CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CivicSI

MERGED SEMUA PASAL RUMPUT

  [Copy link]
Post time 13-9-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 12-9-2006 03:22 PM



Amiizaa trim rumput guna mesin apa?



civics,
ayah saya jarang trim rumput2 die.....sebab pendek2.....cuma cabut rumput jahat jerk......kat tepi2 umah biasanya die pakai mesin yg sangkut kat bdn......kalo kat umah saya, hubby potong pakai gunting rumput jerk.....sebab asal rumput tuu pendek....pastu tanam sket kat tepi2 tu rumput philipin kalo tk silap...makkkk aiii rumput philipine tuuu tak guna satu sen aaaaaa........die makan/merebak tumbuh makan rumput asal......(rumput yg pendek tuuuu) .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Ini pandangan jauh rumput kat kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 12:45 PM | Show all posts
akhirnya awal bulan ni dapat gak pegi beli rumput kat tempat civics cakat kat sg buluh tu. :pray:
dapat harga 1.50 , baru beli 200 keping. so tak penuh lagi yg belakang rumah sbb tak habis
cangkul lagi.
yg belakang tu may be lepas raya baru pegi beli.
ni saya tanam rapat2 sbb takut rumput jahat tu tumbuh lagi. penat woo nak mencabut.

ni gambonya. sori gelap sikit sbb ambik masa lepas sahur .:nyorok:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:57 AM | Show all posts
Artikel pasal rumput from Berita Harian.

Cuba elak pijak rumput




RUMPUT, kehadirannya adalah asas permulaan sesebuah taman. Hamparan rumput yang kemas mampu membuatkan taman biasa ?elihatan hebat.

Sebuah taman yang indah sekali pun pasti kehilangan serinya apabila rumput tidak dijaga. Penggunaan rumput hiasan penting bagi pembentukan ?esebuah taman.

Menanam rumput hiasan memerlukan skima penanaman dan penjagaan rapi. Terdapat beberapa jenis rumput di Malaysia antaranya zoysia matrella, philipine grass, zoysia tenuifolia dan pearl grass.

Cara menanam rumput seperti berikut

Sediakan kawasan penanaman dengan menggemburkan dan membersihkan tanah dari bahan tidak diingini seperti serpihan batu, kayu dan sampah menggunakan penggembur tanah atau cangkul.


Dapatkan aras tanah yang sama dan rata sebulan sebelum memulakan aktiviti penanaman rumput bagi memastikan pertumbuhannya berlangsung dalam keadaan baik dan rata.


Bahagi rumput kepada bahagian lebih kecil dan cuba dapatkan akar yang tidak berserabut.


Mulakan kerja menanam dengan jarak 20 sentimeter setiap satu kepingan. Semakin jauh jarak semakin lambat proses penyebaran pertumbuhan rumput.


Siram air sebaik kerja penanaman selesai dan teruskan menyiram sekerap yang mungkin bagi bulan pertama.


Cuba elak memijak rumput yang baru ditanam dalam tempoh beberapa bulan bagi mengelakkan ia mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 03:16 PM | Show all posts

MANUAL/Rotary grass cutter

Originally posted by CivicSI at 12-9-2006 11:56 AM
Sesiapa yang menanam rumput carpet ... disini saya nak berkongsi pendapat ...

ini adalah hasil perbincangan dgn beberapa toke rumput dan toke mesin.

Toke rumput mengunakan mesin rumput jeni ...


Assalamualaikum CivicSI,

Teman ada SATU kat ghumah.
Dan teman TIDAK SYORkan sesiapa membeli nya.

Kui kui kui......
Tidak semuer jenis ghumput bley di gunakan.
Tang tepi dinding or parit tu......dier tak bley memotong.

