CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] MENTOR 3 - TAHNIAH!!! BLACK & MAS IDAYU

[Copy link]
Post time 18-6-2009 11:45 PM | Show all posts

Balas #223 toritonz82\ catat

alamak...... url plak....  tak pasan plak kat blang tuh tulih mainpix.....bukan jpg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 11:47 PM | Show all posts
minggu nie, sapa 3 artis yang berduet dalam mentor?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by skymania at 16-6-2009 09:01 AM

die nih ader kontroversi ngan komposer ari tuh kan??


Originally posted by ensemboy at 16-6-2009 09:55 AM
sapa rain ni? aku kenal rain korea jer



Originally posted by derose83 at 17-6-2009 12:26 PM
sape dia ni...


dia nih dtg audition ......time lah ahmad nak ambik protege...
dia kawan gan imran ajmain.....dtg sama2 time tuh konon nak support arr..
lah reject dia mula2.....dia tak puas hati...then minta nyanyi semula....
lah bg rsnya nyanyi lagi....but suara dia mmg sengau je...reject lagi..
dia nih kuar je duk bebel2 kat imran konon dia dah bt terbaik konon...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by toritonz82 at 18-6-2009 11:47 PM
minggu nie, sapa 3 artis yang berduet dalam mentor?


dato m. daud kilau
bob
faradhiya

keena nyanyi gan dato...
yg lagi 2 tak pasti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 09:33 AM | Show all posts
Suramkah Mentor 3?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]


MENTOR kumpulan Evo, Jaclyn Victor mengalirkan air mata ketika anak didiknya diumumkan tersingkir untuk mara ke peringkat separuh akhir.

BERBANDING awal kemunculan rancangan realiti Mentor yang dimulakan pada tahun 2005, kesuraman program pencarian bakat nyanyian terbitan TV3 itu semakin kian dirasai.

Entah di mana silapnya, rata-rata membangkitkan persoalan yang serupa. Hambar dan kurang menyengat.

Mungkinkah disebabkan impak daripada lambakan pelbagai rancangan realiti di negara ini maka kemeriahan dan kekuatan yang ada pada Mentor umpama 'disedut' dan hilang sedikit demi sedikit atau mungkinkah kerana Mentor musim kali ini bersiaran tiga tahun selepas Mentor 2 melabuhkan tirai, menyebabkan ia kian dilupakan?

Ironinya, format yang ada pada Mentor sudah cukup membuktikan bahawa rancangan itu berbeza daripada mana-mana rancangan realiti nyanyian lain.

Mempertaruhkan nama-nama besar pentas nyanyian sebagai mentor, paparan-paparan menarik yang mengupas bagaimana seseorang mentor mendidik serta mendedahkan teknik nyanyian kepada protege mereka ternyata sesuatu yang cukup menarik untuk dikongsi bersama peminat.

Namun, selama tiga musim mengetengahkan format yang serupa, rancangan yang berjaya mencungkil bakat Pija dan Fiq sebagai juara musim pertama dan kedua itu dilihat semakin kurang impaknya.

Di mana silapnya, kurang publisiti atau kegagalan pihak penganjur mengetengahkan keunikan para peserta Mentor itu sendiri?.

Atau mungkinkah kerana masyarakat hari ini sudah mula muak dengan kebanjiran artis realiti?. Tepuk dada tanya selera.

Menjawab persoalan tersebut, Penerbit Mentor 3, Muhamad Sufian Isa berkata, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat masing-masing.

"Dengan adanya beberapa pembaharuan, kita buat yang terbaik untuk Mentor kali ini.

"Setakat ini, penerimaan daripada penonton memang sangat baik. Lagipun, dalam Mentor yang kita ingin tonjolkan ialah bakat.

"Kelainan yang kita buat untuk Mentor kali ini termasuklah perkenalkan memanggil peserta-peserta yang gagal dalam uji bakat Mentor sebelum ini untuk menyanyi pada setiap akhir konsert.

