Ketika ditemui, Remy baru hendak ‘memanaskan badan’ selepas berehat panjang pada Ramadan. Pelakon ini hanya menunaikan beberapa kerja seperti memasukkan suara (dubbing), menghadiri sesi fotografi bersama media dan fotografi poster untuk filem Nur Kasih.
Katanya, dia mahu manfaatkan masa terluang yang ada kerana kalau sudah terlampau sibuk dengan kerja, banyak aktiviti yang tak dapat dilakukannya. Contohnya, anak muda ini teringin sekali untuk balik ke kampung di Melaka atau mandi-manda di air terjun untuk menyejukkan badan. (besh besh mandi air tejun)
“Jangkanya saya mula dengan sesi raptai Natrah 2 pada pertengahan atau hujung bulan ini. Saya pun belum mendapat tarikh sebenar. Saya hanya menunggu kata putus daripada Kak Erma (Fatima) dan pihak Istana Budaya,” katanya saat berkunjung ke Balai Berita, awal Oktober lalu.
Kerjasama Remy dengan Erma menerusi teater Natrah turut memberikannya peluang untuk bekerja sama sekali lagi dalam telefilem Air Mata Nur Salina yang disiarkan di TV3, bulan lalu. Dia mengaku cukup selesa bekerja dengan Erma dan pelakon lain dalam telefilem itu.
“Saya seronok bekerja dengan Kak Erma. Saya faham kehendaknya, seperti mana kerjasama saya dengan pengarah lain termasuk Osman Ali dan Kabir Bhatia. Saya dengar juga cerita kononnya Kak Erma ini mulutnya memang bising dan garang. Tapi hakikatnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.
“Saya boleh jadi serasi dengannya. Dia memang sangat bersungguh dalam kerjanya.
"Begitu juga dengan Umie Aida. Pada awalnya saya pun gementar untuk menjayakan telefilem itu, terutamanya saat melakonkan babak intim. ek ek ek..wakakka Saya akui agak kekok dan terbatas di samping menghormati statusnya,” katanya Remy yang tidak sabar menanti tayangan filem Nur Kasih dan Cun.
Katanya, selesai pementasan musim kedua Natrah, dia akan ke set penggambaran Akuarium Cinta arahan Osman.
"Filem ini memang diketahui ramai sudah agak lama tertunda. Saya difahamkan semua pelakon akan menjalani penggambaran semula biarpun sebelum ini, sudah 30 peratus pembikinannya sudah disiapkan. Filem ini menjadi judul ketiga saya bersama Osman selepas Anak Halal dan Cun,” sambungnya.
Jadi penyanyi?
KEBELAKANGAN ini, dunia hiburan turut disebarkan dengan kisah pujian terhadap vokal Remy apabila dia turut menyumbangkan suara album kempen keselamatan jalan raya, Love Life. Malah dalam telefilem Air Mata Nur Salina, Remy berduet dengan Umie menyanyi lagu Dua Insan Bercinta.
“Saya tidak terfikir untuk menjadi penyanyi buat waktu ini kerana keutamaan masih dalam bidang lakonan. Tapi kalau berbicara soal seni memang luas cabangnya. Setakat menyanyi suka-suka di pusat karaoke itu biasalah. Saya juga gemarkan seni lukisan hihi mcm same je dgn org lagi satu dan fotografi i like. Kalau ada peluang menyanyi, apa salahnya saya mencuba?” kata Remy.
Drama yang membawa tema cinta, kuasa, kesetiaan dan berkonsep epik iaitu Nilapura manakala Cintaku 120km/j mengisahkan mekanik jatuh cinta pada gadis kaya menjadi sandaran baru. Sentuhan Kabir Bhatia yang pernah mencipta fenomena di TV3 menerusi Nur Kasih diharapkan pula menerusi siri Juvana yang mengisahkan remaja bermasalah dihantar ke sekolah khas. Begitu juga, program Amekaw! menampilkan konsep permainan yang diperkenalkan menerusi segmen Bang Bang Boom! musim keenam dijadikan program sendiri.
hmmm...lbh kurang mcm NKTM kah?..aderkah sambungan NKTM?....our favs ader ker tidak dlm. nih?...
hmm..aku rs tiz n remy dh clash la..sjk kes diorg bgaduh kat tweeter tu kan..pastu trus mcm xde dh bls membls dlm tweeter lg...next day tu kan tiz ade quote psl cinta n last skali dia kt if that is the case than goodbye...
Sentuhan Kabir Bhatia yang pernah mencipta fenomena di TV3 menerusi Nur Kasih diharapkan pula menerusi siri Juvana yang mengisahkan remaja bermasalah dihantar ke sekolah khas.
Pelakon utama Juvana ... ai like.. heols dah byk kali menang pelakon terbaik...