|
MANIA - KELAB SUPER HAFIZ- HAFIZ THE WINNER!
[Copy link]
|
|
bad news guys....Hafiz tertekan lagi minggu ini sbb lagu yg diberi kpd dia tak sesuai dgn genre dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Uolss Jac dah bersedia..nape bebudak AF ni lambat sgt..semua dalam tekanan kaedahnye.
biarla bebudak AF yg menang 500k tu..dasar Penetik AF |
|
|
|
|
|
|
|
hafiz nyanyi dua-dua lagu english? lagu apa satu lg tu?
go international apizz ni..x main dah lagu melayu |
|
|
|
|
|
|
|
bad news guys....Hafiz tertekan lagi minggu ini sbb lagu yg diberi kpd dia tak sesuai dgn genre dia. ...
blackberry90 Post at 16-5-2012 10:05
Patut la kat twitter dia tanya Why? Why?.. Aku dah agak mesti pasal lagu |
|
|
|
|
|
|
|
mengikut utube yg di upload 14.05.2012, 4 hari lagi, so kena hari jumat lah, but dlm video tu ...
bija Post at 15-5-2012 23:17
tq bija n teh..hope sabtu tu betol.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk kat V-Blog dia....Aril pun cakap lagu BR tu tak sesuai dgn dia...dahlah second dia nak nya ...
blackberry90 Post at 16-5-2012 10:25
alah....tu la namanya cabaran.....Aril mmg la xnak Hafiz nyanyi lagu tu....hehehehe....coz if Hafiz can do it....habis la dia nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
apesal adrenalin aku naik bila dengar dia nyanyi lagu nih..excitednye aku nak tngk final.. ...
alyapiz Post at 16-5-2012 10:39
aku pun excited nak dgr Hafiz nyanyi lagu BR tu....mmg sesuai utk final..... morning alya.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Vokal Siti Mengalir Indah Dalam Lagu Ombak Rindu" - Hafiz
16 MAY 2012, 10:37AM | SULTANMUZAFFAR | UTAMA > BERITA ARTIS >
Akhirnya impian Hafiz untuk berduet dengan Dato’ Siti Nurhaliza menerusi lagu tema filem Ombak Rindu menjadi kenyataan. Lagu Ombak Rindu itu dinyanyikan secara duet di acara Hari Ibu bersama Dato Siti Nurhaliza yang berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya Ahad lalu.
“Saya sangat berbesar hati apabila Dato’ Siti Nurhaliza sudi untuk menerima pelawaan saya yang dilakukan menerusi akaun Twitter baru-baru ini. Impian saya untuk berduet dengannya akhirnya tercapai.” ulas Hafiz yang agak kecewa apabila tidak dapat berduet dengan Siti dalam program Mania.
“Memang saya kecewa, tetapi saya faham dengan jadual kerja Siti. Sudah pasti dengan kredibiliti dan pengaruh yang dimiliki Siti, jadualnya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti dan acara yang perlu dihadirinya. Saya lebih terharu apabila Siti menghubungi saya sendiri secara peribadi bagi memaklumkan mengenai penolakan tersebut. Saya kagum dengan sifatnya yang sangat merendah diri.” tambah Hafiz lagi.
Hafiz juga menganggap duetnya bersama Siti dalam lagu tema filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin itu sebagai yang terbaik pernah dipersembahkannya. Sebelum ini, Hafiz pernah berduet dengan Adira, gandingan asal penyanyi lagu tersebut dan pelakon Maya Karin sewaktu di program Mania.
“Terbaik! Saya akui Siti merupakan penyanyi yang paling senang untuk berduet dengannya. Selalunya saya susah untuk mendapatkan keserasian dengan penyanyi lain, tetapi dengan Siti amat senang. Cara nyanyiannya masuk dengan lagu tersebut dan lenggok vokalnya mengalir dengan indah sekali dalam lagu itu.” jelas Hafiz yang juga merupakan pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini.
Sabtu ini, Hafiz bakal berentap di persaingan akhir program Mania bersama Jaclyn Victor, Aril, Hazama dan Stacy bagi merebut hadiah wang tunai RM500,000 sekiranya berjaya bergelar juara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|