|
~♡ STACY FC XI:SEMI FINAL MM 13 NOV-GOOD LUCK DEAR ♡~
[Copy link]
|
|
2299# matspy
ok je alya tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la.. tp kalau tambah banyak lg maklumat tentang stacy lagi bagus.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
alyaalexa Post at 4/11/2009 23:11 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yups..tp mc dlm design..br reka2 layout hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
2304# matspy
hehehehe...
alyaalexa Post at 4-11-2009 23:20 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
heheheee alya buzzzyyy gi menyelam kat umah lain.....oiii alya jgn luper balik umah sudaaa...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
buka pintu,buka lampu,buka tingap,buka semuanyer,satu Malaysia![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....slmat petang ![](static/image/smiley/grapeman/12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
2312# matspy
alop mat...ni masa STACY balik sabah baru2 ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by afiqahpink at 5-11-2009 14:33
Filem My Spy Satukan Vokal Adam, Stacy
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1142009_adamstacy(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik.
Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, My Spy.
Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran My Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut.
"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya.
"Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat.
"Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.
Stacy teringin berduet dengan Chaq
Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat?
Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu.
"Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya.
Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian.
Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai.
"Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.
"Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen.
"Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Perhatian: Rancangan 'Jangan Tidur Lagi' bersama STACY akan ditayangkan
di saluran TV3 pada hari Rabu 11/11/09 jam 11 malam
info dari SFC
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama.
....kecuali diriku{:3_83:} |
|
|
|
|
|
|
|
hi fiqah![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harapakan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebatmenyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antarakami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.
...duet apa plak stacy mksudkan ni?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|