|
Reply #2254 rinafarha1709's post
Dik rina...
Semua..
Apa yang amin....pagi pagi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2254 rinafarha1709's post
OOO..ooo
Ustaz line clear... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2253 rinafarha1709's post
Renjis renjs dipilis..
Ditepungilah tawar..
Yey..ye..
Kak Ros..Ustaz..lemon..hanni..
Cepat cepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2255 aziefa's post
selamat pagi kakakku
baru bgn ke????
ayam lupa nak kokok......
aminkan doa ustaz....doa rejab......
semlm frust betol........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2257 aziefa's post
mufti perlis haramkan renjis2 ni
amboi nyanyi sakan pepagi ni.....
akak leh masuk af7 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2257 aziefa's post
tapikan akak umah rina takder astro
akak kena masuk bintang rtm.....
baru rina leh vote..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 4-7-2008 10:04 AM
siapa yg beli ayam???
ustaz ni pepagi pagi pun nak kawin..
kami kawin betul2 kang....
Hussainn... dengar tu apa datin R cakap...
persiapan dah sedia lom? kak azie... kak ros... jom cari barang kat semua house... |
|
|
|
|
|
|
|
Sape nak kawen ni ?
Cen pun boleh join tolong lem siap kan barang hantaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah... Ustaz dah mulakan tazkirah pagi ini. Masa bulan madu dah habis ye....
Nak exam tak lama lagi ni, kena study lebih sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 4-7-2008 10:25 AM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/aamiin.gif
Renjis renjs dipilis..
Ditepungilah tawar..
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/grindance.gif
Yey..ye..
Kak Ros..Ustaz..lemon ...
eh...eh..eh.. mana pengantin lelaki n dah sampai ke?
kakak tengah sibuk kat dapur ni siapkan lauk pengantin.
kalau dah sampai jangan lupa panggil ye...
hehehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel dari Akhbar Berita Harian 4 Julai 2008
Tiada ibadat khusus sempena RejabOleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Pendapat mengenai amalan solat sunat puasa, umrah bersandar kepada hadis lemah
REJABbermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.
Kalendar Islam yang mempunyai 12 bulan ada empat bulan dimuliakan Allah dalam firman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi,di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian ituialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa. - (Surah at-Taubah, ayat 36)
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam ayat itu bermaksud jangan seseorang menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman Allah hanya menunjukkan ada empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi SAW memperincikan nama bulan itu:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat diantaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhirdan Syaaban. - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Rejab termasuk dalam bulan dimuliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat kita amalan memiliki fadilat yang besar dikhaskan sempena Rejab ini. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud atu dalil sah menunjukkan amal ibadah tertentu bersempena Rejab.
Hal ini diperakui tokoh ulama hadis bermazhab Syafie iaitual-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-Ajib BimaaWarada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada Rejab yang dapat dijadikan pegangan.
Adalah masyhur di kalangan masyarakat disunatkan untukberpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.
Selain daripada itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadan.Imam Ibnul Qayyim berkata: Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulanitu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan IbnuMajah.
Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud(puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.
Ada juga pandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu, menurut 'Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan padaRejab.
Daripada Mujahid dia berkata: Aku masuk bersama Urwah binaz-Zubair ke masjid, ternyata Abdullah bin Umar sedang duduk disamping bilik Saidatina Aisyah. Kemudian dia berkata kepadanya: Berapakali Rasulullah SAW melakukan umrah? Dia (Ibnu Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah SAW melakukan umrah. Dia (Ibnu Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya. Dia (Mujahid) berkata: Kami mendengar dia (iaitu 'Aisyah)sedang bersiwak. Kemudian Urwah bertanya kepada 'Aisyah: Wahai ibu orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu 'Abdurrahman?'Aisyah berkata: Apa yang dia katakan? Aku menjawab: Dia berkata bahawaNabi SAW pernah mengerjakan umrah pada Rejab. Beliau berkata: Semoga Allah merahmati Abu 'Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu Umrah pun melainkan dia (yakni 'Aisyah) ikut bersama Baginda dan Baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada Rejab. - (Hadis riwayat Imamal-Bukhari)
Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa bersejarah itu. Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya.
Namun, wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj seperti dijelaskan IbuHajar al-'Asqalani: Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum Baginda SAW dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil kecuali dianggap terjadi dalam mimpi.Kebanyakan ulama berpendapat selepas Baginda SAW menjadi nabi.
Selanjutnya dalam kitab itu Ibnu Hajar menyebutkan pendapat ulama seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk danMikraj ini.
Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan: Sebahagian ahlicerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam halini, menurut ulama hadis ialah satu pembohongan.
Ibn Rajab al-Hanbali pula berkata: Diriwayatkan bahawa pada Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satupun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi Nabi pada 27 Rejab, ada yangmenyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih.
Kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj supaya peristiwa itu diketahui secara jelas dan pada masa sama, tiada ibadat khusus atau sambutan tertentuseperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa bersempena tarikhberkenaan.
Ada golongan yang lebih ekstrim beranggapan bahawa beribadahpada malam 27 Rejab lebih utama berbanding ibadah pada malamlailatulqadar. Jika ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku seperti amalan sunnah lain iaitu puasa 'Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharam dan beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil 10 malam terakhirRamadan.
Ia memperlihatkan tidak ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Jika memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama melaksanakannya adalahRasulullah SAW serta sahabat.
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab,puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah.
Banyak lagi amalan sunat yang umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.
[ Last edited by Rosputih at 4-7-2008 11:44 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ibu ibu..masak apa tu?
boleh tapau utk berbuka
ada kenduri ke kat sini????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2262 lemons's post
rina pun pandai....boleh tolong kak lem..
susun2 coklat ke..lipat sejadah jadi bunga ke..
kak lem puasa tak arini??
[ Last edited by rinafarha1709 at 4-7-2008 12:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2268 rinafarha1709's post
Eeeh..
Pengantin perempuan mana boleh buat kerja...
Dok rehat kat bilik...
Baca lagi Buku pasal Bab UMRAH..Larangan dalam Ihram..Dam.
Bagi Khatam dulu.
Hadiah bulan Madu kan pergi UMRAH.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2269 aziefa's post
eh ada yg nk hadiah rina pergi umrah?
sape saper sape?ramadan ni ker??
betul ke betul ke???
panny,,,pany,pani........
rina dahaga....... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengimbau kembali Gambar Masjidil haram pada tahun 1371 Hiijrah
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2271 aziefa's post
Tak puasa ke Dik rina??
Awat terus cakap Bangla tu...panni ! panni ! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2271 aziefa's post
syukurnya dapat tgk gmbr ini.....
rasanya gambar ni masa tahun maktok rina pergi mekah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 4-7-2008 01:44 PM
Mengimbau kembali Gambar Masjidil haram pada tahun 1371 Hiijrah
http://www.sacred-destinations.com/saudi-arabia/images/mecca/resized/kaba-in-1371AH.jpg
mesti dugaan dan cabarannya lebih hebat dalam keadaan yg begini ya kak zie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|