|
Post Last Edit by mlsnklyn at 6-5-2010 10:49
Imam syafei pun ada qaul qadim dan qaul jadid..
Imam-imam panutan umat pun ada rujuk k ...
Hang Post at 6-5-2010 10:17
boria penang mcm mana tu?bidaah ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. sdg tgk program tanyalah Ust tv9.
Ada soalan dr penonton, sampaikah sedekah fatihah kpd simati
Ust jwb dgn sebut byk kitab2 antaranya kitab ruh, ramai ulama termasuk ibni qayyum, tamiyyah etc etc semua mengatakan sampai pahala al fatihah atau surah2 lain utk simati.
Dan dia pesan pelaksanaan bersedekah bacaan ini mesti dititik beratkan. jgn nanti sibuk nk sedekah bacaan, tuan punya diri sendiri jarang mengaji? nksedekah kat org diri sendiri x cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Imam syafei pun ada qaul qadim dan qaul jadid..
Imam-imam panutan umat pun ada rujuk k ...
Hang Post at 6-5-2010 10:17
Kitab Arruh Ibnu Qayyim pada halaman 5 :
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)
Tarjemahannya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata Abdul Haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin Umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah Al-Baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh Mu’alla bin Hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19) |
|
|
|
|
|
|
|
panjang lebar ni. thanks . sy memang yakin amalan sedekah bacaan pd simati sampi
pesan Ust nk beramal mesti Ada ilmu Dan bukan taklid buta
pensyarah pengajian shariat Islam saya pun Ada pesan kita blh wasiat pd ank2 nk soh sedekahkan or ngaji utk kita |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 224# sunsuria3
ye.. sy pun yakin Insya Allah segala doa, bacaan yassin atau Quran utk arwah sampai dgn izinNya...
kesian gak kalao org tak percaya sampai kan so dorang tak payah susah2 doa utk kematian dlm keluarga dorang lah ek!! |
|
|
|
|
|
|
|
http://gotabligh.com/?cat=9
Nasihat Maulana:
Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran.
Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: “Cepatkanlah penghisaban… kami tidak tertahan lagi kepedihan ini… walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat.
Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: “Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?” Jawab mereka: “Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini.” Kata Maulana: “Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw.”
Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.
Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul?jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.
Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:
1. Sahih Yakin – iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian – penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah – keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih Niat – niat yang betul dari kesempurnaan iman. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mlsnklyn at 7-5-2010 10:01
kita yg masih hidup ni pun byk buat mende2 yg blh jadikan kita muflis kt Akhirat.
takkan setakat tertengok kepala lutut lelaki pun ko dh stim |
|
|
|
|
|
|
|
"Memberi makan kepada tamu yang datang tak salah, kalau niatnya semata-mata untuk memberi makan kepada orang. Tapi kalau niatnya ialah memberi makan kerana orang yang datang itu membaca Quran dan tahlil untuk simati, itu dah tak betul kerana perbuatan "membaca Quran untuk simati" adalah bid'ah.
- kalau kt kg, mmg kena wat makan2 kalau ada org meninggal, kalau tak buat jadi buah mulut. kalau org paham takpe la... ini yg susah nk perbetolkan lagi dengan org tua, cakap kite nk bangkang hal agama...sebb benda dah jadi amalan kebiasaan pada depa. pernah dgr keluarga si mati tak payah sediakan apa2 hidangan utk org yg datang pon takpe. sepatutnya org sekitar yg kena tolong sediakan utk depa sbb ada ahli kurga yg meninggal mesti la depa tgh sedih...patut kite bersedia..... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya org sekitar yg kena tolong sediakan utk depa sbb ada ahli kurga yg meninggal mesti la depa tgh sedih...patut kite bersedia.....
bukanomi Post at 7-5-2010 10:07
kalao ada jiran2 keluarga si mati yg buat bisnes catering,ni lah salah satu cara menginfaqkan harta atau pendapatan
Insya ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
mendoakan orang mati tidak timbul persoalan....memang sahih suruhan agama
yang menjadi perselisihan ialah amalan transfer pahala
Hang Post at 5-5-2010 12:13
Salam Syeikh.
Sama ada syeikh mau percaya atau tidak terpulang pada syeikh....ini sebahagian pendapat Ulama Sunni...
