CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - Season 8

   Close [Copy link]
Post time 21-11-2011 11:33 AM | Show all posts
aku tak paham le dengan mentaliti sesetengah orang ni...bila lindan kalah, dorang kata lindan tak be ...
_19788 Post at 21-11-2011 08:56


Kamu pun apa kurangnya? Post awal kamu tu kata LD nampak kuat mungkin kerana ada ambil dadah. Maksud kamu, si diva menang sebab dia ambil dadah? Saya tak fikir ada rakyat Malaysia yang nak merendah-rendahkan Datuk. Kalau tidak, kenapa ramai disini yang vote Datuk menjadi johan? Kalau ada pun komen-komen yang ko rasa negative, anggaplah ia sebagai pendorong kepada Datuk untuk maju lagi, bukan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 11:54 AM | Show all posts
LCW lepas kalah 2 kali ngan Chen Long tempoh hari, masuk game yg ke 3 ngan CL dan game ngan LD semalam dia memang banyak main smash dan attack
Tapi LD punya defend memang bagus semalam, bola datang balik dan CW buat mistake
Kebanyakan bola smash CW, LD memang dah boleh baca dan boleh agak kemana arah smash tu
ada 2 kali aku rasa, CW tukar arah smash dan LD tak boleh agak arahnya. Isinya, CW kena main luar dari kebiasaan pukulan pukulannya... dia pun kena kaji bagaimana permainan dia dan kena bayangkan bagaimana pukulan yang dia harus buat agar LD tak boleh nak jangka

Body smash ke arah LD pun nampak 3-4 kali berjaya.. mungkin kena buat body smash untuk matikan bola

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:45 PM | Show all posts
Kamu pun apa kurangnya? Post awal kamu tu kata LD nampak kuat mungkin kerana ada ambil dadah. Ma ...
spiderman80 Post at 21-11-2011 11:33


yg pasal dadah itu sy cuma nak tau kalau di setiap tournament ade tidak buat ujian utk kenalpasti pemain itu di bawah pengaruh benda terlarang itu atau tidak...tetapi setelah sy baca komen di sini ade yg mengatakan setiap kali perlawanan mereka akan ade kan doping test sy jd lega..

saya tidak menafikan lindan itu hebat cuma kadang2 tidak berpuas hati dengan tanggapan sesetengah orang kerana apabila lindan kalah menentang chong wei mula lah dorang mengatakan lindan tidak bermain di tahap sebenar dan chong wei menang ngan lindan sebab nasib..

kan lebih bagus kita mengatakan apabila chong wei menang ngan lindan adalah sebab kehebatan chong wei sendiri dan bukan menang kerana nasib...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:55 PM | Show all posts
chong wei masih boleh memperbaiki permainan die...setelah kalah dua kali ngan cheng long pd final...akhirnya chong wei menang juga  dgn chen long pd terbuka perancis yg baru ni...jd kat situ kita leh tengok chong wei sedikit sebanyak telah meneliti kelemahan chen long....jadi berikan chong wei masa utk terus mantapkan permainan nya utk mengekang kemaraan pemain lain terutama lindan...harap chong wei mampu bangkit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:57 PM | Show all posts
kan lebih bagus kita mengatakan apabila chong wei menang ngan lindan adalah sebab kehebatan chong wei sendiri dan bukan menang kerana nasib...
_19788 Post at 21-11-2011 12:45



