapkan dengan suara yang keras

21. Haram ke atas seorang muslim yang mukallaf melalui miqat tanpa berniat ihram sekirnaya ia bertujuan melakukan ibadah haji dan umrah

22. Jemaah haji yang datang melalui udara hendaklah berihram apabila kedudukan (kapalterbang) sejajar dengan miqat. Ia hendaklah bersedia untuk berniat ihram sebelum melintasi miqat dan tidak menjadi masalah sekiranya ia berniat ihram sebelum melintasi miqat kerana bimbang tertidur di dalam kapalterbang atau takut terlupa

23. Melakukan umrah berulang-ulang kali selepas menunaikan haji dengan berniat ihram dari Tan'aim atau Ja'ranah seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada jemaah haji adalah perbuatan yang tidak ada dalilnya

24. Pada hari tarwiyah, jemaah haji hendaklah berihram dari tempat tinggalnya di Makkah. Mereka tidak perlu berihram dari dalam Kota Makkah atau dari bawah pancuran emas seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada jemaah haji dan mereka tidak perlu juga melakukan tawaf wada' ketika berangkat menuju ke Mina

25. Bergerak daripada Mina menuju ke Arafah pada hari kesembilan Zulhijjah lebih afdhal dilakukan setelah terbit matahari

26. Tidak dibenarkan meninggalkan Arafah sebelum terbenam matahari. Apabila (jemaah haji) ingin berangkat menuju ke Muzdalifah setelah terbenam matahari, hendaklah berangkat dengan tenang dan penuh khusyu'

27. Solat Maghrib dan Isya' hendaklah dilakukan setelah sampai di Muzdalifah sama ada sampai pada waktu Maghrib atau pada waktu Isya'

28. Batu-batu untuk melontar jamrah boleh dikutip dari sebarang tempat dan tidak semestinya dikutip di Muzdalifah

29. Tidak di sunatkan mencuci batu-batu untuk melontar jamrah kerana perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda

30. Orang-orang yang lemah seperti wanita, kanak-kanak dan seumpamanya boleh berangkat meninggalkan Muzdalifah dan menuju ke Mina setelah lewat tengah malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 02:48 PM | Show all posts
31. Apabila sampai di Mina pada hari raya, jemaah haji hendaklah menghentikan bacaan talbiyah ketika melontar Jamrah Aqabah

32. Batu-batu yang di lontar tidak disyaratkan supaya tetap berada di dalam lubang jamrah tetapi yang disyaratkan adalah (batu-batu tersebut) mesti jatuh ke dalamnya

33. Menurut pendapat para ulama yang paling sohih, (tempoh) penyembelihan haiwan korban adalah sehingga terbenam matahari pada hari Tasyriq yang ketiga

34. Tawaf Ifadhah adalah salah satu daripada rukun haji yang sekiranya ditinggalkan haji tersebut tidak sah dan tawaf ini hendaklah dilakukan pada hari raya. Namun begitu, ia boleh juga di lewatkan hingga selepas hari-hari Mina

35. Mereka yang melakukan haji Qiran hanya wajib melakukan sa'ie sekali sahaja. Begitu juga mereka yang melakukan haji Ifrad

36. Amalan-amalan haji pada hari Nahr adalah lebih utama dilakukan dengan mengikut tertib iaitu, bermula dengan melontar Jamrah Aqabah, kemudian mennyembelih haiwan korban, kemudian bercukur atau memendekkan rambut, kemudian melakukan tawaf Ifadhah dan akhirnya sa'ie. Namun demikian, di bolehkan melakukan amalan-amalan tersebut dengan tidak mengikut tertib iatiu mendahulukan atau mengakhirkan yang satu ke atas yang lain

37. Perkara-perkara yang membolehkan anda bertahallul thani (tahallul sempurna)
   a) Melontar Jamrah Aqabah
   b) Bercukur atau memendekkan rambut
   c) Tawaf Ifadhah serta sa'ie

38. Apabila seseorang jemah haji ingin pulang segera (pada hari keduabelas Zulhijjah) dari Mina, ia mesti keluar dari kawasan Mina sebelum matahari terbenam

39. Kanak-kanak yang tidak mempu melontar jamrah hendaklah diwakili oleh walinya setelah walinya melontar untuk dirinya sendiri

40. Begitu juga orang-orang yang tidak mampu melontar jamrah di sebabkan sakit, lanjut usia atau sebagainya boleh mewakilkan orang lain untuk melontar jamrah

41. Di bolehkan bagi orang yang mewakili orang lain untuk melontar Jamrah, melontar untuk dirinya terlebih dahulu, kemudian untuk orang yang diwakilinya pada tempat yang sama