Wsalam
p/s saper nak beli teman punya?? :
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 27-9-2006 12:45 PM
akhirnya awal bulan ni dapat gak pegi beli rumput kat tempat civics cakat kat sg buluh tu. :pray:
dapat harga 1.50 , baru beli 200 keping. so tak penuh lagi yg belakang rumah sbb tak habis
cangku ...



pssssttttttttt........sebelum tu sudah di racun ker dgn racun BENIH CAMBAH?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 08:18 AM | Show all posts
niceghost,

saya tak sempat sembur ngan racun tu sbb tak sempat. lepas habis cangkul dan buang semua akar2 lalang
yg jahat tu, saya terus tanam.
Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi rumput jahat yg naik.
agaknya sbb saya tanam rapat2 dan semua baja rumput tu dah amik kot.:hmm:
kalau2 lepas ni dia naik tak tahulah.:geram:

dah sebulan sejak saya tanam, dan dah bubuh baja 15 pun. cantik je hijaunya.:love:
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 3-10-2006 08:18 AM
niceghost,

saya tak sempat sembur ngan racun tu sbb tak sempat. lepas habis cangkul dan buang semua akar2 lalang
yg jahat tu, saya terus tanam.
Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi rumput jah ...


Assalamualaikum Julia,

Rumput liar aka Weeds dan juga lalang ada pelbagai cara utk tumbuh.
1. angin
2. manusia
3. haiwan
4. akar
5. benih

Racun Benih Cambah adalah utk membunuh biji benih yg BELUM bertunas/bercambah. :tq:
Racun Roundup adalah Racun Serap.
Ia membunuh lalang sehingga ke akar umbi nya.
Akar lalang ini kekadang berada jauh ke dalam tanah.

CARA di atas bley melambatkan/menghalangkan penumbuhan mereka.

Untuk mempercepatkan penumbuhan rumput, sila tanam ia di atas PASIR.
Miker bley menjimatkan masa sehingga 70% berbanding di tanam di atas tanah merah.

Pasir juga perlu di tabur di atas rumput utk menyihatkan selain membaja.
Pasir juga dapat menutupi lubang2 kecil.

Wsalam
p/s pastikan sembur Racun Benih Cambah pada pasir terlebey dahulu :tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 11:40 AM | Show all posts
terima kasih nice ghost,

saya pun bercadang nak tambah pasir, so senang sikit rumput tu merebak ke tepi.

lagi satu saya ada masalah permukaan yg tak rata, masa mula2 dulu cantik je, la ni mcm ada
bukit2 sikit.
macamana ya ? kalau letak pasir, dia akan jadi rata balik tak ?
thanks.:solute:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-10-2006 03:16 PM


Assalamualaikum CivicSI,

Teman ada SATU kat ghumah.
Dan teman TIDAK SYORkan sesiapa membeli nya.

Kui kui kui......
Tidak semuer jenis ghumput bley di gunakan.
Tang tepi dinding or pari ...



Waalaikumsalam NG,

Teman dah decide memang tak beli jenis sorong. Mungkin beli jenis reel mower yang tak pakai elektrik .
Untuk tepi tepi dinding kenalah beli yang jenis handy punya.

Julia06,

Tahniah sebab dapat jugak harga 1.50 sekeping. Civic tanam tak rapat rapat.. jarakan dalam 2 inci dan nak bagi rata.. kena tumbuk tumbuk dgn cangkul ke atau apa apa alat yang berat dan rata
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 3-10-2006 11:40 AM
terima kasih nice ghost,

saya pun bercadang nak tambah pasir, so senang sikit rumput tu merebak ke tepi.

lagi satu saya ada masalah permukaan yg tak rata, masa mula2 dulu cantik je, la ni mcm ...


Assalamualaikum Julia06,

Ada 2 CARA/KAEDAH utk meratakan permukaan tanah.

1. di gelek selalu(roll) dgn benda berat(bley di buat sendiri or beli)
2. di tambah pasir halus di bahagian yg berlubang or rendah.

Keadaan permukaan menjadi berlubang adalah kerana:
1. tanah yg semakin mendap
2. baja ataupun nutrient di dalam tanah semakin habis.(especially pokok pisang)

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 5-10-2006 08:37 AM


Assalamualaikum Julia06,

Ada 2 CARA/KAEDAH utk meratakan permukaan tanah.

1. di gelek selalu(roll) dgn benda berat(bley di buat sendiri or beli)
2. di tambah pasir halus di bahagian yg b ...



