|
Kami Peminat Hafiz - Villa 54 ~ Jgn lupa undi/request NC @ MM, ERA & HotFM!
[Copy link]
|
|
salam kakleen, along, kak sheena, kak shy, zerra, conan..
0ut..tid0 dulu..{:3 ...
fuhhyoOoO Post at 6-5-2010 23:30 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
good nite dek!!....jumpa lagik....sweet dream!![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sumer kene undi baru leh naik....macam ari tu......jom kawan2!!! kita pastikan NC juara minggu d ...
Along_XX Post at 6-5-2010 23:36 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
kannnnn.....jommmmmmmmmmmmmm !!!![](static/image/smiley/default/3flex.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha.....u know i know.......
Along_XX Post at 6-5-2010 23:34 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
mmmmm........... [sigh] |
|
|
|
|
|
|
|
sumer kene undi baru leh naik....macam ari tu......jom kawan2!!! kita pastikan NC juara minggu d ...
Along_XX Post at 6-5-2010 23:36 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
jom!!!!!!! teruskan usaha dengan gigih kawan-kawan! |
|
|
|
|
|
|
|
nite nite sumer......jumpa lagi esok.....salammmmmmmmm!! ![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak out jugak....
good nite kawan2 semua!! jumpa esok k... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nite smua...jgn biar hidup anda diselubungi misteri................
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bela nasib artis tempatan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
2010/05/07
Menteri, artis berdialog kongsi masalah, idea pastikan hak karyawan seni terus terpelihara
NASIB karyawan seni tanah air dijangka terus terbela apabila kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang meminda Akta Hak Cipta 1987 yang akan dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama, Jun ini. Selain berusaha untuk terus mengekang kegiatan cetak rompak yang sekian lama menjadi masalah besar kepada industri seni, pindaan juga akan dilakukan terhadap kadar peratusan royalti yang diterima pencipta serta pelaku karya muzik dan filem, yang dianggap masih rendah pada ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kadar yang diguna pakai sekarang sudah berusia lebih 20 tahun dan kini tiba masanya ia dipinda bagi memastikan hak karyawan seni terus terpelihara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis dialog bersama pencipta serta pelaku seni muzik dan filem di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, baru-baru ini. Majlis berkenaan diadakan dengan matlamat mendapatkan pandangan dan cadangan karyawan seni sebelum cadangan pindaan akta itu dibentangkan kepada Kabinet.
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mungkin akan menubuhkan sebuah badan khas di bawah kementerian untuk melakukan kutipan royalti atau menubuhkan lebih banyak syarikat bagi menjalankan tugas itu. Pada ketika ini, kementerian tidak melantik mana-mana syarikat untuk berbuat demikian.
Pada saat ini, tiga syarikat menjalankan tugas mengutip dan mengagihkan royalti kepada syarikat rakaman, pencipta lagu serta penulis lirik dan artis rakaman serta pemuzik iaitu Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM), Music Authors Copyright Protection Bhd (MACP) dan Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism).
Bagaimanapun, pada majlis dialog berkenaan, beberapa individu melahirkan rasa kurang puas hati mereka terhadap Prism, sehingga ada yang mencadangkan agar ia dihapuskan manakala sebahagiannya berharap syarikat yang menjalankan pungutan royalti berkenaan dapat memperbaiki cara kerja mereka bagi membela nasib anak seni.
Dalam hal itu Ismail Sabri berkata, mengikut akta, pihak yang melakukan kutipan perlu mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.
"Tetapi, siapa pula yang memberikannya kebenaran atau adakah wujud surat perjanjian membolehkan mereka berbuat demikian? Sesuatu pihak perlu mempunyai bukti untuk memungut royalti untuk sesuatu pihak. Atas alasan itu kami terfikir untuk mewujudkan badan khas di bawah kementerian, yang melakukan kerja kutipan berkenaan. Ataupun membuka lebih banyak syarikat yang dilesenkan untuk berbuat demikian.
"Dengan cara itu, artis atau pelaku muzik mempunyai pilihan mereka sendiri, syarikat mana yang ingin mereka benarkan untuk melakukan kutipan royalti. Kali ini, mereka yang melantik syarikat pemungut royalti masing-masing," katanya.
Jelas menteri itu lagi, berhubung soal Prism, pihaknya akan mengadakan perbincangan lebih lanjut berikutan adanya percanggahan pandangan mengenai kewujudan dan fungsi syarikat terbabit. Katanya, mereka harus melihat persoalan membabitkan Prism secara lebih menyeluruh.