   Sebenarnya, saya faham maksud kamu. Kita semua sebenarnya mahukan Datuk lebih hebat dari Lin Dan kerana Datuk merupakan satu-satunya harapan pingat emas Olimpik pada tahun 2012 nanti. Kita sebagai penyokong tidak semestinya perlu memberikan kata-kata yang manis untuk Datuk. Kadang-kala seseorang tu perlukan ayat-ayat negatif yang ada masanya agak sarcastic untuk memajukan diri sendiri. Biarlah Datuk mendengar reaksi dari pelbagai pihak walaupun yang pahit. Jika seseorang ibu memahari anaknya yang membuat kesalahan tak bermakna ibu tu tak sayangkan anaknya. inilah contoh yang boleh saya berikan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 01:27 PM | Show all posts
Sebenarnya, saya faham maksud kamu. Kita semua sebenarnya mahukan Datuk lebih hebat dari  ...
spiderman80 Post at 21-11-2011 12:57



sy setuju dgn kamu...tapi masalah antara sebab chong wei ni kalah ngan lindan adalah maybe Chong wei terlalu merendah diri,...tak yakin ngan diri sendiri,...merasa kerdil n terlalu hormatkan lindan apabila bertemu ngan lindan... chong wei lemah dari segi itu..dari mental tu beri kesan juga pada permainan.....sekali-sekala chong wei kena berperawatakan 'garang' juga utk menakutkan lindan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2011 03:13 PM | Show all posts
sy setuju dgn kamu...tapi masalah antara sebab chong wei ni kalah ngan lindan adalah maybe Cho ...
_19788 Post at 21-11-2011 13:27

maksud  u ialah kelemahan mental chongwei ker? perlu dingat isu ini sudah lama takkan nk atasi kelemahan mental ambil masa bertahun2...kalu mcm tu takde harapan la chongwei nk menang olimpik.....perlu diingat kita hanya bergantung pada chongwei sahaja ok kalu dibandingkan dgn cina yg ada lindan,chenglong,chenjin...penatlah chongwei nk mengkaji permainan lindan,chenjin,chenglong sekaligus sedangkan lindan hanya perlu mengkaji corak permainan chongwei sorang sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply  _19788


    akui la lindan paling hebat rekod telah membuktikan...selagi chongwei tk tuk ...
Alvida Post at 20-11-2011 22:15



walaupon post-post kamu selalu menyakitkan hati tapi......kali ni aku setuju dengan pendapat kamu

Tay S.B & Rashid memang tak berapa berkesan jadi jurulatih esp. di peringkat Datuk Lee
sebabnya, Datuk dah ada skill, teknik, mental masa game pun boleh tahan, killer smash pun dah ada, nett play pun o.k, retrive shuttlecock pun dah matap
tinggal lagi masa pertandingan, harus ada coach yang pandai atur strategi, lihat kelemahan & kehebatan lawan masa main & bagitau kat player macam mana nak overcome kehebatan lawan masa pertandingan
sebabnya masa pertandingan (esp. kalo jumpa tough challanger) kita boleh stress, hilang fokus sikit & masa ni kita tak boleh bergantung kepada teknik & skill, harus tambah strategi dari coach
aku rasa Rashid & TSB xde strategi macam tu...dorang terlalu mengharapkan Datuk main sorang-sorang & fikir sendiri. Aku selalu perasan bila Datuk smash & attack lawan, & lawan dapat retrive & dapat point Datuk mesti pandang kat coach------> lepas tu coach wat macam ni je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 04:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 21-11-2011 16:36

siapa yg layak jd jurulatih chong wei sekarang kalau tey seu bock n rashid sidek tak layak?..cuba berikan nama2 yg sesuai....nak harapkan misbun, misbun skarang dah sibuk latih anak die sendiri misbun ramadan...masa dah semakin suntuk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 21-11-2011 16:38

setiap kali chong wei kalah misti ramai yg buat karangan panjang termasuk aku.....kalau chong wei menang termasuk yg france open baru ni, masing2 tak de ulasan panjang....

sape tau real facebook chong wei?...bukan facebook yg fan tapi die punya sendiri....aku nak add...senang2 kita leh luah pandangan ke situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 07:20 PM | Show all posts
walaupon post-post kamu selalu menyakitkan hati tapi......kali ni aku setuju dengan pendapat  ...
Trunkk_ZZ Post at 21-11-2011 16:09



    setuju dgn pendapat awak itu yg dato chong wei perlukan mcm yg misbun selalu buat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 07:45 PM | Show all posts
wah semakin laju thread ni.... dan seronok membaca komen2 yg diutarakan..... byk membina dan boleh diketengahkan.... kalau la ada wakil BAM kat sini alangkah bagusnya.... hehehhe (tahan maki dan buat kerja)......
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 10:01 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....laju nya uols merempit...iols baru tak masuk seminggu...


