|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS V ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru!
[Copy link]
|
|
Good to hear some progress on her singing career now...can't wait to listen to the outcome... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya... Mila ligat berniaga tetapi tak lupa menyanyi
SUDAH lama Cik Normah tak dengar cerita terbaru mengenai juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila. Tapi Cik Normah diberitahu biarpun jarang muncul di kaca TV dan media, anak kelahiran Pulau Mutiara itu cukup ligat dengan bidang perniagaan produk kecantikan yang diceburinya.
Cik Normah diberitahu Mila baru saja pulang dari Jakarta kerana merakamkan sebuah lagu single terbaru yang berentak balada. Belum pun hilang penat, khabarnya Mila akan ke Jakarta lagi. Kali ini agak lama, dengar cerita dua bulan kerana terbabit dalam penggambaran sinetron.
Biarpun sibuk sebagai ahli perniagaan, bidang nyanyian tidak sesekali diabaikan. Kalau ada yang masih ingat, Mila mula menerjah persada seni dengan lagu berentak perlahan berjudul Persis Mutiara. Lagu itu dinyanyikan Mila sewaktu pertandingan akhir AF5. Selain itu, Mila turut dikenali dengan lagu rancak seperti Mila, Bila Cinta. Mungkin sebab sudah lama tak muncul dengan lagu balada menyebabkan penyanyi genit itu merakamkan kembali lagu bergenre sebegitu. Single itu khabarnya akan diputar di corong radio beberapa minggu lagi.
Mila ke Jakarta beberapa minggu lalu dan lagu berjudul Siapa Tak Perlu Cinta itu dicipta komposer dari sana juga bernama Richard Kyoto. Liriknya pula ilham Dhenda SR. Mila juga mengikut trend artis sekarang ini yang lebih cenderung merakamkan single demi single. Iyalah dengan keadaan pasaran sekarang membikin album penuh bukan alternatif terbaik.
Cik Normah difahamkan Mila mungkin akan membikin klip video lagu terbabit dan album penuh di sana juga. Tak silap Cik Normah, Mila mungkin ambil tiga lagu dari seberang dan selebihnya daripada komposer tempatan. Sebelum ini pun menerusi album sulungnya, Mila pernah merakamkan klip video beberapa lagu di sana. Ada yang cakap buat klip video di sana murah dan cantik.
Untuk pengetahuan semua, apa yang dilakukan Mila sekarang ini membikin single dibiayai sendiri olehnya. Kalau sebelum ini, Mila tak terlepas diterjah gosip kononnya album sulung itu ditaja ‘sugar daddy’. Nama pun gosip, sedangkan lelaki Cina yang dikatakan sugar daddy itu hanyalah rakan perniagaan Mila. Kepada Mila, semoga terus sukses |
|
|
|
|
|
|
|
10,000 meriah konsert penghargaan Harian Metro
TANPA sokongan pembaca, pastinya Harian Metro (HM) tidak berada pada kedudukannya sekarang sebagai akhbar nombor satu negara.
Sejak mula beroperasi pada 25 Mac 1991 hingga hari ini genap usia 18 tahun, akhbar yang bermula sebagai lembaran petang pertama di Malaysia kini mencatat jualan purata 350,000 naskhah sehari.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas sokongan itu, buat julung kalinya HM menganjurkan Konsert Gempak Santai Harian Metro (KGSHM) @ Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR) di Taiping, Perak pada 27 Jun lalu.
Ternyata konsert diadakan di perkarangan tempat letak kereta BMLR sesak dengan kehadiran lebih 10,000 orang yang menyaksikan persembahan vokalis kumpulan May, Mus bersama Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila, Zila AF4 serta kumpulan Maximus dan Butterfly.
Mereka menjadi pilihan mewakili pelbagai genre muzik berbeza dari rock, indie dan pop rock sehingga berjaya mewujudkan suasana konsert yang cukup unik dengan gandingan dua pengacara, Along Raja Lawak dan DJ Slumber yang cukup menghiburkan.
Turut menyaksikan konsert, Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Pengarang Eksekutif HM, Abdul Ghafar Ismail dan Timbalan Pengarang Eksekutif HM, Ahmad Salim Bachok.
Konsert selama dua jam bermula dari jam 9 malam itu menjadi medan istimewa untuk Mila memperkenalkan lagu barunya, Siapa Tak Perlu Cinta ciptaan Richard Kyoto yang baru saja selesai menjalani rakaman di Jakarta, Indonesia.
