|
halluuuuuuuuuuuuuuuuu
korang dh tau kot berita enh.. tp nk tepek gak
Hafiz AF7 Dah 2 Minggu Putus Cinta
KL, 21 APRIL 2010: "Tuhan tolong nyatakanlah, padanya tentang cinta, adakah masih diriku diperlukan, Tuhan tunjukkan padanya, tentang apa yang ku fikirkan, adakah cinta ini perlu untuk dirinya". Aduh, aduh...sedap jugak suara Murai Batu ni bila dah start nyanyi lagu Hafiz, Nokhtah Cinta. Sampai terpegun akak cleaner tu pandang Murai Batu, agaknya nak mintak autograph kot? Tapi segan.
Murai Batu ni bukannya apa, dok nyanyi lagu Hafiz ni pun sebab liriknya rasa macamsesuai sangat ditujukan kepada bekas kekasihnya, Fifi Azman. Yelah dengar kata, sudah dua minggu mereka berpisah. Hah! Biar betul, diaorang dah berpisah. Terkejut jugak Murai batu bila mula-mula dapat tahu berita ni. Tapi yang mengesahkan cerita ni adalah dari pihak yang cukup rapat dengan Hafiz. Sebab-sebab dia orang clash kononnya ada kena-mengena dengan keluarga si Hafiz.
Kononnnya, keluarga si Hafiz dah mula bagi kata putus pada Hafiz.. Samada pilih Fifi atau peminat yang selama ini memberi sokongan penuh pada kerjaya Hafiz. Hai apa kesnya pulak ni. Sebab yang Murai Batu diberitahu dulu, keluarga si Hafiz bukan main merestui lagi hubungan mereka berdua. Alih-alih dah jadik lain pulak.
Selidik punya selidik, akhirnya dapatlah Murai Batu cerita yang sebenarnya. Rupa-rupanya keluarga si Hafiz dah mula rasa kurang selesa dengan sikap Fifi yang dah mula cuba untuk mengawal hidup Hafiz sampaikan banyak pihaklah yang dah mula perasan dengan perubahan yang kurang menyenanangkan dalam kerjaya seni Hafiz. Agaknya adakah ini hasil daripada kesan kawalan dari si Fifi tu?
Teman Murai Batu tu pun turut memberitahu, peminat dah mula marah dan tak suka kepada si Fifi ni. Kononnya si Fifi ni giler glamour, suka jual muka dan bangga serta gemar menunjuk-nunjuk yang dia ni bercouple dengan Juara AF7 tu. Amboi belum apa-apa dah naik tocang.
Kalau macam inilah, memang patut sangatlah keluarga Hafiz buat macam tu. Nasib baik jugalah Hafiz ni anak yang baik dan mudah mendengar kata. Apa yang elok baginya dituruti, yang tidak elok pula dijauhi. Macam tulah ciri-ciri anak yang soleh. Hai, sejuk betul hati Murai Batu mendengarnya. Lagipun ia untuk kebaikan Hafiz juga.
Cuma yang Murai Batu dapat tahu, akibat daripada putus cinta, bekas kekasih Hafiz ni macam dah tak keruan. Asyik meroyan saja di dalam akaun facebooknya sekarang ni. Tak tahulah Murai Batu nak cakap apa pasal si Fifi ni. Tapi, rasanya lebih baiklah Fifi lupakan saja Hafiz. Lagipun ramai yang tak suka, dia orang ni jadik kekasih. Janganlah ambik hati, perasaan suka tak suka ni subjektif. Nanti tak pasal-pasal jadik macam kes Mawi dan Ekin pulak. Hai, mintak dijauhkanlah.
kalo dh de yg tepek sori ek.. |
|