next tonemen kat china lagik kan?hmm..tah bape puluh lagik laaaaa kamera theyols nk pacak utk LCW ye..

iols rasa, LCW kena kuatkan lagik mental heols..iols tgk coach-rashid macam takde prasaan jah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 12:46 AM | Show all posts
prediction utk Lin Ning China Open dibuka. Jangan tunggu sampai di lock. tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:59 AM | Show all posts
aku setuju dengan pendapat perlukan jurulatih yang boleh beri idea pada CW semasa perlawanan. Dia cepat tangkap permainan lawan, tahu apa yang perlu dibuat oleh chongwei untuk atasi lawan semasa game tu

contoh paling mudah, masa CW lawan Chen Long game 1 dan game 2 yang dia kalah. Waktu tu game plan CW ialah rally dan kurang attacking.
sepatutnya waktu game tu, coach dah boleh baca dan beritahu yang CW kena tukar kepada attacking style..tapi yang berlaku hanya pada game ke 3

Sama situasi masa lawan LD, dia main attacking tapi defend LD bagus
Yang aku perasan, bila CW nak lawan LD..dia kena sabar dan banyak rally dengan LD sama macam final kejohanan Dunia. CW hanya attack pada part yag dia rasa boleh matikan bola saja. Cuma pada final tu, memang bukan nasib dan rezeki dia nak menang

CW boleh tukar game plan dia setelah di beritau oleh coach di luar, sebab coach yang nampak permainan di dalam

Harap coach CW lebih alert tentang itu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 22-11-2011 13:12

Reply 2355# AnBulisia

betul..sy setuju dgn kamu...CW pabila bertemu ngan lindan kena banyak main rally n bermain dgn sabar....sbb defend lindan sangat bagus..even CW attack secara laju pun lindan dah dapat balas balik..jd CW kena lebih banyak pelbagai kan lg skill nya di net dan cipta pukulan yg mengelirukan pihak lawan......

tp satu lagi kekuatan lindan ialah bahasa tubuh.....kadang2 CW tertipu dengan gerak badan lindan yg mengelirukan.,,,nampak mcm gerak badan lindan tak dapat balas pukulan CW rupanya dapat...jadi gerakan badan dan bahasa tubuh lindan banyak mengelirukan CW..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2011 02:34 PM | Show all posts
Li Ning  China Open 2011  
result terkini qualifying round...

Gurusaidutt R. M. V.
-
Choong Hann Wong [4]
22-20 19-21 21-13

kesian uncle wong kite ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by kayla at 22-11-2011 22:17

Reply 2357# wawaKKK


aritu dengar zainal abidin rawop cakap uncle wong nak bersara ..tak tahu la betul ke tak ...
tapi rasanye aku percaya sikit cakap zainal ni dari komentator arena yg lain ....


wawa ... aku baru study draw ...
abe ko jumpa ko/yoo kat QF la ... kalau lepas ke QF la
tapi aku rasa dorang akan lepas ke QF .... yelah 1st round jumpa indian pair .. 2nd rd jumpa alvent/ hendra AG ... aku rasa tak de masalah kot nak ke QF ....
harap2 abe ko akan menang buat kali pertama ke atas ko/yoo ....
pastu semi jumpa fu haifeng ... ni aku tak nak mengharap la ... biar dorang naik sikit2 dulu ....
come on koo kient keat & tan boon heong !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 12:45 PM | Show all posts
pei ty/ee hui ni takde kerja lain ke mesti jugak nak jumpa pair jopun reika/fuuji kakiiwa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068299 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list