tetiba terpijak najis burung hantu
mulalah geli dan rasa jijik
boleh dipakai idea riri tu
balik kang beli pizza sebijik
ain0345 Post at 26-6-2012 16:43
bershopping sakan dekat ikea
tempatnya jauh ditengah pekan
potong pokok dengan gergaji
tapi sayang gergaji takde gigi
hajat dihati nak habiskan duit gaji
harapan tak sampai ATM buat hal lagi
cleef Post at 26-6-2012 16:57
pergi berdating di tepi tasik
tetiba pakwe terkena sawan
baguslah duit tidak terusik
jika dikumpul jadi jutawan
tugas penting seorang mata-mata
kena menyamar sudahlah lama
kuatnyer bergegar tidak terkata
voleh ajak 'kru gegar' berjoin sama
ciksurie Post at 26-6-2012 16:55
mat indon mandi di sungai klang
datang polis dihalau pergi
cepatnya riri hendak pulang
esok kita berpantun lagi