CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 16-12-2011 08:55 PM | Show all posts
katanya bapak mertua dia jkkk tu rakan comolot noh omar. apa nk buat? terima je la. smlm p ...
seb_baik Post at 16-12-2011 07:56



   xleh bantah?dah org bagi pitih nnt org kata bodoh plak bantah kn even 30 hengget pn kaann???cer bg taik seguni...alasan xleh bantah jugak, igt dorg nk ke?mcm2 konar xmoh amek..xpaham aku org cenggini, dosa pahala sndri pikir la patut nye kn..stakat jkkk rkn comolot noh omar...hbs klu pakcik aku menteri besar, msti confirm dpt punya kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2011 09:01 PM | Show all posts
LHDN Tidak Terima Borang Permohonan Salinan BR1M

BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan untuk mendapatkan bantuan RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pemohon perlu terlebih dulu mempastikan borang permohonan yang hendak diisi adalah asli.

"Kerajaan hanya akan menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu di sini Jumaat.

Seramai 56 petani menerima bantuan berjumlah RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata LHDN mempunyai mekanisme untuk mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima adalah tulen atau sebaliknya.

Menurutnya kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 11:14 PM | Show all posts
Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni


2011/12/17

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu. Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 01:16 AM | Show all posts
so, mana satu betol?
sorang kata xleh fotostat. sorang kata boleh..

sekadar mencelah. kaka jep dengan asben xlayak terima
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:37 AM | Show all posts
kalau hantar wakil untuk submit borang tu boleh ker
posh76 Post at 14-12-2011 09:29


Boleh hantar wakil..nanti pegawai tu kasi slip penerimaan dgn nama siapa dalam borang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:39 AM | Show all posts
so... mcm mana kita nak tau yg permohonan kita lulus dan bakal menerima sedekah rm500 dr kerajaan ni ...
Mont.Blanc Post at 15-12-2011 14:50


Pemohon akan menerima surat dan mereka akan dapat waran dan waran itu akan dicashkan di BSN sahaja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2011 08:41 AM | Show all posts
so, mana satu betol?
sorang kata xleh fotostat. sorang kata boleh..

sekadar mencelah. kaka jep d ...
jepp Post at 18-12-2011 01:16


fotostat dibenarkan...tapi borang yg asli tu jelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2011 09:06 PM | Show all posts
Dua juta rakyat mohon BR1M


Oleh MOHD. AZLI ADLAN


IPOH – Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.

Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

“Saya yakin proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.

Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2011 09:07 PM | Show all posts
Lagi kes borang palsu didedah

JEMPOL - Penduduk di sekitar daerah ini dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan kewujudan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) palsu yang kini giat diedarkan terutamanya di kawasan Felda Lui Timur, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kegiatan itu mula dikesan kelmarin apabila beberapa penduduk mendakwa menerima borang BR1M yang berlainan.

"Borang ini berbeza daripada borang asli yang mana ia meminta pemohon mengisi maklumat perbankan iaitu nombor akaun bank.

"Kita tidak mahu ada lagi penduduk yang tertipu apabila mengisi borang tersebut. Bagi borang asli, pemohon tidak perlu mengisi maklumat perbankan kerana ia merupakan sesuatu yang sulit dan tidak perlu didedahkan," katanya.

Jelas beliau, sesiapa yang telah mengisi borang yang meminta maklumat perbankan diminta merujuk kepada Pejabat Daerah untuk maklumat lanjut.

"Siapa yang telah mengisi borang palsu, pasti permohonannya ditolak. Ini mungkin taktik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghalang pemohon daripada menerima bantuan tersebut," ujarnya.

Isu pengedaran borang palsu itu turut mendorong Pengerusi Belia Felda Lui Timur, Muhamad Shah Sahabudin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol kelmarin.