"Walau apa pun keadaannya, kutipan royalti itu sendiri mestilah bersifat lebih telus. Contohnya, artis perlu dibenarkan untuk tahu berapa jumlah kutipan yang dilakukan, berapa jumlah siaran lagu mereka yang melayakkan mereka mendapat imbuhan dan di mana pula ia disiarkan. Dengan cara itu, mereka akan dapat mengira atau mencongak jumlah yang mungkin mereka peroleh.
"Mungkin Prism mendapat bantahan kerana mereka tidak mempunyai sistem yang jelas bagi membolehkan artis dan pemuzik mendapat gambaran sebenar. Mungkin mereka membuat pungutan secara sekali gus. Kita akan mencari mekanisme lebih telus, sampai ke tahap artis boleh melakukan semakan sendiri," katanya.
Pada hari itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kemungkinan pindaan akan turut dilakukan ke atas kadar royalti nada dering yang ketika ini dilihat tidak banyak membantu golongan karyawan seni muzik.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mengkaji semula kadar nada dering yang diterima kedua-dua pihak. Jika negara lain boleh mewujudkan kadar yang membolehkan golongan pengkarya mendapat sehingga 70 peratus daripada jualan itu, mengapa syarikat telekomunikasi negara ini tidak boleh berbuat begitu?" katanya.
Tidak melupakan soal cetak rompak yang sekian lama menghantui industri hiburan negara ini, tindakan lebih tegas akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit dalam menjual serta membeli CD, VCD mahupun DVD haram. Jika dulu hanya penjual yang dikenakan tindakan, kini pemilik atau pembeli pun akan menerima nasib yang sama, walaupun dengan memiliki hanya satu daripada produk cetak rompak itu.
"Begitu juga kami akan memastikan tuan punya premis akan dikenakan sekali. Kini, mereka tidak lagi boleh mendakwa, mereka hanya menyewakan sesuatu lot atau gerai kepada penjual hasil cetak rompak. Mereka sendiri tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan apabila pindaan akta itu dilakukan," kata menteri terbabit, sambil mengumumkan kempen gerak gempur cetak rompak yang akan diadakan 10 Mei ini, di KL Sentral.
Berpuas hati dengan sambutan diberikan golongan artis dan pemuzik pada majlis dialog itu, Ismail Sabri berkata, pandangan mereka tentunya amat berguna untuk kementerian berkenaan melakukan pindaan pada Akta Hak Cipta 1987. Sebelum itu, majlis dialog bersama wakil persatuan seni, akademik dan dewan perniagaan sudah pun diadakan. |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk.....jom merempit hari ni.....minggu ni ada kemungkinan aku x masuk porem start malam ni sampai ahad malam.......so korg kene habiskan villa ni pagi sampai petang ni or someone else kene bertukang this wiken......![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam n morning KPH.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
jom tingkatkan usaha merequest n mengevote NC di carta2 radio
errr....agak2 boleh penuhkan villa ari ni x? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam & gud morning sumer peminat hafiz yg gigih!!! jom mulakan hari anda dgn men ...
Along_XX Post at 7-5-2010 08:23 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
wsalam n morning along, delima...dan semua2...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam n morning KPH.....
jom tingkatkan usaha merequest n mengevote NC di carta2 radio
...
ameeza2000 Post at 7-5-2010 08:38 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
morning acik......ntah la acik.....kalo tgk tren minggu ni macam susah je nak penuh.....huhu.....korg cari la tukang lain nanti k? hehehe ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
manggis, makcu, sheena, kakleen, delima, fuhyoo, kakleen, bie, diva, shass, nicole, conan, lady, ustaj, YB.....errr sapa lagi ek....(sorry klu ada nick yg tertinggal)...jom merempit...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam 0lls!!~~ ![](static/image/smiley/grapeman/12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
manggis, makcu, sheena, kakleen, delima, fuhyoo, kakleen, bie, diva, shass, nicole, conan, lady, ust ...
ameeza2000 Post at 7-5-2010 08:50 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam & morning kph ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam & gud morning sumer peminat hafiz yg gigih!!! jom mulakan hari anda dgn men ...
Along_XX Post at 7-5-2010 08:23 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
insya allah long, akan diusahakan...
nnt aku create lagi satu login id utk vote @ MM & hot ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|