CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

◄☺☺ Nabil - Juara Raja Lawak 2☺☺►

[Copy link]
Post time 9-4-2008 12:09 PM | Show all posts
ramainya anti mila kat umah bang bil ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 12:15 PM | Show all posts
aksi2 Bang Bil & Zizan...ZIBIL




Bang Bil Gelek
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 12:19 PM | Show all posts
BAng BiL & Milah...jgn marah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 8-4-2008 01:36 PM
GSA de Musical 2008, Kinta City, Ipoh

Mila & bang Bil
so sweet...melayan kekanak sain otograp

http://i56.photobucket.com/albums/g176/haqeaf/GSA%202008/IMG_0032.j ...


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................

brit ni saje je nk sakit kn mata aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 04:24 PM | Show all posts

Reply #225 babyorange's post

hak hak hak...


ada bnyk lagi ni....harus la ramai sentap...kat board gossip ramai dh sentap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 04:51 PM | Show all posts
ni betui ke tak gosip ni.

jap eden torai pikir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #225 babyorange's post

ahahahahhahah....ko sakit mata ..pakai ler EYE MO

aku ada lg Video yg lebih mesra nk tepek
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 10:02 AM | Show all posts
aiyaaaaaaaaaaaa...umah bang bil lekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 02:32 PM | Show all posts
no mila here pleaseeeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 05:35 PM | Show all posts
hmmm tunggu ler nabil ngan heliza nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 05:41 PM | Show all posts
nanti kita tgk heliza ngan nabil plak ekk masa secretary week
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 03:39 AM | Show all posts
jelesnyerrrrrrr

ala...bang bil ngn mila rakan sesama artis jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 08:00 AM | Show all posts
repaired :pompom:

morning suma
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 09:26 AM | Show all posts
yeah..pakcik dh betoi kan umah...TQ


leh tepek VC Nabil lg....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 09:53 AM | Show all posts
lawak Nabil & Zizan





aku tau...ramai tk ske Mila diakitakan  dgn Nabil..tp banyak aksi NAbil dlm VC ni...uhuhuhu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 12:04 PM | Show all posts
Nabil hero "Biar Aku Bercinta"
11-04-2008 11:43:13 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ  

KEUNGGULAN juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad sememangnya terserlah apabila semakin banyak pendedahan diterimanya sejak menjengah industri seni ini sebulan yang lalu.

Mana tidaknya, baru saja hendak membina tapak, anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini diundang sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular 2007 di Genting Highlands baru-baru ini.

Penyertaan Nabil disamping dua pelakon popular iaitu Sharifah Shahirah dan Zul Yahya ketika menyampaikan trofi bagi kategori Pengacara Popular ternyata mendapat pujian orang ramai apabila mereka memberikan celoteh yang tidak menjemukan.

Kehadiran mereka membuatkan penonton yang menyaksikan program tersebut di situ dan yang menonton televisyen secara langsung di stesen TV3 itu terhibur dan menggamatkan suasana.


Nabil makin laris!

Di dalam merencanakan tugasnya sebagai artis, Nabil akui dirinya semakin mendapat perhatian media melalui sesi temubual di beberapa stesen radio tempatan seperti Suria FM dan Sinar FM.

"Saya juga telah melalui sesi 'photo shoot' dengan beberapa media cetak seperti akhbar Kosmo!, majalah I-Remaja dan sebagainya. Saya amat berterima kasih kepada media kerana memberi peluang tersebut.

"Saya juga mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Gitu-Gitu Production yang dimiliki oleh pelawak popular Saiful Apek.

"Program yang saya akan kendalikan iaitu "Lu Pikirlah Sendiri" sebanyak 13 episod juga akan menemui penonton tidak lama lagi namun belum dipastikan lagi bilakah tarikh siarannya.

"Apa yang pasti, program tersebut berlainan daripada rancangan "Lawak King" yang menampilkan peserta-peserta Raja Lawak musim pertama.

