Oh gitu.oh dia pun ada cinta lokasi jugak.haha.
Better xyah ckp cinta lokasi.kalau guna blm bcinta dgn sesiapa pun ok lg.maklumlah haters faz ni selalu ckp faz cinta lokasi.padahal ramai je yg cinta lokasi.tp faz jugak yg selalu org sebut sbb dia pemes sgt.
Awal sehari tu pun cinta lokasi jugak.kenal scha kat lokasi sehati berdansa.
Eh motip aku nk hencap semua org tghari buta ni apehal.haha.
Post time 24-9-2017 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BalangMerah replied at 24-9-2017 01:50 AM
Meolss teringin nak tgk faz blakon cite ala2 srikandi.. ape2 je kisah epik. Kan org kt kaya dgn ki ...
When I first read Rizalman's interview on InTrend last year to produce an epic film like Mahsuri, I only have one person je in mind to play the role - Faz.
Harap-harap jadi realiti la untuk Faz dapat role tu and knowing Rizalman, I can already imagine how beautiful that film is going to be.
This was Rizalman's interview with InTrend pasal nak produce film:
"Pihak ASTRO ada menyatakan hasrat untuk melihat saya menghasilkan filem Pulang 2. Cuma ya, masa seperti tak berkecukupan, maka saya terpaksa meletaknya ke tepi buat sementara ini. Ada juga yang datang menawarkan saya membuat filem. Cuma pendirian saya, jika saya diminta untuk menukang filem, saya mahu mengerjakan karya epik. Dan saya membayangkan Mahsuri sebagai subjeknya.
Saya tidak pernah lagi melihat kisah Mahsuri diangkat, dirai dan dimasyhurkan dalam satu skala paling besar, dan saya mahu melakukannya. Saya melihat potensi kisah Mahsuri untuk dikupas melangkaui aspek kecantikan dan ketradisian budaya.
Mahsuri adalah perlambangan paling tepat untuk menggambarkan budaya yang sedang bergolak dalam masyarakat Melayu kita hari ini — mengadu domba, melaga-lagakan, menabur fitnah, berhasad dengki, iri hati, bermacam lagi.
Ia memberikan petunjuk-petunjuk yang jelas, bagaimana kita mewarisi hemah jelik dan perilaku hodoh ini sejak zaman berzaman. Bagaimana kita akhirnya disumpah selama tujuh keturunan, bagaimana kita ini enggan bangkit untuk berubah dan maju. Bagaimana kritikan sosial untuk masyarakat zaman millenial ini, berbibit-bibit dengan jelas dalam sejarah Mahsuri. Apakah kita tidak melihatnya?
Dalam fikiran saya ini, sari ilham itu mengalir tak henti-henti. Saya sudah terbayang-bayangkan bagaimana ritma rangkap-rangkap skripnya, bagaimana gerak kerja kameranya, bagaimana lapangnya perasaan mendepani sawah bendang terbentang, bagaimana seharusnya busana Mahsuri serta penduduk Kampung Mawat yang diguna pakai pada zaman itu, bagaimana juga lenggok bahasa dan percakapannya, runut bunyinya, ahh... Semuanya sedang meruap-ruap dalam peti idea saya.
Saya sangat terpanggil untuk mengerjakan ilham ini. Namun pihak yang saya temui kurang berminat dengan proposal ini. Katanya; susahlah Rizalman, payahlah Rizalman... Rizalman bukan orang industri (perfileman), begitulah, beginilah. Ah, baiklah! Jika anda tidak berminat, tidak mengapalah. Saya akan berusaha sendiri cari rakan kolaborasi yang sudi bekerjasama untuk bawa epik ini ke layar perak Malaysia suatu hari nanti. "
Post time 24-9-2017 02:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hanipinky replied at 24-9-2017 01:42 PM
When I first read Rizalman's interview on InTrend last year to produce an epic film like Mahsuri, ...
Rizalman ada background perfileman ker? Soalan punya la skeptikal hehehe nak buat filem epic, tak boleh setakat uolls ada minat and imagination or idea yg baik but yes, weolls positif so, keep chasing ur dream rizalman
Post time 24-9-2017 02:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BalangMerah replied at 24-9-2017 01:56 AM
La br perasan, jul n Fk x tercalon, Next year confirm jul lepas utk tombiruo, cite Ramlee awang m ...
I tak sabar nak tengok tombiruo.... Novel RAM rasanya ini yg pling i mahu di filemkn. At first I tot laksamana sunan.. Harap julripin dpt deliver yg terbaik. Eh tetiba jul.... Supaya tak ot, if jul & faz dlm romantic drama, rasanya uolls ok ker?
Post time 24-9-2017 02:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Unicorn_heart replied at 24-9-2017 02:15 PM
I tak sabar nak tengok tombiruo.... Novel RAM rasanya ini yg pling i mahu di filemkn. At first I ...
Ai okay je. Theyols pun dah penah berlakon sekali as sibling.. Tapi Jul kena kurangkan menyotong coz ai dont think Faz like it
Teringin gak tengok Faz dlm filem2 klasik ni. Cth: Bagaikan Puteri, by RAM jgk. Mcm sesuai kan? ;) Tapi ai tahu mustahil.. :')
Ni ai copy from Goodreads, credit to CikPah.