Demi komitmennya pada konsert itu, Mila atau nama sebenarnya, Nursyamilla Jirin terus ke lokasi konsert sejurus selepas tiba dari Jakarta.
Katanya, biarpun letih, tetapi demi HM dan peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sejak di akademi hingga kini, semua itu dilupakan.
"Saya cukup seronok apabila bertemu peminat lebih-lebih lagi apabila HM meraikan pembaca setianya dan peluang untuk membalas segala jasa yang diberikan digunakan sebaik mungkin dengan menghadiahkan tiga lagu Mila Bila Cinta, Aku Lebih Tahu dan Siapa Tak Perlu Cinta.
"Saya juga bangga kerana dapat memperdengarkan Siapa Tak Perlu Cinta yang baru saja selesai dirakamkan. Kiranya penonton di sini menjadi orang pertama mendengar lagu itu.
"Alhamdulillah, peminat seronok dan dapat menerima lagu baru itu. Ia akan dimuatkan dalam album kedua saya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi," katanya.
Bagi orang lama seperti Mustaffa Din atau Mus dari kumpulan May, perasaan bangga dan terharu tidak mampu diucapkan dengan kata-kata kerana diberi peluang beraksi di tapak konsert di tanah kelahirannya, Perak.
Penyanyi berasal dari Kampung Manjoi, Ipoh ini berkata, biarpun sendirian tanpa kehadiran May, dia gembira dapat menghiburkan orang-orang Perak dan sekitarnya, Pulau Pinang dan Kedah.
Katanya, rakan lain, Man, Abu dan Yus mempunyai komitmen lain hingga dirinya terpaksa tampil seorang.
"Lebih membanggakan apabila dapat beraksi bersama artis baru. Kehadiran artis dengan genre muzik berbeza menjadikan konsert lebih menarik kerana penonton yang datang bukan menggemari satu genre saja, tetapi pelbagai.
"Sepanjang 10 tahun menjadi penyanyi, saya sudah menjayakan pelbagai konsert di seluruh negara, tetapi inilah kali pertama beraksi di BMLR. Sambutan diberikan amat baik sekali dan saya cukup terharu dengan sokongan pembaca," katanya.
Pada malam itu, Mus memilih lagu Sinar, Tiada Lagi Di Sisi dan Gadis Bertudung Putih untuk dihadiahkan kepada peminat rock yang datang.
Sementara itu, Zila atau nama sebenarnya, Nurzilah Seeron yang turut dicungkil bakatnya menerusi AF4 memilih lagu Cinta Pertama untuk menghiburkan penonton.
Kehadirannya bersama tunangnya Along bukan untuk meraih populariti murahan sebaliknya mahu membuktikan bakat anugerah Tuhan yang diberikan kepadanya.
Katanya, albumnya masih dalam perancangan dan kini sibuk dengan penggambaran telefilem raya.
Bagi kumpulan Maximus dan Butterfly yang makin dikenali ramai, pastinya KGSHM sebagai tapak untuk meluaskan lagi pengaruh mereka supaya lebih dikenali.
Maximus terdiri daripada Zulkarnain Abdul Rohni atau Apex (vokalis), Amize Abdul Rahni (Mijiero/gitar), Tengku Mohamed Faizal Tengku Mohamed Ariffin (Faizal/ bass), Muhamad Zaid Fadhil (Zakk/dram) dan Sharoozal Md Zin (Ejal/gitar) melahirkan rasa bangga mereka apabila menjadi kumpulan indie yang mendapat perhatian HM untuk menjayakan konsert itu.
Bagi Apex, sungguhpun kumpulan Maximus baru berusia dua tahun, peluang diberikan HM tidak disia-siakan sebagai satu platform mempromosikan muzik dibawa Maximus.
"Pada mulanya saya agak gusar dan bimbang juga jika kehadiran Maximus tidak diterima, tetapi sangkaan itu meleset sama sekali kerana ribuan penonton yang hadir turut sama menyanyikan lagu kami dari mula hingga akhir persembahan.
"Peluang ini kami gunakan untuk mempromosikan single terbaru kami, Katakan Padaku yang akan berada di pasaran bulan ini menerusi album Prolog bermaksud salam perkenalan buat peminat," katanya.
