|
~Remy Ishak Fan Club~ Jgn lupa Saksikan Remy dlm Nur Kasih di TV3 - 9pm/Jumaat!
[Copy link]
|
|
boleh dok...aku geli tengpok gambo ni sebab jambu sesangat :re: |
|
|
|
|
|
|
|
221# britney_sapiah
ekekekek....gambo dulu2 kak...la ni macho je kan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 25-8-2009 11:47
XY10: Kerlipan bintang Remy
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]
Remy
Azam 2009 kerja keras
BAKAT anak muda ini makin menarik perhatian produser drama dan filem. Tidak hairan, kelibatnya dalam pentas lakonan pantas makin ketara. Tidak salah beliau mampu membarisi senarai angkatan pelakon baru tanah air.
Biarpun namanya semakin meniti di bibir peminat, pelakon dan model, Mohd Zalimie Ishak atau lebih mesra dipanggil Remy Ishak tidak mahu leka hingga menggugat prinsip perjuangan seninya.
Dalam nada merendah diri, Remy menganggap perjuangannya masih jauh dan banyak perkara perlu diperbaiki.
“Semuanya bermula selepas lakonan saya dalam filem Anak Halal ditayangkan pada September 2007.
“Ketika ini, saya masih menjalani penggambaran drama Awan Dania yang ditayangkan di Astro. Mungkin selepas drama bersiri ini, ada tawaran filem menunggu tetapi masih belum ada hitam putih,” katanya yang memegang peran juruteknik simulasi penerbangan dalam drama Awan Dania.
Mengulas pembabitannya dalam dunia seni, Remy teringat bagaimana beliau menjalani uji bakat untuk filem tetapi disebabkan faktor tertentu, projek itu tertangguh akhirnya. Insiden itu hampir membuatkan anak muda ini berputus asa.
Namun, berkat kesabaran, akhirnya Remy diterima berlakon filem pertama, Anak Halal.
“Sebagai pelakon baru, saya masih lagi bertatih dan banyak perkara harus saya pelajari.
“Syukur kerana bakat lakonan saya diterima. Ia secara tidak langsung memberi keazaman kepada saya melakukan yang terbaik pada masa depan,” katanya yang meminati lakonan dan personaliti pelakon dan model tempatan, Maya Karin.
Bersama XY10 minggu ini, Remy Ishak menyingkap personaliti dirinya.
Terangkan perkembangan terkini Remy?
Saya sedang mengikuti penggambaran drama Awan Dania. Pada masa sama, saya mengintai tawaran berlakon filem yang sedang dalam perbincangan.
Bagaimana Remy melalui kehidupan bergelar selebriti?
Mungkin ramai menganggap gelaran selebriti menjanjikan keseronokan. Tidak sukar selepas berkecimpung dalam bidang ini, namun saya bersyukur berjaya melaluinya dengan tenang. Saya tidak melihat pada aspek populariti kerana mahu peminat menilai saya dari segi bakat.
Kongsi sedikit personaliti Remy?
Saya seorang yang sederhana tetapi agak memilih dalam apa juga situasi kerana inginkan yang terbaik.
Di sebalik tirai hidup Remy yang mungkin orang tidak tahu?
Mungkin orang yang tidak kenal menganggap saya sombong, sedangkan saya tidak begitu. Saya akan setia pada hanya seorang jika sudah menemuinya. Sama juga dalam minat, saya akan memberi fokus pada satu perkara saja.
Adakah Remy boleh dikategorikan sebagai lelaki romantik?
(Tergelak). Oh, saya memang tidak arif menilainya kerana bagi saya orang sekeliling kita yang patut memberikan jawapan itu.
Seksi mengikut persepsi anda?
Sudah disogok oleh masyarakat yang memutuskan seksi itu pada kecantikan dan paras rupa. Saya juga berfikir begitu tetapi saya tertarik pada sikap, pertuturan dan gaya lemah-lembut.
Fesyen pilihan Remy Ishak?
Simple tetapi selesa dipakai. Kebiasaannya, saya gemar menggayakan street fashion. Tetapi jika memerlukan saya mengenakan tuksedo atau bergaya formal, semestinya saya mengikut tema majlis.
Ciri-ciri wanita pilihan Remy Ishak?
Saya seorang yang cerewet. Bagi saya, wanita itu lebih menarik andai memiliki sifat penyayang, memahami kedudukan saya, sabar dengan sikap saya serta tahu kehendak diri ini.
Perkara yang ingin dicapai sebelum menamatkan zaman bujang?