Menurutnya, dia terkejut apabila seorang rakan menunjukkan borang palsu itu yang perlu diisi nombor akaun.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dilaporkan berkata, pihaknya telah mengesan pengedaran borang palsu BR1M yang meminta pemohon mengisi maklumat perbankan seperti nama dan nombor akaun bank.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima borang tersebut supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi mengelak ada pihak mengambil kesempatan untuk mencuri maklumat dan mendapatkan keuntungan secara haram.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:43 PM | Show all posts
Pemohon akan menerima surat dan mereka akan dapat waran dan waran itu akan dicashkan di BSN saha ...
Anak_Nogori Post at 18-12-2011 08:39


oh macam tu. thank you encik AN.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:55 PM | Show all posts
kalo mak/bapak dah cerai masing2 kawen lain..........dah bersara warga emas 60th (keja swasta)

bole ke aku pg amik borang tok mak/bapak aku???
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 04:16 PM | Show all posts
leh ke org yg takder tanggungan n tak bekerja nak isi...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 08:36 PM | Show all posts
BR1M bantu ringankan beban rakyat, bukan perangkap

21/12/2011
3:08pm


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin hari ini menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah usaha ikhlas kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah, dan bukan ”perangkap” seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai, khususnya peniaga kecil yang bimbang untuk memohon BR1M kerana berpendapat mereka mungkin diminta membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelak.

"Saya ingin menjelaskan bahawa bukan niat kerajaan untuk menyusahkan golongan yang layak menerima BR1M ini kerana bantuan RM500 itu dapat meringankan beban mereka dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 06:47 PM | Show all posts
LHDN dalam proses kumpul data pemohon BR1M


2011/12/24

IPOH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. "Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 06:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 07:06 PM | Show all posts
Urusan pendaftaran BR1M: Kerajaan negeri diminta bantu

24/12/2011
6:57pm



Oleh ASLIZA MUSA

IPOH 24 Dis. – Semua kerajaan negeri diminta memainkan peranan dalam usaha melicinkan urusan pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) khususnya di daerah pedalaman melalui penyediaan kemudahan kepada kakitangan yang bertugas.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kemudahan yang perlu disediakan adalah seperti pengangkutan bagi memudahkan urusan ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ketiadaan kemudahan menyebabkan proses pendaftaran BR1M di kawasan-kawasan tersebut terganggu kerana tiada pengangkutan khusus untuk membawa kakitangan berkenaan sampai ke destinasi terbabit.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri boleh memainkan peranan dengan menyediakan kemudahan sewajarnya dan memberi maklumat tepat mengenai penduduk di kawasan itu bagi memudahkan pendaftaran dibuat.

"Bantuan seumpama itu sangat diperlukan kerana tempoh pendaftaran akan berakhir pada 10 Januari ini dan kita tidak mempunyai masa yang panjang, kita mahu setiap rakyat yang layak dapat menerima bantuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Al-Ikhlassiah, Kampung Cik Zainal Tambahan I di sini hari ini. - UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2011 09:12 PM | Show all posts
kamu dpt rm500 jer, menteri2 dpt jota2,balaci jd lembu tunggangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2011 04:18 PM | Show all posts
Usah tolak bantuan BR1M: Nik Aziz

2011/12/28

BACHOK: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan Kerajaan Persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima. "Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram. Pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu berbuat demikian kerana kecewa, katanya kepada pemberita semasa meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di sini, hari ini.

Mengenai isu membabitkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, dan dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, yang lantang mengkritik parti itu sebelum ini, Nik Abdul Aziz menganggap isu itu sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana kedua-dua pemimpin PAS itu terutama Hasan sudah meminta maaf kepada parti dalam satu "pertemuan muhibah" yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu di JKR 10 semalam.

"Pertemuan ini adalah dianjurkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan syukur kepada Allah Taala, Datuk Hasan telah menarik balik kenyataannya yang dianggap sensitif.

"Ini tanda kelakian dan anak jantan kerana dia ikhlas menarik balik kenyataan dan memohon maaf. Ini ajaran agama dan bukan senang untuk mana-mana yang buat salah untuk minta maaf dan menarik balik," katanya

Hasan dan Nasharudin baru-baru ini lantang mengkritik PAS yang disifatkan mereka sudah lari daripada perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam, namun Hasan kemudiannya memohon maaf mengenai perkara itu.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah meminta PAS Pusat mengadakan jamuan kesyukuran bagi menandakan tamatnya isu berkenaan.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Nasharudin sebagai calon, beliau berkata:
"Terpulang kepada pengundi di Bachok (sama ada mahu menerima atau sebaliknya)".