Kata Apex, peminat juga boleh mendapatkan maklumat terkini Maximus melalui laman web mySpace di www.myspace.com/maximusmuzik.
Untuk persembahan mereka, Maximus nyata menggegarkan pentas dengan lagu Biar Mati Cinta Ini, Apa Mahumu dan lagu Indonesia, Singkong dan Keju dalam versi rock.
Keseronokan bersantai bersama pembaca HM turut dirasai kumpulan rock remaja terdiri daripada gadis cantik menggelarkan diri mereka Butterfly dan tidak mahu kalah dengan kehebatan Maximus.
Kumpulan dianggotai Nur Syuhada Baharuddin (vokalis dan bass), Nadia Helda Azman (gitar), Nur Adha Abd Hamid (dram) dan Nur Syamhella Baharuddin (keyboard), gembira dan puas diberi peluang menjayakan konsert itu.
Nur Syuhada atau lebih mesra dipanggil Adda berkata, sebagai kumpulan baru, platform diberikan HM menjayakan konsert ini amat bermakna sekali kerana sebelum ini turut diberi peluang menjayakan Jom Heboh di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Futsal Metro di Gong Badak, Trengganu.
"Apa lagi yang mampu diucapkan selain terima kasih kepada HM dan BMLR. Lebih manis kerana berpeluang bergandingan bersama Maximus, Mus, Mila, Zila AF dan Along Raja Lawak.
"Album kedua kami, Rock Fun Fair sudah pun berada di pasaran pertengahan Jun dan kami kini memperkenalkan dua single terbaru, Oh Kawan dan lagu lama diberi nafas rock, Shalala.
"Di dalam album ini, kami turut berkolaborasi dengan Kristal dan May. Kami harap kehadiran album ini menjadikan Butterfly tambah dikenali," katanya.
Butterfly menghiburkan penonton dengan tiga lagu, Oh Kawan, Syurga Idaman dan Goyang Inul. Ternyata mereka mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
Pentas KGSHM turut diserikan dengan persembahan api dari Fire Hustle Tribale terdiri daripada kakitangan BMLR selama 15 minit sebelum Along mengambil tempat dengan medley lagu Matta, Ketahuan, Jatuh Cinta Lagi dan lagu tema Raja Lawak bersama DJ Slumber.
Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, selain persembahan artis, pelbagai acara diadakan untuk pengunjung termasuk promosi awal yang dijalankan di mana pembaca HM berpeluang merebut 60,000 tiket secara percuma ke taman air BMLR.
Katanya, mereka hanya perlu membuat potongan dan mengumpul 10 keratan iklan Gempak Santai Harian Metro @ Bukit Merah bermula 1 Jun lalu dan menukarnya kepada dua tiket secara percuma.
"Sambutan diberikan cukup memberangsangkan apabila semua tiket habis ditebus dalam tempoh dua hari di seluruh negara. Semua ini dilakukan sebagai perhargaan dan tanda terima kasih kami atas segala sokongan dan pandangan yang diberikan selama 18 tahun akhbar ini beroperasi.
"Turut diadakan Pertandingan Karaoke Gempak Santai, pertandingan mewarna, penjualan cenderahati HM, sesi bergambar bersama muka depan HM dan lain-lain lagi dengan hadiah cukup istimewa," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Blog post terbaru dari Mila :
www.milajirin.blogspot.com
Salam semua..
mila ucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang masuk ke blog mila ni...
esk mila busy ngn live recording untuk RTM di Finas...
shooting untuk salah satu programe untuk RTm di saluran muzik aktif...
Esok mila update lagi ya... insya allah nnt mila post gambar gak...
salam,
Mila Jirin
Hari ni Mila bz shooting untuk RTM..harap2 dia rajin amik gambar |
|
|
|
|
|
|
|
2342# aFViRGo
Thx for the post AfVigro...and Mila best of luck !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Thnx afVirgo for the posting..
Pada sesiapa yg rindu dan terkenangkan Mila masa di AF dulu , sila tonton Galeri AF di Astro Ria (104) setiap malam dari jam 11.00. Mlm ni konsert ke 4 ( Benci Tapi Rindu)
Konsert ni yg membuat sy mula minat kat Mila |
|
|
|
|
|
|
|
Happy anniversary Da Vom ......all the very best !!!! Remember united we stand ...divided we fall.
