Bila ternampak Stacy di dalam sangkar terus saya teringatkan video klip Shakira "She Wolf". Stacy sendiri mengaku yang idea persembahan beliau dikutip hasil daripada pemerhatian di dalam YouTube. Persembahan Stacey memang bertenaga, seperti memiliki Kuasa Kuda !!! Tetapi jika hendak ditafsirkan apakah maknanya Pakai Buang dengan Sangkar mahupun 'pentas juara', saya juga keliru. Tetapi syabas dengan ledakan dan letupan yang membuat seisi stadium 'mengucap' !!!