|
[Kisah Isteri Kedua] Dikahwini Kekasih Meskipon Menjadi yg Kedua
[Copy link]
|
|
Reply 221# gticute
kita masing2 sbg parents, kita nakkan yg terbaek utk anak2..
begitu juga rumahtangga.. kita nak yg terbaek utk melayari sorga doniya, tapi bila bahtera yg disangka smp kedestinasi karam dilautan bergelora.. mungkin karna nakhodanya gagal mengawal bahteranya smp terlanggar ketulan aisberg, mahupon mungkin karna bahteranya gagal diselenggara ngan baek.. mungkin kayunya cuma papan plywood sahaje..
rujuk surah al-ankabut ayat 2.. orang yg beriman pasti akan diuji.
ujian pada org yg berdosa, juga pada org yg hidup dgn org yg bdosa tadi..
tiada org yg terlepas dari ujian.. sedangkan wali Allah pon diuji, inikan kita yg bukan bertaraf wali.. cuma walimatul urus sahaje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ruffleen at 24-8-2011 10:12
isk nape lak nak salahkan isteri bila suami berzina, bukankah seseorang yg dah akil baligh perlu menanggung dosa2nya sendiri, apahal pulak nak sub-kan pada orang lain, contoh la kalo saya yg masih anak dara tapi dah besau panjang ni, abah saya dah selesaikan tanggungjawab dia memberi didikan agama etc tapi katalah saya tetap nak berbuat nakal di luar pengetahuan beliau...bukankah itu sepatutnya saya tanggung sendiri, takkanlah abah saya jugak kena menanggung dosa saya kerana saya masih di bawah tanggungjawab beliau....lainlah kalo beliau membiarkan saya nak jadi apa jadilah.....kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
bila suami berzina, salahkan isteri... bila isteri berzina, slahkan suami... bila bijang berzina salahkan parents...
org lain boleh disalahkan kalu tanggungjawab xdilaksanakan.. bukan membabi buta dipersalahkan. tp biasalah, adat org buat salah.... sentiasa nak salahkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 225# ruffleen
khenn.....
Islam tu adil... siapa buat dia tanggung dosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 226# ruffleen
tak tau la pulak. takde disebut. nnt klu dpt maklumat i bgtau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ruffleen
tak tau la pulak. takde disebut. nnt klu dpt maklumat i bgtau
kelat Post at 5-10-2011 09:25
okeh. btw, dia masuk Islam ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 228# ruffleen
anak abu jahal masuk islam..tp abu jahal tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ruffleen
anak abu jahal masuk islam..tp abu jahal tak
kelat Post at 5-10-2011 16:08
yup aku memang maksudkan anak dia...bukan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by liya71a at 17-10-2011 16:20
copied from yayasan dakwah islamiah malaysia
Anak Abu Jahal yang syahid
11 February 2010
"Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah"
Itulah kata-kata Ikramah iaitu anak lelaki Abu Jahal juga sepupu Rasulullah yang pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Islam dan Rasulullah S.A.W.
Sifatnya yang sangat bencikan Rasulullah sama seperti bapanya, Abu Jahal sehingga para pengikutnya selalu memberi perumpamaan ‘ke mana kuah kalau bukan ke nasi’ untuk menggambarkan sifatnya saling tidak tumpah seperti Abu Jahal sebelum keislamannya. Ikrimah pernah membantu ayahnya melempar najis kepada Rasulullah S.A.W yang sedang solat di depan Kaabah.
Dia juga pernah membantu bapanya mencekik leher Rasulullah S.A.W. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W dibunuh.
Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dalam peperangan Uhud dan Badar namun gagal membunuh Rasulullah S.A.W dalam kedua-dua peperangan tersebut. Dia akhirnya lari ke Yaman sebelum ke Habsyah. Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman.
Semasa dalam pelayaran ke Habsyah, kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kepada al-Latta dan al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut.
Akhirnya dia cuba berdoa kepada Allah, andainya selamat daripada bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Dengan izin Allah, ribut yang menggila akhirnya reda.
Apabila kembali ke Mekah, isterinya yang bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yang mendengar kata-kata anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah untuk mencari Atikah.
Setelah menemuinya, beliau dikejutkan dengan berita Atikah yang telah memeluk Islam dan sanggup merayu kepada Rasulullah S.A.W untuk memaafkan suaminya. Di sinilah terpancar keikhlasan seorang isteri kepada suami yang dicintainya. Ikramah juga memeluk Islam setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menjadi salah seorang pahlawan Islam dalam beberapa peperangan.
Pengislamannya kadang-kadang dipertikaikan oleh beberapa pengikutnya yang lebih awal memeluk Islam daripadanya. Mereka mengatakan Ikramah ada udang di sebalik batu dan mengesyaki dia ingin membunuh Rasulullah S.A.W secara halus. Bagaimanapun, mereka silap apabila Ikramah menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Islam walaupun setelah kewafatan baginda.
Peperangan terakhir yang diikuti oleh Ikramah ialah Perang Yarmuk di mana dia mengetuai pasukan berani mati seramai 400 orang. Semangat pasukannya yang berkobar-kobar menegakkan kebenaran Islam menaikkan semangat jihad tentera Islam yang lainnya.
Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan.
Ikramah telah menemui syahid di Yarmuk. Detik-detik ketika Ikramah menemui ajal agak menyayat hati.Tubuh Ikrimah dipenuhi lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah.
Turut gugur bersama Ikrimah dalam barisan perang tersebut adalah Haris bin Hisyam dan Suhail bin Amar.
Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang hendak memberi air untuk mereka minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang daripada mereka, maka masing-masing berkata, “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.
Dalam riwayat mengatakan, “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata, “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata, “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.”
Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorang pun di antara mereka yang sempat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 231# liya71a
Subhanallah.............. |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar berkongsi mak sedara saya kes dia mcm ni,bercinta 10thn,then kawen jadi isteri kedua..
al-kisah bermula bila diorng dh 5 thn bercinta,memang dh plan nak kawen,tup2 ada sorang janda ni nak sangat2 kawen dgn bapak sedara sy ni,siap ugut nak bunuh diri.anak2 janda ni pun semua dh besar,even ada yg sama umur dgn bapak sedara sy tu.anak2 janda ni merayu-rayu minta kawen jugak dgn mak diorng sbb tak nak jadi apa2..so terpaksa la kawen dgn janda tu.
slps 5 thn lelaki tu kawen,mak sedara sy stil single even dah umur 30thn lebih,then diorng jupe balik dan kawen.skrg hidup bahagia dgn anak 2 org,sy nmpak bapak sedara sy tuh mmg jarang2 sgt ke rumah isteri tua..even anak yg isteri tua tu pun tak dernya panggil dia pakcik/uncle ker..diorng panggil nama jer..maklum la umur lebih kurang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 235# teha86
insafnya baca citer puan teha86 ni.. penuh ngan ayat2 berhemah hihiihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply teha86
insafnya baca citer puan teha86 ni.. penuh ngan ayat2 berhemah hihiihihi
ParinAmat Post at 31-10-2011 13:11
ayat tgh marah...aku mmg geram ngn jntan tu..kalo jumpa mcm nak langgar guna kete... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak yang sokong..tak sokong pun lagi banyak..tapi tu la..kalau saya berada di tempat isteri pertama,mungkin saya pun akan terasa..saya pernah putus cinta dengan 3 lelaki bujang dan terakhir sekali hingga sekarang ialah suami org..mase tu umur saya dah 31 tahun(saya berat jodoh)kalau ikutkan saya dah andartu la..elok2 dah suke sama suke,dah dpat yang minat kat saya suami orang pulak..memula isteri die dpt tau meroyan gak la isteri die..die tak dpt nak serang suami die sebab die tau suami die mampu,so die serang saya dengan mcm2 kata hinaan dan cacian yang mmg saya tak sanggup nak dengar.tapi saya tak pernah balas setiap mesej makian tersebut..saya tau saya salah..
last sekali mcm perempuan lain buat,saya sendiri putuskan hubungan.bukan mudah ye bile melibatkan hati dan perasaan ni..tapi nak camne,saya kuatkan hati tinggalkan die..tapi percayalah saya tak pernah bercita2 nak bercinta dengan suami orang.sape yang nak kan..saya pun perempuan jugak..mestilah saya nak kawen 1 nisbah 1..tapi ni sume dah ditentukan..saya pun tak nak terlalu menyokong isteri pertama dan menyokong isteri kedua..
tak berapa setuju dengan pendapat seseorang yang menyatakan jika suami die nak kawen lagi,harus bawa perempuan tu jumpe die dulu sebab nak tgk samada perempuan tu elok,tutup aurat,baik budi pekerti,tak tinggal solat..tak betul la tu,sebab adakah masa mula2 kita kenal dan setuju nak kawen dengan suami kita,kita sesempurna itu?mungkin perempuan tu harapkan suami anda yang dapat membimbing die sebagaimana suami anda membimbing anda....cuma sedikit je lg saya nak cakap,bagi isteri2 kat board ni..syukurlah anda bersuami..jagalah diri anda elok2 ,layan la suami dgn elok dan jangan sesekali mengungkit..jangan terlalu berani,mendabik dada menghindar poligami sebab ianya dibenarkan..ketahuilah,hak isteri kedua equal dengan yang pertama asalkan adil...bukan apa,takut nanti anda tetiba kematian suami..dan anda terjatuh cinta dengan suami orang lain, memang kita tak nak tapi sape nak tau benda nak jadi..saya tau ramai isteri2 yang marah/tak puas hati dengan komen saya ni..tapi,kalau kita selami perasaan perempuan yang bercinta dengan suami orang pulak yang niatnye cuma nak berkongsi kaseh sayang dan ada seorang lelaki yang menjagenya disaat perempuan itu tidak mampu nak mengangkat benda2 berat di rumah,kete rosak tepi jalan..ular masuk rumah..kekadang lelaki amat diperlukan..syukurlah isteri2 di luar sana..(saya cuma nak dicintai/dimiliki dan mempunyai famili pada usia begini)
p/s: saya masih belum berkawen sehingga kini(tak laku2)..ada dua lagi suami org nak rapat dengan saya..tapi yang bujang??-tiada-
---maaf sekiranya luahan hati saya ade yang terasa.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ko kene pecaya, rezeki, jodoh dan ajal ko di tangan Dia{:4_189:} |
|
|
|
|
|
|
|
banyak yang sokong..tak sokong pun lagi banyak..tapi tu la..kalau saya berada di tempat isteri perta ...
snowpurple Post at 11-2-2012 20:41
bukan nak sokong atau xnak sokong
kalau nak kawen dgn suami org..
kawenlah dengan suami yang isteri pertamanya redo dan boleh menerima snow..
kalo yg kaki serang..nnti lebih membawa kpd keburukan drp kebaikan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|