Mengenai hakisan di pantai berkenaan, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan membantu menyelesaikan masalah itu mengikut kemampuan yang ada.

"Dalam bidang kerajaan negeri kita akan buat dan kalau Pusat biar Jabatan Pengairan dan Saliran tentukan. Sekarang kita sedang menilai kos yang diperlukan," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 11:23 PM | Show all posts
Maklumat Pemohon Program BR1M Tidak Digunakan Untuk Urusan Cukai - LHDN

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Rabu menegaskan maklumat pemohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak digunakan bagi tujuan percukaian.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan semua maklumat pemohon akan direkodkan dalam pangkalan sistem BR1M bagi tujuan verifikasi untuk memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan RM500 melalui program itu.

Mengulas satu aduan melalui Persatuan Konsumer Klang yang dilaporkan akhbar berbahasa Tamil semalam, beliau berkata, LHDN menafikan maklumat pemohon itu diguna bagi menuntut amaun cukai tertunggaknya.

"Aktiviti pungutan tunggakan cukai pendapatan merupakan aktiviti berterusanyang dijalankan LHDN, dan ia tiada kaitan dengan maklumat yang dikemukakan pengadu dalam borang BR1M yang dihantar.

"Notis yang beliau terima hanyalah notis tuntutan biasa yang turut dihantar kepada pembayar cukai yang masih mempunyai baki cukai tertunggak," katanya.

Masrun berkata, LHDN tidak dapat melakukan siasatan lanjut kerana pengadu tidak memberikan maklumat terperinci. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Hanya 260,000 mohon BR1M

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2012/01/10

Kurang 50 peratus daripada 600,000 borang diedar di Kelantan diserah

KOTA BHARU: Hanya 260,000 borang atau kurang 50 peratus rakyat negeri ini mengembalikan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada agensi berkaitan daripada sejumlah 600,000 yang diedarkan.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata buat masa ini Kerajaan Pusat tidak bercadang melanjutkan tempoh untuk membolehkan rakyat menghantar borang berkenaan kerana masa disediakan adalah mencukupi.

Kita tidak akan lanjutkan tempoh kerana ia sudah diedarkan sejak pertengahan Disember lalu, malah media sentiasa melaporkannya, rakyat juga tahu hak mereka. - Datuk Mustapa Mohamed, Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan.

Beliau mengingatkan bahawa tempoh tutup untuk menghantar borang BR1M itu adalah hari ini selepas ia mula diedarkan kepada rakyat Kelantan pada 10 Disember lalu.

“Daripada jumlah borang dikembalikan ini, kita tidak tahu berapa yang layak kerana ia perlu disemak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk memastikan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 ke bawah.

“Kita tidak akan lanjutkan tempoh kerana ia sudah diedarkan sejak pertengahan Disember lalu, malah media sentiasa melaporkannya, rakyat juga tahu hak mereka,” katanya selepas menyampaikan baucer buku RM200 berjumlah RM625,000 untuk diagihkan kepada 3,100 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Prof Dr Raduan Che Rose; dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pemberian bantuan BR1M itu dijangka diagihkan pada 15 Januari ini di peringkat nasional dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan melaksanakannya mengikut kaedah ditetapkan.

Katanya, beliau sudah mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu bersama JPP Kelantan dan kaedah untuk menyalurkan bantuan berkenaan kepada keluarga yang layak hampir dimuktamadkan.

“Bagaimanapun saya meminta supaya JPP Kelantan mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan pemimpin tempatan bagi membolehkan penyaluran bantuan BR1M itu dapat dilaksanakan sebaiknya dan mengikut masa yang sesuai.

“Mungkin sebagai permulaan, kita akan mulakan dengan masyarakat Cina terlebih dulu kerana mereka bakal menyambut Tahun Baru Cina,” katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.184105 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list