Semestinya saya berharap mengukuhkan bakat saya dalam bidang seni dan mempunyai kedudukan kewangan stabil. Ini penting untuk memastikan segala-galanya sempurna sebelum mendirikan rumah tangga.
Perancangan Remy Ishak pada 2009?
Sebenarnya ada impian yang saya ingin gapai sebelum usia mencecah 28 tahun. Tahun depan, saya akan mencapai usia 27 tahun. Menjadi azam saya untuk bekerja keras dan mahu bintang saya berkelipan daripada ribuan bintang lain. Bukan populariti yang dicari, sebaliknya watak dan bakat yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
INFO:
Nama: Mohd Zalimie Ishak
Nama komersial: Remy Ishak
Umur: 26 tahun
Tarikh lahir: 11 April 1982
Tempat lahir: Port Dickson, Negeri Sembilan
Tinggi: 179 sentimeter
Berat: 73 kilogram
Saiz baju: M
Saiz kasut: 9 |
|
|
|
|
|
|
|
19# jingga007
join gak... kalau drama2 remy ni mmg i tak ketinggalan ... melekat depan tv... anak kalau kacaau mmg kena tampar bontottt...
oh... love it.. (nasib baik i dah kawein uolllsss |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 25-8-2009 11:49
Siapa pelakon teater Natrah
Oleh Zaidi Mohamad selasa, 25 ogos 2009
[email protected]
TEKA-TEKI mengenai pelakon mana yang bakal terbabit dengan teater Natrah masih belum terjawab. Ini sedikit sebanyak menambahkan kehangatan teater yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 17 hingga 25 November depan.
Bagaimanapun, ketika ini sudah mula tersebar beberapa pelakon seperti Diana Danielle yang dikatakan akan memikul tanggung jawab berat memegang watak Natrah. Begitu juga dengan Remy Ishak dan Umie Aida yang disebut turut sama terbabit.
Namun seperti kata Erma Fatima yang diberi mandat untuk mengarahkan teater ini, beliau sendiri masih belum mampu memberikan jawapan pasti mengenai perihal pelakon dalam teater Natrah nanti.
Pengumuman rasmi itu akan dibuat dalam masa tempoh Ramadan ini.
Seperti mana debaran orang luar yang begitu memuncak menanti bagaimana naskhah teater ini bakal dipersembahkan, seperti itu juga debaran yang mula dirasai isteri kepada Bade Azmi ini. Bertemunya minggu lalu di IB, Erma dalam nada mempersoalkan apakah selepas ini kita akan kehilangan lebih ramai lagi Natrah yang lain?
Skrip teater Natrah yang ditulis Erma dan dipantau Fatini Yaacob selaku penasihat, diambil daripada kisah benar mengenai sisi hidup Nadra Maarof atau nama asalnya, Berta Hertogh yang pernah menimbulkan kontroversi apabila soal agama Islam mula diperkotak-katikkan. Malah hingga tercetus rusuhan berbaur sentimen agama dan warna kulit.
"Teater ini terlaksana atas kehendak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Saya diminta untuk mengarahkannya dan Natrah bukan hanya tercatat dalam lipatan sejarah, sebaliknya ia satu tanggung jawab dan beban besar buat saya.
"Teater Natrah bukan sekadar cerita mengenai perjalanan hidup, konflik dan sisi cintanya saja, sebaliknya ada yang tersirat dan tersurat yang ingin ditonjolkan yang barang kali hanya diketahui secara dasar semata-mata. Ia juga membabitkan perspektif agama dan bangsa.
"Saya tidak mahu teater ini dipentaskan seperti filem Jasmin yang pernah dihasilkan sekitar 1980-an. Saya mahu ia menjadi lain, yang langsung tidak difikirkan orang. Saya percaya Dr Rais pilih teater ini bukan sekadar mahu mengisi panggung IB saja, sebaliknya ada matlamat tersendiri," katanya yang ditemui dalam sidang media teater Natrah dan Konsert 1Malaysia di IB, baru-baru ini.
Erma berkata, Natrah itu sendiri sudah berkait dengan kontroversi, lalu mahu atau tidak, beliau harus bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap risiko yang lebih besar dan menakutkan.
"Kalau nak diikutkan banyak inti pati cerita yang boleh dipersembahkan mengenai Natrah. Namun, dengan tempoh masa tertentu, saya harus memastikan apa yang ingin diisi itu berbaloi dengan apa yang diharapkan. Nama Natrah itu sendiri sudah berdiri dengan cukup komersial, lalu saya rasa tidak perlu elemen lain lagi.