"Saya tengok ia memang mendapat maklum balas yang baik daripada penonton dan tidak ada lagi pada mana-mana rancangan realiti televisyen lain," kata Sufian sambil memberitahu Mentor 3 ditonton oleh 2.9 juta penonton setiap minggu.

Malam Ahad lalu menyaksikan protege Lah Ahmad iaitu Fira atau nama sebenarnya Hunanis Zafira Huzaini, 18, menguasai pertandingan.

Dengan jumlah mata sebanyak 72.1 peratus termasuk 15 markah yang diberikan oleh juri awam, Fira yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Terlanjur Bercinta duet bersama penyanyi Faizal Tahir serta medley Ayat-Ayat Cinta dan Just Dance membuktikan kehadirannya dipentas itu bukan sia-sia.

Bersama dua pesaing kumpulan A iaitu Chaq dan Evo, mereka berentap merebut tempat ke peringkat separuh akhir kumpulan A.

Dengan mata terkumpul sebanyak 162.4 peratus, Fira mengenepikan hak Evo yang memperoleh 161.7 peratus mata terkumpul untuk ke peringkat separuh akhir kumpulan A bersama Chaq yang berjaya mempertahankan mata terkumpul tertinggi sebanyak 190.9 peratus.

Keputusan di atas kertas dua minggu lalu dilihat lebih memihak kepada Chaq dan Evo. Apatah lagi masing-masing memperoleh jumlah mata 138.3 peratus dan 109.4 peratus berbanding Fira yang hanya memperoleh jumlah mata sebanyak 90.3 peratus.

Mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Biarpun hanya memperoleh 39.7 peratus markah pada konsert pertama kumpulan A, dia bangkit membuktikan kebolehan diri apabila peningkatan ketara berjaya ditonjolkan pada konsert kedua kumpulan A sehingga berjaya memperoleh sebanyak 50.6 peratus markah.

Tidak dinafikan persembahan Fira pada malam tersebut cukup memukau dengan serlahan vokal menerusi lagu Terlanjur Bercinta.

Kenapa Jac menangis?

Penyingkiran Evo pada minggu lalu ternyata memberi impak yang bukan kecil kepada mentornya, penyanyi terkenal Jaclyn Victor.

Malah, penyanyi itu turut mengalirkan air mata apabila dua anak didiknya itu terkandas untuk ke peringkat seterusnya.

Persoalannya, mengapa Jac perlu menangis?.

Apakah kerana perasaan kasihan atau rasa kecewa dengan keputusan juri?

Sudah menjadi adat pertandingan realiti. Kalau tidak memang sudah tentu terkandas dan sebagai seorang yang pernah lahir daripada program realiti (Malaysian Idol), Jac seharusnya lebih bersikap profesional.

Bagaimanapun, bukan saja-saja dia ingin mempamerkan riak kesedihan di khalayak ramai.

Ketika ditemui sejurus selesai konsert ketiga kumpulan A, Jac memberitahu masanya telah banyak dihabiskan untuk menjayakan Mentor.

Bukan tidak puas hati, namun sebagai mentor, kata Jac dalam masa yang singkat dia dapat melihat peningkatan dan usaha daripada dua anak didiknya itu.

"Saya sudah cuba sedaya upaya untuk mengajar mereka (anggota Evo). Saya menangis bukan kerana kalah atau tersingkir tetapi mengenangkan terlalu banyak masa yang saya sudah beri.

"Bukan itu sahaja, saya ada minta bantuan daripada orang berpengalaman dalam seni iaitu Syafinaz Selamat dan Pat Ibrahim untuk membantu persembahan mereka.

"Saya cuba nak memuaskan hati semua orang. Tetapi nak buat macam mana, hari ini (Ahad lalu) tidak kesampaian.

