CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seriperak25

::Undi SHAWAL:: Calon Finalis Pelakon TV Lelaki Popular ::ABP 2008::

 Close [Copy link]
Post time 7-1-2009 08:15 AM | Show all posts


KUALA LUMPUR, 6 JAN 2009:  Memulakan lembaran baru 2009, portal hiburan Melayu No. 1, murai.com.my mengorak langkah lebih jauh lagi dengan menyertai aacara Youth'09 yang akan berlangsung bermula Jumaat ini, 9 Januari sehingga Ahad, 11 Januari 2009.


Antaranya, murai.com.my menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dengan melibatkan beberapa artis popular tanahair.


Sesungguhnya, program ini memberikan peluang peminat untuk lebih dekat dengan artis kesayangan mereka dengan menyertai sesi karaoke bersama selebriti. Selain berkaraoke, GengMurai yang berminat untuk bergelar model juga boleh menyertai pertunjukan fesyen Murai.

Bagi sesi karaoke, penyanyi lagu Benar-Benar Cinta, Adam akan turun padang untuk berjumpa dengan peminatnya selain beramah mesra dengan berkaraoke bersama. Pada sesi itu nanti, peminat boleh pilih apa jua lagu untuk menyanyi bersama Adam.


Selain penyanyi kacak ini, pendatang baru dari Suria Records (SRC), Indah Ruhaila juga akan bersama peminat untuk mempromosikan album sulungnya. Difahamkan, Indah seorang yang serba boleh menyanyi apa jua jenis lagu. Jadi pada hari itu nanti, peminat boleh berduet dengan Indah menerusi lagu pelbagai genre.


Untuk pertunjukkan fesyen pula, ramai artis dari Akademi Fantasia (AF) akan menunjuk bakat menjadi model catwalk bersama dengan GengMurai yang terpilih. Antara artis yang akan menjadi model ialah Dafi, Shawal, Ebi AF5, Adam, Nora dan Noni.


Mereka akan bergandingan bersama GengMurai yang terpilih untuk memperagakan baju rekaan pereka fesyen popular, Micheal Shu. Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, mereka perlulah menghantarkan foto menarik berserta butir peribadi kepada [email protected].


Sebelum menjadi model, kesemua artis ini terlebih dulu akan mendendangkan sebuah lagu. Apapun, sesiapa yang ingin menyertai kesemua aktiviti ini, mereka perlulah muat turun VVIP pas di WAP Murai dengan taip murai dan hantar ke 32888. Mereka yang mempunyai pas ini saja boleh memasuki ke dewan acara ini berlangsung.


Bagaimanapun, pada hari pertama program ini dijalankan iaitu Jumaat bersamaan 9 Januari 2009, murai.com.my akan mengadakan hari terbuka di mana semua artis di Malaysia termasuklah penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, pelawak dijemput hadir untuk mendaftar dan mengemas kini profil masing-masing dalam ruangan Seleb A-Z di portal ini.


Langkah ini diambil bagi menambahkan lagi info kerana ruangan ini sudah menjadi rujukan segelintir peminat hiburan untuk mengetahui fakta mengenai artis kesayangan mereka.


Berikut adalah info lengkap mengenai MURAI@YOUTH'09.


Jumaat (9 Januari 2009)

Hari Terbuka Murai
Masa: 3 petang - 7 malam
Artis: Dafi, Adam, Hafiz Hamidun, Aiman, Farawahida, artis SRC, Universal Music & ramai lagi.


Sabtu (10 Januari 2009)

Karaoke Bersama Selebriti
Masa: 7.30 malam - 9 malam
Artis: Adam, Indah Ruhaila, New Boyz & Ajieb


Ahad (11 Januari)

Showcase (10 pagi - 12 tengah hari)

Pertunjukan fesyen Murai
Masa: 3 petang - 4 petang)
Artis: Adam, Dafi, Shawal, Ebi, Noni, Nora


Ingin tahu lebih lagi, anda boleh ke segmen Vaniti dan klik Murai@Youth'09.

[ Last edited by  sab_nyer at 7-1-2009 08:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 08:25 AM | Show all posts
sumer dah request VVIP pass tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:35 AM | Show all posts
caner nk rikues?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:36 AM | Show all posts
nak request pas tu tapi Hp ada problem ngan mms..
uwahhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:37 AM | Show all posts

Reply #2284 sab_nyer's post

sama la......

hp prob.. x nmpak skrin
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:37 AM | Show all posts

Reply #2283 madjogurl's post

mojaaaaa..
Taip MURAI send ke 32888
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2009 08:38 AM | Show all posts

Reply #2286 sab_nyer's post

ehehheh..

maceh kak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:42 AM | Show all posts
hiks jom jom jom rekues
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 08:43 AM | Show all posts

Reply #2281 sab_nyer's post

kenpa ahad??????????
tak leh  pegiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:49 AM | Show all posts

Reply #2289 britney_sapiah's post

akak pi mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:49 AM | Show all posts
waa... hp problem
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:50 AM | Show all posts

Reply #2288 atie_leo's post

uwahhhhhh
hp stil problem..
tak leh access wap murai...uwahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:51 AM | Show all posts

Reply #2291 madjogurl's post

uwaahhh
samalah kite mojaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:52 AM | Show all posts
camne nk rekues ek
kat portalnya takde pun nk donlot vvip pas?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:54 AM | Show all posts

Reply #2294 atie_leo's post

xde ek?

ku x ley masuk lgsung
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:01 AM | Show all posts
huhuhu kat murai die kate muaturun pass melalui wap portal tu kan
tp tak habaq pun nk klik mana
berita psl youth09 ade lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 09:05 AM | Show all posts

Reply #2294 atie_leo's post

tak de yek
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:28 AM | Show all posts

Reply #2296 atie_leo's post

takkan dier tak masukkan lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:22 AM | Show all posts
VVIP pass yg mana tu????

kalu VVIP pass from YOUTH'09 tu ada laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:35 AM | Show all posts

Reply #2299 britney_sapiah's post

rase mcm ada pass lain jer....
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.466013 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list