42. Orang yang melakukan haji Tamattu' atau haji Qiran dan ia bukan daripada penduduk Masjidil Haram (makkah) wajib menyembelih haiwan korban iaitu seekor kambing atau satu pertujuh daripada unta atau lembu

43. Orang yang melakukan haji Tamattu' atau haji Qiran dan ia tidak mampu menyembelih haiwan korban, wajib berpuasa selama tiga hari dalam tempoh haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya

44. Puasa tiga hari lebih afdhal dilakukan sebelum hari Arafah  supaya pada hari Arafah, ia berada dalam keadaan tidak berpuasa. Sekiranya puasa tersebut belum dilakukan, maka ia hendaklah dilakukan pada hari Tasyriq

45. Puasa tiga hari tersebut boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan dengan syarat tidak lewat dari hari Tasyriq. Begitu juga puasa selama tujuh hari tersebut boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan

46. Tawaf Wada' hukumnya wajib bagi setiap jemaah haji kecuali bagi wanita yang sendag haid atau nifas

47. Disunatkan menziarahi Masjid Rasul (Masjid Nabawi) sama ada sebelum haji, selepasnya atau pada sebarang waktu yang lain

48. Mereka yang menziarahi Masjid Nabawi di sunatkan melakukan solat sunat tahiyatul masjid di sebarang tempat dalam masjid. Tempat yang paling afdhal untuk melakukan solat tersebut ialah Raudhah yang mulia

49. Ziarah ke Maqam Rasulullah s.a.w. dan perkuburan yang lain hanya disyariatkan untuk kaum lelaki, bukan kaum wanita, dengan syarat ziarah tersebut dilakukan tanpa bersusah-payah

50. Mengusap-usap pagar maqam Rasulullah s.a.w. menciumnya atau mengelilinginya (tawaf di sekitarnya) adalah tidak pernah dilakukan oleh ulama salaf apatah lagi jika tujuan mengelilinginya adalah untuk bertaqarrub kepada Rasulullah s.a.w. perbuatan demikian adalah syirik yang besar

51.Tidak dibolehkan bagi seseorang itu memohon kepada Rasulullah s.a.w. agar baginda memenuhi segala hajatnya atau melepaskan dirinya dari sebarang kesulitan kerana perbuatan tersebut adalah syirik

52. Kehidupan Rasulullah s.a.w. di dalam kubur adalah kehidupan di alam barzakh bukan seperti kehidupan di dunia sebelum kewafatan baginda. Kehidupan ini hanya Allah s.w.t. yang mengetahui hakikat dan keadaanya

53. Berdoa berdekatan maqam Rasulullah s.a.w sambil menghadap ke arah baginda dengan mengangkat kedua belah tangan seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada pengunjung adalah termasuk di dalam perbuatan bid;ah yang diada-adakan

54. Ziarah ke maqam Rasulullah s.a.w. bukanlah perkara yang wajib dan bukan juga suatu syarat di dalam ibadah haji seperti yang dianggap oleh sebahagian daripada orang awam

55. Hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh orang-orang yang mengatakan bahawa disyariatkan bersusah-payah bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. adalah hadis-hadis yang dhoif ssnadnya dan hadis-hadis yang palsu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 02:57 PM | Show all posts
yup

byk kelebihan org laki kat sane.solat kt raudhah anytime.org pmpuan nak masuk pun alahai x mo ...
naweerah Post at 14-6-2010 08:19


Salam naweerah, Alahamdulillah sekarang nie dah boleh ziarah pada malam hari juga. Dulu2 hanya lepas suboh dan zohor aje boleh ziarah raudhah itupun masa tak panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by naweerah at 14-6-2010 15:11

Reply 2270# jellybee


yeke..exactly lepas isya' ke?atau ade timenye?dari pukul brape sampai pukul brape?

bile malam,pintu masjid nabawi banyak yang tutup. jadi pintu mane yg dibuke untuk ke raudhah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua, selama ni saya hanya  silent reader kat thread ni tapi banyak pengetahuan yang di perolehi dari thread ini. Alhamdullillah K.Lina sudah selamat pergi pada 27/05 dan kembali pada 08/06. Pada kak aily, adik freshoren, farmasi and razzs terima kasih kerana sudi menjawab soalan2 dari K.lina. Memang suatu kenangan yang terindah dan tak sabar untuk kembali ke sana lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 08:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua, selama ni saya hanya  silent reader kat thread ni tapi banyak pengetahuan yan ...
linamad8 Post at 14-6-2010 15:46


Salam Lina

Syukur alhamdulillah dah selamat menunaikan Umrah, mai lah share pengalaman di sana kalau sudi post lah juga foto2 untuk tatapan kami semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 09:53 PM | Show all posts
Salam Semua

Sunyi rumah ni.

Akak nak buat kuiz lah sebab Musim Haji akan menjelang lagi 4 bulan .