"Bila buat sungguh-sungguh komen pula agak kurang memberangsangkan. Mungkin sebab masa latihan tidak mencukupi. Dalam masa yang singkat saya mengajar mereka (Evo), saya harap mereka telah faham apa yang saya cuba sampaikan," kata Jaclyn mengulas mengenai penyingkiran anak didiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 10:47 AM | Show all posts
Menangis tu maksud dia "Nak menang sangat!!!" hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 10:56 AM | Show all posts

Reply #229 tdpp2006's post

sape la yg tanak menang kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:14 AM | Show all posts
Penerbit sangkal dakwaan Mentor gagal pikat penonton
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]


AJAI mempertaruhkan Chaq yang mendapat peratusan undian keseluruhan tertinggi iaitu 190.9.

MASIH ada pengikut setia. Demikian dapat disimpulkan mengenai program Mentor musim ketiga yang sedang bersiaran di TV3 kerana ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penonton walau pun ada yang mendakwa program ini semakin suam-suam kuku.

Bermula daripada kisah yang kurang enak melatari golongan artis yang dipilih memikul tugas sebagai mentor sehinggalah protege yang terbabit musim ini juga bagaikan kurang mantap atau paling sesuai dikatakan hanya sekadar tangkap muat.

Namun semua itu sekadar pandangan mata kasar kerana setiap malam Ahad ketika program itu disiarkan, ia masih menjadi tumpuan dan pilihan penonton di rumah mahupun di dewan Majlis Bandaran Shah Alam. Bukti paling kukuh menyokong kenyataan itu disokong sendiri Muhammad Sufian Isa yang bertindak sebagai Penerbit dan Pengarah Mentor 3.

揈pisod minggu lalu kita mengumpul rating mencecah hampir 2.9 juta. Setakat ini, penerimaan program itu sangat baik dan kita akan cuba kekalkan prestasinya hingga ke peringkat akhir. Saya sendiri kurang pasti dengan persepsi sesetengah orang yang berpendapat Mentor 3 sudah suram. Malah ada yang memberi cadangan meminta Mentor 3 perlu dipertingkatkan.

揇engan format baru memperkenalkan Nas Ahmad sebagai penemubual di belakang pentas dan menjemput peserta yang gagal terpilih di dalam Mentor membuat persembahan, ia adalah bukti kami membuat sehabis baik bagi menarik minat penonton.

揔ami sentiasa mengambil perhatian setiap kritikan dan pandangan untuk terus memantapkan program ini. Begitu juga dengan Mentor yang memikul amanah besar terhadap protege masing-masing,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 10:54 PM | Show all posts
Pandai2 jer repot kata suram la...aper lah...

Booooo!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 07:56 PM | Show all posts
232# ikanbilis

sory nak tanya....lisa tak fhm sgt apa yg dikatakan suram tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:46 PM | Show all posts
232# ikanbilis  

sory nak tanya....lisa tak fhm sgt apa yg dikatakan suram tuh
eddlisa_uyuk Post at 20-6-2009 18:56



refer tajuk post syed tepek "suramkah mentor 3"
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 12:34 PM | Show all posts
234# toritonz82

ooooo ok. ok...slow lisa nih

amboi...avatar mikael...comeiii...ayahnyerr tak de ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 08:02 PM | Show all posts
235# eddlisa_uyuk



mikael jauh lebih comei dari ayah dia......





larikkkkkkk............. hehehehe...........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 10:42 PM | Show all posts
comeinya thye tadi........ utk minggu nie thye menang...tapi jumlah keseluruhan black yg menang......


aq tgk tadi black cam dak tingkatan 5.....thye plak cam dak darjah 5........comei...... cam avvy aq.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:10 PM | Show all posts
bodonye wartawan tu sesuka hati jer cakap suram..

aku rasa mentor 3 ni la rancangan menyanyi paling berbaloi ditonton..
impres jugaklaa dengan persembahan peserta2nye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:21 PM | Show all posts
persembahan tadi pon meletop kebaboom...... gabungan thye - bob besh.... keena persembahan kedua besh.....siap.....ada tali lagik.... (mcm persembahan fira minggu lepas kan....) tapi yang paling besh gurauan sesama mentor2 downg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 05:33 PM | Show all posts
mentor team B best skit..lawak jer tgk dorg bertiga tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:31 AM | Show all posts
so, team B sape yg dpt pergi ke semi final?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 11:05 AM | Show all posts
Kecewa gagal penuhi impian Awie
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]


KEENA bertenaga mempersembahkan Si Baju Hijau.