Go Mila & Da Vom ........hope great success will come with your efforts 2gether. |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom::pompom: Happy Anniversary Da VOM! :pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from travelnst.com.my
On the road to fame
After becoming the first woman to win the contest, Penangite Mila set another record by clinching the Choice Promising Artiste and Choice Pop Song awards at the annual Anugerah Era 2007.
Her hit song, Persis Mutiara, was on top of the radio charts for many weeks. Her wish is to bring her parents on a haj to Mecca. Her own travel preference? To indulge in a spa and relax or hit the beaches.
Tell us about your most interesting travel experience.
When I went to Sabah for shows in Keningau recently. We went to Bukit Mas. I love the beautiful terrain of the land and would love to go back for a visit.
Have you ever had a bad experience?
Thank God, I haven’t really had a bad experience in my travels.
How best do you unwind on your holiday?
Travelling and performing on a tight schedule is often tiring, so I always take the time off to relax in a spa, have a massage and to rejuvenate.
What type of holidays do you prefer?
I am from Penang and I love beaches. Batu Ferringhi is one of my favourites. And of course, makan too. There are so many types of delicious food in Malaysia.
Who do you usually go for a holiday with?
My family.
What can’t you leave home without when you travel?
My handphone. Remember, I just came out of Akademi Fantasia 5. I have to be in constant touch with Maestro, the company managing my career.
Which is your favourite holiday destination in Malaysia? Does it also give you the best holiday memories?
Langkawi. It has beautiful beaches. I also love Sabah because it has beautiful mountains and beaches.
What is the best hotel you’ve stayed in and why?
Andaman Hotel in Langkawi. It is set in an old rainforest and blessed with a secluded beach.
What or who do you miss most when you go away on vacation?
My teddy bear. I don’t bring it along with me because I am afraid I may lose it.
What do you hate most while travelling?
Carrying all that luggage.
Where next would you love to go?
I want to go to Sabah again. All parts of Sabah. It is such a beautiful and friendly land.
Where would you recommend your friends to go?
My hometown, Penang.
What was the best thing you bought on your travel and where?
In Kuah, Langkawi. I splurged on T-shirts, key chains and specially crafted wooden crockery.
What was the best food you’ve ever tasted during your travel and where?
Lokan panggang (grilled clams) in Tambunan. They were really huge.
Are you a compulsive traveller or do you follow your budget and itinerary carefully?
So far most of my travels are part of performance tours. I don’t travel on impulse. If I do travel, I would follow my budget and itinerary carefully.
Any advice or tips for travellers?
Don’t carry a lot of things.
Any comment on Malaysian tourism, places of interest, services, etc?
As usual, please do not dirty our beautiful country.
* Rasanya ni article lama..zaman masa Mila baru kluar AF dulu. Tapi org x pernah baca lagik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2351# tomatomam2222
wah best nya Da Vom !!! thx for the pics Tomtom ......looks like everyone including Mila had a great time - sorry i couldn't join you guys. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2 tahun pun rupa nye Davom...syabassss
Masih ingat tak sajakx2 yg dideklamasikan dan janjix2 semasa ulangtahun Davom yg pertama dulu? Kalo lupa cuba ingatx2 kembali
Thanx tomtom for the pics. Mila masih cute macam dulu gak |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa undi Mila di Carta Pilihan Pembaca Media Hiburan 08-09 (PPMH 08-09)
Mila telah dicalonkan dlm kategori Pesona Artis Baru bersama Faizal,Emelda ,Farhan dan Farawahida
Undian melalui SMS. website dan borang dlm majalah Media Hiburan
SMS - Taip PPMH UNDI S2 dan hantar ke 32088. S2 tu kod Mila.
Website - www.karangkraf.com/mediahiburan |
|
|
|
|
|
|
|
From miajirin.blogspot
Hari ni mila ada recording di Sharon Paul studio di taman tun
Mila recording dengan aril af7 dan akim af7...
nanti mila update ok... gambar ker....
huhuhuhuh mila akn nyayi duet ngn diorang sumer...
Doakan mila ok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for the pics tomtom
Seronoknye gi karaoke..ada x dia previu lagu baru dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Serai...
Yg Carta Pilihan Pembaca Media Hiburan 08-09 dari sejak Mila kluar AF sampai skang x pernah tamat lagi tarikh undian dia
X larat dah nak ngundi |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh..rekod lagu baru lagi :pompom:
Ni sure untuk drama bersiri muzikal ni..can't wait |
|
|
|
|
|
|
| |
|