19 Okt 2009
![](http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif)
EKSTRA!
DARI SEBERANG
Cahaya Nur Kasih
![](http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif)
Pasangan TV 'merpati dua sejoli' cetus fenomena
Oleh
Haryani Ismail
BAGAIKAN pinang dibelah dua, pasangan skrin drama Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah Razak datang bersama dan mesra bergurau.
Ada kalanya, soalan diajukan kepada Tiz tetapi Remy pula yang mencelah memberikan jawapannya apabila Tiz seakan lama berfikir panjang. Kadang-kadang pula, Remy yang ditanya tetapi Tiz dengan selamba menjawab.
Soalan yang terpacul dari mulut ramai pencinta drama yang telah menjadi satu fenomena selepas disiarkan serentak di saluran Sensasi dan TV3 ialah: 'Ada apa-apakah antara mereka?'
Di dalam satu pertemuan di ibu pejabat StarHub, StarHub Green, Ekstra bertanya apakah yang membuatkan keserasian antara mereka atau chemistry 'merpati dua sejoli' itu seakan wujud nyata di depan mata.
Remy, 26 tahun, tersengih dan menjawab: 'Chemistry tu cuma satu permainan lensa kamera. Ia sebenarnya tidak wujud di alam nyata seperti perasaan kasih sayang antara kami. Ia langsung tiada tetapi kami berjaya menipu!'
Tiz, 21 tahun, pula menambah secara berseloroh: 'Remy ni kan, kalau sedang tangkap mood marah, janganlah dekat. Saya akan pergi jauh-jauh, takut dia melenting.'
Nur Kasih bukanlah drama pertama yang menemukan Remy dan Tiz sebagai pasangan suami isteri. Mereka pernah digandingkan dalam drama Bernafas Dalam Lumpur sebelum itu.
'Tapi dalam drama tu, dia tak macam Nur Amina. Kami suami isteri. Itu pun, dia dah hamil dengan lelaki lain. Saya yang tampil memperisterikannya,' cerita Remy lagi tentang saat pertama mereka berlakon bersama.
Sewaktu Remy bertemu Tiz di set penggambaran Nur Kasih, dia mengesan kegelisahan Tiz membawa watak Nur Amina dan bergandingan dengannya.
Tiz yang secara tidak langsung mencuit hati wartawan dengan tabiat bersahajanya - menggunakan dua garfu plastik untuk memutar-mutarkan rambutnya (sehingga diusik Fizz Fairuz), menjelaskan:
'Sebenarnya, kami dah lama kenal. Bezanya, dua tahun lalu, saya cuba-cuba berlakon hanya untuk suka-suka sahaja. Remy lain. Dia lebih serius berlakon untuk cari makan. Saya tak terfikir pula nak jadikan bidang ini kerjaya sepenuh masa. Maklumlah, budak baru habis sekolah, baru habis SPM.
'Cuma segalanya berlaku bagai mimpi bagi saya. Saya mulanya takut-takut juga nak bawa watak Nur Amina sebab ia berat sangat. Nur ni orangnya penyabar, saya sedikit-sedikit kuat melenting. Tetapi sejak jadi Nur, dah mula tone down,' tambah anak muda yang gemar melukis dan akan memilih bidang rekaan dalaman seandainya tidak menjadi pelakon.
Sejujurnya, Tiz dan Remy terkejut dengan sambutan yang mereka raih sewaktu sesi bertemu peminat di VivoCity, baru-baru ini.
'Ingatkan 50 orang sahaja. Sekali tu, lautan manusia tunggu kami. Di Malaysia, mereka panggil saya Tom Cruise Malaysia sampai buat Kelab Peminat Remy Ishak... sesuatu yang tidak pernah didengar dibentuk untuk pelakon. 10 orang turun ke Singapura untuk menyokong saya,' ujar Remy menunjukkan foto yang sempat beliau petik.
'Saya dengar mereka terpekik-pekik - Remy Ishak! Rasanya, peminat di Singapura lebih fanatik,' ujar Tiz yang gembira dapat ke Singapura, tempat kelahiran ibu bapanya dan seorang kakaknya yang masih lagi menetap dan bekerja di sini.
'Jarak usia antara saya dan kakak jauh juga. Biasanya, dia ke KL. Kami yang jarang turun ke Singapura kerana sibuk,' tambahnya.
Projek terkini Remy dan Tiz kini adalah syuting untuk tiga kisah cinta yang disatukan dalam satu drama arahan Kabir Bhatia (pengarah Nur Kasih) juga yang bertajuk Keabadian Cinta.
Remy memegang watak lelaki bisu dan pekak yang jatuh cinta kepada gadis buta. Dia mempelajari bahasa isyarat untuk menghidupkan watak tanpa dialog ini.
Tiz pula 'bercinta' dengan pelakon tampan, Eizlan Yusuf, dalam kisah cinta gadis 20-an tahun terpaut kasih dengan lelaki 40-an tahun.
Nota: Nur Kasih disiarkan di saluran Sensasi setiap Jumaat, mulai 10.30 malam.
Ermmmm...i edit dari fb Tizz. Baca jangan tak baca..