Kisahnya, Haryani dan sahabatnya Rita telah menonton teater Puteri Gunung Ledang. Perbualan mereka masih lagi berkisar mengenai PGL dan Hang Tuah sehinggalah satu tragedi ragut telah membuat Haryani koma dan rohnya telah terlontar ke zaman Pertengahan Kurun ke 15. Disitulah Haryani bertemu Laksamana Sunan(Saifudin) dan Djailuh yang sedang berlayar dari Aceh ke Melaka untuk pulang ke kampung halaman Laksamana Sunan di Punggor. Kerana terbawa-bawa watak Puteri Gunung Ledang yang ditontonnya, hanya nama Gusti Putri Retno Dumilah, Puteri Majapahit sahaja yang terlintas dimindanya. Lalu nama itu diperkenalkan kepada lelaki yang telah menyelamatkannya daripada hanyut di lautan.
Dari situlah Haryani mengikuti pelayaran bersama-sama Laksamana Sunan dan menempuh kuasa jahat manusia bertuhankan syaitan. Akhirnya terbit bibit-bibit cinta dihati mereka walaupun tidak pernah terlafaz dibibir.
Di abad 21, Dani buat pertama kalinya melihat Haryani yang terlantar dikatil, telah jatuh hati. Pertemuan bermula apabila Dani, yang mempunyai susur galur Laksamana Sunan dari moyangnya Megat, abang kepada Laksamana Sunan berhajat ingin mendapatkan kembali mushaf tulisan Laksamana Sunan yang berada dirumah Haryani. Yang menjadi misteri, mushaf yang ditulis pada kurun ke 15 itu tertulis nama Haryani dan kata-kata puitis itu seolah-olah ditujukan khas buat Haryani. Sedangkan di abad ke 15, kejadian itu benar-benar terjadi. Laksamana Sunan telah menulis bait-bait puitis itu untuk Haryani yang cantik bagaikan puteri.
Sejak melihat Haryani, Dani berulang-alik melawat Haryani dan menyatakan kesudian melamar Haryani sekiranya Haryani pulih. Suaranya kadang-kadang dapat didengari Haryani di dunia satu lagi, tetapi kerana rasa cinta buat Laksamana Sunan, Haryani tidak ingin pulang ke dunia asal. Walau bagaimanapun, Laksamana Sunan perlu menjalankan amanah daripada gurunya Wali Sufi. Haryani perlu dibunuh untuk memulangkan rohnya kembali ke jasad dan kepangkuan keluarga. Berdebar untuk mengetahui atas alasan apa Laksamana Sunan membunuh Haryani sedangkan dia buat masa itu, turut menyimpan perasaan buat Haryani.
Situasi di Malaysia, hari demi hari berlalu sehinggalah tiada ikhtiar perubatan yang mampu memulihkan kembali Haryani yang koma. Cukup seminggu Doktor terpaksa mengistiharkan kematian Haryani yang selama ini bernafas melalui alat bantuan pernafasan. Saat dikapankan dan ketika jenazah Haryani diliang lahat satu kejadian telah menggemparkan satu Malaysia kerana Haryani yang disahkan mati telah hidup kembali. Dek kerana rasa cinta yang masih kuat buat Laksamana Sunan, Haryani rasa kecewa terputus hubungan dengan dunia Laksamana Sunan apatah lagi dia sedar Laksamana Sunan telah mengembalikannya ke dunia sebenar setelah membunuh dia dengan tangan Laksamana Sunan sendiri.
Patut lah pembaca berkenan sungguh dengan Laksamana Sunan. Budi pekerti dan ilmu agamanya tinggi. Hikmah dia merantau kerana kecewa difitnah dan ketidakadilan bapanya selaku Ketua Kampung menghukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Akhirnya, ditakdirkan Saifuddin diangkat menjadi hero idaman Malaya melawan kejahatan manusia yang bertuhankan syaitan. Membaca kisah ini seakan-akan terasa laksamana ini betul-betul wujud.
Post time 24-9-2017 03:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Aduradura at 24-9-2017 03:16 PM
beruangmuda replied at 24-9-2017 03:06 PM
sesapa yg terkutuk sheols pasal cinlok tuh dah prepare knee pad kahhhh.. koser la sume retis sebut ...
Sheolls ni pun penah kene kes cintalokasi tp lagi kesian sbb fans cakap sheolls syok sendiri sbb gambit dah ade gf....ala flip hair kan saje gambit tu elvinaaaa oiii...kosser la gambit...tapi elvina ni bagus , berlakon tak kayu...
Post time 24-9-2017 03:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hanipinky replied at 24-9-2017 01:42 PM
When I first read Rizalman's interview on InTrend last year to produce an epic film like Mahsuri, ...
Tq hani..xtau plak rizalman pun berminat nak buat cite epik sebegini. Kenapa yea producer msia takot nak buat cite mcm ni. Meolss bangga dulu masa tiara buat puteri gunung ledang. Poster merata2. Budget mmg perlu besar. Cite hikayat merong mahawangsa pun best sbnrnye, walau ramai yg kata byk tokok tambah.
Teringat dulu meolss tgk cite quenss of langkasuka dr thailand. Wow sgt.
semoga rizalman berjaya yea, n kalo jd cite mahsuri tu, moga ade rezeki utk faz.
Post time 24-9-2017 03:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aqua_marine replied at 24-9-2017 02:28 PM
Ai okay je. Theyols pun dah penah berlakon sekali as sibling.. Tapi Jul kena kurangkan menyotong c ...
Susah nak terjermahkan sbb karektor sunan tu sendiri kuat. Xsilap airel zafrel penah nak melobi watak sunan kan. Tp skrg xtau projek tu masih on ke x. Kalo xsalah under ziela jalil. Meolss suke faz bawa watak ratu dr haryani tu.