"Program tersebut akan menggunakan pentas di dalam studio secara rakaman dan terdapat sisipan lawak yang dirakamkan di luar," beritahu Nabil yang turut terlibat dengan program "Gempak Selebriti Astro" bersama artis-artis naungan Maestro Records di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Nabil turut mendapat tawaran berlakon filem terbaru oleh penulis skrip teater terkenal Aminah Rhapor iaitu "Biar Aku Bercinta".

"Saya telah pergi ujibakat pada awal bulan April lalu. Watak dalam filem itu pun menggunakan nama Nabil. Sekarang Aminah dalam proses mengenali diri saya untuk mengetahui karektor saya yang sebenar," beritahu Nabil.

Atas kemenangan jejaka berusia 25 tahun ini dalam program realiti Raja Lawak yang lalu, Nabil berhasrat untuk membuat kenduri di tempat kelahirannya iaitu Mambau, Negeri Sembilan.

"Saya dan keluarga akan buat kenduri tetapi belum tetapkan bilakah tarikhnya. Insya Allah, kalau sudah tahu nanti saya akan beritahu dan jemput semua orang termasuk peminat yang menyokong saya selama ini," kata Nabil yang juga terlibat menjayakan Minggu Setiausaha bersama Mawi dan Heliza pada 12 April ini di Restoren Seri Melayu, Kuala Lumpur.

Terlanjur bercerita tentang majlis tersebut, Nabil banyak melakukan 'homework' dengan bertanyakan setiausaha di tempat kerjanya dahulu.


Nabil bakal membintangi filem Biar Aku Bercinta


"Saya akan membuat persembahan tentang bagaimana mereka membuat minit mesyuarat untuk bos dan selebihnya lawak-lawak ringan. Jadi tak perlulah mereka berfikir panjang tentang lawak itu nanti," ulas Nabil yang pernah bekerja sebagai 'Mat Despatch' di Seremban, Negeri Sembilan dan melakukan kerja sambilan sebagai mekanik.

Kelahiran Nabil sebagai pelawak alaf baru yang menampilkan 'lawak cerdik' atau 'stand-up comedy' ini bukanlah suatu perkara yang membanggakan empunya diri.

Sementelah anugerah yang dikurniakan Allah itu ada, Nabil akan gunakan sebaik mungkin agar beliau dapat meneruskan kerjaya dalam bidang seni yang baru dirempuh kini.

"Alhamdulillah, Allah memudahkan saya untuk berfikir dengan pantas apabila menerima tugasan spontan ketika program Raja Lawak yang lalu. Harap-harap saya dapat melakukan dengan baik pada masa akan datang.

"Bagi saya, lawak yang dilakukan masih pada tahap biasa kerana orang yang baru melihat lawak itu mungkin anggap ia sebagai sesuatu yang baru. Tetapi tidak kepada pelawak yang lain seperti Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.

"Contohnya, saya bercerita tentang seorang budak kecil memberi surat cinta semasa minggu bertemakan cinta dalam Raja Lawak. Kisah itu berdasarkan kisah silam saya dahulu. Jadi sesiapa yang pernah alami perkara yang sama mungkin akan mengiyakan dan menganggap benda itu biasa sahaja.

"Saya tak anggap ia sebagai 'lawak cerdik' kerana saya bukannya belajar tinggi pun," jelas Nabil dengan perasaan rendah diri.

Anak ketiga dari tujuh beradik ini turut menafikan beliau menerima banyak tawaran dalam industri ini kerana mempunyai 'pakej' jika dibandingkan dengan juara Raja Lawak musim pertama iaitu Yussry Edoo (Yus).

Kata Nabil yang popular dengan tag line 'Lu Pikirlah Sendiri' ini, "Mungkin Yus ada menerima tawaran tetapi dia menolak."

Memikirkan tentang perancangan masa hadapan, Nabil akui dirinya tidak akan selama-lamanya bergelar pelawak.

"Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan penyanyi," akhiri Nabil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 12:04 PM | Show all posts

PENGUMUMAN!!!