NG,

Kenapa pokok pisang boleh menyebabkan berlubang ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 27-9-2006 12:45 PM
akhirnya awal bulan ni dapat gak pegi beli rumput kat tempat civics cakat kat sg buluh tu. :pray:
dapat harga 1.50 , baru beli 200 keping. so tak penuh lagi yg belakang rumah sbb tak habis
cangku ...


Julia06,

1.50 sekaki persegi?.. Kat mana tu?.. Transport macam mana?. I memang terSANGAT2 nak tanam pearl grass.. tak tanah dengan maintenance rumput liar yang ada sekarang... Kejap2 nak panggil orang potong rumput.. Keluasan rumah u besar tak?.. and how much the budget?

Tukang potong rumput rumah i tu.. kata.. dia akan cangkul halaman rumah i untuk buangkan rumput dan lalang yang ada... kemudian dia akan levelkan pasir (pasir i beli).. tapi lepas dia letak pasir.. i kena terus tanam rumput.. Untuk ratakan tanah dia charge I RM 200 (tapi dia ni selalu berubah... nanti sure dia charge I lebih).. tu lah yang nak tau budget...

Luas tanah I campur rumah 65' x 100'... tepi kiri kanan dan belakang 10'.. depan dalam 30 kaki...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 01:29 PM | Show all posts
kak maizana,

saya beli rumput tu - rumput philipine kat belakang hospital sg buluh. dekat situ ada byk nursery, so hari tu
saya main redah aje, pegi nursery yg ada padang rumput sebelahnya.
transport dia charge rm 90 utk sampai puchong.

sebelum tu saya dah cangkul sendiri sikit2, so hari yang saya beli rumput tu tanah tu memang dah readylah.

saya beli 250 kpg, itupun tak cover habis lagi. ada dlm 100 kpg lagi yang tak cukup.
itu nanti dululah, sbb kat kawasan tu , rumput jahat ngan lalang dah naik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 6-11-2006 01:29 PM
kak maizana,

saya beli rumput tu - rumput philipine kat belakang hospital sg buluh. dekat situ ada byk nursery, so hari tu
saya main redah aje, pegi nursery yg ada padang rumput sebelahnya.
tr ...


Tapi Kak zana nampak tu macam pearl grass.. bukan ke? Kalau pearl grass berapa ya?.. Julia ada contact number tak?.. Siapa yang mencangkul?.. Kak Zana tak larat lah.. he he he... terpaksa upah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 01:54 PM | Show all posts
bukan pearl grass tu, tapi yang saya tanya dulu saya rasa harganya sama je, kalu tak silap lah.
tapi dia suggest rumput philippine sbb senang jaga. lagipun saya memang carik rumput ni.

saya mencangkul ngan suami, tetiap ptg balik kije.:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 04:52 PM | Show all posts
Julia,

Sekeping tu 1' x 1' atau 1' x 2'? .. sebab dulu i pernah survey.. 1' x 2' dalam RM 1.80.... kalau sekaki persegi RM 1.50.. lari budget...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 04:58 PM | Show all posts
sekeping  1 X 2 = rm 1.50
saya dah survey byk tempat, akhirnya belakang  hospital sg buluh tu jugak yang paling murah.:hatdown:

pegilah, kompom  puas hati punya.:love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 6-11-2006 04:58 PM
sekeping  1 X 2 = rm 1.50
saya dah survey byk tempat, akhirnya belakang  hospital sg buluh tu jugak yang paling murah.:hatdown:

pegilah, kompom  puas hati punya.:love:



:setuju:  Kalau kat malaysia ni.. area sg buloh tempat asal di export rumput rumput ni.
Kalau yg potong punya.. mahal sikit tapi measurement memang tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 6-11-2006 04:58 PM
sekeping  1 X 2 = rm 1.50
saya dah survey byk tempat, akhirnya belakang  hospital sg buluh tu jugak yang paling murah.:hatdown:

pegilah, kompom  puas hati punya.:love:


Wahh.. bestnya... confirm nak pergi... tapi macam mana ya... Kak Zana tak familiar kat sg buluh... siapalah nak jadi mangsa ni pulak.. he he he... Nantilah... Kak Zana ajak kawan pergi beli..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077346 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list