Pendapat dari Imam An Nawawi :
Imam Nawawi berkata “Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya) Imam al Nawawi, al majmu’ syarh al muhazzab jilid V h 286.
Pendapat Imam Ahmad :
Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur. Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mati kerana ALlah sendiri telah berfirman yang bererti :
"Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mu'min: 8)
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Al-Mukmin:60)
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada, maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Nabi SAW lagi.....
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”, dan ada pula riwayat
Sahih Bukhari dan Muslim bahwa “seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”, (Shahih Muslim hadits no.1149), dan Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat Idul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Sahih Muslim hadits no.1967).
dan ini dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَبِيْ سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ
Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum itu tegak bukan atas dasar "Hormat"
Hukum itu tegak atas dasar dalil-dalil.
Dari dalil-dalil jika kamu berijtihad ianya sunat, jika kamu betul kamu mendapat 2 pahala dan jika salah kamu mendapat 1 pahala.
Begitu juga jika kami berijtihad ianya haram, jika betul mendapat 2 pahala, jika salah mendapat 1 pahala.
Bila kami memegang mendapatnya yang mengatakan ianya 'Haram', takkan nak jawab kata 'Sunat'.
Hang Post at 6-5-2010 08:53
Hukum berijtihat di dalam Islam serta syarat-syarat orang yang berijtihad
Sebagaimana yang diketahui, bahwa seseorang tidak boleh berbicara pada agama Allah tanpa dengan ilmu, karena Allah Taala berfirman :
Ertinya : “katakanlah : “Robbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-A’raf: 33).
Berijtihad dalam Islam adalah mengeluarkan kemampuan untuk mengetahui suatu hukum syara berdasarkan dalil-dalil yang syari. Berijtihad ini wajib hukumnya atas orang yang mempunyai kemampuan untuk berijtihad. Karena Allah berfirman :
Ertinya : ” Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”(An-Nahl: 43).
Orang yang mampu untuk berijtihad memungkinkannya untuk mengetahui kebenaran dengan dirinya sendiri. Akan tetapi dia itu harus orang yang luas ilmunya, yang luas penelitiannya terhadap nas-nas syariyah, yang luas penelitiannya terhadap pokok pokok dasar yang perlu diperhatikan (usul fiqih), terhadap pendapat-pendapat ulama; supaya dia itu tidak jatuh ke sesuatu yang menyalahi hal yang di atas.
Karena sebagian dari manusia penuntut-penuntut ilmu yang belum mendapatkan ilmu kecuali sedikit sekali, sudah mengiktiraf dirinya sebagai orang yang berijtihad (mujtahid). Barangkali syeikh beramal dengan hadis-hadis yang umum, sedangkan hadis hadis tersebut ada yang mentakhsisnya. Atau beramal dengan hadits-hadits yang mansukh (hukumnya terhapus) sedangkan dia tidak tahu yang menasikhnya (yang menghapusnya). Atau beramal dengan hadits-hadits di mana ulama telah sepakat bahwa hadits-hadits itu bukan atas zhohirnya. Dia tidak mengetahui kesepakatan ulama. Orang yang seperti ini berada dalam bahaya yang besar.
Seorang yang berijtihad harus memiliki pengetahuan tentang dalil-dali syariyah. Dia harus memiliki pengetahuan tentang usul fiqh apabila dia mengetahuinya, dia mampu mengambil hukum-hukum dari dalil-dalilnya. Dan dia harus memiliki pengetahuan tentang kesepakatan ulama, agar dia tidak menyalahi kesepakatan mereka sedangkan dia tidak menyedarinya.
Akan tetapi kalau syeikh sorg yang Mujtahid maka berijtihadlah..... |
|
|
|
|
|
|
|
td kelas pengajian al sunnah. Ust bc kan satu hadis dr Muslim, brg siapa yg membawa sesuatu kebaikan Dan Ada org lain yg ikut kebaikannta itu maka ia mendpt pahala org yg mengikuti tadi tanpa sedikit pun luak pahala dirinya sendiri.
hadis ni dgn jelas menunjukkan kita blh membuat amalan yg baik2 dlm agama w/pun nabi sendiri x buat.