"Malah, saya difahamkan kematian Natrah pada Julai lalu juga berakhir sebagai pemikir bebas. Natrah mati bukan sebagai Islam mahupun agama asal yang dianutinya. Saya sendiri dalam dilema dan runsing sama ada mahu menamatkan persembahan ini dengan mempamerkan kenyataan atau memenangkan agama kita.
"Sejujurnya saya bukan pengikut perkembangan Natrah tapi tahu mengenainya cuma tidak secara mendalam. Namun kerana tanggung jawab yang dipikul kini, saya perlu ambil tahu. Dalam masa yang sama, saya juga memegang amanah yang paling berat kerana menggunakan duit kerajaan seperti mana pengalaman saya mengarahkan Embun," katanya sambil memberitahu sesi latihan teater ini akan bermula selepas raya.
INFO: Erma Fatima dan teater Natrah
Menimbulkan pertanyaan adakah naskhah teater ini sebagai pembakar semangat untuk menaikkan perjuangan orang Melayu dan Islam khususnya atau kita hanya menunggu dan terus membiarkan agama sendiri dipersendakan.
Sering dilabelkan sebagai pengarah kontroversi kerana karyanya sebelum ini. Bagaimanapun untuk teater Natrah, Erma tidak mahu kontroversi itu diberi lagi kepadanya kerana teater itu sendiri berdiri dengan kontroversi.
Menerima tawaran mengarah Natrah kerana melihat karya yang ringan tidak mencabar dirinya sebaliknya Natrah menuntut sisi lain kepadanya dan satu tugasan berat yang perlu disempurnakan.
Tidak melihat aspek set, props atau kostum sebagai satu masalah atau kesulitan. Ini kerana Erma pernah mengarahkan filem Embun dan Jimi Asmara yang menggunakan latar masa yang sama. Malah, IB juga mempunyai pengalaman menerbitkan naskhah epik dan klasik.
Jika pementasan ini dilakukan sendiri dengan inisiatifnya, mungkin Erma tak akan mempedulikan soal sensitiviti atau kontroversi yang akan timbul. Sebaliknya, apabila terikat dengan kementerian dan IB, Erma harus berhati-hati.
Katanya, dua perkara lagi yang ingin dicapainya sebelum meninggalkan dunia dan selepas menjadi pelakon, pengarah dan penerbit ialah untuk menjadi srikandi seni menghasilkan karya yang dapat menaikkan martabat bangsa dan negara kerana dirinya tidak mudah berasa puas hati. Keduanya, untuk menjadi isteri dan ibu yang sempurna.
Natrah akan dipentaskan menggunakan Bahasa Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 25-8-2009 12:28
Drama Biarkan Aku Berdiri Lakonan Remy Ishak, Sheera, Shahiezy
Meniti kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sememangnya tidak mudah bagai dilihat. Apatahlagi situasi itu berlaku ketika usia menginjak remaja. Namun kecekalan gadis OKU yang berhati waja untuk meneruskan kehidupan seperti insan normal lain dapat dikongsi penonton menerusi Biarkan Aku Berdiri (18 Julai 2008), Jumaat, jam 10.00 malam di RTM2.
Ternyata Biarkan Aku Berdiri yang diterajui pelakon remaja berbakat yang sedang mencipta nama seperti Sheera Iskandar, Shahiezy Sam (Pa’e), Remy Ishak dan Memey Suhaimi ini pastinya mampu menarik tumpuan remaja seusia mereka menonton drama terbitan Times United Industri Berhad ini.
Biarkan Aku Berdiri mengisahkan pergolakan hidup dihadapi remaja bernama Dahlia yang begitu meminati bidang fotografi dan subjek yang paling menarik tumpuannya ialah alam sekitar. Minat yang mendalam itu dikongsi sama dengan dua rakan baiknya, Mona dan Jeffri.
Namun satu hari ketika menyertai aktiviti perkhemahan di dalam hutan yang dianjurkan oleh Persatuan Alam Sekitar kolej mereka, Dahlia, Mona dan Jeffri telah tersesat. Situasi itu terjadi apabila Jeffri tersalah membaca koordinat pada peta mereka. Akibatnya mereka tersasar jauh daripada tempat yang sepatutnya.
Dengan statusnya sebagai anak bekas renjer, ketika itu Dahlia mengambil alih tugas Jeffri untuk mencari jalan keluar. Hinggalah mereka menemui jalan menuju ke arah tebing sungai. Namun di tengah-tengah perjalanan, Mona mengadu keletihan. Dahlia dan Jeffri cuba mententeramkannya supaya meneruskan perjalanan.