Jangan lupa kuiz BOARD FANCLUB petang ni kul 3pm

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=344567
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 05:51 PM | Show all posts

Reply #237 Syd's post

hmmm bagus ler...ada peluang datang jgn persiakan...gunakan bakat sebaik mungkin....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:59 PM | Show all posts


special to NABIL'S FAN
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 07:30 AM | Show all posts

kosmo 13 ape 08

Sinikal si Raja Lawak


Dia datang bersama aura riuh dan selamba. Pada pertemuan pertama kami yang berlangsung kurang tiga jam, jejaka ini telah melarutkan dalam sebuah bicara yang selamba, bersulam dengan jenaka-jenaka yang tak terjangka - ia umpama perjumpaan kenalan lama.

Lawaknya bertempat. Walau dalam banyak soalan dijawab dalam canda, Ahmad Nabil Ahmad atau nama komersiolnya, Nabil tahu bila dia harus menjawab pertanyaan dengan bicara yang serius. Dia bijak menyaring dan mengikut arus soalan.

Namun satu hal yang belum, malah tidak akan pernah diubahnya adalah sikap 'mesra alam' dan ramah tamah yang sudah sebati dengan dirinya sejak 25 tahun lalu.

Banyak yang diceritakan anak kelahiran Negeri Sembilan ini pada pertemuan petang itu. Satu persatu kisah silamnya diceritakan, disusun bak kereta api tanpa sedikit pun segan silu.

Dia jelaskan mengapa memilih kerjaya sebagai seorang mat dispatch sejurus selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Diceritakan juga tentang aktivitinya melepak di bengkel-bengkel dan berkonvoi dengan geng motosikal, juga sesekali melepas kenakalan dengan berlumba ala mat rempit.

Sementara dalam kebanyakan masa senggangnya diisi dengan aktiviti tidur sebelum wajib membayar harga tidur sehari suntuk itu dengan mengemas rumah.

Juga, yang paling selalu membuatnya tersenyum adalah lawak jenaka seisi keluarga terutama dua adik perempuannya, Aishah dan Fairuz.

"Dalam keluarga saya, sebenarnya yang paling lawak adalah mereka berdua, bukan saya. Bayangkan kalau bangun tidur atau tengah syok layan cerita di televisyen mereka akan mengarut dengan teka teki yang tak terduga. Apa kes?," katanya sambil ketawa lucu.



BAKAL muncul dalam program Astro, Lu Fikirlah Sendiri Nabil.


Kemudian, anak ketiga daripada tujuh beradik ini kembali menjelaskan kenapa dia menjadi mat dispatch yang senang disebutnya sebagai peon.

"Sebab di kampung, jadi peon, melepak di bengkel atau berkawan dengan mat motor adalah hal yang berkait rapat dan cool untuk kita nampak tidak ketinggalan," jawabnya jujur dan selamba.

Dia yang pernah berkhidmat sebagai peon di enam buah syarikat terus laju bercerita, aktiviti berkonvoi dan merempit juga cukup sebati dalam kehidupannya.

Insiden tercampak ke dalam gaung sewaktu layan selekoh serta patah kaki dan 'hadiahnya', paha ditanam besi adalah sebahagian daripada realiti hidup yang tidak pernah dikesalkannya.

Ujar Nabil memperlihatkan sisi serius dirinya: "Ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Saya tak malu mengaku semua itu (merempit dan jadi peon), sebab pengalaman ini akan membuatkan saya lebih menghargai kehidupan."

Berpijak di bumi nyataDengan penuh teruja juga dia meyakinkan bahawa dunia baru yang ditempuhnya ini adalah sambungan perjalanan hidup yang ditentukan Tuhan. Tambahnya, siapa dia untuk merancang masa depan.

Lantas saat diumumkan sebagai juara Raja Lawak musim kedua yang tidak pernah difikirkan akan menjadi miliknya, dia sendiri sempat kaget.

Biar sedang berjalan dalam titian populariti sejak terbabit dengan program realiti terbitan Astro ini, jejaka berbintang Libra ini selalu berpijak di bumi yang nyata.