katanya ada hampir 10 Hadith yg menerangkan hal ni
contoh yg diberi,
solat sunat sblm maghrib, nabi tgk sahabat buat, nabi x tegur pun salah ke tidak. Dan baginda sendiri x pernah buat solat sunat sblm maghrib
waktu di mesir katanya sheikh Dan sebilangsn bsr rakyat disana, sehabis beri salam solat, terus niat sujud ......alamak lupa dlm notes ada nanti saya tls... sujud semula mohon Allah lengkapkan segala kekurangan yg Ada dlm solat td, kemudian duduk antara dua sujud niat sujud syukr pula Dan terus sujud syukur. sujud syukur sbb bersyukur diberi peluang utk solat bukn semua org berpeluang utk solatmenyembah Allah.
tak timbul langsung issue bidaah , Dan perkara ni memng nabi x buat
tp utk meningkat amalan. kalau tgk amalan ulama Sufi juga berbeza bergantung pd diri indv. Ada org nk buat yg wajib je cukuplah tu. ada org buat amalan tambahan. sebab syurga pun berbilang jenis brgantung pd amalan seseorng |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang yang berijtihad harus memiliki pengetahuan tentang dalil-dali syariyah. Dia harus memiliki pengetahuan tentang usul fiqh apabila dia mengetahuinya, dia mampu mengambil hukum-hukum dari dalil-dalilnya. Dan dia harus memiliki pengetahuan tentang kesepakatan ulama, agar dia tidak menyalahi kesepakatan mereka sedangkan dia tidak menyedarinya.
Akan tetapi kalau syeikh sorg yang Mujtahid maka berijtihadlah.....
salikin Post at 9-5-2010 02:49 AM
Cuba tuan terangkan bagaimana ijtihadnya seorang awam?
Ambil contoh masalah pengiriman pahala ni..
Jadi ada dua qaul yang beredar..
1. Qaul yang mengatakan sampainya pengiriman pahala kepada maiyit.
2. Qaul yang mengatakan tidak sampai
Apakah orang awam perlu TAQLID kepada mana2 Qaul atau perlu memilih mana yang mereka yakin mempunyai hujah yang lebih kuat? |
|
|
|
|
|
|
|
nabi buat ker kaedah 'pengiriman pahala' ni ? jutawan untung la. boleh wasiat utk upah ramai org utk kirimkan pahala bacaan quran. |
|
|
|
|
|
|
|
nabi buat ker kaedah 'pengiriman pahala' ni ? jutawan untung la. boleh wasiat utk upah ramai org ut ...
tobby Post at 10-5-2010 08:48
Saya nampak perkara ini bukan isu besar kerana masing-masing Allah dah bagi habuan rezeki di dunia..
Kalau tak leh dikirim pahala sekalipun, dari satu segi, jutawan Islam memang untung even bila dah meninggal boleh wasiat harta diwakafkan dsbgnya lagi. Tetapi ramaikah sedara-mara jutawan yang buat begitu sesudah jutawan tu mati?
Timbul juga isu upah yang mana pastinya akan menurunkan kualiti pahala yg dikirim tersebut dibandingkan dengan bacaan al quran secara ikhlas. Pun begitu, kalau depa nak buat, kenapa perlu halang..
Perlu juga di ingat persoalan di padang mahsyar bagi jutawan pun lebih, dari mana harta diperolehi, kemana dibelanjakan, zakat juta-juta bayar dak, tanggungjawab kpd masyarakat macam mana etc etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang jadi jutawan atas usaha dia juga memang dia boleh untung dunia akhirat jika dia pandai memanfaatkan harta nya. jadilah jutawan yang bersyukur... |
|
|
|
|
|
|
|
td kelas pengajian al sunnah. Ust bc kan satu hadis dr Muslim, brg siapa yg membawa sesuatu kebaika ...
sunsuria3 Post at 9-5-2010 14:02
“Barang siapa merintis (memulai) dalam agama Islam perkara baru yang baik maka baginya pahala dari perbuatan tersebut juga pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang sedikitpun pahala mereka, dan barang siapa merintis dalam Islam perkara baru yang buruk maka baginya dosa dari perbuatan tersebut juga dosa dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang dosa-dosa mereka sedikitpun” (H.R. Muslim) .
http://orgawam.wordpress.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
so kesimpulan kat sini sy setuju dgn ramai pendapat, Insya Allah sampai pahala kpd arwah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|