Sementara itu gerakan mencari Dahlia dan dua orang rakannya itu tiba di sungai berhampiran mereka. Aduan Dahlia dan Mona yang kepenatan membuatkan Jeffri mengambil keputusan untuk membawakan beg keduanya tanpa menyedari tindakannya bakal mengundang padah.
Ketika melalui satu tebing, Dahlia terjatuh dan tulang belakangnya terlanggar pokok. Kemalangan itu menyebabkan Dahlia lumpuh. Hubungan mereka juga terputus setelah kejadian malang itu.
Setelah tiga tahun berlalu, Dahlia masih meneruskan minatnya dalam bidang fotografi. Dia tetap menjalani kehidupan yang baik di samping ayah, kakak dan anak saudaranya, Amir. Dalam diam dia menyimpan hasrat mahu mengadakan pameran. Subjek utama yang ingin di ketengahkan ialah mengenai OKU kerana Dahlia berkongsi perasaan yang sama dengan mereka terutama bagi yang berkerusi roda.
Kebetulan satu hari ketika keluar membeli-belah dengan June dan Amir, Dahlia terpandang Daniel yang sedang duduk di kerusi roda di sebuah kedai. Dahlia kagum dengan semangat Daniel yang disangkanya berkerusi roda juga.
Hakikatnya Daniel sedang mencuba kerusi roda itu untuk dihadiahkan kepada neneknya, Kalsom yang baru menjalani pembedahan lutut. Kebenaran itu hanya terbongkar apabila Daniel dan neneknya berkunjung ke nurseri bunga milik Hasyim, ayah Dahlia.
Pertemuan kedua pula agak mengejutkan apabila Daniel terlanggar Dahlia ketika di nursery. Dahlia yang beranggapan dirinya tertipu kerana Daniel sebenarnya tidak lumpuh memarahi pemuda itu sepuas hatinya. Malah menolak keras tawaran Daniel membayar ganti rugi pasu yang pecah.
Begitu pun Daniel tidak putus asa. Dia sekali lagi mengunjungi nurseri itu dan menemui Dahlia untuk menerangkan perkara sebenar. Dahlia akhirnya lembut hati setelah mendengar penerangan Daniel. Mereka meneruskan hubungan sebagai teman rapat setelah mereka berkongsi cara penjagaan bunga. Begitu juga dengan peristiwa Daniel menyelamatkan Amir yang dipatuk ular.
Tanpa diduga, Dahlia diundang oleh Ahli Persatuan Alam Sekitar kolej. Perasaan Dahlia berbelah bahagi kerana perkara itu mengundang rasa sedih hatinya mengenangkan peritiwa pahit yang menyebabkannya lumpuh.
Jeffri dan Mona juga serba salah menerima pelawaan itu. Jeffri dibelenggu rasa bersalah kerana beranggapan dirinya penyebab Dahlia lumpuh. Tetapi sebenarnya dia masih berkecil hati dengan tindakan Dahlia yang menghalaunya ketika dia mahu menjenguk gadis itu tiga tahun lalu.
Namun jodoh pertemuan yang kuat menyatukan mereka bertiga dalam majlis itu. Jeffri terkejut kerana sepupunya, Daniel hadir menemani Dahlia. Sejak itu hubungan Jeffri dan Dahlia kembali rapat. Mona cemburu dengan situasi itu kerana rasa sayangnya yang mendalam pada Jeffri.
Hubungan intim Dahlia dan Daniel sampai ke pengetahuan Kalsom. Meski pun pada mulanya wanita separuh abad itu menyenangi kehadiran Dahlia. Tetapi apabila mengetahui Dahlia pernah putus cinta dengan Jeffri, dia mula membantah. Bimbang cucunya yang lagi seorang itu pula dikecewakan Dahlia.
Mampukah cinta Dahlia dengan Daniel bersatu? Berjayakah Jeffri dalam misinya memutuskan hubungan kedua pasangan itu? Atau Daniel pulang semula ke pangkuan keluarganya di Paris?
Jangan lupa janji temu anda menonton Biarkan Aku Berdiri (18 Julai 2008), Jumaat, jam 10.00 malam menerusi RTM2 yang pastinya menjanjikan babak-babak menarik percintaan dan situasi mendebarkan sekumpulan remaja melepaskan diri daripada tersesat di hutan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahahahhaah...byknyaa gmbr remy!
tq sri~!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|