"Saya bukan jenis manusia yang merancang kehidupan," katanya yang sehingga tamat SPM masih belum terfikir untuk mempunyai karier yang hebat sebelum berkata: "Tapi Tuhan itu kaya dan menyayangi saya biarpun saya nakal.

"Dia kurniakan saya dengan pekerjaan ini. Alhamdulillah. Sebab kalau nak ikut logik, saya sendiri pelik macam mana saya boleh terlibat secara serius dalam bidang hiburan.

"Saya tidak ada bakat menyanyi. Berlakon pun tak pandai. Main instrumen lagilah ke laut, dan keluarga pun tak ada yang berdarah seni. Yang saya ada hanya jenaka. Tetapi lihatlah di mana Tuhan tempatkan diri saya sekarang."

Asyik memanjatkan kesyukuran dengan dunia baru yang dijalani, Nabil juga menolak untuk dilabelkan sebagai orang popular. Tetapi dia senang meletakkan dirinya untuk menjadi lebih ramah, menghormati dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

"Gelaran Raja Lawak hanya dalam gelanggang pekerjaan sahaja. Saya masih Nabil yang sama. Jika saya meletakkan diri saya kepada tahap yang lain, saya tidak akan berjaya."

Lawak tanpa kostum badutDitanya tentang definisi lawak daripada pandangannya, Nabil mula berhujah. Katanya lawak tidak semestinya harus membuatkan seseorang itu memakai kostum badut.




NABIL takut esok lusa dia tidak kelakar lagi.

Lawak juga tidak lucu jika kerap mengaibkan juga memperbodohkan seseorang. Sebaliknya lawak yang baik adalah lawak yang bersifat realistik dan baginya, seseorang pelawak itu dianggap pelawak yang baik apabila mampu menggeletek hati sesiapa sahaja hanya dengan cerita yang disampaikan.

"Macam lawak Afdlin Shauki, Harith Iskandar dan kebanyakan pelawak one man show di seluruh dunia.

"Pada saya, inilah lawak yang sebenar. Sebab tidak mudah membuat orang ketawa dengan hanya bercerita," katanya yang gemar membaca dan menonton aksi lawak seperti ini sebagai menambah ilmu.

Dan ditanya bagaimana dia melihat perkembangan jenaka atau lawak di Malaysia, tutur Nabil penuh hati-hati, ia masih dianggap picisan. Pelawak, kata Nabil selalu digunakan sebagai penyedap sesebuah cerita sedangkan ia boleh berdiri dengan sendirinya.

"Naskhah jenaka yang bijak harus diberi lebih peluang dan kepercayaan untuk menjadi subjek. Bukannya sampingan sahaja," ulasnya ringkas.

Kenyataannya ini juga merujuk kepada dirinya sendiri. Dia bertekad membawa revolusi, memberi anjakan terhadap dunia lawak yang selalu dicop sebagai murahan.

Dia mahu lawak orang Malaysia diiktiraf sama mahal seperti lawak antarabangsa yang bukan sekadar hanya mampu menghasilkan lawak splastik dan memualkan.

Agenda baru menantiKerjayanya sebagai seorang pelawak baru bermula. Namun ia dimulakan dengan kemas apabila bakal muncul dengan dua program terbitan Astro termasuk satu daripadanya Lu Fikirlah Sendiri Nabil yang dicorakkan berdasarkan kredibilitinya.

Bersama program ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalam jurusan Binaan Bangunan ini turut ditawarkan terlibat dengan dua buah filem yang salah satu daripadanya merupakan filem arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen.

Dengan tawaran yang datang mencurah pada usia setahun jagungnya ini, saya tanya kepada Nabil apa yang dia takutkan sekarang, pantas bersulam tawa dia menjawab: "Saya takut esok lusa saya tak kelakar lagi. Tapi kalau tak ada rezeki, saya tak malu balik ke kampung dan kembali jadi peon."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068382 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list