Mari kita bersoal jawab. Kepada teman2 forum yang telah bergelar Haji/Hajjah mari kita refresh balik he he. Mungkin banyak yang kita dah ingat2 lupa. Kepada bakal bakal Haji selamat mencuba.

Soalan

1) Rukun Haji & Wajid Haji -    Adakah menjadi kesalahan kalau tertinggal salah satu dari perkara2 tersebut samada sedar atau tanpa sedar. Adakah sah Hajinya?

2) Mengapa orang yang mengerjakan Haji Qiran di kenakan DAM
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 10:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 14-6-2010 23:11
Akak nak buat kuiz lah sebab Musim Haji akan menjelang lagi 4 bul ...
aily Post at 14-6-2010 21:53


Salam.

1) Rukun Haji & Wajib Haji -    Adakah menjadi kesalahan kalau tertinggal salah satu dari perkara2 tersebut samada sedar atau tanpa sedar. Adakah sah Hajinya?

Jika tertinggal rukun atau tidak melakukan salah satu daripada rukunnya, maka batallah ibadat haji tersebut dan wajib diqadha. Terpaksalah datang lain kali pula untuk menyempurnakannya.

Rukun Haji:
1.Berihram yang disertai niat.
2.Wuquf di Arafah.
3.Tawaf Baitullah (tawaf Ifadah).
4.Sai`e antara Safa dan Marwah.
5.Bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai rambut.



Sekiranya tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji, ibadat haji tidak batal tetapi diwajibkan menyempurnakan dam.

Wajib Haji:
1.Niat Ihram
2.Wukuf di Arafah

3.Mabit (bermalam) di Muzdalifah pada 9 Zulhijah
4.Melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijah. Mencukur/memotong rambut.

5.Mabit di Mina pada hari Tasyrik (11-13 Zulhijah)
6.Melontar jamrah Ula, Wustha dan Aqabah pada hari Tasyrik (11-13 Zulhijah)
7.Tawaf Wada


2) Mengapa orang yang mengerjakan Haji Qiran di kenakan DAM?
Ibadat haji dan umrah dikerjakan secara serentak dalam bulan haji.

Akak, klau jawapan betul, kira dpt pakej Umrah FREE ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 11:56 PM | Show all posts
Salam semua, dah lama Riena tak jenguk thread ni...kebelakangan ni internet problem pulak kat kwsn rumah & busy sgt kat office. Nak tanya pd rakans thread ni bg info, kat klinik kesihatan mana boleh dptkan suntikan wajib ni ya (klu boleh area Klang - Sbg Jaya). Setakat ni Riena tanya semua kata takda & klu adapun kat Klinik swasta je...TK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 08:19 AM | Show all posts
riena..mmg payah la nk dpt suntikan percuma kt klinik kerajaan time ni.....
yg dulu ada pun sebab lebihan utk musin haji last year....

kami yg bakal nk pegi haji ni pun....26 hb ni akan buat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:19 AM | Show all posts
Betula lah...

Tu ari pergi jugak ke Spital besar, tanya pasal suntikan ni. tapi dia kata utk umrah dah takde.

Yg ada hanya utk jemaah haji. So saya pun suntik ler kat klinik biasa. RM125.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:25 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Alhamdulillah shida dah selamat sampai di bumi malaysia ahad 13 june lebih kurang jam 1.30pm. keluar dari airport 4.30pm sebab nak uruskan luggage & air zamzam. Air zamzam yang dibawa tawaf diambil orang. Tak ada rezeki nampaknya air tawaf tersebut, walaupun pada botol air zamzam tersebut dah ditulis nama & no telefon serta ditandakan dengan riben. Namun kami dapat juga air zamzam yang lain.

Terlalu banyak pengalaman manis yang hendak diceritakan. Semalam masih lagi berehat di rumah. Hari ini baru masuk kerja. Nak rehat kat rumah pun, tak boleh nak tidur. So baiklah masuk kerja. Sekurang-kurangnya ada kerja nak dibuat tak melengung sorang diri kat rumah.

Gambar pun dapat snap more than 250. adik shida more than 200++ dan ayah 100++. Insyaallah shida akan upload gambar berserta cerita serba sedikit.

Sekarang ni nak mengarang pun tak de idea. Hati maish lagi tertinggal di sana. selera makan pun tak ada lagi walhal masa di sana asyik makan je. tapi hari terakhir di sana selera dah mula down. even dalam flight pun makan tak habis. masa pergi tu semuanya habis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 03:38 PM | Show all posts
salam sume...
da lame rasenyerr xdapt update kat thread ne...
tinggal lagi 3hari ntuk stay d makkah....sure akn rindu lagi nak dtg ke sini lagi...
alhamdullilah sgt3 dapat mngerjakn umrah dan yg lain2 dengn selese n baik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073689 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list