Persembahan bertenaga Keena dalam konsert Mentor tidak mampu pikat penonton

PERASAAN hampa tidak mampu disembunyikan Suriana Abdul Wahab atau Keena apabila gagal menyempurnakan impian besar mentornya, Awie dalam pertandingan realiti, Mentor 3.

Peserta kedua tersingkir menjejaki kumpulan Evo yang mengakhiri perjuangannya, malam Ahad lalu itu mengakui, agak terkilan dan kecewa apabila nasib tidak menyebelahinya meskipun sudah berusaha keras untuk persembahan penentuan.

Biarpun dapat merasakan peluang melangkah ke separuh akhir tipis apabila markah juri awam kurang memberangsangkan, namun Keena enggan mengalah sebaliknya bangun dengan dua persembahan bertenaga.

Bersama dua lagu, Dia Datang duet bersama Datuk M Daud Kilau dan Si Baju Hijau, persembahan Keena memberi kepuasan kepada Awie kerana gadis berusia 22 tahun itu berjaya keluar daripada ruang selesanya.

Bagaimanapun, dua juri profesional, Liza Hanim dan Helen Yap pula berpendapat sebaliknya terutama pilihan lagu pertama, Dia Datang pada pandangan mereka kurang bersesuaian dengan karakter vokal rock yang dimiliki gadis itu.


BERDUET bersama Datuk M Daud Kilau dalam Dia Datang.

Mengulas perkara itu, Keena berkata, dia kecewa kerana kerja kerasnya berlatih untuk memberikan persembahan terbaik gagal menambat hati penonton, sekali gus menamatkan langkahnya dalam Mentor 3.

Dan lebih mengecewakan katanya, penyingkiran itu juga secara tidak langsung memusnahkan harapan Awie untuk melihat dirinya membesar dan matang bersama program realiti itu.

“Saya agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi impian Abang Awie untuk terus bertahan dalam pertandingan ini. Lebih terasa kerana saya belum berkesempatan membuktikan kemampuan sebenar, malah tidak dapat lagi belajar dengan orang yang berpengalaman dan hebat.

“Di luar ramai bertanya bagaimana saya berdepan dengan Abang Awie. Jujurnya dalam garang dan tegas, dia seorang yang kelakar serta banyak memberi tunjuk ajar dalam membentuk saya di pentas,” katanya.


BLACK dan Farahdhiya mengesankan ketika mempersembahkan Bertakhta Di Hati.

Awie yang menerima hakikat penyingkiran anak didiknya mengakui, ada beberapa perkara yang terlepas pandang membuatkan persembahan Keena lambat panas dalam pertandingan itu.

Kata Awie, dia merancang persembahan gadis itu secara berperingkat untuk memperlihatkan perkembangan Keena sepanjang pertandingan namun Tuhan menghendaki sebaliknya.

“Jika terus memberikan sesuatu yang hebat saya bimbang apabila ke peringkat seterusnya, kami ketandusan idea dan persembahan Keena tidak berkembang.

“Tidak sangka perancangan kami menjadi sebaliknya. Namun saya berpuas hati kerana dalam tempoh singkat dan jangka waktu terhad, Keena berjaya memberikan persembahan luar biasa,” katanya.

Sebagai budak baru, Awie memuji komitmen Keena yang sedia berlatih dan mengerah kudratnya untuk memberikan yang terbaik biarpun semua proses itu adalah sesuatu yang baru kepadanya.

Biarpun wujud sedikit kekurangan, Awie menerima kesilapan itu kerana katanya, penyanyi berpengalaman juga tidak pernah terlepas daripada berbuat salah di atas pentas.

“Saya nampak kemampuan Keena untuk membawakan lagu pelbagai irama. Dia memanfaatkan kesempatan yang ada dengan baik sekali pun tidak semua ilmu yang diberikan digunakan di pentas.

“Saya tidak menyalahkan Keena. Tidak semestinya apa yang diajar hari ini, dia akan terus pandai. Untuk mengisytihar Keena sebagai seorang yang kalah, bagi saya itu tidak adil kerana dia keluar bermaruah.

“Sejak latihan penuh lagi saya sudah berpuas hati dengan apa yang diberikan Keena dan saya dapat melihat Keena memperoleh sesuatu menerusi pertandingan ini,” katanya.

Harap masyarakat dapat terima Keena

BIARPUN memberi persembahan yang mampu menyaingi dua peserta lain dalam Kumpulan B iaitu Black (protege Mas Idayu) dan Thye (protege Adibah Noor), markah juri awam dilihat sentiasa kurang menyebelahi Keena.

Mengulas mengenai perkara itu, Awie berkata, soal memberikan markah dan undian adalah hak individu dan dia menerima seadanya.

Baginya kalau masyarakat melihat kebaikan dalam diri Keena bermakna mereka menghargai segala usaha dan penat lelahnya membimbing gadis itu.

“Serpihan ilmu yang dicurahkan itu tetap saya dapat kerana jika tidak, saya kelihatan seperti tidak berkerja. Saya cuma berharap masyarakat akan berfikir positif mengenai Keena.

“Memang saya kecewa tetapi ini kehendak orang ramai. Mungkin niat dan harapan saya untuk mencari pelapis irama rock gagal difahami kerana itu bukan tugas mereka,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan lagu yang disifatkan juri profesional kurang bersesuaian dengan kualiti vokal Keena, Awie berkata, tempoh tiga minit untuk persembahan tidak memadai untuk peserta membuktikan kemampuan sebenar.

Tempoh singkat itu kata Awie, cuma menyediakan ruang kepada penyanyi untuk melontarkan suara dan menghayati lagu serta menjaga penyampaian supaya tidak tersasar.

“Dari segi persembahan saya rasa Keena berjaya memberikan apa yang dimahukan dari segi vokal, corak persembahan dan penyampaian. Mungkin mereka melihat ada sesuatu yang tidak kena di situ,” katanya.

Awie berkata, pemilihan lagu tradisional adalah permintaan darinya kerana sejak uji bakat lagi dia mencari penyanyi yang berkemampuan membawakan genre itu dengan baik.

Kata Awie, sejauh mana kejayaan dicapai seseorang penyanyi jangan sesekali meminggirkan khazanah lagu Melayu kerana ia harus diperkembangkan.

“Saya sentiasa berpesan kepada Keena supaya jangan malukan diri sebagai penyanyi Melayu tetapi gagal menyanyikan lagu irama Melayu dengan baik,” katanya.

Ruang selesa bagi Black

SEBELUM persembahan bermula, protege Mas Idayu, Hanifah Md Hanafiah atau Black sudah berada pada kedudukan selesa apabila meraih jumlah undian memberangsangkan iaitu 149.5 peratus meninggalkan Thye dengan 110.2 peratus dan Keena dengan 101.3 peratus.

Persembahan pertamanya membawakan duet, Bertakhta Di Hati bersama penyanyi asal lagu itu, Farahdhiya dibawanya dengan baik malah menerima pujian dua pengkritik profesional.

Black juga menyerlahkan pesonanya dalam lagu Allahyarham R Azmi, Hitam Manis yang disifatkan Helen seperti menyaksikan sebuah pementasan muzikal kerana persembahannya yang selamba dan tersendiri.

Thye atau Tahiruddin Sain juga berjaya membuka tirai persembahan apabila memberikan persembahan mengesankan menerusi medley Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Salam Terakhir/Anak Gembala.

Biarpun seketika, nyanyian Thye membangkitkan kesan malah dia tidak tenggelam ketika berduet dengan Bob yang jelas memiliki vokal hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 11:18 AM | Show all posts
Bukan Keena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056741 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list